Minit Kurikulum 2 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Tel: 03-92856796 Fax: 03-92841516

Laman Web:http://www.sktamanmaluri.weebly.com Email : sktamanmaluri52@gmail.com

MINIT MESYUARAT INDUK KURIKULUM BIL 2 / 2020

Tarikh : 25 OGOS 2020


Masa : 1.30 PETANG
Tempat : BILIK GERAKAN
Pengerusi : )
Kehadiran : SEPERTI LAMPIRAN
Hadir Bersama (Jika ada) : BESAR) Tidak Hadir
: SEPERTI LAMPIRAN
Urus Setia/Setiausaha :

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Guru Besar memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul-Kitab Surah Al-
Fatihah.

1.2 Mengalu-alukan kedatangan Pn Salliza Binti Ali sebagai Guru Penolong Kanan
Pentadbiran yang baharu bagi menggantikan Pn Hamidah yang telah
berpindah ke Kedah dan En Khairul Nizam sebagai Guru Kaunseling yang
baharu.

1.3 Sesi perkenalan di antara Pn Salliza bersama semua Jawatankuasa Kurikulum


sekolah.

1.4 Ucapan Tahniah kepada pemenang Hafazan peringkat Zon kerana telah
mengharumkan nama sekolah iaitu adik Amal Ahlami dan Sumayyah. Mereka
adalah anak kepada Pn Wan Nor Lela dan Pn Siti Shahida.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Bil 1/2020 disahkan tanpa sebarang pindaan oleh Pn Rabieah
dan disokong oleh Pn Siti Shahida dengan diterima sebulat suara oleh ahli
mesyuarat.

Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT:

1
3.1 Berkenaan dengan isu pada 4.1.4 : Guru bertugas perlu bercakap
berkaitan tema yang ditetapkan walaupun perhimpunan tidak
dijalankan di foyer.

3.2 Pada perenggan 4.1.6 : Guru yang bertugas pada hari Selasa (2 Sept)
perlu berucap dalam bahasa Inggeris kerana telah
ditetapkan setiap Selasa adalah hari Bahasa Inggeris.

3.3 4.2.4 : Ada perubahan nama pada Guru Kelas dan Pembantu.

3.4 Pada perenggan 4.2.9 : Buku Rekod Kawalan Kelas – Guru pertama
perlu mengambilnya di pejabat, manakala guru terakhir
pula perlu menghantarnya semula setiap hari. - Guru
yang terbabit perlu meneruskan semula
setelah murid duduk di kelas asal mulai 1
September ini .

Tindakan: Semua Yang Terlibat

4.0 PERBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

4.1 PN NOR SHAFINA BINTI YASAK (GURU BESAR)

4.1.1 En Khairul Nizam ( Kaunselor ) akan menjalankan program berkaitan dengan


murid. Boleh diberi “Relief” / ganti guru yang tidak hadir sebagai aktiviti
kaunseling kelompok di dalam kelas.

Tindakan: Guru Kaunselor

4.1.2 Khamis (28 Ogos) akan dijalankan aktiviti gotong royong mengemas semula
kelas kembali asal. Murid-murid dan guru dibenarkan memakai pakaian sukan.
Jadual waktu baharu akan diberikan.

4.1.3 Aktiviti Ambang Kemerdekaan akan dijalankan pada Hari Jumaat, murid tidak
perlu bawa beg hanya alatan tulis sahaja.

Tindakan: Semua Guru

4.1.4 Sukan Peringkat Sekolah akan diteruskan. En Hazarudin perlu adakan


mesyuarat dan berbincang bersama guru-guru.

Tindakan: GPK Koko

4.1.5 Ujian Formatif akan diadakan pada 8 hingga 11 September bagi mata
pelajaran teras sahaja untuk Tahap 2. Diharap Ketua Panitia
dapat pastikan guru yang terlibat dalam menyediakan
soalan.

2
4.1.6 Guru Bahasa Melayu dan Inggeris perlu menyediakan soalan ujian lisan
dan bacaan untuk meniliai tahap murid ( 3 tahap - Lemah,
Sederhana, Cemerlang).

4.1.7 Bagi mengetahui pencapaian murid Tahap 1- guru mata pelajaran teras
perlu mengadakan Ujian Pengesanan Kompetensi ( 100
markah). Jalankan ujian tersebut dalam waktu PDPC.
Markah hanya untuk rekod guru dan tidak perlu beri pada
murid . Tarikh yang ditetapkan adalah pada 1 hingga 4
September.

