Tugasan Individu (Analisis Majlis Rasmi)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

FAKULTI :

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA

KOD KURSUS : BMP487


PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL

TUGASAN INDIVIDU
TUGASAN ANALISIS MAJLIS RASMI
MAJLIS KONVOKESYEN 2019 SIDANG FAKULTI PENDIDIKAN UITM

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO PELAJAR

SITI AMINAH BINTI KAMALUKEH 2021481412

KELAS: LG241-2A

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN FARAH HANINI BINTI ABDUL RAHMAN

TARIKH SERAHAN:

27 FEBRUARI 2022
1.0 Pengenalan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2008) mentafsirkan majlis sebagai sebuah


perjumpaan orang ramai yang dihadiri untuk membahas atau perbahasan
sesuatu perkara. Perkataan rasmi pula dimaksudkan apabila berlaku sesebuah
upacara atau majlis yang dirasmikan atau disahkan oleh kerajaan mahupun
jabatan atau pihak yang berkuasa. Abby Salleh (2020) mengatakan bahawa
majlis rasmi adalah majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan kos
penganjurannya dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan semua pihak perlu
mematuhi peraturan iaitu adab dan adat yang ditetapkan majlis. Oleh hal yang
demikian, majlis rasmi boleh dimaksudkan sebagai sebagai sebuah acara yang
dihadiri oleh ramai orang dan dirasmikan oleh pihak kerajaan, jabatan mahupun
mana-mana pihak yang berkuasa.

Protokol didefinisikan sebagai surat-surat rasmi bukan keputusan


perundingan atau peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi contohnya protokol
ketika menyambut tetamu-tetamu negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat.2008).
Sukarno Iskandar (2016) berpendapat bahawa amalan protokol dalam sesuatu
majlis telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua penganjur bertujuan
sebagai satu penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat
dan para jemputan. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan
atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi
tersebut menganjurkan sesuatu majlis.

2.0 Latar Belakang Majlis

Pengkaji telah menggunakan rakaman Majlis Konvokesyen 2019 Sidang Fakulti


Pendidikan UiTM yang diperoleh daripada laman sesawang Youtube dari saluran
EDUTube: Faculty of Education UiTM. Majlis ini diadakan bertujuan untuk
meraikan dan mengiktiraf pencapaian mahasiswa-mahasiswi yang berjaya
menamatkan pelajaran dalam bidang pendidikan di peringkat Doktor Falsafah
(PhD).

2
3.0 Analisis Majlis

3.1 Tempat Majlis

Rajah 1
Majlis konvokesyen ini diadakan di sebuah dewan yang bertempat di
Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Di bahagian atas
pentas diletakkan tempat duduk para tetamu jemputan khas dan tajuk
majlis dipaparkan pada skrin yang terdapat di bahagian belakang tempat
duduk tersebut. Karpet berwarna merah dihamparkan didalam dewan
tersebut sebagai penanda arah laluan bagi mahasiswa-mahasiswi yang
bakal menerima sijil ijazah yang akan disampaikan. Selain itu, terdapat
banyak kerusi yang diletakkan di bahagian kanan dan kiri di bahagian
bawah dewan untuk para tetamu yang hadir. Warna tema dewan yang
digunakan dalam majlis ini adalah kuning dan merah.

Rajah 2
Dewan yang digunakan adalah sesuai mengikut majlis kerana
mempunyai dua tingkat dan berkeluasan besar yang mampu menampung
para tetamu yang hadir. Dewan yang besar memudahkan pergerakan dan
memberikan pengudaraan serta keselesaan yang baik kepada tetamu.

3
Rajah 3
Terdapat sebuah podium yang diletakkan pada bahagian kanan di hujung
atas pentas bagi memudahkan para pengucap.

