Osha Exam Paper 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKSYEN YANG PENTING DALAM OSHA UNTUK EXAM PAPER 1

OSHA FMA
Section : 67 59
Regulation: 8 13
Order : 2 3
Schedule : 3 -

SEKSYEN 2 - UNDANG-UNDANG YANG MENGATASI


Jika ada percanggahan atau tak konsisten, OSHA hendaklah dirujuk kerana ia mengatasi undang-undang lain.
Ada 3 contoh seksyen yang guna seksyen 2 ni,
a) Pengawasan perubatan (Medical surveillance)
OSHA- kena buat 1x setahun
FMA - kena buat setiap 2 tahun

b) Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan (SHC)


OSHA - bila jumlah pekerja 40 orang dan lebih
FMA - bila jumlah pekerja 50 orang dan lebih

c) PEMAKLUMAN KEMALANGAN (NADOPOD)


OSHA - majikan kena maklumkan sebarang kemalangan yang berlaku atau MUNGKIN berlaku di tempat kerja
FMA - majikan perlu maklumkan jika kemalangan itu menyebabkan pekerja itu tidak hadir bekerja lebih dari 4 hari.

SEKSYEN 3 - MAKSUD SETAKAT YANG PRAKTIK


Maksud 'practicable' dengan mengambil kira:

a) Keterukan (Severity) risiko yang terlibat


b) Info mengenai risiko & cara nak hapus/kurangkan risiko
c) Keberkesanan cara untuk hapus/kurangkan risiko tu
d) Kos untuk hapus/kurangkan risiko tu.

Nak mudah, aku ingat macam ni, severity - info & cara hapus - effectiveness utk hapus - cost utk hapus.

SEKSYEN 4 - OBJEKTIF OSHA


p/s: ni part paling super duper pentingg weh, kena lekat kat dalam kepala otak korang tu.

a) Untuk PASTIKAN SHW pekerja ditempat kerja


b) Untuk LINDUNG orang di tempat kerja selain orang yang bekerja di tempat kerja. Pergh macam pening je nak faham. sebenarnya dia nak
kabo LINDUNGI ORANG LUAR DI TEMPAT KERJA. tu je.
c) Menggalakkan persekitaran kerja yang sesuai dengan fisiologi dan psikologi.

d) Adakan OSHL (perundangan) utk kekalkan atau baiki standard SH.

SEKSYEN 15 - TANGGUNGJAWAB MAJIKAN


AFAP - as far as practicable
SWORTH - safe without risk to health

15(1) Majikan memastikan SHW setakat yang praktik (AFAP)

a) Selenggara loji & sistem kerja, AFAP dan SWORTH.


b) Membuat perkiraan SH berkaitan penggunaan, pengangkutan, penyusunan, dan pengkendalian untuk loji dan bahan.
c) Mengadakan penyeliaan, maklumat, latihan dan siasatan SITI (supervision, information, training, inspection).
d) Adakan dan selenggara akses keluar masuk di tempat kerja.
e) Selenggara persekitaran tempat kerja.

SEKSYEN 16 - KEWAJIPAN UNTUK BENTUK OSH POLICY


1.Setiap majikan dan orang yang bekerja sendiri perlu menyediakan pernyataan dasar bertulis (Written statement) tentang SH.
Polisi tersebut perlu dikaji semula sekerap mungkin dari segi perkiraan langkah yang dibuat untuk menjalanakan polisi tersebut.

Dalam seksyen 16 ni ada pengecualian ya. Boleh rujuk dasar pengecualian am, m/s 55

2. Pengecualian
Seksyen 16 perlu dilakkan oleh semua majikan KECUALI yang ada KURANG DARIPADA 5 PEKERJA.

SEKSYEN 17 - KEWAJIPAN AM MAJIKAN & ORANG YG BEKERJA SENDIRI KEPADA ORANG-ORANG SELAIN PEKERJA MEREKA
(Tanggungjawab majikan kepada orang luar)

17 (1) Majikan wajib memastikan orang luar (selain pekerjanya) tidak terdedah dengan risiko SH.

17(2) Majikan wajib beritahu orang luar mengenai maklumat tentang SH perusahannya.

SEKSYEN 18 - KEWAJIPAN PENGHUNI TEMPAT KERJA (OCCUPIER) TERHADAP ORANG LAIN SELAIN PEKERJANYA.
(tanggungjawab occupier terhadap org luar)

18(1) Occupier boleh guna loji & bahan untuk kegunaan, AFAP untuk pastikan SWORTH(maksud sila rujuk atas).
18(2) Seseorang yang ada kontrak wajib:
a) Selenggara dan baiki tempat kerja
b) Pencegahan SH yang mungkin timbul dari mana2 penggunaan loji & bahan. (prevention of risk)

SEKSYEN 19 - PENALTI UNTUK SEKSYEN 15, 16, 17, 18.


Denda - RM50,000
Penjara - tak lebih dari 2 tahun.

You might also like