Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

CABARAN KOKURIKULUM KADET BOMBA

PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2022
(PROGRAM SECARA DALAM TALIAN)
ANJURAN:

BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA:
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

PENGELOLA BERSAMA:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
DAN
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PERAK

TARIKH
3 HINGGA 6 OKTOBER 2022
1.0 Pendahuluan:

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang


daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang
memberikan murid peluang untuk mengukuh dan menambah serta
mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.
Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang di
semua peringkat dengan menerapkan nilai-nilai murni, jatidiri, khidmat
masyarakat, keusahawanan dan alam sekitar yang menjurus ke arah
pembangunan potensi, pembentukan karakter murid dan Sekolahku
SEJAHTERA.

Cabaran Kokurikulum Kadet Bomba 2022 merupakan salah satu


program inisiatif yang dapat mencapai Key Performance Indicator (KPI)
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dengan sokongan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
disamping dapat memberi nilai tambah dalam pemarkahan PAJSK yang
melibatkan ahli-ahli Kadet Bomba diseluruh negara. Melalui program yang
dianjurkan ini murid akan kekal aktif dan berminat terhadap aktiviti
kokurikulum, khususnya Pasukan Badan Beruniform sepanjang tempoh
persekolahan sesi 2022/ 2023.

2.0 Objektif aktiviti

2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan


nilai-nilai murni dalam kalangan ahli pasukan Kadet Bomba;
2.2 Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang
dipelajari daripada jurulatih dan guru;

2.3 Melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras


Tinggi (KBAT) serta mempraktikkan kemahiran pembelajaran
teknologi maklumat dengan mengaplikasikan kaedah
pembelajaran abad ke-21;

2.4 Menyediakan murid yang menerima, menghormati dan


menguruskan kepelbagaian bagi membina Keluarga Malaysia
yang bersatu padu; dan

2.5 Melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada


kemakmuran keluarga, masyarakat, negara dan komuniti global
melalui konsep Sekolahku SEJAHTERA.

3.0 Pelaksanaan aktiviti

3.1 Cabaran Kadet Bomba dijalankan dalam dua (2) peringkat iaitu
Peringkat Negeri dan Peringkat Kebangsaan. Pelaksanaan di
peringkat negeri akan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) manakala program Peringkat Kebangsaan akan dikelolakan
oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

3.2 Tarikh pertandingan ini dijalankan adalah seperti berikut:


a. Peringkat Negeri - 13 hingga 15 September 2022
b. Peringkat Kebangsaan - 03 hingga 06 Oktober 2022
3.3 Pertandingan ini melibatkan acara berkumpulan.

3.4 Pertandingan ini terbuka kepada 2 kategori iaitu:


a. Ahli Kadet Bomba Lelaki
b. Ahli Kadet Bomba Perempuan

3.5 Acara yang dipertandingkan dalam Cabaran Kadet Bomba 2022


adalah seperti di LAMPIRAN 1:
Peserta dibenarkan mengambil bahagian hanya satu (1) daripada
acara yang dipertandingkan.

3.6 Penghantaran bahan pertandingan


Pertandingan Peringkat Kebangsaan
Peserta yang terpilih di peringkat negeri layak untuk
dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Peserta yang
terpilih tersebut akan menghantar pautan (link) google drive
berkenaan melalui JPN masing-masing ke alamat yang
disediakan oleh pengelola sebelum atau pada 28 September
2022.
4.0 Bilangan penyertaan ke pertandingan Peringkat Kebangsaan bagi setiap
negeri adalah seperti berikut:

4.1 Kadet Bomba (Lelaki)


5 penyertaan bagi setiap acara yang dipertandingkan

4.2 Kadet Bomba (Wanita)


5 penyertaan bagi setiap acara yang dipertandingkan

Nota: Hanya murid yang bersekolah di sekolah bantuan


kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja
dibenarkan menyertai pertandingan peringkat kebangsaan

