Uuuk1063 Mls PBL 1 Sistem Perundangan Brunei

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

UUUK1063

PENGENALAN KEPADA SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA II

TUGASAN PBL BERTULIS 1:

SISTEM PERUNDANGAN BRUNEI (GROUP 9)

NAME MATRICS NO.

NIMAS GANDA SARI BINTI AKIDA A183219

NUR NADIAH ATHIRAH BINTI MAT DAUD A181069

NUR LIYANA SOFIAN A182110

NUR ASHSYIFA' AQILA BINTI MOHD YUSOF A181049

HANNA SYAFIAH BINTI SHAH HEADAN A183613

NUR AKRIMI MATHWA BINTI AHMAD ZAMRI A183224

AIREENA DINI IZZATTY BINTI SAMSUL ANUAR A180891

NURUL RAIHANAH BINTI KHAIRUL IKHSAN A182307

AIN NABILAH BINTI MOHD ARSHAD A182207


NUR RIANA ATHINA BINTI NAZMINUDIN A183734

AINUR SOFEA BINTI TALIB A182044

CHUAH CEE WEI A180405

EVE HONG XIN YUN A183741

JADUAL KONTEKS

No. INDEKS MUKA SURAT

1. GAMBARAN SEJARAH PERUNDANGAN BRUNEI 3

2. SUMBER UNDANG-UNDANG 5

3. KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKAITAN 8

4. ARAHAN KANUN JENAYAH SYARIAH 2013 12

5. PROFESION PERUNDANGAN 17

6. KESIMPULAN 21

7. RUJUKAN 22

2
BAB 1: GAMBARAN SEJARAH SISTEM PERUNDANGAN DI BRUNEI

1.1 UNDANG-UNDANG SEMASA PENJAJAHAN BRITISH

Di Pulau Kalimantan terdapat sebuah negara yang dikenali sebagai Brunei Darussalam. Negara
ini mempunyai bentuk pemerintahan secara kesultanan. Seperti Malaysia, Brunei juga dijajah
oleh British pada suatu ketika dahulu. Oleh itu, Sistem Residen diperkenalkan di Brunei dan
kemudian British telah memansuhkan Enakmen 1906 setelah Enakmen 1908 diperkenalkan.

Mengikut Seksyen 3 Enakmen 1908, terdapat 5 mahkamah di Brunei dalam mentadbir perkara
Sivil dan Jenayah. Iaitu, Mahkamah Residen, Mahkamah Majistret Kelas Pertama, Mahkamah
Majistret Kelas Kedua, Mahkamah Majistret Asli dan Mahkamah Kathis.

Pertama sekali, Mahkamah Residen yang melaksanakan bidang kuasa asal dan rayuan. Kedua,
Mahkamah Majistret Kelas Pertama mempunyai bidang kuasa dalam semua perkara yang
berkaitan dengan Sivil kecuali dalam memberi kuasa kepada Mahkamah lain dalam
membubarkan perkahwinan sah di United Kingdom, Ireland atau mana-mana tanah jajahan
British. Untuk perkara yang berkaitan dengan Jenayah, mahkamah ini boleh mendengar
kesalahan yang tidak boleh melebihi 7 tahun dikenakan penjara atau dikenakan denda. Manakala
untuk hal Sivil, ia boleh mendengar kesalahan yang tidak melebihi $1000. 1 Seterusnya, bagi
Mahkamah Majistret Kelas Kedua, bidang kuasa Jenayah boleh didengar jika tidak melebih 3
tahun atau denda yang tidak melebihi $100. 2 Bagi bidang kuasa Sivil pula, kesalahan yang
dilakukan tidak boleh melebihi $100.3 Selain itu, bagi bidang kuasa Mahkamah Majistret Asal
pula, ia boleh mendengar kesalahan yang bertindak dibawa atau kepada Melayu yang tidak
melebihi $25. Manakala bagi bidang kuasa Jenayah penjara haruslah tidak melebihi 3 bulan. 4
Yang terakhir ialah Mahkamah Kathi yang mempunyai bidang kuasa dalam semua hal yang
berkaitan Agama Islam, perkahwinan dan penceraian.5

Walaubagaimanapun, terdapat juga Supreme Court yang mempunyai bidang kuasa asal dalam
semua kesalahan yang hukuman ditentukan oleh Undang-undang. Bidang kuasa rayuan bagi
Supreme Court ialah kesalahan yang tidak melebihi $1000. Malah bagi bidang kuasa rayuan

1
Section 8B (i) of the 1908 Enactment.
2
Section 8C (i) of the 1908 Enactment.
3
Section 8C (i) of the 1908 Enactment.
4
Section 9 of the 1908 Enactment.
5
Section 9 of the 1908 Enactment.

3
Jenayah ialah kesalahan yang tidak kurang dari 2 tahun penjara dan denda yang tidak kurang dari
$500.

Namun demikian, Enakmen ini terdapat skop untuk membuat rayuan berkaitan mana-mana
penghakiman. Rayuan ini boleh dibuat pada Majlis Privi berkaitan peraturan seperti yang
dikatakan oleh Sultan Brunei.6

1.2 KEDATANGAN ISLAM DI BRUNEI DARUSSALAM

Jika meneliti semula sejarah di Brunei ia dapat dilihat bahawa Islam telah wujud sejak
sebelum kedatangan British di Brunei lagi. Dalam pada itu, negara tersebut mempunyai majoriti
penduduk yang beragama Islam. Maka, agama rasmi di Brunei ialah agama Islam.

Terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan bahawa kedatangan Islam ke Brunei sejak
abad ke-10. Tetapi ia agak lambat untuk disebarkan kerana sesetengah penduduk masih
mempercayai agama Hindu. Salah satu contoh yang membuktikan kedatangan Islam ialah
pemerintah Brunei yang pertama. Iaitu, Awang Alak Betatar yang memeluki Islam semasa beliau
mengahwini dengan anak Sultan Johor7 dan selepas itu menukar nama kepada Sultan
Mohammad Shah.

Agama Islam disebarkan dengan begitu pesat apabila Sultan Sharif Ali yang menaiki
takhta. Beliau membina masjid dan menentukan arah kiblat di Brunei.8 Sejak itu, Islam telah
menjadi salah satu aspek penting kepada hidup mereka dan menjadi agama rasmi di Brunei
Darussalam. Bukti yang lain pada itu ialah wujudnya 2 manuskrip yang dikenali sebagai Hukum
Kanun Brunei dan Undang-Undang dan Adat Brunei Lama. Kedua manuskrip ini disimpan di
Muzium Sarawak. Isi kandungan manuskrip-manuskrip tersebut ialah tentang hal ehwal
berkaitan Undang-undang Islam iaitu Hudud dan Qisas. Contohnya, Fasal 5 yang berkaitan
tentang hukuman Qisas kepada pembunuh dan akan dikenakan hukuman mati sebagai balasan
membunuh.

