Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 36

FAKULTI :

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA

KOD KURSUS : ALS431


PENGENALAN BAHASA MELAYU
DAN LINGUISTIK

TUGASAN BERKUMPULAN
KAJIAN RINTIS – UNSUR HAIWAN DALAM
PERIBAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH:
NO NAMA NO PELAJAR

1. FARIZ HILMI BIN MUSTAFA KAMAL 2021477114

2. NURUL ADHA BINTI ANUAR 2021617798

3. NURUL FATIHAH BINTI ROSLAN 2021816416

4. NURUL HUDA BINTI SUPIAN 2021617942

5. SITI AMINAH BINTI KAMALUKEH 2021481412

KELAS: LG241-1A

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN UMAIMAH BINTI KAMARULZAMAN

TARIKH SERAHAN:

4 FEBRUARI 2022
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1.0 PENGENALAN 3
1.1 Objektif kajian

2.0 KAJIAN LEPAS 4


2.1 Kerangka Teori : Teori Relevans oleh Sperber &
Welson (1995)
3.0 METODOLOGI KAJIAN 7
3.1 Data Kajian

4.0 ANALISIS KAJIAN 8


4.1 Peribahasa mengikut domain
4.2 Makna dan simbol haiwan dalam peribahasa (positif/negatif)
5.0 KESIMPULAN 18

6.0 RUJUKAN 19

LAMPIRAN 20

2
1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), peribahasa bermaksud ayat atau kelompok
kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi maksud yang tertentu.
Peribahasa secara ringkasnya merupakan unsur linguistik yang telah sebati dalam perbualan
seharian dan telah diserap menjadi budaya masyarakat Melayu. Aspek linguistik ini
digunakan oleh masyarakat Melayu dalam pelbagai konteks sama ada untuk menyifatkan
sesuatu melambangkan perasaan mahupun menerangkan sesuatu situasi. Secara umumnya
terdapat dua fungsi pengaplikasian peribahasa dalam budaya masyarakat Melayu. Antaranya
ialah memaparkan realiti kehidupan manusia iaitu menerangkan atau melambangkan situasi
mahupun sifat manusia dan menyifatkan nilai moral yang menjadi tunjuk ajar antara manusia
dengan manusia, manusia dengan alam sekitar, dan manusia dengan Tuhan.

Nor Hashimah Jalaluddin (2014) berpendapat bahawa peribahasa adalah unsur


penting sebagai pengungkap falsafah , ilmu dan pemikiran serta merupakan alat kreativiti
insan dalam pelbagai bidang kehidupan. Hal ini kerana peribahasa mampu mencerminkan
falsafah dan cara masyarakat Melayu berfikir dan menyampaikan maklumat. Menurut
Muhammad Nor Sahfiq Amran et al. (2020), penggunaan peribahasa dalam kehidupan
masyarakat Melayu berfungsi untuk mendidik menyampaikan teguran dan nasihat,
menyatakan hasrat hati serta menzahirkan perasaan tentang sesuatu. Selain itu, masyarakat
Melayu juga menggunakan peribahasa bertujuan untuk menyampaikan sesuatu fikiran atau
mesej kepada pendengar atau penerima dengan cara yang berlapik kerana sifat masyarakat
Melayu yang sangat mementingkan adab seperti sopan santun, saling-menghormati dan
sebagainya.

Kajian ini dilakukan bagi mengkaji penggunaan unsur haiwan dalam peribahasa
Melayu. Kajian ini menggunakan Teori Relevans oleh Sperber dan Wilson (1986). Teori
Relevans menggabungkan fungsi semantik dan fungsi pragmatik dalam mengkaji peranan
dan hubungan perlambangan unsur haiwan dengan makna tersiratnya. Teori ini mempunyai
tiga idea asas; konteks, kesan konteks, dan pemprosesan maklumat. Prinsip-prinsip ini
dibantu oleh subidea penggayaan, rujukan pemilihan, dan ketidaksahihan maklumat dalam
menyokong pendiskripsian makna yang merujuk kepada andaian psikologi pendengar dan
pembaca. Konteks ini termasuk unsur masa depan, idea saintifik, sebab-akibat kejadian atau
peristiwa, dan andaian tentang budaya dan kepercayaan dalam penaakulan pengarang secara
umum. Teori ini menggunakan 16 peribahasa yang mengandungi unsur haiwan yang

3
dikumpulkan dari kajian lepas, laman sesawang https://malaycivilization.com.my/ dan
https://senaraiperibahasa.com/. Aspek yang ingin diterangkan merangkumi unsur bersifat
abstrak secara tidak langsung iaitu menerusi perasaan, rohani, pengajaran dan fitrah alam
semesta.

Oleh itu, penggunaan unsur haiwan kerap dikaji ke atas unsur haiwan seperti ayam,
anjing, kucing dan burung dalam mendiskripsi dan melambangkan sesuatu hal yang
melibatkan perbandingan fizikal haiwan untuk menerangkan sifat-sifat, pelakuan dan situasi
manusia.

Data kajian akan disenaraikan mengikut 5 domain beserta dua contoh yang paling
kerap ditemui dalam peribahasa sebagai contoh, domain rezeki, sikap individu, jantina,
kemiskinan dan perbuataan yang sia-sia. Kelima-lima domain tersebut dikenalpasti daripada
makna sesuatu peribahasa yang telah dipilih. Pengkaji juga akan membahagikan peribahasa
mengikut makna konotasi sama ada peribahasa membawa makna yang positif atau negatif.
Hal ini demikian kerana, peribahasa yang merupakan bahasa halus kebiasaannya mempunyai
makna yang tersirat, oleh itu pengkaji akan mengenalpasti makna konotasi dalam peribahasa
berdasarkan maksud dan leksikal yang digunakan. Analisis kajian yang terakhir ialah
pengkaji akan menyatakan simbol sesuatu haiwan yang digunakan dalam peribahasa. Setiap
haiwan membawa simbol yang berlainan mengikut konteks peribahasa, namun kebanyakkan
haiwan membawa simbol yang tetap misalnya kerbau yang merupakan simbol “bodoh” atau
harimau yang merupakan simbol “kuat”.

