Hukum Bersugi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

bersiwak disunatkan sebelum 

solat. Maka  fuqaha  mazhab


membahaskan  waktu disunatkan  bersiwak berdasarkan
َ   ِّ‫ ُك ل‬  ‫ مع‬  ‫ك‬
kalimah dalam  hadis  ٍ‫ص اَل ة‬ ِ ‫ بال ِّس َو ا‬seperti berikut:

 Mazhab Hanafi berpandangan bahawa sunat bersiwak


setiap kali wuduk ketika berkumur-kumur
 Mazhab Maliki berpandangan bahawa bersiwak
merupakan kelebihan wuduk yang dilakukan sebelum
berkumur-kumur
 Mazhab Syafie dan Hanbali sependapat menyatakan
siwak sunat yang disukai (‫)م سْ َت َح ب‬
ُ iaitu sebelum kumur-
kumur selepas basuh tangan (Lihat:  al-Fiqh al-Islami
wa Adillatuhu (1/301).

Walaubagaimapun, bersiwak tidak  terikat pada waktu


tertentu mahupun keadaan bahkan pada bila-bila masa.
Sementara waktu bersiwak yang sangat digalakan oleh
muslim adalah ketika ingin mendirikan solat, ketika sedang
berwuduk, ketika ingin membaca al-Quran, ketika gigi
berubah kekuningan  mahupun ketika  berubah berbau busuk
kerana makan sesuatu atau mulut berbau kerana
meninggalkan makanan mahupun terlalu lama berdiam diri
dan ketika bangun tidur. ( Lihat al-Mu’tamad fi Fiqh al-
Syafie (1/60)

Hadis yang diriwayatkan daripada Huzaifah RA anhu:

َ ‫ص لَّ ى هللاُ عليه وسلَّ َم َإذ ا َق‬


‫ام ِم َن‬ َ ُّ‫كان النبي‬ َ
ِ ‫ بال ِّس َو ا‬  ُ ‫ َف اه‬  ‫ص‬
‫ك‬ ُ ‫ َي‬  ، ‫اللَّ ْي ِل‬.
ُ ‫شو‬
Maksudnya:  Rasulullah SAW apabila bangun di malam hari
Baginda SAW mengosok mulutnya dengan siwak".

Riwayat al-Bukhari ( 245)

Fuqaha  sepakat  menyatakan Baginda SAW akan mengosok


gigi selepas bangun tidur (Lihat  Syarh Riyadh al-
Solihin (5/525). 

Namun, makruh  bagi orang berpuasa  bersiwak setelah


zohor waktu gelincir matahari kebarat. (Lihat  Faidh al-Ilahi
al-Malik (1/22: Lihat Hasyiyah al-Baijuri (1/83); (Lihat: al-
Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (1/300-301)
Bagi persoalan yang diajukan  berkaitan tanggapan
memberus gigi (bersugi) tidak sunnah kerana bersiwak
khusus menggunakan kayu siwak ( ‫ ) أراك‬ sahaja. Maka,
perkara yang perlu diperhalusi ialah   pengertian siwak serta
jenis alat-alatnya

Siwak menurut bahasa ialah 


perbuatan mengosok dan alatnya, sementara definisi
menurut syarak ialah penggunaan kayu
atau  seumpamanya dan ubat gigi untuk mengosok
gigi agar menghilangkan perubahan (bau atau warna) dan
seumpamanya disusuli niat kerana Allah  (Lihat : al-Majmu’
Syarh al-Muhadzzab (1/270); (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa
Adillatuhu (1/300). Pengarang kitab al-Mu’tamad
menghuraikan maksud siwak menurut syarak   dengan 
memberi contoh berus gigi yang digunakan pada zaman
sekarang adalah seumpama alat  siwak  yang bertujuan
membersihkan gigi dan sekitarnya seperti gusi dan lidah bagi
menghilangkan kesan bau makanan. (Lihat  al-Mu’tamad fi
Fiqh al-Syafie (1/59). Sementara, pengarang kitab al-Taqrirat
al-Sadidah memperluaskan maksud siwak   kerana tidak
merujuk hanya pada   kayu siwak bahkan menyatakan
bersiwak dengan segala alat yang bersifat kesat. (Lihat  al-
Taqrirat al-Sadidah (84).

Alat untuk bersugi

Ciri-ciri alat yang sesuai  bersugi adalah


yang suci dan kesat seperti, kayu siwak atau dikenali kayu (
‫) أراك‬, dahan zaiton,  kayu yang berbau  menyegarkan,
pelepah kelapa  dan kain. Namun,  akar pokok arak ( ‫) أراك‬
merupakan alat sugi yang lebih afdhal kerana Baginda SAW
bersugi mengunakan akar pokok arak. Ini   berdasarkan
riwayat  daripada Abdullah bin Mas’ud RA anhu berkata:

ً ِ‫ س‬  ‫ عليه وسلَّ م‬  ُ ‫ هللا‬  ‫ صلَّ ى‬  ِ ‫ هللا‬  ‫لرسول‬


ٍ ‫ أرا‬  ‫ من‬  ‫واك ا‬
‫ك‬ ِ   ‫أجت ني‬ ُ
َ   ‫كنت‬
Maksudnya “ Aku telah memotongkan untuk Rasullullah SAW
alat mengosok gigi daripada akar pokok arak.

You might also like