Secara tuntas, kita dapat lihat bahawa terdapat pelbagai peninggalan yang membuktikan
bahawa kedatangan Islam ke Brunei sejak abad ke-10 lagi.

6
Section 18 of the 1908 Enactment.
7
Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, Tarsilah Brunei:
Sejarah Awal dan Perkembangan Islam, Jilid 1, Pusat Sejarah Brunei 2001, p. 33.
8
Ibid p.90

4
BAB 2: SUMBER UNDANG-UNDANG

Sumber undang-undang bagi negara Brunei Darussalam tidak jauh beza daripada sumber
undang-undang di negara tercinta kita, Malaysia. Brunei mengamalkan struktur perundangan
yang terdiri daripada perlembagaan, statut, undang-undang Islam, perundangan subsidiari,
duluan penghakiman dan undang-undang Inggeris. Sumber undang-undang Brunei akan
dihuraikan di dengan lebih terperinci di bawah.

2.1 PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Brunei Darussalam (Constitution of Brunei) menetapkan kuasa eksekutif sebagai


kuasa yang utama bagi struktur perundangan Brunei. Perkara ini menunjukkan bahawa
Perlembagaan Brunei meletakkan urusan negara tersebut sebagai kuasa yang kurang diutamakan.
Majlis Menteri, Majlis Agama, Majlis Privi, Majlis Perundangan Adat Istiadat dan Majlis
Penggantian diwujudkan oleh perlembagaan sebagaimana ia tertera di dalam Perlembagaan
Brunei. Selain daripada mewujudkan majlis-majlis tersebut, Perlembagaan Brunei juga
menggariskan struktur-struktur asas, fungsi dan asas-asas pemerintahan pihak berkuasa yang
bertanggungjawab ke atas badan-badan majlis yang telah disenaraikan di atas9. Perlembagaan
Brunei Darussalam yang pertama digubal pada 9 September 1959. Perkara-perkara yang
terkandung di dalam Perlembagaan Brunei Darussalam terbahagi kepada 13 Perkara.
Berdasarkan Perlembagaan Brunei Darussalam, dapat disimpulkan bahawa agama rasmi bagi
negara Brunei ialah agama Islam berdasarkan Mazhab Syafi’e, ketua negara digelar sebagai
Sultan yang juga menggalas tanggungjawab sebagai pihak berkuasa eksekutif dan Perlembagaan
ini juga mewujudkan Majlis Privi, Majlis Menteri dan Majlis Legislatif.

2.2 STATUT

Brunei Darussalam menggabungkan beberapa akta untuk diletakkan di bawah satu judul yang
dinamakan ‘Undang-undang Brunei’ (Laws of Brunei)10. Pada suatu ketika dahulu, terdapat 193
Akta yang ditempatkan secara longgar atau pun lebih difahami sebagai kurang kawalan yang
ketat di dalam fail gegelung yang terdiri daripada perundangan yang telah disahkan sebelum Hari
Kemerdekaan dan juga beberapa akta lain yang digubal selepas Hari Kemerdekaan.

9
The Constitution of Brunei Darussalam
10
Laws of Brunei

5
Beberapa statut yang difailkan tersebut merupakan akta yang diambil daripada Negara Bersatu
(United Kingdom), ada juga yang digubal seawal 1958. Di samping itu, terdapat juga beberapa
akta yang digubal dan diperbaharui semula mengikut keadaan semasa. Namun begitu, akta-akta
yang digubal tersebut sesetengahnya digubal pada beberapa bahagian sahaja manakala ada juga
akta-akta yang digubal secara keseluruhannya bergantung pada perkembangan undang-undang di
Brunei.

2.3 UNDANG-UNDANG ISLAM

Al-Quran merupakan sumber undang-undang Islam yang utama diikuti dengan Hadis sebagai
sumber undang-undang Islam yang kedua11. Sumber undang-undang Islam yang lain termasuk
Ijma’12, Qiyas13, Istihsan14, Maslahah Mursalah15, ‘Urf16, Istihsab17 dan Saad al-Dhara’i18.

Brunei berpandukan prinsip-prinsip di dalam Al-Quran, Hadis dan sumber undang-undang Islam
yang lain sebagai prinsip utama perundangan Islam di negara tersebut. Islam merupakan agama
rasmi Brunei Darussalam sepertimana yang tertulis di dalam Perlembagaan Brunei Darussalam19.

Undang-undang Islam di Brunei berada di bawah pemerintahan Akta Majlis Agama dan Kadis
Mahkamah (Bab 77) ataupun lebih dikenali sebagai Religious Council and Kadis Courts Act
(Chapter 77) merupakan Akta yang menyatukan undang-undang yang berkaitan dengan Majlis
Agama dan Kadis Mahkamah, perlembagaan dan organisasi pihak berkuasa dalam bidang
keagamaan serta peraturan-peraturan mengenai urusan keagamaan. Selain daripada Akta ini,
terdapat juga beberapa akta lain yang dikuatkuasakan di Brunei Darussalam bagi mengurus atur
umat Islam di negara ini misalnya Akta Daging Halal (Bab 183) ataupun digelar sebagai Halal
Meat Act (Chapter 183) iaitu Akta yang mengatur perihal bekalan dan pengimportan daging-
daging halal serta perkara-perkara lain yang berkaitan.

2.4 PERUNDANGAN SUBSIDIARI

11
Mohammad Hashim Kamali, Principles of Islamic Jurisprudence, Second Revised Edition, Ilmiah Publishers Sdn.
Bhd., Kuala Lumpur 1998, p. 58.
12
Ibid p.168.
13
Ibid p.197.
14
Ibid p.245.
15
Ibid p.267.
16
Ibid p.283.
17
Ibid p.297.
18
Ibid p.310.
19
Article 3(1) of the Constitution of Brunei Darussalam.

6
Perundangan subsidiari merupakan bahagian yang terkandung di dalam Undang-undang Brunei
(Laws of Brunei). Perundangan subsidiari termasuk dalam perkara-perkara seperti peraturan,
pengisytiharan, perintah ataupun dokumen-dokumen lain yang dikuatkuasakan oleh undang-
undang dan lampiran yang dibuat daripada Undang-undang Ibu (Parent Act) yang relevan.