1.1 Objektif Kajian


1.1.1 Mengenal pasti domain dalam peribahasa Melayu yang telah disenaraikan.
1.1.2 Menghuraikan makna dan simbolisme unsur haiwan dalam peribahasa Melayu
menggunakan Teori Relevans oleh Sperber dan Welson (1995)

2.0 KAJIAN LEPAS

Kajian tentang bidang peribahasa merupakan satu kajian yang luas dan masih relevan
sehingga kini. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan peribahasa dianggap sebagai
bahasa yang halus bertepatan dengan budaya masyarakat Melayu yang amatmengutamakan
sifat hormat-menghormati dan berbudi bahasa. Peribahasa juga merupakan ungkapan yang

4
digunakan secara turun-temurun dari zaman nenek moyang kita lagi. Oleh itu, pada bahagian
ini, pengkaji akan menyatakan sorotan beberapa kajian lepas yang menggunakan peribahasa
sebagai sumber kajian mereka. Pengkaji juga akan memperlihatkan kajian peribahasa yang
mengandungi unsur haiwan di dalamnya.

Umaimah Kamarulzaman (2013) dalam kajian yang berjudul Simbolisme Haiwan


dalam Peribahasa Melayu memerihalkan tentang simbolisme haiwan dalam peribahasa
Melayu yang mempunyai makna positif dan makna negatif. Kajian ini mengaplikasikan Teori
Relevan dengan menggunakan data-data yang diambil daripada CD-ROM Tikaman Bahasa
(Siri Koleksi Warisan) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2002.
Teori ini mampu menunjukkan maksud tersirat serta penggunaan simbolisme haiwan yang
terdapat dalam peribahasa Melayu dengan lebih jelas.

Selain itu, kajian yang berjudul Penginterpretasian Peribahasa Dan Hubungannya


Dengan Kemahiran Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevan yang ditulis oleh
Hasmidar Hassan (2016) dalam memerihalkan tentang kemampuan pelajar memahami
maksud peribahasa yang diberikan mengikut teori relevan. Kemampuan pelajar
mengklasifikasikan peribahasa mengikut maksud implisit yang didukung oleh peribahasa
didapati masih lemah walaupun dalam kalangan pelajar pendidikan guru. Kajian mendapati
terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar kurang berkemampuan memahami
maksud peribahasa seperti tidak memahami makna leksikal, tidak memahami peluasan
makna sesuatu leksikal, tiadanya maklumat latar belakang (entri ensiklopedik) tentang sifat
ataupun ciri yang didukung oleh sesuatu item atau peristiwa dan tidak dapat mengaplikasikan
maklumat latar belakang pada maklumat baharu yang diterima (prosedur pemahaman).

Kajian yang dilakukan oleh Dinie Asyraf Salehan, Omrah Hassan @ Hussin dan
Zaitul Azma Zainon Hamzah (2018) yang bertajuk Metafora Konsep Manusia Ialah
Haiwan dalam Peribahasa Melayu dan Perancis Berkaitan Metafora Haiwan
Kesayangan menunjukkan konsep domain untuk menerangkan maksud sesuatu unsur
binatang dalam peribahasa. Kajian mendapati unsur anjing dan kucing banyak digunakan
untuk menunjukkan metafora sebagai manusia dan domainnya sebagai sikap atau ciri
manusia tersebut.

Kesimpulannya, unsur haiwan sering digunakan sebagai satu unsur perlambangan


dalam peribahasa. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian-kajian lepas yang telah dilakukan
oleh para pengkaji dengan melibatkan sumber peribahasa berunsurkan haiwan sebagai bahan

5
utama kajian mereka. Berdasarkan tiga kajian lepas yang telah dirujuk dan diteliti, pengkaji
dapat memahami serba sedikit kaedah yang digunakan oleh para pengkaji lepas dan telah
memilih Teori Relevans oleh Spreber dan Wilson (1995) dalam kajian mengenai unsur
haiwan dalam peribahasa.

2.1 Kerangka Teori

Pengkaji telah mengaplikasikan Teori Relevans oleh Sperber & Wilson (1995)
dalam kajian rintis yang dilakukan. Teori yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson
ini bertujuan untuk mencapai interprestasi yang relevans secara optimum iaitu
maklumat yang diperoleh adalah tepat dan jitu serta menarik minat pendengar kerana
mereka tidak perlu berusaha lebih untuk memahami perkara yang disampaikan. Teori
ini juga menitikberatkan aspek perbualan secara lisan, kesan poetik, dimensi
penggunaan bahasa dari segi deskriptif dan interpretif, ujaran literal, metafora, ujaran
gemaan, ironi, dan juga pertuturan. Hal ini demikian kerana, teori ini akan
menekankan komunikasi yang baik agar mudah difahami antara penutur dan
pendengar yang terlibat atau erti kata lain relevan yang optimal. Relevan yang optimal
membawa maksud apa yang diperkatakan oleh penutur dapat difahami atau diproses
oleh pendengar secepat mungkin. Teori ini digunakan untuk menjelaskan ciri proses
mental yang terlibat dalam penginterprestasian maklumat. Oleh itu, teori ini
mempunyai tiga gagasan utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses
maklumat.

i. Konteks

Menurut Subet (2010), konteks dalam Teori Relevan berlaku apabila wujud beberapa
andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh pendengar dan masih kekal
dalam ingatan pendengar tersebut, perkara yang melibatkan masa depan, hipotesis
saintifik, kenangan manis, pahit atau kelakar, andaian tentang budaya dan
kepercayaan yang ada pada penutur dan sebagainya. Konteks dapat dinilai dengan tiga
cara iaitu melalui percakapan, kedua dengan cara merujuk apa sahaja yang berlaku di
sekitar manusia dan ketiga melalui catatan ensiklopedia yang terdapat dalam memori
seseorang yang dapat dirujuk apabila kata-kata itu timbul dalam ujaran (proposisi).