5.0 Aspek penilaian

5.1 Pertandingan Ikatan Dan Simpulan

Bil Item / Perkara Markah


a. Kandungan utama 60 markah
(jenis ikatan, cara dan fungsi)
b. Kreativiti 10 markah
c. Audio visual. 10 markah
d. Durasi (3 - 4 minit) 10 markah
e. Pakaian 10 markah
Video ketika mempamerkan ikatan dan
simpulan diedit atau disunting
(tolak 20 markah)
Jumlah 100 markah
5.2 Aspec Challenge

Bil Item / Perkara Markah


a. Kandungan 60 markah
b. Kreativiti 10 markah
c. Audio visual 10 markah
d. Durasi (3 - 4 minit) 10 markah
e. Pakaian 5 markah
f. Kerjasama 5 markah
Video ketika menyelamat disunting (tolak 20
markah)
Jumlah 100 markah

5.3 Cabaran Kawad Kaki

Bil Item / Perkara Markah


a. Persembahan Kawad Kaki 70 markah
b. Audio visual 10 markah
c. Durasi (3 - 5 minit) 10 markah
d. Pakaian 5 markah
e. Kerjasama 5 markah
Video disunting (tolak 20 markah)
Jumlah 100 markah

5.4 Montaj Fire Drill

Bil Item / Perkara Markah


a. Isi (langkah keselamatan ketika berlaku 60 markah
kebakaran ATAU langkah keselamatan
kebakaran yang dibuat di rumah)
b. Kelancaran dan bahasa 10 markah
c. Audio visual 10 markah
d. Pakaian 10 markah
e. Durasi (3- 4 minit) 10 markah
Jumlah 100 markah
5.5 Inovasi Kadet Bomba

Bil Item / Perkara Markah


a. Isi (alatan keselamatan di air dan alat 60 markah
pemadam api alternatif)
b. Kreativiti 10 markah
c. Audio visual 10 markah
d. Durasi (3 - 4 minit) 10 markah
e. Pakaian 5 markah
f. Kerjasama 5 markah
Jumlah 100 markah

6.0 Panel penilai.


Panel penilai akan dilantik oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri bagi
pertandingan peringkat negeri manakala panel penilai pertandingan
peringkat kebangsaan akan dilantik oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

(i) Acara penjurian oleh JBPM:


 Kawad Kaki
 Aspec Challenge
 Simpulan dan Ikatan

(ii) Acara penjurian oleh Pegawai Teknikal Negeri


 Inovasi Kadet Bomba
 Montaj Fire Drill
7.0 Pemenang.
Sijil penyertaan dan pencapaian peringkat negeri akan disediakan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing manakala Sijil Penyertaan dan
Pencapaian Peringkat Kebangsaan akan dikeluarkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Malaysia.

8.0 Pegawai Bertanggungjawab


Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi Penolong
Pengarah Sektor Pembangunan Murid Unit Pembangunan Bakat Murid
Negeri masing-masing

Kementerian Pendidikan Malaysia :


Ahmad Zainie bin Mat
Penolong Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
03-88841256

Jabatan Pendidikan Negeri Perak


En. Khairul Afandy bin Osman
Penolong Pengarah,
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), JPN Perak
013-6162748

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia


PgKB II Sabarodzi bin Nor Ahmad
Penolong Pengarah Bahagian Latihan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak
016-5419881
9.0 Implikasi Kewangan

9.1 Sijil dan Hadiah - Kos JPN

Bil Item / Perkara Peserta RM/Unit Jumlah (RM)


(Orang)/Acara
a. Sijil Pencapaian 72 X 5 =360 3.00 1,080.00
b. Sijil Penyertaan 384 X 5 = 5760 3.00 17,280.00
c. Medal 72 X5 = 360 10.00 3,600.00

Jumlah Besar 21,960.00

9.2 Jemputan (2, 3, 4, 5 Oktober 2022)(4 Hari, 3 Malam) - Kos JBPM

Bil Item / Perkara Urusetia/Juri RM/Unit (Hari) Jumlah (RM)


