Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

KOD DAN NAMA SUBJEK:

SOSIOLINGUISTIK MELAYU (ALS 451)

TUGASAN PROJEK INDIVIDU

TAJUK:

LARAS BAHASA IKLAN DALAM IKLAN CJ WOW SHOP VIVO Y91C 2020

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO PELAJAR

SITI AMINAH BINTI KAMALUKEH 2021481412

DISEDIAKAN UNTUK:
SALIZA BINTI ISMAIL

FAKULTI:
AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
1.0 Pengenalan

Definisi laras bahasa mengikut Nawi Ismail (2020) merupakan ciri khusus penggunaan
sesuatu bahasa berdasarkan bidang yang tertentu. Laras bahasa dirumuskan sebagai
variasi bahasa yang berbeza-beza bentuk dan penggunaannya. Laras bahasa ditentukan
mengikut situasi dan juga bidang yang diperkatakan oleh anggota masyarakat dalam bidang
tersebut.
Halliday (1968) mengatakan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berlainan
berdasarkan fungsi. Laras bahasa boleh berubah-ubah mengikut situasi. Perlakuan bahasa
yang ada dalam pelbagai konteks didapati mempunyai faktor berbeza dan jenis-jenis
bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi.
Selain itu, laras iklan pula didefinisikan sebagai laras bahasa yang memperlihatkan ciri-
ciri yang khusus yang digunakan untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan
pengiklanan. Laras bahasa iklan merangkumi semua bentuk iklan iaitu papan tanda, iklan
tender, iklan promosi barangan dan iklan jawatan kosong. Laras bahasa iklan juga
dikatakan digunakan untuk memperkenalkan barangan atau perkhidmatan yang hendak
diniagakan. (Nawi Ismail, 2020)
Asmah Hj Omar (1984) menyatakan bahawa dalam laras iklan terdapat mesej yang
mempunyai pelbagai strategi yang membawa pengaruh kea rah yang positif contohnya
kaedah perkaitan konsep, kaedah bandingan, kaedah slogan, kaedah pertanyaaan, kaedah
gesaan, kaedah umpanan dan kaedah pernyataan.

1.1 Objektif Kajian


1.1.1 Mengenal pasti golongan kata dan jenis ayat yang terdapat dalam laras
iklan melalui video iklan CJ Wow Shop
1.1.2 Menganalisis golongan kata dan jenis ayat yang terdapat dalam laras
iklan melalui video iklan CJ Wow Shop.

2
2.0 Kosa Ilmu

Kajian tentang laras bahasa iklan merupakan satu kajian yang luas dan masih relevan
sehingga kini. Hal ini dikatakan yang demikian kerana penggunaan laras bahasa iklan
digunakan dalam aktiviti harian masyarakat pada masa kini contohnya dalam proses
penjualan barangan dan perkhidmatan mahupun dalam proses mengrekrut pekerja. Selain
itu, laras bahasa iklan juga sering mengalami perkembangan mengikut zaman kerana
proses pengiklanan sentiasa berubah dan ditambah baik mengikut keperluan masyarakat.
Oleh itu, pada bahagian ini, pengkaji akan menyatakan sorotan beberapa kajian lepas yang
menggunakan laras bahasa iklan sebagai sumber kajian mereka.

Adisti Putri Pramesti (2020) dalam kajiannya yang berjudul Laras Bahasa Iklan Pada
Media Sosial Instagram bertujuan untuk mendeskripsikan bentuk laras bahasa iklan, pola
laras bahasa iklan, dan fungsi laras bahasa iklan pada media sosial instagram. Kajian
tersebut menggunakan Teori Grounded. Teori ini diperoleh secara induktif dari penelitian
tentang fenomena yang dijelaskan oleh Strauss dan Juliet (2007:10). Teori ini ditemukan,
disusun, dan dibuktikan melalui pengumpulan data yang sistematis dan analisis data yang
sesuai dengan fenomena yang ada. Data yang dikumpul dan dianalisis mempunyai
hubungan timbal balik dengan teori yang digunakan. Didapati bahawa dalam kajian ini,
bentuk laras bahasa iklan yang terdapat dalam iklan di media sosial meliputi bentuk dasar,
afiksasi, reduplikasi, permajmukan, singkatan dan akronim, serta mempunyai istilah yang
khusus. Selain itu, bentuk laras bahasa iklan yang terdapat dalam media sosial instagram
terdiri daripada bahasa formal dan bahasa tidak formal. Variasi ragam bahasa ini akan
mempengaruhi daya tarik pelanggan terhadap produk yang dijual sehingga informasi yang
ingin disampaikan tidak dianggap membosankan serta menimbulkan unsur positif bagi
produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Secara keseluruhan fungsi laras bahasa iklan
merupakan cara penulis untuk membangkitkan daya penarik mengenai produk mahupun
perkhidmatan dan mempengaruhi pembaca untuk membeli produk yang dijual.