6
ii. Kesan konteks

Kesan konteks adalah andaian awal yang terdapat pada pendengar tentang maklumat
yang relevan dengan diri pendengar itu. Semua maklumat tersimpan sebagai sebuah
catatan ensiklopedia dalam minda pendengar. Dalam perbualan, pendengar akan
menggabungkan, memperkuatkan atau menggugurkan konteks yang dikemukakan
oleh penutur dengan andaian awal yang sedia ada untuk menghasilkan kesan konteks.

iii. Usaha memproses maklumat

Usaha memproses merupakan usaha yang terlibat dalam menginterpretasikan makna


ujaran. Jalaluddin (2003) mengatakan usaha memproses ini merujuk kepada usaha
memproses maklumat oleh pendengar. Bagi penutur pula, usaha memproses juga
penting untuk memastikan percakapannya boleh disampaikan dan difahami dengan
mudah oleh pendengar bersesuaian dengan tahap fokus pendengar tersebut.
Berdasarkan Teori Relevan, semakin rendah usaha memproses maklumat, maka
semakin relevanlah atau semakin mudah sesuatu ujaran untuk difahami dan diterima
oleh seseorang pendengar.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah pengumpulan kajian ini adalah sangat penting dan merupakan bahan yang utama
dalam menghasilkan sesuatu tugasan atau projek. Pengkaji telah menggunakan kaedah
pengumpulan data sekunder, iaitu merujuk kepada kajian lepas yang ada di atas talian. Pada
masa yang sama, pengkaji juga telah mencari dan menghuraikan beberapa peribahasa yang
telah dibahagikan mengikut domain tertentu dari laman sesawang tertentu dan bahan kajian
lepas yang lain, iaitu melalui sumber jurnal secara atas talian untuk mengetahui dan
mengenalpasti simbol haiwan yang digunakan dalam sesuatu peribahasa.

3.1. Data Kajian

Pengkaji telah menggunakan sumber internet yang diakses secara atas talian
pada 22 Januari 2022 sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan sebarang maklumat
dan info terkini mengenai tajuk kajian. Kaedah ini digunakan kerana dapat membantu
pengkaji untuk mendapatkan maklumat dengan sahih dan tepat mengenai tajuk kajian

7
yang dikaji, iaitu berkaitan dengan simbol yang digunakan pada unsur haiwan dalam
sesuatu peribahasa. Pengkaji menggunakan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi
Keempat secara atas talian untuk mencari maksud di sebalik unsur haiwan yang
digunakan dalam sesuatu peribahasa. Pengkaji telah menjumpai 23 peribahasa yang
mengandungi unsur haiwan yang telah dikumpulkan melalui sumber kajian lepas
berdasarkan laman sesawang seperti https://senaraiperibahasa.com/ dan
https://malaycivilization.com.my/. Selain daripada hasil carian sumber internet,
bimbingan guru juga dapat dijadikan sebagai sumber rujukan yang dapat membantu
pengkaji untuk memahami tugasan yang dibuat selain daripada menjadikan sumber
carian internet sebagai bahan rujukan untuk mendapatkan maklumat.

4.0 ANALISIS KAJIAN

Kajian rintis ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis berkenaan penggunaan unsur
haiwan dalam peribahasa Melayu. Pengkaji telah menyenaraikan 29 peribahasa yang
mengandungi unsur haiwan namun hanya 16 peribahasa sahaja yang digunakan dalam
analisis. Data-data peribahasa yang terdapat dalam kajian ini diambil daripada kajian lepas
iaitu jurnal, laman web https://malaycivilization.com.my/ dan https://senaraiperibahasa.com/.
Melalui kajian ini, para pengkaji telah menyenaraikan peribahasa yang mengandungi unsur
haiwan yang telah dibahagikan kepada beberapa domain, makna konotasi peribahasa tersebut
sama ada positif atau negatif dan simbol haiwan dalam peribahasa.

4.1 Peribahasa mengikut domain

BIL. PERIBAHASA MAKNA LEKSIKAL MAKLUMAT DOMAIN


MELAYU TAMBAHAN
1 Seperti anjing Kedekut Anjing Menggonggong Sikap
menggonggong tulang perbuatan individu
tulang untuk diri (tamak)
sendiri sahaja

2 Angkuh seperti Gemar Merak sikap angkuh Sikap


merak menganggap (ciri-ciri merak) individu

8
sendiri lebih baik (angkuh)
daripada orang
lain

3 Intan Memberikan Anjing Perbuatan yang Perbuatan


dikalungkan di sesuatu kepada tidak kena sia-sia
leher anjing orang yang tidak tempatnya
menghargainya
atau bukan pada
tempatnya

4 Bagai Melakukan satu Kambing Perbuatan yang Perbuatan


menghitung pekerjaan yang mustahil dan sia-sia
bulu kambing mustahil sia-sia

5 Pacat hendak Orang miskin Pacat Nak jadi ular Kemiskinan


jadi ular berlagak seperti
orang kaya.