3.2 Penyambut Tetamu

Rajah 4
Penyambut tetamu terdiri daripada lelaki dan wanita. Baju kurung lengkap
bertudung berwarna ungu dipakai oleh penyambut tetamu wanita dan
baju melayu lengkap bersampin berwarna ungu bagi penyambut tetamu
lelaki. Para penyambut tetamu berada dalam keadaan barisan bagi
memudahkan tetamu jemputan untuk mengetahui laluan mereka ke
tempat duduk yang telah di sediakan. Secara keseluruhannya, para
penyambut tetamu menjalankan tugas mereka setiap masa kerana
mereka dilihat sentiasa berjalan dan mengiringi tetamu yang hadir kerana
setiap tetamu mempunyai waktu berbeza untuk masuk ke dalam dewan.

4
Rajah 5
Daripada gambar yang dipaparkan, didapati bahawa penyambut tetamu
telah melakukan tugas mereka dengan baik kerana mereka telah
menunjukkan laluan kepada tetamu yang hadir. Penyambut tetamu juga
didapati mengekalkan wajah mesra dengan senyuman semasa bertugas
dan bertingkah laku secara sopan.

Rajah 6
Penyambut tetamu bagi Yang di-Pertuan Agong mengenakan pakaian
formal dan rasmi seperti blazer lengkap atau baju kurung lengkap
berwarna hitam dan beberapa orang daripada mereka membawa payung
berwarna kuning keemasan untuk mengiringi Yang di-Pertuan Agong
bersama Raja Permaisuri Agong. Didapati bahawa kesemua penyambut
tetamu atau pengiring berkenaan telah bersedia dengan lebih awal dan ini
membuktikan bahawa mereka mempunyai asas etika majlis dan
memahami protokol kerana tindakan dan pergerakan yang dilakukan oleh
mereka adalah pantas.

5
3.3 Pakaian Tetamu

Rajah 7

Rajah 8

Rajah 9
Tetamu atau para graduan didapati mengenakan pakaian yang sopan
dan mengikut etika majlis seperti berbaju kurung bagi pelajar mahasiswi
dan berbaju kemeja lengkap bertali leher bagi pelajar mahasiswa.
Kesemua tetamu memakai jubah konvokesyen yang mempunyai tiga jalur
dilengan, bonnet dan hood yang disediakan oleh pihak universiti. Warna
bagi setiap jubah adalah berbeza mengikut tahap pendidikan mereka.
Pemilihan kasut bagi para mahasiswa ialah kasut kulit hitam dan stokin

6
hitam, manakala kasut bagi para mahasiswi adalah kasut bertutup serta
bertumit mengikut etika pakaian formal.

Rajah 10
Pakaian bagi para pensyarah adalah berbaju kurung atau berkemeja
lengkap bertali leher dan memakai kasut bertutup serta sopan. Para
pensyarah didapati mengenakan jubah dan hood berwarna hitam.

3.4 Pengacara Majlis

Imej pengacara majlis tidak ditonjolkon dalam video ini, namun didapati
bahawa pengacara majlis tersebut mempunyai intonasi suara yang baik dan
jelas serta melontarkan ucapan dalam kelajuan yang sederhana. Selain itu,
pengacara juga tidak gugup dalam percakapan dan mempunyai budi bicara
serta bijak menggunakan ragam bahasa mengikut keadaan. Hal ini
membuktikan bahawa pengacara majlis tersebut mempunyai pengetahuan
asas mengenai adat istiadat protokol dan etiket.

3.5 Susunan Tempat Duduk Tetamu Kehormat

Rajah 11

7
Terdapat satu kerusi berwarna kuning diraja yang diletakkan di tengah-
tengah pentas yang disediakan untuk DYMM Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong yang juga merupakan Ketua Universiti Teknologi Mara.
Tujuh buah kerusi ditempatkan masing-masing di bahagian kanan dan kiri
kerusi DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tetamu
jemputan yang lain mengikut jawatan dan pangkat yang dipegang.
Terdapat beberapa kerusi lagi yang berada di belakang kerusi hadapan.

3.6 Atur Cara Majlis (Perjalanan Majlis)

Rajah 12
Para tetamu memasuki dewan dalam keadaan beratur mengikut nama
dan kelas. Kemasukan mereka diiringi dengan alunan musik pancaragam
yang sering dimainkan ketika majlis konvokesyen.