3
Selain itu, kajian yang berjudul The Language of Consumer Advertising: Linguistic
and Psychological Perspectives yang ditulis oleh El-Dali (2019) mengkaji tentang asas
unsur-unsur wacana yang paling meluas, berpengaruh dan tidak dapat dielakkan dalam
teks pengiklanan pada abad ke-21. Kajian ini memberi tumpuan kepada interaksi bahasa,
imej dan reka letak, dan meneliti strategi pengiklanan dengan menggunakan pelbagai aspek
linguistik terutamanya pragmatik, psikolinguistik dan sosiolinguistik. Teori yang digunakan
dalam kajian ini adalah Pendekatan Leech dan Short (1981). Teori ini meneliti beberapa
aspek seperti tatabahasa, leksikal, gaya atau keindahan bahasa dan ketenunan dan
konteks yang terdapat dalam sesebuah laras. Data yang diperoleh melalui kajian ini
menghuraikan bahawa laras iklan mesti dilihat sebagai laras sosial dengan daya retorik
kerana telah mempengaruhi bukan sahaja dari aspek struktur bahasa dan modaliti gaya
hidup, tetapi juga mengandungi aktiviti harian komunikatif dan memiliki keberkesanan dalam
teknik pemujukannya yang tinggi. Laras iklan dapat ditemui dalam beberapa mesej iklan
yang direka untuk memujuk orang ramai untuk membeli sesuatu produk. Masyarakat akan
memberikan perhatian atau minat secara tidak sedar. Bahasa pengiklanan juga telah
memberi kesan kepada komunikasi. Laras iklan mempunyai subteks yang dihasilkan oleh
iklan iaitu kod tersembunyi dalam teks.

Kajian yang dilakukan oleh Yetty Dompas (2017) yang bertajuk Karakteristik
Pemakaian Bahasa Laras Iklan Pada Jejaring Sosial Instagram (Kajian
Sosiolinguistik) bertujuan untuk menghuraikan karakteristik diksi pada iklan di laman sosial
Instagram dan menghuraikan pencampuran kod pada iklan laman sosial Instagram.
Landasan teori yang digunakan dalam kajian ini adalah ragam bahasa, laras bahasa, dan
diksi. Analisis data dalam kajian ini menunjukkan bahawa karakteristik diksi yang muncul
dalam laras iklan di dalam laman sosial Instagram banyak menggunakan kosa kata asing,
pemakaian bahasa pergaulan, kata bersinonim, kata khusus, idiom atau ungkapan, kata-
kata atau istilah bidang tertentu dan banyak menggunakan kata-kata berunsur kedaerahan.
Pemakaian kata-kata tersebut dipilih mengikut jenis produk yang diiklankan, usia
pendengar, jenis kelamin, dan keinginan pengiklan untuk menyampaikan pesanan atau
informasi iklannya dengan bahasa yang komunikatif, moden dan mesra, serta mudah
difahami pendengar. Wujud pencampuran kod dalam iklan di laman sosial Instagram yang
meliputi perkataan, frasa, klausa mahupun ayat.

4
Kajian laras bahasa iklan yang seterusnya adalah Analyzing Linguistic Features of
Advertising Language oleh Habeb Allah Abdulrahman Adam (2019) bertujuan untuk
menyediakan analisis mendalam tentang bahasa pengiklanan dari sudut linguistik dan
menyatakan punca laras iklan menggunakan bahasa yang tersendiri daripada penggunaan
bahasa harian, mendedahkan fungsi dan keistimewaan laras iklan seperti pelencongan
yang disengajakan daripada norma secara sintaksis dari segi semantik dan tatabahasa,
melihat hubungan antara pengiklanan dengan imej dan susun atur serta menggunakan teori
sastera dan linguistik untuk menganalisis teks pengiklanan. Kajian ini menggunakan
Pendekatan Leech & Short yang meneliti aspek tatabahasa, leksikal, gaya atau keindahan
bahasa serta ketenunan dan konteks yang terdapat dalam sesebuah laras. Dapatan yang
diperolehi dalam kajian ini adalah iklan berbentuk tulisan banyak menggunakan frasa atau
memotong ayat kepada beberapa bahagian. Selain itu, intonasi yang digunakan adalah
bersemangat bagi menarik minat penonton. Laras iklan didapati mempunyai banyak
kesalahan tatabahasa namun tidak mengabaikan hubungan subjek dan kata kerja, atau
antara kata nama dan penentunya.

Kesimpulannya, laras bahasa iklan sering digunakan dalam kehidupan masyarakat pada
masa ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh para
pengkaji dengan melibatkan laras bahasa iklan sebagai bahan utama kajian mereka.
Berdasarkan empat kajian lepas yang telah dirujuk dan diteliti, pengkaji dapat memahami
serba sedikit kaedah yang digunakan oleh para pengkaji lepas dan telah memilih Teori
Pendekatan Ure dan Ellis (1977) dalam kajian mengenai laras bahasa iklan.

5
3.0 Kerangka Teori

Ab. Razak Ab. Karim (2019) mengatakan Pendekatan Ure dan Ellis (1977) menyatakan
kepentingan peristiwa bahasa sebagai fokus utama dalam kajian sesuatu laras. Setiap
penggunaan bahasa perlu mempunyai satu situasi sosial ataupun peristiwa bahasa yang
dinamakan sebagai ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik.