6 Ibarat ayam: Sangat miskin. Ayam Tiada mengais Kemiskinan


tiada mengais tiada makan
tiada makan

7 Kumbang tidak Bukan hanya Kumbang Kumbang tidak Jantina


seekor, bunga seorang sahaja seekor
tidak sekuntum lelaki atau
perempuan untuk
dijadikan kekasih
atau pasangan
hidup

8 Di mana bunga Di mana ada Kumbang Kumbang yang Jantina


yang kembang, perempuan cantik, banyak
di situ kumbang di situ ramai laki-
yang banyak laki

9 Ada padi Di tempat orang Pipit Padi masak Rezeki

9
masak, adalah mudah mendapat
pipit rezeki, banyaklah
orang berkumpul

10 Sudah tidak Barang yang tiada Angsa Sudah tidak Rezeki


tersudu oleh berguna kepada tersudu
Itik
angsa, baru orang kaya,
diberikan barulah diberikan
kepada itik kepada orang
miskin.

Rajah 1 : Peribahasa unsur haiwan beserta domain

Berikut merupakan data-data yang diperoleh hasil carian di laman sesawang


https://malaycivilization.com.my/ dan https://senaraiperibahasa.com/. Pengkaji telah
mendapat 25 peribahasa yang mengandungi unsur haiwan dan telah dibahagikan kepada 5
domain utama serta dua contoh bagi setiap domain seperti di Jadual 1. Terdapat lima domain
terbesar dalam kesemua peribahasa yang disenaraikan antaranya ialah domain sikap buruk
individu, perbuatan sia-sia, kemiskinan, jantina dan rezeki. Simbol bagi makna setiap unsur
haiwan juga diterangkan dalam.

Ciri fizikal anjing yang menggonggong tulang digunakan untuk menunjukkan sifat
individu yang hanya menyimpan sesuatu yang baik hanya untuk diri sendiri. Pembentukan
kesan konteks terbina di sini dengan cara penguatan maklumat. Hal ini demikian kerana
pemilihan haiwan “anjing” adalah tepat kerana sifat haiwan itu sendiri yang enggan
berkongsi. Melalui maksud peribahasa, pengkaji dapat mengenal pasti bahawa peribahasa
merupakan domain sikap seseorang individu yang tamak dan hanya menyimpan sesuatu
untuk diri sendiri sahaja. Usaha memproses maklumat juga amat dititikberatkan dalam teori
ini. Perkataan anjing itu sendiri membawa maksud kejahatan dan mudah untuk diproses dan
difahami serta bersifat manifestasi. Kesan konteks yang tinggi dan usaha memproses
maklumat yang rendah membolehkan masyarakat Melayu menerima dan memahami
peribahasa ini.

Peribahasa seterusnya merupakan domain perbuatan yang sia-sia iaitu “Intan


dikalungkan di leher anjing”. Peribahasa tersebut membawa makna seperti memberikan

10
sesuatu kepada orang yang tidak menghargainya atau bukan pada tempatnya. Dalam
masyarakat Melayu, sifat intan yang mahal dan berharga sangat tidak kena jika dikalungkan
kepada anjing yang langsung tidak mengetahui nilai intan tersebut. “Anjing” yang membawa
maksud kejahatan jika dikalungkan dengan intan yang berharga menunjukkan yang mulia
juga jadi hina jika salah pada tempatnya. Hal ini jelas menunjukkan domain perbuatan ini
merupakan satu perbuatan yang sia-sia. Kesan konteks yang tinggi menyebabkan usaha
memproses maklumat menjadi rendah dan memudahkan masyarakat Melayu memahami dan
menerima peribahaa ini kerana mereka dapat mengaitkan perbezaan hubung kait antara
perkataan “anjing” dan “ intan”.

Peribahasa dalam domain ketiga iaitu kemiskinan ialah “pacat hendak menjadi ular”.
Ciri fizikal pacat dan ular digunakan sebagai simbol bagi orang kecil atau bertaraf rendah
manakala ular ialah orang bertaraf tinggi atau orang kaya. Peribahasa tersebut membawa
maksud orang miskin yang berlagak seperti orang kaya. Pembentukan kesan konteks terbina
dengan cara penguatan maklumat. Pemilihan simbol pacat dan ular adalah tepat kerana ia
menunjukkan satu perbezaan yang ketara antara kedua-dua haiwan tersebut. Jelas di sini ciri
pacat dan ular disamakan dengan orang miskin dan orang kaya menyebabkan berlakunya
penguatan maklumat dan membentuk kesan konteks. Usaha memproses maklumat bagi data
ini menjadi rendah kerana kesan konteks yang digunakan adalah tinggi.

Domain seterusnya merupakan domain jantina. Peribahasa yang terdapat dalam


komain jantina ialah “Kumbang tidak seekor, bunga tidak sekuntum” yang membawa
maksud bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perempuan untuk dijadikan kekasih atau
pasangan hidup. Pembentukan kesan konteks terbina di sini dengan cara penguatan
maklumat. Hal ini demikian kerana “Kumbang” yang dimaksudkan dalam peribahasa
membawa simbol lelaki manakala “bunga” ialah perempuan. Pemilihan kumbang sebagai
simbol jantina lelaki dianggap bertepatan kerana mempunyai konteks yang tinggi dan usaha
untuk memproses adalah rendah. Oleh itu, peribahasa ini mudah diterima oleh masyarakat
Melayu.