Kuasa bagi menguatkuasakan Perundangan subsidiari dapat dirujuk di bawah Seksyen 13 Akta
Tafsiran dan Fasal Am20. Seksyen 16 pula menyatakan bahawa perundangan subsidiari perlu
diterbitkan di dalam Pewartaan Kerajaan (Government Gazette).

2.5 DULUAN MENGIKAT

Mahkamah Tertinggi Brunei selalunya akan merujuk kepada Perlembagaan bertulis dan Undang-
Undang Brunei bagi melaksanakan tanggungjawab mereka bagi menegakkan undang-undang di
Brunei Darussalam. Walaupun begitu, sekiranya ketiadaan undang-undang bertulis bagi kes-kes
tertentu, mahkamah akan memilih untuk beralih kepada prinsip undang-undang yang terdapat
berdasarkan duluan mengikat.

Mahkamah-mahkamah di Brunei juga akan merujuk kepada kes-kes daripada Malaysia,


Singapura, India dan Negara Bersatu (United Kingdom) di mana kesemua negara tersebut
mengamalkan sistem perundangan Inggeris. Berbeza dengan sistem perundangan bagi duluan
mengikat sesetengah negara lain, sebagai contoh Malaysia yang bersifat mengikat keputusan kes-
kes sebelumnya, mahkamah-mahkamah di Brunei hanya tertumpu kepada ‘kuasa memujuk’
(persuasive authority).

2.6 UNDANG-UNDANG INGGERIS

Di bawah Akta Pemakaian Undang-undang (Application of Laws Act), Undang-undang Inggeris


dan doktrin ekuiti, bersama-sama statut pemakaian am yang berkuatkuasa di England, juga
mempunyai kuasa undang-undang di Brunei. Walau bagaimanapun, terdapat peruntukan yang
menyatakan bahawa undang-undang Inggeris, doktrin ekuiti bersama-sama statu pemakaian am
tersebut tidak bercanggah mahupun bertentangan dengan keadaan di Brunei Darussalam.

BAB 3: KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKAITAN.

3.1 BADAN EKSEKUTIF

20
Interpretation and General Clauses Act

7
Menurut Perkara 4 Perlembagan Brunei Darussalam (‘Perlembagaan’), Seri Paduka Baginda
Sultan dan Yang di- Pertuan perlu diberikan kuasa eksekutif yang tertinggi. Mereka juga
merupakan perdana menteri di negara Brunei Darussalam dan boleh melantik Menteri atau
Timbalan Menteri di kalangan rakyatnya seberapa ramai yang Seri Paduka Baginda Sultan dan
Yang di- Pertuan mahu untuk menjalankan kuasa eksekutif mereka. 21 Menteri dan Timbalan
Menteri juga akan membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang di- Pertuan
sekiranya Baginda melepaskan kuasa eksekutifnya. Seterusnya, Seri Paduka Baginda Sultan dan
Yang di- Pertuan merupakan Ketua Panglima Angkatan Tentera Diraja Brunei Darussalam
merujuk kepada Perkara 4(1B) Perlembagaan.

Negara ini mengamalkan monarki hakiki yang menyebabkan ketua negara dan ketua eksekutif
merupakan Sultan Brunei yang dilantik dan tiada pilihanraya dilakukan di negara Brunei.
Kabinet menteri di Brunei juga dilantik dan dipengerusikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah
Muiz'zaddin Wad'daulah. Antara dewan penasihat tambahan yang dilantik oleh Baginda adalah
Majlis Agama, Majlis Privy bagi mengendalikan konflik perlembagaan, Majlis Penggantian dan
juga Majlis Perundangan.

3.1 BADAN PERUNDANGAN

Menurut perkara 23 Perlembagaan, negara Brunei mempunyai satu Majlis Mesyuarat Negara.
Bagi Perkara 29, mana- mana warganegara Brunei kecuali Bupati yang telah mencapai umur 21
tahun dan keatas layak untuk dipilih sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negara tertakluk kepada
Perkara 30. Majlis Mesyuarat Negara mempunyai 36 kerusi dan semuanya dilantik oleh Baginda
termasuklah Speaker, Sekreteri Pertama dan Kedua yang dilantik selama 5 tahun kebiasaannya.22

Bagi proses pembuatan undang-undang di Brunei dijelaskan di Bahagian VII Perlembagaan iaitu
mana-mana ahli Majlis Perundangan boleh mengemukan bil, mencadangkan usul untuk
diperdebatkan atau mengemukakan petisyen kepada Majlis.23 Seterusnya bil tersebut akan
diperdebatkan dan setiap bil yang ingin diperkenalkan mestilah diterbitkan dalam gazet dan
dalam tempoh 7 hari penerbitan tersebut, bil itu perlu dibentangkan kepada Majlis
Perundangan.24 Beralih kpada proses undian bagi bil undang-undang tersebut, semua soalan
21
Perkara 4 Perlembagaan Brunei Darussalam
22
Country Reports, Brunei Government, https://www.countryreports.org/country/Brunei/government.htm
23
Perkara 40 Perlembagaan Brunei
24
Perkara 41(2) Perlembagaan Brunei

8
yang diajukan kepada Majlis Perundangan untuk diputuskan hendaklah diselesaikan dengan
suara majoriti yang diambil dari anggota yang hadir dan mengundi. Pihak Majlis Perundangan
yang akan memutuskan sama ada untuk meluluskan bil undang-undang itu atau tidak. Jika tidak
diluluskan, Speaker Majlis perlu menghantar laporan bagi debat bil itu dan sebab-sebab
menolaknya kepada Sultan tetapi Sultan masih boleh mengisytiharkan sesuatu bil itu sah
walaupun ia pada asalnya ditolak dan Baginda boleh membuat pindaan jika dirasakan perlu.
Kesimpulannya, sesuatu bil itu akan menjadi undang-undang yang sah hanya apabila mendapat
restu daripada Sultan Brunei.

3.2 BADAN KEHAKIMAN

Mahkamah Agung terdiri dari Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, sementara Mahkamah
Rendah terdiri dari Mahkamah Majistret. Mahkamah Syariah juga wujud bersama Mahkamah
Agung dan berurusan dengan undang-undang Islam. Bagi orang Islam, Undang-undang Syariah
Islam menggantikan undang-undang sivil di beberapa bidang.25

3.2.1 Mahkamah Agung

Mahkamah Agung Brunei Darussalam ini dikawal oleh Akta Mahkamah Agung dan Peraturan
Mahkamah Agung turut dilampirkan di dalam akta tersebut.