Ciri-ciri keperihalan ialah ciri-ciri luaran yang terdapat dalam sesuatu peristiwa yang
dibahagikan kepada dua iaitu situasi luaran seperti latar belakang sosial dan budaya
sesebuah masyarakat. Situasi persekitaran pula yang terlibat secara langsung dengan
penggunaan bahasa yang terangkum dengan empat aspek penting iaitu:

i) Cara Penyampaian

Meliputi jenis-jenis bahasa yang digunakan seperti dalam bentuk lisan, tulisan atau
isyarat, individu-individu yang terlibat dalam peristiwa bahasa serta jangka masa
peristiwa tersebut. Cara penyampaian dapat menentukan jenis sesebuah laras.
Latar belakang seseorang penulis juga boleh menyebabkan perbezaan pada cara
penghasilan sesuatu laras itu.

ii) Hubungan Sosial dan Peribadi

Hubungan yang wujud diantara seorang pemeran dengan pemeran yang berada
dalam sesebuah peristiwa yang sedang berlangsung yang terbahagi kepada dua
iaitu melibatkan hubungan peribadi yang bersifat mesra. Hubungan yang tidak rasmi
atau bersifat formal pula tidak akan memperlihatkan kemesraan diantara pemeran-
pemeran kerana terdapat jurang sosial.

iii) Bahan yang Diperkatakan

Isi yang diperkatakan atau dibincangkan dalam sesebuah peristiwa bahasa yang
berlangsung. Isi-isi merupakan bahan yang boleh terdiri daripada kehidupan
seharian sehinggalah kepada bidang-bidang yang lebih khusus. Setiap bahan

6
mempunyai kelainan antara satu sama lain mengikut perkara yang disampaikan
oleh pemeran.

iv) Fungsi Sosial Perlakuan Bahasa

Terdiri dari dua perkara penting yang digabungkan menjadi satu frasa dan
mempunyai hubungan erat serta saling berkaitan antara satu sama lain iaitu fungsi
sosial dan perlakuan bahasa. Fungsi sosial adalah berbentuk majlis-majlis atau
upacara yang berupa amalan yang dianggap penting dalam anggota sesebuah
masyarakat dan diiktiraf sebagai amalan hidup masyarakat tersebut. Perlakuan
bahasa pula adalah perkataan-perkataan yang hanya digunakan oleh pemeran-
pemeran di dalam fungsi sosial tersebut dan hanya wujud apabila peristiwa bahasa
berlangsung. Setiap lakuan bahasa tidak sama dan bergantung kepada peristiwa
bahasa yang berlaku.

Ciri-ciri linguistik dalam laras bahasa pula terbahagi kepada tiga aspek penting iaitu:

i) Aspek Kosa Kata

Tertumpu kepada penggunaan kata dalam sesuatu laras.Perkataan yang


digunakan boleh terdiri daripada istilah umum mahupun istilah khusus ataupun
tidak ada sebarang penggunaan istilah. Banyak istilah berlainan yang akan
wujud mengikut bidang yang diperkatakan dalam laras tersebut.

ii) Aspek Ayat

Jenis ayat dan binaan ayat yang digunakan dalam sesuatu laras seperti
penggunaan ayat majmuk atau ayat tunggal mahupun proses pengguguran atau
proses penyongsangan dalam sesebuah laras.

iii) Aspek Ketenunan

Keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks dan unsur-unsur tertentu seperti
jalinan idea yang digunakan oleh pemeran-pemeran dalam sesuatu laras.

7
4.0 Dapatan Kajian

Dalam bahagian ini akan diberikan contoh iklan yang telah ditranskripsikan di bahagian
lampiran untuk dianalisis mengenai laras iklan seperti di bawah ini. Berdasarkan teks, akan
dibincangkan analisis data berdasarkan pendekatan Ure dan Ellis (1977) tentang golongan
kata dan jenis ayat yang terdapat dalam iklan tersebut.

4.1 Golongan Kata dan Jenis Ayat


Jadual 4.1.1: Kekerapan dan Peratusan Golongan Kata dalam Iklan CJ WOW SHOP
Vivo Y91C 2020
Bil. Golongan Kata Kekerapan Peratusan (%)
1. Kata Nama 268 33.09%
2. Kata Kerja 73 9.01%
3. Kata Adjektif 113 13.95%
4. Kata Tugas 356 43.95%
Jumlah 810 100%

Berdasarkan jadual 4.1.1, didapati bahawa laras iklan bagi iklan CJ WOW SHOP
Vivo Y91C 2020 banyak menggunakan kata tugas dalam laras tersebut diikuti oleh
kata nama dan kata adjektif. Penggunaan kata kerja kurang digunakan dalam laras
iklan ini.