Rajah 13
Semua hadirin berdiri tegak ketika nyanyian lagu Negaraku dimainkan
sebagai tanda hormat menjukkan bahawa pengawai protokol telah
menjalankan tanggungjawab dengan jaya..

8
Rajah 14
Keberangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke
dalam dewan diiringi dengan alunan alat musik tradisional. Semua tetamu
berada dalam keadaan berdiri. Setelah itu, lagu Negaraku dimainkan
sekali lagi tanpa nyanyian para tetamu bagi menghormati ketibaan
baginda.

Rajah 15
Ucapan pertama disampaikan oleh Naib Canselor UiTM. Nada ucapan
yang digunakan adalah formal, ringkas dan padat.

Rajah 16
Upacara penganugerahan ijazah doktor falsafah dilakukan mengikut jenis
bidang yang diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan

9
Antarabangsa. Sijil penganugerahan konvokesyen disampaikan oleh
Yang di-Pertuan Agong kepada para mahasiswa. Majlis diteruskan
dengan Anugerah Graduan Terbaik yang turut diumumkan oleh Timbalan
Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.

Rajah 17

Rajah 18
Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada penerima
Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tuanku Canselor, penerima Anugerah
Baginda Seri Paduka Canselor.

Rajah 19

10
Semasa majlis istiadat konvokenyen berehat, persembahan nyanyian
telah dipersembahkan oleh para siswa dan siswi daripada Fakulti Musik
UiTM. Kumpulan siswa dan siswi berkenaan mengenakan pakaian yang
sopan dan menyanyikan lagu berirama tradisional yang bersesuaian
dengan majlis.

Rajah 20
Naib Canselor mengisytiharkan alumni UiTM. Lagu UiTM Di Hatiku
dimainkan dan dinyanyikan bersama-sama oleh para tetamu.

Rajah 21
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Canselor
menyampaikan titah ucapan kepada para siswa dan siswi UiTM kemudian
mengisytiharkan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA ke-91
ditangguhkan. Didapati bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Tuanku Canselor merupakan individu pertama yang
berangkat meninggalkan majlis diiringi dan diikuti oleh para tetamu khas.

11
Berdasarkan perjalanan majlis yang yang telah diterangkan di atas,
didapati bahawa majlis ini telah berjalan dengan lancar dan diatur
mengikut protokol yang sepatutnya. Ucapan yang disampaikan turut
mengikut urutan yang betul. Persembahan yang ditunjukkan juga
bersesuaian dengan majlis dan mengikut etika majlis rasmi.

4.0 Kesimpulan

Rumusannya, berdasarkan majlis rasmi yang telah dikaji didapati bahawa majlis
istiadat konvokesyen tersebut telah mengikuti protokol dan pengendalian majlis
formal yang sepatutnya. Selain itu, para tetamu juga telah mengikuti etika
permakaian formal yang bersesuaian dengan majlis tersebut. Pengisian majlis juga
padat dan berlaku secara lancar kerana tiada masalah teknikal yang dikenal pasti.
Setiap ahli pengurusan majlis juga berjaya melakukan tugas mereka dengan
bertanggungjawab seperti yang dapat dilihat dalam majlis apabila pengacara majlis
berjaya mengendalikan majlis dan memberikan arahan dan ucapan dengan jelas.
Para penyambut tetamu juga menunjukkan arah dan mengiring mereka ke tempat
mereka dengan selamat.

12
5.0 Rujukan

Abby Salleh.(1 Februari 2020). Pengurusan Majlis Dan Protokol. Bengkel


‘Training The Trainers’ (3T) Fasilitator Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB),
Universiti Putra Malaysia.

EDUTube: Faculty of Education UiTM. (2 Januari 2021). Majlis Konvokesyen


2019 Sidang Fakulti Pendidikan UiTM. Online. Retrived from
https://www.youtube.com/watch?v=JPA12gWXi3A

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Sukarno Iskandar. (2016). Asas Protokol Dan Etiket Majlis Rasmi. Protokol dan
Etika Majlis Rasmi. Online. Retrived from
https://pppnukm.files.wordpress.com/2012/10/4853975-protokol-dan-etiket-
majlis-rasmi.pdf

13

You might also like