Bagi Mahkamah Tinggi, bidang kuasa undang-undang sivil di mahkamah ini terdiri daripada
bidang kuasa dan kewibawaan asal yang serupa dengan yang dipegang dan dilaksanakan oleh
Bahagian Chancery, Family and Queen's Bench of the High Court of England. Bagi bidang
kuasa kes- kes jenayah pula terdiri daripada kes jenayah yang asal atau rayuan, seperti yang
diberikan kepadanya oleh undang-undang bertulis, yang merangkumi Kanun Keseksaan, Kanun
Prosedur Jenayah atau Perintah Kelakuan Jenayah.

Mahkamah Tinggi juga mempunyai bidang kuasa semakan kehakiman di mana mahkamah ini
boleh menyemak rekod prosiding daripada Mahkamah Pertengahan dan Mahkamah Majistret
dan Mahkamah Tinggi juga boleh mengarahkan supaya kes yang disemak itu dipindahkan
perbicaraannya ke Mahkamah Tinggi atau mengarahkan perbicaraan semula.

25
Embassy of Brunei Darussalam in Berlin, Federal Republic of Germany, Introducing Brunei,
http://www.mfa.gov.bn/germanyberlin/SitePages/bruneiintroduction.aspx#:~:text=Brunei%20Darussalam's
%20judiciary%20system%20is,and%20deals%20with%20Islamic%20laws.

9
Seterusnya, bidang kuasa sivil dan jenayah Mahkamah Rayuan terdiri dari rayuan dari keputusan
atau perintah Mahkamah Tinggi dalam sebab perkara sivil dan bidang kuasa lain yang diberikan
kepadanya oleh undang-undang bertulis lain. Jika sesuatu rayuan tersebut dari Mahkamah
Rayuan, ia hanya akan dapat dirujuk oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan kepada Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy Raja Britannic.

3.2.2 Mahkamah Pertengahan

Mahkamah Pertengahan mempunyai bidang kuasa yang berjalan selari dengan Mahkamah
Tinggi dengan memiliki semua bidang kuasa dan tugas sebagaimana yang diberikan kepada
Mahkamah Tinggi dalam menjalankan bidang kuasa jenayah asalnya. Mahkamah bagaimanapun
tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan yang boleh dihukum mati atau
penjara seumur hidup. Ia juga tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan yang
menjatuhkan hukuman penjara lebih dari 20 tahun.

Bidang kuasa asal Mahkamah Pertengahan bagi kes sivil ialah di mana jumlah yang dituntut atau
nilai perkara yang dipertikaikan melebihi $ 15, 000 tetapi tidak melebihi $ 100,000 atau jumlah
yang lebih tinggi yang boleh ditentukan oleh Ketua Hakim Negara.26 Mahkamah tidak
mempunyai bidang kuasa jika ia melibatkan pemulihan harta tidak boleh dialihkan atau di mana
terdapat isu mengenai hak yang didaftarkan di bawah Kanun Tanah.

3.2.3 Mahkamah Majistret

Berdasarkan Akta Mahkamah Rendah, Mahkamah Majistret menjalankan bidang kuasa sivilnya
ke atas setiap proses sivil di mana jumlah yang dituntut atau nilai pokok yang dipertikaikan tidak
melebihi $ 30,000. Namun, jika perkara itu didengar di hadapan Ketua Majistret, Ketua
Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar, Majistret Kanan atau Pendaftar Kanan ini had yang
ditetapkan adalah $ 50,000. Bagi kes jenayah pula bidang kuasanya sama seperti di Mahkamah
Tinggi iaitu mempunyai bidang kuasa atas segala kesalahan yang dilakukan sepenuhnya atau
sebahagian di dalam Negara Brunei Darussalam, atau dilakukan di atas kapal atau pesawat yang
didaftarkan di Negara Brunei Darussalam, atau dilakukan di laut lepas jika kesalahan tersebut
adalah kesalahan cetak rompak oleh undang-undang bangsa.

3.2 MAHKAMAH SYARIAH


26
Bahagian V Akta Mahkamah Pertengahan Brunei Darussalam

10
erdapat tiga Mahkamah Syariah di Brunei. Antaranya ialah, Mahkamah Rendah Syariah,
Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Kesemua mahkamah ini mempunyai
bidangkuasa yang diambil dari Akta Mahkamah Syariah (Bab 184) dan juga dari Undang-undang
Bertulis yang lain.

Seksyen 8(1) Akta Mahkamah Syariah menyatakan bahawa Sultan Brunei dan Yang Di-Pertuan
boleh melantik Ketua Hakim Syariah dengan nasihat daripada Menteri Agama Islam dan setelah
berunding dengan Majlis. Kelayakan untuk menjadi Ketua Hakim Syariah ialah seorang
penduduk di Brunei, menjadi Hakim atau Kadi dalam masa tidak kurang dari 7 tahun selepas
pelantikannya atau seseorang yang mempelajari Hukum Syarak.

Pertama sekali, mengikut Seksyen 9(1), ia menetapkan bahawa Hakim Mahkamah Rayuan
Syariah dilantik oleh Sultan Brunei dan Yang Di-Pertuan boleh melantik tidak melebihi dari 5
orang Islam untuk menjadi Hakim dalam masa tidak lebih dari 3 tahun setelah dinasihat oleh
Menteri Agama Islam dan berunding dengan Majlis. Syarat untuk menjadi Hakim Mahkamah
Syariah juga sama dengan syarat di atas.

Yang kedua ialah pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah perlu dilakukan seperti yang
dinyatakan dalam Seksyen 10(1). Dimana, Sultan Brunei dan Yang Di-Pertuan boleh melantik
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah setelah dinasihat oleh Menteri Agama Islam dan berunding
dengan Majlis.

Yang terakhir sekali ialah Seksyen 11, dimana ia menyatakan bahawa pelantikan Hakim
Mahkamah Rendah mesti dibuat oleh Sultan Brunei dan Yang Di-Pertua setelah dinasihati oleh
Menteri Agama Islam dan setelah berunding dengan Majlis.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah di Brunei termasuklah Sivil dan Jenayah. Di dalam


bidangkuasa Jenayah memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh mendengar semua kesalahan
bawah Undang-undang Bertulis yang disediakan untuk kesalahan Jenayah, Undang-undang
Keluarga Islam atau Undang-undang yang berkaitan dimana boleh dijatuhkan hukuman jika
didapati bersalah. Manakala bagi bidangkuasa Sivil ia merangkumi hal-hal seperti, perkahwinan,
fasakh, khuluk, cerai taklik, hibah, waqaf atau nazar dan banyak lagi.