Jadual 4.1.2: Kekerapan dan Peratusan Jenis Ayat dalam Iklan CJ WOW SHOP
Vivo Y91C 2020
Bil. Jenis Ayat Kekerapan (Ayat) Peratusan (%)
1. Ayat Tunggal 47 Ayat 51.65%
2. Ayat Majmuk 44 Ayat 48.35%
Jumlah 91 Ayat 100%

Berdasarkan jadual 4.1.2, didapati bahawa penggunaan ayat tunggal melebihi


penggunaan ayat majmuk didalam laras iklan ini. Namun begitu, jurang perbezaan
tidak terlalu jauh iaitu sebanyak 3.3%

8
4.2 Analisis Golongan Kata dan Jenis Ayat

4.2.1 Golongan Kata

Perkataan dalam Bahasa Melayu digolongkan berdasarkan kriteria


sintaksis dan kriteria semantik. Kata nama, kata kerja, kata adjektif dan
kata tugas dianggap sebagai golongan kata utama.

a) Kata Nama

Kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi inti


dalam binaan frasa nama. Kata nama selalunya menamakan orang,
haiwan, tempat, benda atau konsep.

i. Vivo Y91C 2020


Huraian: Merupakan nama bagi telefon yang dipromosikan
dalam iklan tersebut.
ii. Anda
Huraian: Merupakan kata ganti nama diri kedua bagi penonton
iklan tersebut.

b) Kata Kerja

Kata kerja adalah perkataan yang menggambarkan sesebuah


perbuatan atau aktiviti. Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu kata
kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

i. Tengok
Huraian: Perbuatan melihat sesuatu benda atau perkara.
ii. Memperkenalkan
Huraian: Menyatakan atau memberitahukan nama seseorang
atau keterangan kepada orang lain.

9
c) Kata Adjektif

Kata adjektif adalah perkataan yang dapat menerangkan sesuatu


perkara. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis iaitu kata
adjektif sifatan, warna, ukuran, bentuk, pancaindera, waktu, cara,
perasaan dan jarak.

i. Jelas
Huraian: Perkataan bagi menggambarkan keadaan atau
pemahaman yang terang atau tidak kabur.
ii. Murah
Huraian: Menerangkan harga yang rendah dan mampu milik
oleh seseorang.

d) Kata Tugas

Kata tugas adalah perkataan yang bersifat pelbagai jenis atau


heterogen.

i. Untuk
Huraian: Merupakan kata hubung pancangan keterangan
berfungsi menghubungkan klausa keterangan dengan klausa
utama.
ii. Wow
Huraian: Merupakan kata seru bagi melahirkan perasaan
teruja dalam laras iklan.

10
4.2.2 Jenis Ayat

a) Ayat Tunggal

Ayat Tunggal ialah ayat yang mengdungi hanya satu klausa.

i. Terhad 300 unit sahaja!


ii. Barang itu kalau boleh berkualiti tinggi.

b) Ayat Majmuk

Ayat majmuk pula mengadungi dua atau lebih klausa yang


dicantumkan untuk membentuk ayat baharu.

i. Kamera luar biasa, ada dua warna, abang dan akak boleh
pilih.
ii. Inilah kenapa kita memerlukan skrin besar, memberikan
kemudahan kepada kita.

11
5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, laras iklan merupakan satu laras yang berunsur sosial. Gaya laras bersifat
kreatif, kebebasan bahasa dan menggunakan pelbagai golongan kata telah menarik minat
masyarakat dan sering berlaku perubahan atau penambahbaikan mengikut perubahan
zaman. Hasil kajian ini mendapati laras iklan ini banyak menggunakan kata tugas, kata
nama dan kata adjektif bagi mencapai matlamat untuk mempromosikan produk mereka iaitu
telefon pintar Vivo Y91C 2020. Penggunaan kata tugas merupakan satu cara untuk
menerangkan sesuatu ayat supaya membantu untuk menghidupkan laras tersebut.

Bukan itu sahaja, pengkaji juga berpendapat bahawa, penggunaan ayat tunggal
memudahkan penonton untuk memahami atau mendapatkan maklumat dengan mudah
secara langsung semasa iklan ditayangkan.

Pengkaji berharap agar kajian laras iklan bakal diteruskan oleh pengkaji lain pada masa
akan datang. Selain itu, pengkaji juga berharap agar kajian ini dapat membantu masyarakat
untuk memahami laras iklan yang terdapat dalam industri pengiklanan di Malaysia.

12
6.0 Rujukan

Ab. Razak Ab Karim. (2019). Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu. (4th ed.). Malaysia:
Akademik Pengajian Melayu. Universiti Malaya. 6-10.

Adam, H., & Supervisor, B.I. (2019). Analyzing Linguistic Features of Advertising Language.
Sudan University of Science and Technology College of Graduate Studies College of
Languages

Asmah Hj. Omar. (1984). Bahasa Iklan Perniagaan: Satu Kajian Bahasa Retorik. Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

El-dali, H.M. (2019). The Language of Consumer Advertising: Linguistic and Psychological
Perspectives. Studies in Linguistics and Literature. 3(2), 95-126. Retrieved from
http://dx.doi.org/10.22158/sll.v3n2p95

Nawi Ismail et al. (2020). Bahasa Melayu Topikal (5th ed.). Malaysia: Mutiara Suria Ilmu
Resources.