Domain yang terakhir merupakan domain rezeki. Peribahasa “ada padi masak, adalah
pipit” merupakan peribahasa domain rezeki. “Pipit” merupakan seekor haiwan yang bertubuh
kecil yang digambarkan sebagai orang yang kecil. Konteks ini merujukan kepada
persekitaran di sekeliling masyarakat Melayu itu sendiri. Maksud peribahasa tersebut ialah di
tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang yang berkumpul. Pembentukan kesan

11
konteks terbina dengan cara penguatan maklumat. Penggunaan “pipit’ dalam peribahasa
adalah tepat kerana pipi merupakan haiwan yang hidup secara berkumpulan dan kebiasannya
akan muncul ketika padi mulai masak. Peribahasa ini mudah diterima masyarakat Melayu
kerana konteksnya yang tinggi dan usaha untuk memproses adalah rendah. Peribahasa ini
juga merupakan peribahasa yang berkait rapat dengan hidup masyarakat Melayu kerana
faktor persekitaran dan kehidupan.

4.2 Simbolisme dan makna unsur haiwan dalam peribahasa

Bahagian ini akan menunjukkan makna konotasi unsur haiwan dalam


peribahasa melayu menggunakan penerapan Teori Relevans oleh Sperber & Welson
(1986). Dalam bahagian ini, hanya 6 peribahasa yang terdiri daripada 3 peribahasa
yang membawa makna positif dan 3 peribahasa yang membawa makna negatif yang
kerap digunakan dalam penulisan serta percakapan masyarakat Melayu.

Simbolisme haiwan dalam peribahasa Melayu yang membawa makna positif

Berikut merupakan unsur haiwan dalam peribahasa Melayu yang membawa makna
positif.

i. Telur hari ini, lebih baik daripada anak ayam besok.

Maksud : Keuntungan yang sedikit lebih baik jika dapat daripada keuntungan yang
banyak tetapi belum tentu. ; Pendapatan hari ini lebih baik daripada menunggu
perolehan yang belum tentu.

Dalam konteks masyarakat Melayu, ayam sering kali dikaitkan dengan rezeki.
Telur dan anak ayam merupakan hasil dari ibu ayam tetapi mempunyai faedah yang
berbeza. Telur ayam yang dihasilkan boleh dijadikan sumber pendapatan walaupun
hasilnya sedikit berbanding anak ayam yang hasilnya tinggi tetapi belum tentu boleh
dijual.

12
Istilah telur dan anak ayam yang digunakan dalam peribahasa disamakan
dengan keuntungan atau pendapatan. Pembentukan kesan konteks telah terbina di sini
dengan cara penguatan maklumat. Hal ini demikian kerana istilah telur dan anak
ayam mudah diproses dan dikaitkan dengan persekitaran masyarakat Melayu. Kesan
konteks yang tinggi memudahkan usaha memproses. Masyarakat Melayu juga mudah
memahami unsur haiwan yang digunakan dalam peribahasa dan membolehkan
mereka menerima peribahasa ini.

Peribahasa ini juga berfungsi sebagai satu peringatan untuk masyarakat


bersyukur dengan apa yang diperoleh walaupun sedikit daripada menunggu sesuatu
yang banyak tetapi belum pasti. Peribahasa ini juga digunakan sebagai teguran kepada
masyarakat untuk sentiasa berusaha untuk mendapat hasil yang lebih dan pasti.

Pemilihan simbol ini sesuai kerana menggambarkan masyarakat Melayu yang


peka dengan persekitarannya. Penggunaan simbol yang mudah juga menyebabkan
mesej yang ingin disampaikan mudah difahami walaupun dengan cara yang halus. Hal
ini demikian kerana, masyarakat Melayu sangat mementingkan adab dan nilai murni
dalam kehidupan terutamanya ketika berkomunikasi.

ii. Itik mendapat air

Maksud : Orang yang mendapat kegemarannya; sangat suka dan girang.

Dalam makna data di atas, itik digambarkan sebagai seseorang. Itik dan air
menggambarkan sesuatu yang berkait rapat dalam kehidupan. Misalnya, itik sangat
suka akan air dan sudah menjadi kebiasaan bagi itik untuk berada dalam air dalam
jangka masa yang panjang.

Sifat itik yang suka akan air disamakan dengan seseorang yang mendapat
sesuatu yang menjadi kemahuannya. Pembentukan kesan konteks telah terbina degan
cara penguatan maklumat. Seseorang yang mendapat sesuatu yang menjadi
keinginnannya akan berasa sangat suka dan girang. Hal ini jelas sekali dalam
kehidupan masyarakat Melayu kerana semua orang pasti mempunyai kemahuan
tersendiri dalam hidup mereka dan akan gembira sekiranya kemahuan mereka

13
dipenuhi. Konteks yang tinggi dalam peribahasa memudahkan masyarakat Melayu
memproses maklumat yang disampaikan dan menerima peribahasa ini dengan baik.

Peribahasa ini berfungsi untuk mengatakan unsur emosi iaitu unsur


kegembiraan seseorang yang mendapat perkara kesukaannya. Peribahasa ini juga
bertujuan untuk menunjukkan sifat gembira seseorang tanpa menjelaskan unsur yang
menjadi punca kegembiraannya misalnya dapat bertemu dengan seseorang yang
disayangi, diberi hadiah yang telah lama diinginkan atau diberikan makanan
kegemarannya.

Pemilihan simbol itik dalam peribahasa ini dilihat sangat sesuai. Hal ini
demikian kerana, masyarakat Melayu sangat peka dengan perbuatan unsur yang
berada di sekeliling mereka. Penggunaan simbol ini juga menunjukkan bahawa
masyarakat Melayu mengambil kira seluruh aspek yang dilihat di sekeliling mereka
malah perkara lain yang mempunyai hubungan dengan alam sekeliling.

iii. Lipas kudung

Maksud : Membuat sesuatu kerja dengan pantas.