3.3 BADAN UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN

11
Kerajaan Sultan Brunei mempunyai seorang Peguam Negara yang dilantik untuk menasihati
Sultan dalam kesemua hal yang berkaitan dengan Undang-undang di Brunei Darussalam.
Peguam Negara itu dibantu oleh peguam cara dan mereka bertanggungjawab dalam membuat
Undang-undang. Segala jenis Jenayah akan dimulakan oleh Pendakwa Raya. Peguam Negara
juga mempunyai kuasa dalam menjalankan atau menghentikan sesuatu prosiding yang berjalan
di Mahkamah dengan budi biacaranya.

Di samping itu, terdapat 5 bahagian Undang-undang di Jabatan Peguam Negara, iaitu, Sivil,
Jenayah, Undang-undang Antarabangsa, Penggubalan Perundangan dan Bahagian Pendaftaran.
Kesemua 5 bahagian ini memainkan peranan masing-masing yang penting. Jadi, mereka haruslah
menjalankan tugas-tugas tersebut dengan baik. Sementara itu, Jabatan Syariah pula mempunyai
Jawatankuasa Harmoni Undang-Undang Selaras dengan Islam telah ditubuhkan pada tahun
1980. Kemudian, Jawatankuasa Undang-undang Keluarga Islam juga ditubuhkan pada tahun
1995.

Secara amnya, tugas Jawatankuasa yang ditubuhkan ialah membuat kejadian terhadap
peruntukan Undang-undang Brunei yang dikuatkuasakan untuk melihat sama ada bercanggah
dengan Hukum Syarak atau tidak. Selain daripada itu, Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk
memberi nasihat dalam hal ehwal Islam kepada Mahkamah Syariah, Unit Kawalan Akidah, hal
ehwal pendakwaan dan banyak lagi.

BAB 4: ARAHAN KANUN KESEKSAAN SYARIAH 2013

4.1 PENGENALAN
Pada Oktober 2013, negara Brunei mengumumkan untuk menggubal sebuah undang-undang
berdasarkan undang-undang jenayah Syariah di bawah Arahan Kanun Keseksaan Syariah
2013. Pengumuman ini dibuat oleh Sultan Brunei sendiri iaitu, Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Arahan Kanun Keseksaan
Syariah 2013 ini telah digazetkan pada 20 Oktober 2013, namun berkuatkuasa dengan efektif
kepada seluruh warganegara Brunei bermula pada 1 Mei 2014 secara berperingkat.27

Walaupun negara Brunei baru sahaja menguatkuasakan undang-undang jenayah Syariah di


bawah Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013 pada bulan Mei tahun 2014, namun demikian
27
Attorney General Chambers Brunei Government: Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013,
http://www.agc.gov.bn/speech/ceramah_khas_bm_2014.

12
perlu diingatkan bahawa undang-undang Syariah telah lama menapak di dalam sistem
pentadbiran negara tersebut. Pada awal tahun 1930-an, pentadbiran negara Brunei di bawah
pemerintahan sultan pada ketika itu bergiat keras dalam meluaskan ajaran islam di serata Brunei.
Antara inisiatif-inisiatif yang dilakukan ialah pembiayaan subsidi sepenuhnya bagi jemaah haji,
pembinaaan tempat beribadat bagi umat Islam, serta perluasan kuasa di dalam pentadbiran
Kementerian Hal Ehwal Ugama.28 Tambahan pula, pada tahun 1990-an, ajaran Islam mula
tersebar secara luas di negara-negara Asia Tenggara, termasuk negara Brunei. Di abad tersebut,
penduduk Islam adalah dilarang untuk memasuki mana-mana kelab malam, mahupun berurusan
dengan bahan-bahan mengandungi arak yang haram bagi umat Islam. Ajaran Islam semakin
berkembang luas pada tahun 1999 apabila negara Brunei menguatkuasakan penubuhan
Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di dalam hal ehwal
kekeluargaan.

4.2 OBJEKTIF PELAKSANAAN

Tujuan undang-undang jenayah Syariah dikuatkuasakan di bawah Arahan Kanun Keseksaan


Syariah 2013 adalah untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan jenayah yang termaktub
berdasarkan Alquran dan Sunnah. Sultan Brunei, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah menekankan bahawa penguatkuasaan
Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013 adalah demi menjaga kemaslahatan dan kesejahteraan
umat Islam daripada terus dibelenggu dengan pengaruh asing yang memudaratkan.29

Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013 dibahagikan kepada 4 bahagian yang memperuntukkan
kesalahan-kesalahan jenayah di bawah sabitan yang berbeza. Mana-mana kesalahan ringan
seperti kegagalan untuk menunaikan solat Jumaat bagi Muslim dan kegagalan membayar zakat
dan fitrah akan disabitkan di bawah hukuman Takzir yang biasa diamalkan oleh negara Brunei
seperti hukuman denda ataupun penjara mengikut tahap kesalahan masing-masing. 30 Manakala,
Hukuman Hudud dan Qisas disasarkan kepada kesalahan jenayah yang lebih berat seperti
mencuri, membunuh, berlakunya hubungan seksual antara lelaki dan lelaki (liwat), hubungan

28
Mohamad Rozaiman Abdul Rahman, ‘Implications of Syariah Laws in Brunei Darussalam’, Asia Law Portal,
https://asialawportal.com/2018/10/09/implications-of-syariah-laws-in-brunei-darussalam/, 9 October 2013.
29
Johnson C., ‘Brunei: Islamic Law Adopted’, Foreign News Library of Congress Law
https://www.loc.gov/law/foreign-news/article/brunei-islamic-law-adopted/, 6 May 2014.
30
Greenwalt P., ‘Brunei’s Syariah Penal Code Order 2013’, Department of Justice Government,
https://www.justice.gov/eoir/page/file/1345556/download, December 2020.

13
seksual antara perempuan dan perempuan (musahaqah), zina dan murtad. Hukuman yang bakal
dikenakan adalah seperti mengenakan sebatan, hukuman rejam sampai mati keatas pesalah
setelah berlaku pembuktian yang kukuh ke atas kesalahan jenayah tersebut.31

4.3 HUKUMAN

Bagi tujuan kajian ini, hanya sebahagian daripada kesalahan-kesalahan di dalam Kanun tersebut
yang akan dinyatakan hukumannya.