Pramesti A., & Martutik M.,(2020). Laras Bahasa Iklan Pada Media Sosial Instagram.
Basindo: Jurnal Kajian Bahasa, Sastra Indonesia, Dan Pembelajarannya. 4(1), 1-16.
Retrieved from http://journal2.um.ac.id/index.php/basindo/article/view/14733.

Wowshop Official. (24 Jun 2020). VIVO Y91C SMARTPHONE S2 / P6018. Online. Retrived
from https://www.youtube.com/watch?v=Wfbi_l8WDMw

Yetty D. (2017). Karakteristik Pemakaian Bahasa Laras Iklan pada Jejaring Sosial
Instagram (Kajian Sosiolinguistik). Jurnal Fakultas Sastra Universitas Sam Ratulangi.
2(1).

13
7.0 Lampiran

Jadual 7.1: Transkrip Dialog Iklan CJ WOW SHOP Vivo Y91C 2020

Watak Dialog
Jimmy (Penjual 1) [U1]Kembali diatas permintaan ramai, memperkenalkan Vivo Y91C
2020, Smartphone inovasi tahun ini. Telefon pintar berkuasa dengan
harga berpatutan! Terhad 300 unit sahaja
Zack (Penjual 2) [U2]Luar biasa, kamera utama AI, memori kapasiti yang cukup besar,
kamera berkualiti tinggi dengan pelbagai fungsi terbina di dalam.
Jimmy (Penjual 1) [U3]Wow,wow,wow! Paparan skrinnya besar,okay. HD pun penuh
6.22 inci. Memang menarik sekali ni Zack!
Zack (Penjual 2) [U4]Wow, luar biasa ni sangat-sangat dan anda semua kena ingat.
Tengok ini kita ada dua warna pilihan yang sangat eksklusif, hitam
fusion dan merah sunset.
Jimmy (Penjual 1) [U5]Lebih menarik, hadiah percuma nilainya RM199, Perakam Video
HD untuk anda.
Zack (Penjual 2) [U6]Tidak cukup dengan itu,anda semua kena ingat harga CJ WOW
SHOP RM499 dan kemudahan kad kredit tanpa faedah bagi
pengguna Maybank RM166.33 sahaja untuk tiga bulan.
Jimmy (Penjual 1) [U7] Hai! Bersama Jimmy dan juga Zack dalam CJ WOW SHOP
“Hidup mesti ada wow”. Saya faham semua orang memang wajib ada
smartphone sebab itu di hadapan semua abang dan kakak, ini dia
harga RM499 ni. Jenama Vivo tidak perlu diperkenalkan lagi Zack.
Zack (Penjual 2) [U8]Tidak perlu diperkenalkan lagi. Abang, saya faham kalau kita beli
barang dekat luar, kita nak barang yang branded. Barang itu kalau
boleh berkualiti tinggi. Sebab apa? Sebab kita nak sentiasa tampil
bergaya. Kita nak jumpa orang kan,sentiasa nak berada dalam
keadaan baik-baik. Sebab itu hari ini,di CJ WOW SHOP kita
memberikan tawaran kepada anda yang luar biasa. Jenama yang
tidak asing lagi, Vivo Smartphone.
Jimmy (Penjual 1) [U9]Betul itu. Ini dia istimewanya kita ada dua warna yang eksklusif
untuk anda semua. Ada warna hitam. Ada warna merah. Warna
merah ini hanya berada di CJ WOW SHOP sahaja. Yang penting

14
makcik-pakcik, Vivo memang dah terkenal dengan kamera yang
hebat. 13 mega pixel Zack, memang gambar sungguh cantik. Jangan
risau, depan belakang ada kamera 5 mega pixel menanti untuk anda.
Sebab itulah gambar saya akak nampak dari hujung sini sampai
hujung sini memang sungguh cantik. 6.22 inci full HD.
Menariknya,ianya memang ringan kompak yang penting berkuasa.
Memang nipis sekali, sesuai untuk kita dan anak-anak kecil kita ni
Zack.
Zack (Penjual 2) [U10]Betul. Lagi satu abang-abang dan akak-akak, pelbagai sebab
beribu punca dan kenapa abang dan akak kena dapatkan telefon ini.
Macam Jimmy tadi, terima kasih Jimmy. Jimmy dah tunjuk skrin yang
besar. Dia dah buat macam ini pun besar lagi. Kenapa kita perlukan
yang skrin besar-besar? Okey abang-abang dan akak-akak, bagi
saya peluang untuk saya explain sikit. Yang pertama, skrin besar
macam sekarang ini ada aplikasi yang saya akan tunjukkan kepada
abang-abang dan akak-akak. Kita tengoklah Berita Harian, kita tekan.
Kita nak baca berita. Seperti akak-akak dapat lihat, abang-abang
lihat, dia punya kualiti gambarnya sangat jelas. Inilah sebabnya kita
perlu skrin yang besar supaya apabila kita baca, kita selesa dan jelas
dan tidak ada lagging langsung. Kata orang,tidak ada tersangkut-
sangkut. Inilah kenapa kita memerlukan skrin besar, memberikan
kemudahan kepada kita. Nampak tidak?
Jimmy (Penjual 1) [U11] Selain kita suka baca surat khabar dalam smartphone akak-
akak semua. Kita suka main video game terutama anak-anak kecil
kita, sebab itu skrin yang memang besar, luas dan jelas memang
mereka pasti akan suka. Sekarang makcik-makcik nampak nak main
game tidak ada masalah. Gambarnya seolah-olah kita berada dalam
permainan itu. Menariknya memang audionya sungguh-sungguh jelas
sekali. Anda tidak menyesal untuk mendapatkannya. Kenapa? Harga
dah murah sangat ini, siap boleh bayar bulan-bulan, siap ada hadiah
percuma. Apa hadiah percuma dia Zack?
Zack (Penjual 2) [U12]Wow, hadiah percuma dia ni Zack suka panggil dia sebagai kita
punya hero. Kita punya selamat. Abang dan akak, okay dengar baik-
baik. Harga mampu milik RM499 sahaja, kita dapat telefon yang