(Orang)
a. Makan / Minum ( 4 Hari ) 120 25 X 4 = 100.00 12,000.00
b. Penginapan (60 ABPM, 60 30 X 3 = 90.00 5,400.00
60 Akademi Pembangunan
Belia Malaysia)

Jumlah Besar 17,400.00

9.3 Penutupan - Kos JBPM

Bil Item / Perkara Urusetia/Juri RM/Unit (Hari) Jumlah (RM)


(Orang)
a. Makan / Minum 140 30.00 4,200.00
b. Penginapan (60 ABPM, 80 30.00 2,400.00
80 APBM)

Jumlah Besar 6,600.00


10.0 Penutup

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada


ahli Kadet Bomba untuk terus mempamerkan kebolehan dan
kemahiran mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video) ekoran
pengawalan aktiviti tempoh endemik. Penyertaan murid dalam
pertandingan ini juga akan menggalakkan mereka untuk
mengeksplorasi ilmu dan kemahiran- kemahiran teknologi maklumat (IT)
di samping berkongsi kemahiran dan bakat yang ada pada mereka.

Disediakan oleh :

………………………………….
( PgKB II Sabarodzi bin Nor Ahmad )
Penolong Pengarah Bahagian Latihan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak
Lampiran 1

CABARAN KADET BOMBA 2022


BIL ACARA SYARAT DAN PERATURAN
1. IKATAN DAN 1. Peserta dikehendaki menunjuk cara, memberi penerangan fungsi
SIMPULAN bagi 4 ikatan berikut:
(5 orang) (a)Sheet Band
(b)Figure of Eight on Follow Through
(c) French Bowline
(d)Running Bowline
2. Paparan video boleh disunting KECUALI k etika sedang menunjuk
cara sesuatu ikatan / simpulan.
3. Durasi masa keseluruhan persembahan tidak kurang daripada 3 minit
DAN tidak melebihi 4 minit.
4. Peserta dikehendaki memakai uniform kadet bomba yang lengkap.
5. Setiap negeri dikehendaki menghantar 1 0 kumpulan (5 kumpulan
lelaki dan 5 kumpulan perempuan)
2. ASPEC CHALLENGE 1. Peserta dikehendaki memberi penerangan dan menunjuk cara
(5 orang) SATU daripada elemen berikut:
(i) Luka dikepala, luka pada tapak tangan kiri DAN kepatahan
tertutup tulang betis pada kaki kanan.