Hukuman denda atau penjara akan diberikan berdasarkan kesalahan seperti kegagalan
menunaikan solat jumaat bagi lelaki muslim berdasarkan Seksyen 194(1) 32 tanpa alasan
munasabah atau uzur syar’ie dengan denda yang tidak melebihi $200 untuk kesalahan yang
pertama, denda tidak melebihi $300 untuk kesalahan kedua, dan denda tidak melebihi $1,000
untuk kesalahan ketiga atau seterusnya. Seksyen 236(1) adalah mengenai kegagalan membayar
zakat fitrah yang dikenakan denda tidak melebihi $8,000 atau penjara selama tempoh tidak
melebihi 2 tahun atau kedua-duanya33. Denda tidak melebihi $4,000 atau penjara selama tempoh
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya akan diberikan jika seseorang itu tidak berpuasa
pada bulan Ramadhan berdasarkan Seksyen 195(1)34. Jika seseorang itu berpakaian dan
berkelakuan seperti wanita atau lelaki, Seksyen 198 (1) dan (2) menyatakan denda tidak melebihi
$1,000, penjara selama tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya jika tiada alasan
munasabah berbuat demikian dan denda tidak melebihi $4,000, penjara selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya jika ia untuk tujuan tidak bermoral35.

Seterusnya, bagi kesalahan sariqah (mencuri) di bawah Seksyen 55(1)36, hukuman potong tangan
akan diberikan dimana amputasi tangan kanan dari sendi pergelangan tangan (kesalahan
pertama), amputasi kaki kirinya hingga ke pergelangan kaki (kesalahan kedua) dan penjara
selama tempoh tidak melebihi 15 tahun (kesalahan ketiga atau berikutnya). Seksyen 112(1)

31
Human Dignity Trust, ‘Briefing of Brunei’s Implementation on the Syariah Penal Code Order 2013’,
https://www.humandignitytrust.org/wp-content/uploads/resources/2019.04.08-Briefing-on-Bruneis-
implementation-of-the-Syariah-Penal-Code-Order-2013, 10 April 2019.

32
Seksyen 194(1) Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013
33
Seksyen 236(1) Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013
34
Seksyen 195(1) Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013
35
Seksyen 198(1)(2) Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013
36
Seksyen 55(1) Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013

14
menerangkan jika seseorang muslim melakukan jenayah murtad, dia boleh dihukum mati 37. Jika
dibuktikan dengan pengakuan atau dua saksi atau dibuktikan dengan bukti lain, hukuman penjara
hingga 30 tahun dan sebatan hingga 40 kali sebatan akan dikenakan38.

Seksyen 82(2) menerangkan jenayah liwat yakni bermaksud hubungan seksual antara lelaki
dengan lelaki lain dan hukuman dinyatakan di subseksyen (1) iaitu sama dengan hukuman zina39.
Berdasarkan Seksyen 69(1), zina (hubungan seksual di luar nikah) akan dihukum dengan direjam
hingga mati jika orang itu adalah muhshan (berkahwin) atau sebatan dengan 100 sebatan dan
penjara selama satu tahun jika orang itu adalah ghairu muhshan (belum berkahwin)40.

Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013 juga mengkriminalisasi musahaqah (hubungan antara
perempuan dan perempuan) di bawah Seksyen 92(1)41 dimana Musahaqah dihukum dengan
denda tidak melebihi $40,000, penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun, sebatan tidak
melebihi 40 sebatan atau gabungan kedua-dua hukuman. Seksyen 92 (2) menetapkan bahawa
setiap wanita bukan Muslim yang melakukan musahaqah dengan wanita Muslim juga
melakukan kesalahan dan dikenakan hukuman yang sama42.

Berdasarkan hukuman-hukuman yang telah dinyatakan, ia dapat dilihat bahawa Undang-undang


Syariah Brunei mengaplikasikan hukuman hudud dalam sebahagian kesalahan jenayah dalam
Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013 mengikut Al-Quran dan Hadis.

4.4 FASA PELAKSANAAN

Di samping itu, fasa pelaksanaan Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013 adalah secara
berperingkat iaitu Fasa Pertama pada 1 Mei 2014 dimana pelaksanaan hukuman hanyalah bagi
jenayah berkaitan penjara dan denda sahaja. 12 bulan selepas akta ini digazetkan, Fasa Kedua
Pelaksanaan telah dilaksanakan iaitu semua kesalahan jenayah yang diperuntukkan di dalam akta
kecuali kesalahan yang melibatkan hukuman mati dan fasa terakhir iaitu Fasa Ketiga
dilaksanakan 24 bulan selepas akta tersebut digazetkan dimana pelaksanaaan sepenuhnya ke atas
Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013.

37
Seksyen 112(1) Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013
38
Seksyen 112(2) Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013
39
Seksyen 82(1)(2) Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013
40
Seksyen 69(1)(a)(b) Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013
41
Seksyen 92(1) Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013
42
Seksyen 92(2) Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013

15
4.5 PENGGUNAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang jenayah Syariah di bawah Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013 terpakai
untuk semua warganegara Brunei termasuklah bagi orang yang bukan Islam. Namun demikian,
hampir kesemua kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah undang-undang ini terpakai
untuk Muslim sahaja. Sebagai contoh, hukuman-hukuman yang boleh dikenakan ke atas Muslim
dan bukan Muslim adalah kesalahan berkaitan mencuri, merompak, penghinaan ke atas Nabi
Muhammad SAW dan perkara berkaitan agama Islam, perlakuan yang tidak senonoh dan
melakukan perbuatan yang bercanggah dengan moral semasa bulan Ramadan.43

Selain itu, terdapat juga beberapa kesalahan dan hukuman yang hanya diguna pakai ke atas
Muslim sahaja. Antaranya ialah murtad, kegagalan membayar zakat dan fitrah serta kegagalan
bagi seorang Muslim menunaikan kewajiban solat Jumaat pada hari Jumaat. Namun demikian,
terdapat beberapa kesalahan yang boleh disabitkan ke atas orang yang bukan Islam. Mereka
boleh disabitkan jika mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut bersama-sama dengan
individu yang berstatus agama Islam. Sebagai contoh, berlakunya hubungan seksual antara lelaki
Muslim dan bukan Muslim atau lebih dikenali sebagai liwat. Oleh itu, lelaki yang bukan Muslim
ini juga boleh disabitkan dan dikenakan atas pertuduhan tersebut apabila cukup beban
pembuktian di pihak pendakwaan dan juga saksi.

4.6 CONTOH KES

Kes Pendakwa Syarie v Mohd. Norazimi Fathullah Bin Mohd. Safihi 44 adalah kes yang pertama
dibicarakan di bawah Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013. Kes ini mengisahkan tertuduh
telah menyebabkan kecederaan ke atas Asahrin bin Idris sehingga mengakibatkan tempurung
kepalanya pecah. Kemudian, dia telah disabitkan di bawah Seksyen 169(2)(a) kanun hukuman
jenayah Syariah 2013 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 169 (2)(ii) kanun yang sama.
Tertuduh mengaku bersalah melalui iqrar.