Berdasarkan data di atas, lipas digambarkan sebagai seekor haiwan yang


mempunya ciri fizikal yang kecil tetapi bergerak dengan sangat pantas. Konteks di
sini ialah rujukan terhadap persekitaran yang berlaku di sekeliling masyarakat.
Masyarakat melayu sendiri menyatakan bahawa lipas merupakan sejenis serangga
yang pantas bergerak.

Istilah lipas kudung yang digunakan merujuk kepada sikap atau pergerakan
seseorang. Pembentukan kesan konteks telah terbentuk di sini dengan cara penguatan
maklumat. Lipas kudung membawa maksud seseorang yang membuat sesuatu kerja
dengan pantas. Dalam konteks kehidupan, lipas kudung merupakan seseorang yang
kuat bekerja dan pantas dalam melakukan sesuatu. Penggunaan kesan konteks yang
tinggi dalam ayat memudahkan usaha memproses. Peribahasa yang mudah difahami
membolehkan masyarakat Melayu menerima peribahasa ini.

14
Peribahasa ini berfungsi untuk menunjukkan cara seseorang individu. Selain
itu peribahasa ini juga digunakan untuk menunjukkan persamaan sikap antara
manusia dan unsur haiwan. Peribahasa ini sangat sesuai digunakan untuk
menunjukkan persamaan orang yang melakukan kerja dengan pantas dengan sifat
lipas itu sendiri.

Pemilihan simbol ini juga dianggap sesuai kerana menunjukkan masyarakat


Melayu kreatif dalam menggunakan perkara di sekeliling untuk mengaitkan sesuatu
perkara dengan merangkumi seluruh aspek kehidupan.

Simbolisme haiwan dalam peribahasa Melayu yang membawa makna negatif

Berikut merupakan unsur haiwan dalam peribahasa Melayu yang membawa makna negatif.

i. Buaya Darat

Maksud : Seseorang lelaki yang jahat dan suka berfoya-foya dengan perempuan yang
bersilih ganti dan meninggalkan mereka setelah dinodai.

Dalam konteks masyarakat Melayu, buaya sering kali dikaitkan dengan lelaki
jahat dan tidak setia. Buaya darat membawa maksud seorang lelaki jahat dan suka
meninggalkan wanita seteleh menodai mereka.

Istilah buaya darat yang digunakan untuk menunjukkan lelaki jahat yang
berada di darat. Pembentukan kesan konteks telah terbina di sini dengan cara
penguatan maklumat. Buaya darat disamakan dengan lelaki jahat yang bersama
dengan perempuan bersilih ganti kerana sifat haiwan buaya itu sendiri kebiasaannya
melakukan persenyawaan dengan lebih dari seekor buaya betina pada satu-satu masa.
Hal ini demikian menunjukkan sifat haiwan tersebut sendiri sama dengan maksud
peribahasa yang dinyatakan.
Peribahasa ini bertujuan untuk memberikan peringatan dan menunjukkan
persamaan sifat yang buruk seorang lelaki supaya wanita tidak mudah menjadi

15
mangsa. Peribahasa yang digunakan juga merupakan istilah yang berlapik tetapi
mampu difahami oleh pendengar.

Pemilihan simbol ini sangat sesuai kerana ia menunjukkan sifat masyarakat


Melayu yang sangat arif tentang persekitarannya dan bijak menghubungkaitkan
kehidupan lain. Penggunaan simbol yang sinonim dengan perbuatan atau konteks
yang tinggi juga memudahkan pendengar memahami tanpa mengambil masa yang
lama untuk memproses maklumat.

ii. Seperti musang berbulu ayam

Maksud : Seseorang yang jahat berpura-pura menjadi orang baik-baik.

Dalam makna data tersebut, istilah bulu yang digunakan adalah untuk
menunjukkan perbezaan antara musang dan ayam. Musang merupakan seekor haiwan
pemangsa yang liar dan manakala ayam merupakan haiwan jinak yang tidak
membahayakan bahkan menjadi bahan makanan manusia.

Istilah musang berbulu ayam menunjukkan sifat kejahatan ditutupi dengan


sifat yang tidak bahaya. Pembentukkan kesan konteks telah terbina di sini dengan cara
penguatan maklumat. Seperti yang diketahui masyarakat Melayu, musang merupakan
haiwan yang dianggap membawa unsur kejahatan. Musang diibaratkan seperti
seseorang yang jahat manakala berbulu ayam merupakan istilah untuk menutupi
dirinya yang sebenar atau bermaksud seseorang yang cuba berpura pura menjadi
orang baik. Kesan konteks yang tinggi memudahkan usaha untuk memproses.
Masyarakat Melayu akan mudah memahami dan menerima peribahasa ini.

Peribahasa ini juga berfungsi sebagai satu peringatan untuk masyarakat supaya
sentiasa berhati-hati supaya tidak mudah terjerumus dengan helah orang jahat yang
berpura-pura menjadi baik. Peribahasa ini juga banyak digunakan sebagai amaran
sekiranya seseorang ingin keluar pada malam hari.

Pemilihan simbol ini sesuai kerana menggambarkan masyarakat Melayu yang


kreatif dengan penggunaan unsur fauna dalam lisan mereka. Masyarakat Melayu juga

16
sangat memahami sifat unsur fauna di sekeliling mereka dan boleh menggunakan
unsur tersebut sebagai bahasa halus yang mudah difahami ketika berkomunikasi.

iii. Ibu Ayam

Maksud : Perempuan yang memperdagangkan pelacur.