11
(ii) Bantuan pernafasan kaedah DRABC kepada mangsa
pengsan semasa terkena renjatan elektrik.
2. Peserta boleh menggunakan patung atau ahli kadet bomba yang
lain sebagai mangsa.
3. Paparan video boleh disunting KECUALI k etika sedang menunjuk
cara langkah-langkah menyelamat.
4. Durasi masa keseluruhan persembahan tidak kurang daripada 3
minit DAN tidak melebihi 4minit.
5. Peserta dikehendaki memakai uniform kadet bomba yang lengkap.
6. Satu pasukan terdiri daripada seorang (1) ketua yang akan
memberikan arahan dan 4 orang ahli pasukan yang akan
melaksanakan arahan.
7. Setiap negeri dikehendaki menghantar 1 0 kumpulan (5 kumpulan
lelaki dan 5 kumpulan perempuan)
3. CABARAN KAWAD 1. Peserta dikehendaki merakam video pergerakan kawad berikut
KAKI mengikut urutan:
(16 orang) (a) Khutbah kawad (rujuk lampiran 2)
(b) Rehatkan diri
(c) Senang diri
(d) Sedia
(e) Kekanan lurus
12
(f) Pandang depan
(g) Bergerak ke kanan
(h) Berjalan
(i) Hormat ke hadapan
(j) Hormat ke kanan
(k) Hormat selaku terima sijil.
(l) Berhenti.
(m) Mengadap ke hadapan
(n) Pegawai dalam baris keluar baris.
2. Ketua dikehendaki memberikan kata perintah dan peserta
menunjukkan perbuatan kawad kaki tersebut dengan jelas.
3. Ketua berada dalam kedudukan yang statik.
4. Hukuman dan perbuatan kawad yang tidak mengikut urutan yang
ditetapkan, tiada pemarkahan bagi pergerakan tersebut.
5. Paparan video persembahan kawad kaki hendaklah secara
berterusan bermula dari pergerakan pertama hingga akhir tanpa
sebarang suntingan.
6. Durasi masa bagi keseluruhan persembahan kawad kaki tidak
kurang daripada 3 minit DAN tidak melebihi 5 minit.
7. Peserta dikehendaki memakai uniform kadet bomba yang lengkap.
8. Setiap negeri dikehendaki menghantar 1 0 kumpulan (5 kumpulan
13
lelaki dan 5 kumpulan perempuan)
4. MONTAJ 1. Peserta dikehendaki membuat rakaman video SATU
FIRE DRILL daripada elemen berikut:
(5 orang) (a) Video langkah-langkah (fire drill) ketika berlaku kebakaran di
sekolah atau di rumah.
(b) Video langkah-langkah keselamatan yang diambil bagi mengelak
berlaku kebakaran di rumah anda.
2. Durasi masa keseluruhan persembahan tidak kurang daripada 3 minit
DAN tidak melebihi 4 minit.
3. Peserta dikehendaki memakai uniform kadet bomba yang lengkap.
4. Setiap negeri dikehendaki menghantar 1 0 kumpulan (5 kumpulan
lelaki dan 5 kumpulan perempuan)
5. INOVASI KADET 1. Peserta dikehendaki menghasilkan inovasi 2 elemen berikut:
BOMBA i. Alat menyelamat di air menggunakan bahan terbuang.

(5 orang) ii. Alat pemadan api alternatif di rumah.

2. Penghasilan bahan-bahan ini adalah secara teori sahaja dan


peserta tidak perlu membuat demontrasi di air atau
membuat kebakaran.
3. Peserta dikehendaki memberi penerangan dan menunjuk cara
menghasilkan bahan-bahan tersebut.
4. Paparan video bagi elemen bantu mula boleh disunting mengikut
14
kesesuaian paparan.
5. Durasi masa paparan persembahan tidak kurang daripada 3 minit
DAN tidak melebihi 4 minit.
6. Peserta dikehendaki memakai uniform kadet bomba yang lengkap.
7. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 kumpulan
(5 kumpulan lelaki dan 5 kumpulan perempuan)

15
Lampiran 2

PENGUCAPAN @ KHUTBAH KAWAD

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi / Petang Skuad, Pada Pagi / Petang Ini, Saya Akan Mengawadkan
Skuad, Penanda Di Sebelah Kanan Siapa Dia?, Penanda Di Sebelah Kiri Siapa Dia?, Itu Adalah Barisan
Hadapan, Barisan Tengah, Tengah Juga, Barisan Belakang, Belakang Juga, Apa Yang Saya Mahu,
Perintah Saya Yang Betul, Hendaklah Skuad Buat Dengan Betul Dan Cergas, Perintah Yang Salah
Jangan Dibuat. Peringatan ! Apabila Berjalan, Skuad Hendaklah Pacakkan Tumit, Lenggangkan Tangan
Ke Hadapan Sama Paras Dengan Bahu Dan Juga Ke Belakang Seberapa Yang Boleh.
Faham Itu Skuad ?

Jawab Dengan Tidak Lebih 4 Perkataan

Contoh:
Saya…, Pangkat…, Nama / Nombor Anggota…, Cikgu / Encik / Tuan.

 Jika Faham “Faham Skuad / Cikgu’ / `Encik’ / `Tuan’ Dengan Serentak Oleh Anggota Dalam Baris.
 Jika Tidak Faham Semua Anggota Dalam Baris Hendaklah Berdiam Diri Sahaja

16

You might also like