Setelah tertuduh mengaku bersalah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan untuk
menjatuhkan hukuman iaitu hukuman penjara selama 5 tahun bermula dari tarikh pesalah
ditahan, pesalah diperintahkan membayar arsy kepada mangsa iaitu 1/3 daripada jumlah diyat

43
Mohamad Rozaiman Abdul Rahman, ‘Implications of Syariah Laws in Brunei Darussalam’, Asia Law Portal,
https://asialawportal.com/2018/10/09/implications-of-syariah-laws-in-brunei-darussalam/, 9 October 2013.
44
Pendakwa Syarie v Mohd. Norazimi Fathullah Bin Mohd. Safihi (Mahkamah Tinggi Syariah Brunei)

16
penuh. Arsy tersebut hendaklah dibayar dalam tempoh 3 tahun secara beransur-ansur dan jika
arsy gagal dibayar, pesalah hendaklah dipenjara sehingga jumlah yang diperintahkan dibayar.
Menurut Seksyen 121 Arahan Kanun Keseksaan Syariah 201345, arsy bermaksud jumlah yang
ditentukan yang ditentukan oleh Hukum Syara atau jumlah yang ditentukan yang tidak
ditentukan oleh Hukum Syara' untuk pampasan yang perlu dibayar kepada mangsa kecederaan

BAB 5: PROFESION PERUNDANGAN

5.1. Kelayakan Undang-undang

Seseorang yang layak untuk masuk latihan sebagai peguam bela dan peguam di Negara Brunei
Darussalam mesti mempunyai salah satu syarat berikut:46

i) Dia adalah peguam negara England, Ireland Utara atau dia mesti menjadi ahli Fakulti
Peguambela Scotland; atau
ii) Dia adalah peguam cara di England, Ireland Utara atau Penulis undang-undang,
Penulis ejen atau peguam cara di Scotland; atau
iii) Dia telah menjalani praktik aktif sebagai peguam bela dan peguam cara di Singapura
atau di mana-mana bahagian Malaysia; atau
iv) Dia memiliki Sijil Amalan Undang-Undang yang dikeluarkan oleh Lembaga
Kelayakan menurut seksyen 5 Akta Profesion Undang-Undang 1976 Malaysia; atau
v) Dia memiliki ijazah dalam undang-undang yang dianugerahkan oleh Universiti Islam
Antarabangsa di Malaysia.

Selain itu, dia juga mesti warganegara Brunei atau orang yang telah mendapat izin untuk tinggal
di Brunei yang telah diberikan berdasarkan peraturan yang dibuat di bawah Akta Imigresen. 47
Sekiranya seseorang bukan warganegara Brunei atau tidak ada izin tinggal yang diberikan
kepadanya, dia hanya boleh memohon untuk kemasukan sekiranya (bersama dengan syarat
akademik yang disebutkan di atas) dia telah aktif dalam mana-mana bahagian di United
Kingdom, Singapura, Malaysia, atau di mana-mana negara atau wilayah Komanwel lain yang
ditetapkan oleh Peguam Negara untuk sekurang-kurangnya 7 tahun sebelum permohonannya.

45
Seksyen 121 Arahan Kanun Keseksaan Syariah 2013
46
Section 3(1), Legal Profession Act (CAP 132)/Alternative Qualifications Rules 1999
47
Section 4, Legal Profession Act

17
Kemasukan adalah mengikut budi bicara Ketua Hakim Negara dan dia akan
mempertimbangkannya lebih jauh. Kriteria seperti berikut:48

i) Sekiranya pemohon telah mencapai umur 21 tahun;


ii) Jika dia berkelakuan baik;
iii) Jika dia telah melayani dengan memuaskan masa muridnya seperti yang ditentukan
oleh Peraturan Murid (Pupillage Rules)
5.2. Persatuan Undang-Undang

Persatuan Undang-Undang Negara Brunei Darussalam ditubuhkan pada tahun 2003 sesuai
dengan Perintah Profesion Undang-Undang (Law Society of Brunei Darussalam) tahun 2003,
yang merupakan perundangan subsidiari kepada Akta Profesion Undang-Undang.

Keahlian

Persatuan Undang-Undang terdiri daripada semua peguam bela dan peguam yang mempunyai
latihan yang sah sijil dan mereka akan kekal sebagai ahli selama mereka memegangnya. Ahli
kehormat juga kadang-kadang diterima sebagai ahli dalam Persatuan kerana mereka difikirkan
sesuai dan keahlian ini boleh jadi seumur hidup atau untuk jangka masa yang Majlis difikirkan
sesuai.49

Majlis

Majlis Persatuan bertanggungjawab untuk pengurusan Persatuan yang betul dan juga untuk
pelaksanaan tujuan serta kuasanya yang betul. Majlis terdiri daripada anggota berkanun dan
anggota terpilih.50 Adalah wajib bagi semua anggota Persatuan untuk memilih. 51 Sekiranya
mereka gagal melakukannya, mereka akan menjadi hilang kelayakan untuk memohon sijil
latihan kecuali mereka dapat memuaskan hati Ketua Pendaftar dengan alasan yang munasabah.

48
Under the Pupillage Rules 2000, a pupil shall serve a period of pupilage with a qualified person who has been
practicing for not less then 7 years for a period of 9 months. A qualified person can be exempted by the Chief
Justice from any part of his pupilage (not more than 6 months) looking at special circumstances, if he has been a
pupil of a master who is a barrister at law in England and Northern Ireland or a member of the Faculty of
Advocates of Scotland or of an advocate and solicitor in Singapore or Malaysia practicing for not less than 7 years.
He can also be exempted if the is or has been a solicitor in England and Northern Ireland, or a Writer of the Signet,
law agent or solicitor in Scotland or he has been engaged in legal practice for not less than 6 months in any
Commonwealth country or territory.
49
Sections 5-8, Law Society Order
50
Section 13, Law Society Order
51
Section 16, Law Society Order

18
Dia harus mempunyai alasan yang baik dan mencukupi untuk tidak mengundi. Untuk
mengelakkan pembatalan, dia juga boleh membayar denda $500 yang akan diletakkan ke dalam
Dana Pampasan.