4.1.8 Panitia yang telah menjalankan aktiviti harap dapat hantar dokumentasi
kepada GPK Pentadbiran. Panitia yang telah jalankan aktiviti dan
menghantar dokumentasi adalah seperti berikut:

PANITIA SELESAI/ BELUM CADANGAN TARIKH

1. B MELAYU SELESAI -

2. B INGGERIS SELESAI -

3. MATEMATIK BELUM 28 SEPTEMBER

4. SAINS SELESAI -

5. PSV SELESAI -

6. PAI

-MAHRAJAN SELESAI -

-KBS 1 SELESAI -

-KBS 2 BELUM

-MAAL HIJRAH BELUM 1 September

-MAULIDUR RASUL BELUM 3 November

7.MORAL SELESAI -

8.RBT BELUM 5 OKTOBER

9.TMK BELUM SEPTEMBER

10.BHS ARAB BELUM 12 OKTOBER

11.PJK BELUM HARI SUKAN NEGARA

9 OKTOBER

12.MUZIK BELUM

3
4.1.9 Pertukaran jawatankuasa panitia Bahasa Inggeris: Ketua Panitia - Mohd
Yusri manakala Setiausaha - Pn Maureen.

4.1.10 Tarikh-tarikh penting :

TARIKH AKTIVITI

22 September Dialog Prestasi (KP 4 Subjek Teras)

26 Oktober Hantar soalan PAT untuk direso

30 Oktober Hari Kanak-Kanak

3 November Maulidur Rasul

11-12 & 17-20 Peperiksaan Akhir Tahun


November

13-16 Nov Cuti Deepavali

30 November Post mortem / Dialog Prestasi

11 Disember Latihan Majlis Apresiasi PRA, PPKI & Thn 6

14 Disember Raptai penuh

15 Disember Majlis Apresiasi

16 -17 Dis Raptai Majlis Anugerah Cemerlang

18 Disember Majlis Anugerah Cemerlang

19 Disember Majlis Orientasi Tahun1 & Pra

Majlis Hi-Tea (BKS)

4.1.11 Semua Ketua Panitia perlu merancang tarikh baharu untuk adakan
mesyuarat panitia dan jalankan perbincangan dalam satu
jam untuk PLC. Pn Salliza akan sediakan tarikh/
jadual untuk PLC bagi setiap mata pelajaran (4 pelajaran untuk
satu hari). Perlu adakan PLC sekali dalam sebulan. Sediakan
gambar dan dokumentasi sebagai bukti.

4.1.12 Penerangan mengenai data PBD yang lepas. Ketua Panitia perlu semak,
kaji dan bincang semula dengan guru pemulihan. Pastikan Band murid
adalah betul. Mesyuarat Kurikulum akan datang, Ketua
Panitia perlu beri laporan berkaitan murid yang lemah dan dapat
Band 1 atau 2. Laporan perlu ditulis di dalam borang
Maklum Balas.
4
Tindakan: Ketua Panitia

4.2 PN SALLIZA BINTI YASAK (GPK PENTADBIRAN)

4.2.1 PLC perlu diadakan dengan segera. Pastikan ada perbincangan berkaitan apa
dan bila akan dijalankan. Isi borang dan hantar pada beliau.

4.2.2 PLC - berbincang dalam kumpulan untuk PDPC - fokus pada rancangan untuk
satu tajuk pelajaran. Buat dokumentasi dan ambil gambar sebagai bukti.

4.2.3 Tarikh PLC untuk 4 subjek - 2, 3 dan 7 September. Mesyuarat PLC perlu
diadakan pada setiap awal bulan. (Sept, Okt dan Nov )

4.2.4 Tarikh Pencerapan PDPC adalah bermula dari minggu ini.

4.2.4 Tarikh untuk Mesyuarat Panitia - 14,15 dan 17 September.

Tindakan: Ketua Panitia

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1.1 Tindakan guru mata pelajaran Teras ( BM, BI, Math, Sains)
bagi Tahap 2.

Tarikh Aktiviti

25 Ogos Gubal soalan dan serah pada KP

28 Ogos KP hantar pada SUP untuk dicetak

3 & 4 Sept Membungkus kertas soalan

8 - 11 Sept Ujian

11- 15 Sept Proses semak kertas jawapan

17 - 18 Sept Semak bersama murid

21 Sept Serah pada guru kelas

22 -24 Sept Guru kelas key-in dalam tapak yang akan


disediakan

Panitia perlu buat post mortem

5
5.1.2 Ketua Panitia perlu semak saiz tulisan adalah 12 ( tahap 2)
manakala saiz 14 ( tahap 1).

5.2 Pn Thiyageswari ( Guru BI Tahap 1)

5.2.1 Soalan Ujian bagi murid Tahap 1 - boleh hantar pada SUP
untuk direso.

5.3 Pn Fauziah ( Guru Prasekolah )

5.3.1 Kehadiran murid seperti biasa. Tiada masalah.

5.4 Cik Rosmawati ( SU PPKI )

5.4.1 Akan menyemak semula program dan mengumpul semua


dokumentasi yang telah dijalankan untuk dihantar kepada
GPK Pentadbiran. Perlu adakan mesyuarat
dengan guru-guru PPKI dan jalankan PLC.

6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 3.30 petang. Mesyuarat


seterusnya akan diadakan mengikut takwim seperti yang telah ditetapkan.

You might also like