15
sangat-sangat eksklusif. Tidak cukup dengan itu kita beri juga hadiah
percuma, merupakan perakam video kereta. Ini kita berikan secara
percuma, nampak tidak? Full HD 1080, kita tidak main-main abang-
abang, akak-akak. Di CJ WOW SHOP kita jual barangan yang
berkualiti tinggi dan kita berikan hadiah percuma supaya abang-
abang dan akak-akak puas hati. Bukan sahaja dapat telefon yang
mampu milik tetapi barangan percuma pun kita bagi yang abang dan
akak wajib ada di rumah.
Jimmy (Penjual 1) [U13]Betul tu,harga pasarannya RM599. Jika anda beli sekarang,
saya bagi RM100. Kenapa? Inilah dia nilai penjimatan jika anda beli
bersama kami sekarang. Ingat, stok kami terhad. 300 unit sahaja.
Apa yang anda akan terima dengan harga RM499 ni Zack?
Zack (Penjual 2) [U14]Kamera luar biasa, ada dua warna, abang dan akak boleh pilih.
Ini dia harga mampu milik, abang-abang dan akak-akak. Jimmy pun
dah tunjuk penjimatan RM100. Kalau nak beli juga boleh ansuran
tanpa faedah 3 bulan. Tidak ada lagi alasan dapat barang yang luar
biasa branded, Vivo siapa yang tidak kenal abang-abang dan akak-
akak. Tidak cukup dengan itu, kita bagi lagi barangan percuma yang
kita panggil superhero ni. Sebab apa, cam recorder kita kena ada?
Sekarang tahun 2020 semua kereta kalau boleh kena ada cam
recorder untuk keselamatan kita. Jangan risau, kita berikan secara
percuma.
Jimmy (Penjual 1) [U15] Betul akak-akak. Kenapa beli kalau dapat secara percuma?
Saya faham Jimmy, tengah bulan ni. Nak beli macam mana? Jangan
risau, ada ni anda boleh bayar bulan-bulan tanpa faedah selama 3
bulan. Dah berkenan, pilih warna mana berkenan di hati. Ada warna
hitam dan ada warna merah.Telefon kami segera. Nombornya 1-800-
18-0808 atau ke aplikasi kami CJ WOW SHOP.

16
Jadual 7.2: Senarai Golongan Kata dalam Iklan CJ WOW SHOP Vivo Y91C 2020

Bil Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas


1. Vivo Y91C 2020 Kembali ramai atas
2. Smartphone (4x) permintaan berkuasa (2x) ini (24x)
3. inovasi memperkenalkan berpatutan dengan (7x)
4. tahun (2x) terbina terhad (2x) unit (2x)
5. Telefon pintar kena (5x) biasa (5x) sahaja (6x)
6. harga (8x) ingat (3x) utama yang (23x)
7. 300 (2x) tengok (2x) cukup (4x) di (8x)
8. luar (6x) faham (3x) besar (8x) dalam (5x)
9. kamera (5x) diperkenalkan (2x) berkualiti (3x) Wow (6x)
10. AI beli (6x) tinggi (3x) okay (3x)
11. memori tampil pelbagai (2x) pun (4x)
12. kapasiti jumpa penuh 6.22 inci (2x)
13. fungsi memberikan (2) menarik (4x) memang (10x)
14. paparan menanti eksklusif (3x) sekali (3x)
sangat-sangat
15. skrin (7x) nampak (4x) siap (2x)
(2x)
16. HD (2x) dapatkan percuma (11x) dan (18x)
17. Zack (7x) terima (2x) puas semua (7x)
18. anda (10x) tunjuk (2x) branded (2x) dua (3x)
19. kita (36x) buat sentiasa (x2) -nya (10x)
20. warna (9x) bagi (4x) bergaya dekat
21. pilihan explain baik-baik (2x) sangat (3x)
22. hitam fusion tunjukkan asing lebih
23. merah sunset tekan hitam (2x) untuk (8x)
24. hadiah (6x) baca (3x) istimewa tidak (15x)
25. nilai (2x) lihat (2x) merah (3x) itu (12x)
26. RM199 main (2x) penting (2x) tanpa (3x)
27. Perakam Video HD (2x) mendapatkan terkenal bagi
28. CJ WOW SHOP (6x) bayar (2x) hebat tiga
29. RM499 (4x) panggil (2x) cantik (2x) Hai