Dalam konteks masyarakat Melayu, ayam merupakan seekor haiwan yang
berkait rapat dengan rezeki mana ibu pula merupakan seorang penjaga kepada anak-
anaknya. Namun peribahasa “ibu ayam” pula berbeza dengan fahaman masyarakat
Melayu kerana istilah ini mempunyai makna negatifnya sendiri. Dalam peribahasa ini,
ibu didefinisikan sebagai seseorang penjaga atau perempuan yang memperdagangkan
pelacur yang dikiaskan sebagai ayam.

Istilah ayam yang digunakan merupakan unsur rezeki dari sumber haram hasil
aktiviti pemerdagangan pelacur. Pembentukan kesan konteks telah terbina di sini
dengan cara penguatan maklumat. Dalam budaya masyarakat Melayu, adalah haram
untuk menjalankan aktiviti pemerdagangan manusia dan merupakan satu jenayah.
Perbuatan ibu ayam dalam peribahasa menunjukkan sifat perempuan yang
memperdagangkan pelacur untuk mendapat keuntungan menjadi salah satu perkara
yang negatif kerana rezeki dari sumber yang haram. Konteks yang tinggi digunakan
memudahkan usaha untuk memproses. Hal ini turut membolehkan masyarakat
Melayu menerima peribahasa ini.

Peribahasa ini berfungsi untuk menunjukkan pekerjaan seseorang yang tidak


baik namun telah dihaluskan bagi mengekalkan adab kesantunan dalam budaya
Melayu. Peribahasa ini juga digunakan untuk memberikan gambaran negatif
seseorang yang melakukan jenayah.

Pemilihan simbol ini bersesuaian kerana menggambarkan masyarakat Melayu


boleh berfikiran kreatif dengan bersumberkan alam fauna. Masyarakat Melayu juga
berjaya mengaitkan penggunaan simbol ini dengan isu yang berlaku di sekeliling
mereka.

17
5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, para pengkaji telah berjaya menyatakan memperoleh dapatan tentang


unsur haiwan yang terdapat dalam peribahasa Melayu melalui Teori Relevans oleh
Sperber dan Welsen (1995). Para pengkaji juga berjaya mengenal pasti setiap makna
dan simbol haiwan yang digunakan dalam peribahasa sama ada ia membawa makna
yang positif atau negatif. Bukan itu sahaja, pengkaji juga dapat merungkai unsur
setiap haiwan yang terdapat dalam peribahasa sama ada haiwan tersebut membawa
unsur kejahatan atau kebaikkan. Penggunaan unsur haiwan dalam peribahasa juga
dianggap lebih mudah difahami oleh masyarakat Melayu kerana konteksnya yang
tinggi tidak memerlukan usaha untuk memproses. Masyarakat Melayu juga lebih
memahami dan menerima peribahasa.

Bukan itu sahaja, penggunaan unsur fauna dalam peribahasa juga


menunjukkan sifat masyarakat Melayu yang kreatif dan bijak mengasimilasikan
keadaan alam sebagai sifat manusia. Sebagai contoh, sifat haiwan sering kali
dikaitkan dengan makna dalam peribahasa misalnya buaya yang dianggap sebagai
seorang lelaki jahat kerana sifat buaya itu sendiri yang membawa unsur kejahatan.
Penggunaan unsur fauna dalam komunikasi masyarakat Melayu juga menunjukkan
bahawa masyarakat Melayu mengambil kira seluruh aspek yang dilihat di sekeliling
mereka.

Oleh itu, penggunaan unsur haiwan dalam peribahasa wajarlah diteruskan.


Masyarakat Melayu wajarlah menerapkan penggunaan peribahasa seperti bidalan,
simpulan bahasa kepada generasi akan datang supaya generasi akan datang akan lebih
memahami setiap istilah yang diguna pakai untuk memastikan komunikasi mereka
sentiasa berlapik dan bersifat halus. Hal ini demikian untuk menggelakkan pendengar
terguris hati kerana bahasa yang digunakan kasar dan tidak berlapik. Masyarakat
Melayu wajarlah mengekalkan adab dan nilai-nilai murni yang dipraktikkan semenjak
zaman nenek moyang lagi supaya martabat bangsa Melayu dipandang tinggi dan
dihormati. Pengkaji berharap supaya peribahasa terus digunakan dalam masyarakat
dan tidak lapuk ditelan zaman kerana peribahasa itu sendiri membawa pelbagai tujuan
dalam komunikasi iaitu sebagai amaran, nasihat, pengajaran dan pedoman hidup
dalam konteks yang lebih mudah difahami.

18
6.0 Rujukan

Dinie Asyraf Salehan, Omrah Hassan @ Hussin & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2018).
Metafora Konsep Manusia Ialah Haiwan dalam Peribahasa Melayu dan Perancis
Berkaitan Metafora Haiwan Kesayangan. International Journal of the Malay World
and Civilisation 6(3). 17-27. https://doi.org/10.17576/jatma-2018-0603-02

Hasmidar Hassan. (2016). Penginterpretasian Peribahasa Dan Hubungannya Dengan


Kemahiran Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. 94–119.
https://www.researchgate.net/publication/303940512

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). (2022). Peribahasa Melayu. Pusat Rujukan
Sehenti Penyelidikan Alam Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor:
Bangi. https://malaycivilization.com.my/

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Nor Sahfiq Amran & Julaina Nopiah. (2020). Peribahasa Melayu berunsurkan
burung: Satu analisis semantik inkuisitif. International Young Scholars Journal Of
Languages.
https://www.iium.edu.my/media/62556/Peribahasa%20Melayu%20Berunsurkan%20
Burung.pdf

Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan Akal Budi Melayu. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

PRPM Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (n.d). Khidmat Nasihat DBP dan DPB Sah Bahasa.
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. https://prpm.dbp.gov.my/

Saemah Samaon & Mary Fatimah Subet. (2020). Teori Relevans dalam Pembelajaran
KOMSAS Borneo. International Journal Eissn 2636-98262 (4). 47-54.
https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/download/48/27

Senarai Peribahasa. (2022). Kamus Peribahasa Melayu dan Maksud


https://senaraiperibahasa.com/

Umaimah Kamarulzaman, Noor Hidayu Parlan & Noriza Daud. (2013). Simbolisme Haiwan
dalam Peribahasa Melayu. Developing Roles of Language in a Multi-faceted Society
(Proceedings of the International Conference on Languages, Linguistics and
Society). 523-534. https://www.researchgate.net/publication/309631395

19
Lampiran

Pengkaji telah menjumpai 29 peribahasa yang mengandungi unsur haiwan. Namun, pengkaji
hanya memilih 16 peribahasa yang sahih dan mempunyai makna yang sah sebagai contoh
dalam analisis kajian.

BIL. PERIBAHASA MAKNA LEKSIKAL MAKLUMAT DOMAIN


MELAYU TAMBAHAN

1 Ada udang di Mempunyai Udang Berada di Sikap


sebalik batu agenda yang sebalik batu individu
tersembunyi

2 Anak anjing Orang yang tiada Anjing tidak boleh Sikap


takkan menjadi berilmu tidaklah menjadi yang individu
Musang
anak musang mungkin dapat lain
jebat kedudukan baik

3 Anak kambing Seseorang yang Kambing sikap binatang Sikap


takkan menjadi pengecut tentu berbeza individu
anak harimau pengecut

4 Angkuh seperti Gemar Merak sikap angkuh Sikap


merak menganggap (ciri-ciri individu
sendiri lebih baik merak)
daripada orang
lain

5 Ayam terlepas, Seseorang yang Ayam kejahatan tidak Perbuatan


tangan bau tahi membuat dapat disorok individu
kejahatan
akhirnya akan
dapat malu

6 Burung terbang Bersedia Burung terlalu yakin Sikap


dipipiskan lada merayakan mengenai individu
sesuatu yang kejayaan yang

20
belum diperolehi belum pasti

7 Seperti anjing Kedekut Anjing Tidak suka Sikap


menggonggong berkongsi dan individu
tulang hanya (tamak)
menyimpan
sesuatu perkara
untuk diri
sendiri
8 intan Memberikan Anjing Perbuatan yang Perbuatan
dikalungkan di sesuatu kepada tidak kena sia-sia
leher anjing orang yang tidak tempatnya
menghargainya
atau bukan pada
tempatnya
9 melepaskan Menolong orang anjing Sifat tidak Perbuatan
anjing tersepit yang tidak tahu kenang budi sia-sia
sesudah lepas membalas budi (Tidak
dia menggigit menghargai
jasa)
10 Menerka ayam Melakukan Ayam Menerka Perbuatan
di telur sesuatu yang sia- Di dalam telur sia-sia
sia.

11 Itik diajar Membuat sesuatu Itik Diajar Perbuatan


berenang yang sia-sia berenang sia-sia

12 Ibarat ayam: Sangat miskin. Ayam Tiada mengais Kemiskinan


tiada mengais tiada makan
tiada makan

13 Gigi dengan Sangat miskin. Gigi Lidah saja yang Kemiskinan


lidah saja yang ada
ada
14 Pacat nak jadi Orang miskin Pacat Nak jadi ular Kemiskinan
ular berlagak seperti
orang kaya.

21
15 Kokok berderai- Orang miskin Kokok Berderai-derai Kemiskinan
derai ekor yang bercakap ekor
bergelumang besar dan berlagak bergelumang
tahi seperti orang tahi
kaya.
16 kumbang tidak Bukan hanya Kumbang Mewakilkan Jantina
seekor, bunga seorang sahaja dan
tidak sekuntum lelaki atau menyifatkan
perempuan untuk lelaki
dijadikan kekasih
atau pasangan
hidup
17 Di mana bunga Di mana ada Kumbang Kumbang yang Jantina
yang kembang, perempuan cantik, banyak
di situ kumbang di situ ramai laki-
yang banyak laki

18 Ajak-ajak ayam Ajakan yang tanpa Ayam Ajak-ajak Sikap


bersungguh- individu
sungguh

19 Ayam baru Baru saja cukup Ayam Baru belajar Sifat


belajar umur berkokok individu
berkokok

20 Bagai anjing Mudah Anjing Tersepit di Sifat


tersepit di pagar mencampurkan pagar individu
sesuatu hal yang
tidak baik jika
diperdekatkan

21 Gagak bersuara Nampaknya Gagak Bersuara murai Sifat


murai hodoh, tetapi individu
suaranya merdu
dan baik hati

22 Cacing hendak Orang kecil mahu Cacing Hendak Perbuatan


menjadi naga menjadi orang menjadi naga sia-sia
yang hebat

23 Jinak-jinak Perempuan yang Merpati Jinak-jinak Sifat


merpati mudah mesra tapi individu
akan menjauhkan

22
diri apabila
didekati

PERIBAHASA DALAM MAKNA UNSUR HAIWAN

i. Telur hari ini, lebih baik daripada anak ayam besok.


ii. Itik mendapat air
iii. Lipas kudung
iv. Buaya Darat
v. Seperti musang berbulu ayam
vi. Ibu Ayam

23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36

You might also like