5.3. Kelayakan Undang-Undang untuk Peguam Syariah

Seksyen 25 Akta Mahkamah Syariah (Bab 184) telah menetapkan siapa yang boleh dilantik
sebagai Pendakwa Syar’ie. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan boleh, atas nasihat Presiden Majlis Ugama Islam dan setelah berunding dengan
Majlis, melantik orang yang berkelayakan untuk menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah,
untuk menjadi Ketua Syar’ie Pendakwa.52

Manakala bagi Peguam Syar’ie, seksyen 27 (1) Akta Mahkamah Syariah (Bab 184) mengatakan
bahawa Ketua Hakim Syar’ie boleh, atas pembayaran yuran yang ditetapkan, mengakui
seseorang yang mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai Hukum Syara ’dan sesuai untuk
menjadi Syar’ie Peguam untuk mewakili pihak-pihak dalam sebarang prosiding di hadapan
Mahkamah Syariah.

Seksyen 28 Akta Mahkamah Syariah (Bab 184), Ketua Hakim Syar’ie boleh, dengan perkenan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, membuat
Peraturan Mahkamah untuk memperuntukkan prosedur, kelayakan dan bayaran untuk
kemasukan Peguam Syar’ie sebagai serta mengatur, mengawal dan mengawasi perlakuan
Peguam Syar’ie.

Peraturan 9 membicarakan mengenai kemasukan Peguam Syar’ie, yang akan dibuat oleh Ketua
Hakim Syar’ie. Peraturan 10 menyatakan bahawa seseorang boleh diterima menjadi Peguam
Syar’ie jika dia –

(a) (i) adalah seorang Muslim dan telah lulus peperiksaan akhir yang membawa kepada a ijazah
sarjana muda dalam bidang Syariah dari mana-mana universiti atau mana-mana institusi
pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Brunei Darussalam;

(ii) adalah peguam bela atau peguam cara Muslim yang terdaftar di bawah Undang-Undang
Profession Act (Bab 132) yang telah lulus sebagai Peguam Syar’ie Pemeriksaan sijil;

52
Section 25(1) of the Syariah Courts Act (Chapter 184)

19
(iii) telah berkhidmat sebagai Hakim Syar’ie, Kadi atau Pendakwa Syar’ie untuk tempoh
tidak kurang dari 3 tahun; atau

(iv) adalah seorang Muslim yang telah mendapat latihan profesional dalam bidang Islam
perkara kehakiman yang diakui oleh Kerajaan Brunei Darussalam atau yang pakar dalam
Hukum Syara’;

(b) Telah mencapai usia 21 tahun;


(c) berkelakuan baik dan –
(i) Tidak pernah disabitkan kesalahan di Negara Brunei Darussalam atau di negara lain
tempat melakukan sebarang kesalahan jenayah yang menjadikannya tidak layak untuk
menjadi Peguam Syar’ie;
(ii) Tidak pernah diadili sebagai muflis; dan
(iii) Tidak pernah diberhentikan, diberhentikan atau digantung kerana kemampuannya
sebagai pengamal undang-undang dengan apa sahaja nama yang disebut di negara
lain.
5.4. Pendidikan Undang-undang

Pada masa ini, tidak ada fakulti undang-undang di Universiti Brunei Darussalam.
Kebanyakannya peguam yang berlatih di Brunei sama ada berkelayakan di England atau
Malaysia. Seperti yang dinyatakan sebelumnya dalam Peraturan 10 Peraturan Mahkamah
Syariah (Peguam Syar’ie), 2002, a seseorang boleh diterima sebagai Peguam Syar’ie jika dia
memenuhi semua syarat yang diperlukan. Oleh itu, dalam usahanya untuk melahirkan peguam
Islam dan pengamal undang-undang yang berkelayakan di Mahkamah Syariah, Universiti Brunei
Darussalam telah menawarkan kursus dalam Diploma In Amalan Undang-Undang dan Undang-
Undang Islam53 yang memulakan sesi pertamanya pada tahun 2000/2001. Ini kursus menekankan
aspek praktikal terutama dalam kepraktisan, pentadbiran undang-undang dan pelaksanaannya.

KESIMPULAN

Perundangan telah dilaksanakan dengan meluasnya di Negara Brunei Darussalam, ia menjadi


dasar dan asas negara ini sehingga kedatangan dan campur tangan British. British berjaya
mengenepikan pemakaian undang-undang terutamanya undang-undang Islam yang luas dan

53
Diploma Perundangan Islam dan Guaman Syarie

20
menyeluruh kepada pemakaian dalam bidang terhad yang hanya bergantung dengan Undang-
Undang Diri sahaja. Namun sistem pentadbiran menjadi undang-undang yang lebih teratur dari
sebelumnya setelah campur tangan British.

SUMBER RUJUKAN
Brunei Darussalam. (n.d.). Retrieved from International Labour Organization:
https://www.ilo.org/dyn/natlex/natlex4.detail?p_lang=en&p_isn=44040
Hakimie, A. (2020, September 20). Perkembangan pelaksanaan hudud di Brunei. Retrieved
from ismaweb: https://ismaweb.net/2020/09/10/perkembangan-pelaksanaan-hudud-di-
brunei/
Laws of Brunei. (n.d.). Retrieved from Attorney General's Chambers:
http://www.agc.gov.bn/AGC%20Site%20Pages/Laws%20of%20Brunei.aspx
Legal System in Brunei Darussalam. (n.d.). Retrieved from asean law association:
https://www.aseanlawassociation.org/legal-system-in-brunei-darussalam/

21
Attorney General Chambers Brunei Government, ‘Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah
2013’, http://www.agc.gov.bn/speech/ceramah_khas_bm_2014.

Greenwalt P., ‘Brunei’s Syariah Penal Code Order 2013’, Department of Justice Government,
https://www.justice.gov/eoir/page/file/1345556/download., December 2020.

Human Dignity Trust, Briefing of Brunei’s Implementation on the Syariah Penal Code Order
2013, https://www.humandignitytrust.org/wp-content/uploads/resources/2019.04.08-Briefing-on-
Bruneis-implementation-of-the-Syariah-Penal-Code-Order-2013, 10 April 2019.

Johnson C., ‘Brunei: Islamic Law Adopted’, Foreign News Library of Congress Law,
https://www.loc.gov/law/foreign-news/article/brunei-islamic-law-adopted/, 6 May 2014.

Mohamad Rozaiman Abdul Rahman, ‘Implications of Syariah Laws in Brunei Darussalam’,


Asia Law Portal, https://asialawportal.com/2018/10/09/implications-of-syariah-laws-in-brunei-
darussalam/, 9 October 2013.

22

You might also like