17
30. kemudahan (2x) dengar risau (3x) mesti
31. kad kredit milik (3x) full ada (20x)
32. faedah (3x) beri ringan wajib (2x)
33. pengguna berikan (3x) kompak sebab (9x)
34. Maybank jual nipis hadapan
35. RM166.33 penjimatan (2x) sesuai perlu (4x)
36. bulan (2x) pilih (2x) kecil(2x) lagi (7x)
37. Jimmy (6x) telefon kasih kalau (5x)
38. hidup besar-besar nak (8x)
39. saya (8x) sikit boleh (6x)
40. orang (3x) jelas (4x) apa (4x)
41. abang (6x) selesa -kan
42. kakak lagging berada (3x)
43. dia (8x) tersangkut-sangkut seolah-olah
44. jenama (2x) suka (4x) keadaan
45. Vivo (4x) terutama kepada (3x)
46. barang (4x) luas betul (5x)
47. hari pasti hanya
48. tawaran sungguh-sungguh dah (8x)
49. makcik menyesal -lah (5x)
50. pakcik murah sungguh (2x)
51. 13 mega pixel selamat jangan (3x)
52. gambar(4x) mampu (3x) depan
53. akak (5x) full HD 1080 belakang
54. 5 mega pixel ansuran dari
55. hujung (2x) berkenan (2x) sini (2x)
56. sampai segera ianya
57. anak-anak (2x) satu
58. abang-abang (8x) beribu
59. akak-akak (10x) kenapa (6x)
60. punca macam (4x)
61. telefon (3x) tadi
62. peluang pertama

18
63. aplikasi (2x) sekarang (5x)
64. Berita Harian akan (3x)
65. berita seperi
66. kualiti dapat (5x)
67. kata punya (3x)
68. surat khabar supaya (2x)
69. video game apabila
70. mereka langsung
71. makcik-makcik memerlukan
72. game selain
73. masalah sebagai
74. permainan juga (2x)
75. audio merupakan
76. bulan-bulan (2x) secara (3x)
77. hero main-main
78. barangan (3x) bukan
79. hati (2x) tetapi
80. rumah jika (2x)
81. RM599 bersama (2x)
82. RM100 (2x) 3 bulan (2x)
83. kami (4x) siapa
84. stok tengah
85. alasan mana (2x)
86. superhero selama
87. cam recorder (2x) atau
88. 2020 ke
89. kereta
90. keselamatan
91. nombornya
92. 1-800-18-0808
Jumlah 268 73 113 356

19
Jadual 7.3: Senarai Jenis Ayat dalam CJ WOW SHOP Vivo Y91C 2020

Bil. Ayat Tunggal Ayat Majmuk


1. Terhad 300 unit sahaja! Kembali diatas permintaan ramai,
memperkenalkan Vivo Y91C 2020
Smartphone inovasi tahun ini.
2. Paparan skrinnya besar,okay. Telefon pintar berkuasa dengan harga
berpatutan.
3. HD pun penuh 6.22 inci. Luar biasa, kamera utama AI, memori
kapasiti yang cukup besar, kamera
berkualiti tinggi dengan pelbagai fungsi
terbina di dalam
4. Memang menarik sekali ni Zack! Wow, luar biasa ni sangat-sangat dan
anda semua kena ingat.
5. Tidak perlu diperkenalkan lagi Tengok ini kita ada dua warna pilihan
yang sangat eksklusif, hitam fusion dan
merah sunset.
6. Barang itu kalau boleh berkualiti tinggi. Lebih menarik, hadiah percuma nilainya
RM199, perakam video HD untuk anda.
7. Sebab apa? Tidak cukup dengan itu,anda semua kena
ingat harga CJ WOW SHOP RM499 dan
kemudahan kad kredit tanpa faedah bagi
pengguna Maybank RM166.33 sahaja
untuk tiga bulan.
8. Sebab kita nak sentiasa tampil bergaya. Hai! Bersama Jimmy dan juga Zack
dalam CJ WOW SHOP “Hidup mesti ada
wow”.
9. Jenama yang tidak asing lagi, Vivo Saya faham semua orang memang wajib
Smartphone. ada smartphone sebab itu dihadapan
semua abang dan kakak, ini dia harga
RM499 ni. Jenama Vivo tidak perlu
diperkenalkan lagi Zack.
10. Betul itu. Abang, saya faham kalau kita beli barang
dekat luar, kita nak barang yang branded.

20
11. Ini dia istimewanya kita ada dua warna Kita nak jumpa orang kan,sentiasa nak
yang eksklusif untuk anda semua. berada dalam keadaan baik-baik.
12. Ada warna hitam. Sebab itu hari ini,di CJ WOW SHOP kita
memberikan tawaran kepada anda yang
luar biasa.
13. Ada warna merah. Yang penting makcik-pakcik, Vivo
memang dah terkenal dengan kamera
yang hebat.
14. Warna merah ini hanya berada di CJ 13 mega pixel Zack, memang gambar
WOW SHOP sahaja. sungguh cantik.
15. Sebab itulah gambar saya akak nampak Jangan risau, depan belakang ada
dari hujung sini sampai hujung sini kamera 5 mega pixel menanti untuk anda.
memang sungguh cantik.
16. 6.22 inci full HD. Menariknya,ianya memang ringan
kompak yang penting berkuasa.
17. Betul. Memang nipis sekali, sesuai untuk kita
dan anak-anak kecil kita ni Zack.
18. Jimmy dah tunjuk skrin yang besar. Lagi satu abang-abang dan akak-akak,
pelbagai sebab beribu punca dan kenapa
abang dan akak kena dapatkan telefon
ini.
19. Dia dah buat macam ini pun besar lagi. Macam Jimmy tadi, terima kasih Jimmy.
20. Kenapa kita perlukan yang skrin besar- Okey abang-abang dan akak-akak, bagi
besar? saya peluang untuk saya explain sikit.
21. Kita nak baca berita. Yang pertama, skrin besar macam
sekarang ini ada aplikasi yang saya akan
tunjukkan kepada abang-abang dan
akak-akak
22. Kata orang,tidak ada tersangkut-sangkut. Kita tengoklah berita harian, kita tekan.
23. Nampak tidak? Seperti akak-akak dapat lihat, abang-
abang lihat, dia punya kualiti gambarnya
sangat jelas.
24. Selain kita suka baca surat khabar dalam Inilah sebabnya kita perlu skrin yang

21
smartphone akak-akak semua. besar supaya apabila kita baca, kita
selesa dan jelas dan tidak ada lagging
langsung.
25. Sekarang makcik-makcik nampak nak Inilah kenapa kita memerlukan skrin
main game tidak ada masalah. besar, memberikan kemudahan kepada
kita.
26. Gambarnya seolah-olah kita berada Kita suka main video game terutama
dalam permainan itu. anak-anak kecil kita, sebab itu skrin yang
memang besar, luas dan jelas memang
mereka pasti akan suka.
27. Menariknya memang audionya sungguh- Harga dah murah sangat ini, siap boleh
sungguh jelas sekali. bayar bulan-bulan, siap ada hadiah
percuma.
28. Anda tidak menyesal untuk Abang dan akak, okay dengar baik-baik.
mendapatkannya.
29. Kenapa? Harga mampu milik RM499 sahaja, kita
dapat telefon yang sangat-sangat
eksklusif.
30. Apa hadiah percuma dia Zack? Tidak cukup dengan itu kita beri juga
hadiah percuma, merupakan perakam
video kereta.
31. Wow, hadiah percuma dia ni Zack suka Ini kita berikan secara percuma, nampak
panggil dia sebagai kita punya hero. tidak?
32. Kita punya selamat. Full HD 1080, kita tidak main-main
abang-abang, akak-akak.
33. Betul tu,harga pasarannya RM599. Di CJ WOW SHOP kita jual barangan
yang berkualiti tinggi dan kita berikan
hadiah percuma supaya abang-abang
dan akak-akak puas hati.
34. Jika anda beli sekarang, saya bagi Bukan sahaja dapat telefon yang mampu
RM100. milik tetapi barangan percuma pun kita
bagi yang abang dan akak wajib ada di
rumah.

22
35. Kenapa? Kamera luar biasa, ada dua warna, abang
dan akak boleh pilih.
36. Inilah dia nilai penjimatan jika anda beli Ini dia harga mampu milik, abang-abang
bersama kami sekarang. dan akak-akak.
37. Ingat, stok kami terhad. Tidak ada lagi alasan dapat barang yang
luar biasa branded, Vivo siapa yang tidak
kenal abang-abang dan akak-akak.
38. 300 unit sahaja. Sekarang tahun 2020 semua kereta kalau
boleh kena ada cam recorder untuk
keselamatan kita.
39. Apa yang anda akan terima dengan Jangan risau, kita berikan secara
harga RM499 ni Zack? percuma.
40. Jimmy pun dah tunjuk penjimatan Saya faham Jimmy, tengah bulan ni.
RM100.
41. Kalau nak beli juga boleh ansuran tanpa Jangan risau, ada ni anda boleh bayar
faedah 3 bulan. bulan-bulan tanpa faedah selama 3
bulan.
42. Tidak cukup dengan itu, kita bagi lagi Dah berkenan, pilih warna mana
barangan percuma yang kita panggil berkenan di hati.
superhero ni.
43. Sebab apa, cam recorder kita kena ada? Ada warna hitam dan ada warna merah.
44. Betul akak-akak. Nombornya 1-800-18-0808 atau ke
aplikasi kami CJ WOW SHOP.
45. Kenapa beli kalau dapat secara
percuma?
46. Nak beli macam mana?
47. Telefon kami segera.

23

You might also like