Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1. Idea pembentukan Malaysia membawa kepada pelbagai reaksi.

Jelaskan reaksi
tersebut. (8 markah)

Idea pembentukan Malaysia membawa kepada dua reaksi iaitu menyokong dan
menentang. Sarawak antaranya yang mempunyai pelbagai reaksi dari segi menyokong
ialah BARJASA telah dibentukkan untuk menyokong pembentukan Malaysia
manakala SUPP dibentukkan untuk menentang cadangan pembentukan Malaysia.
Selain itu, Singapura pula menyokong di mana People's Action Party yang
dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambut rancangan ini manakala Parti Rakyat
Singapura menentang gagasan Malaysia.
Seterusnya, Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali mengalu-alukan cadangan
pembentukan Malaysia manakala Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh
A.M.Azahari menentang cadangan tersebut kerana beliau lebih berminat untuk
menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara dalam satu kesatuan.
Di Samping itu, Parti Politik di Sabah menubuhkan gabungan untuk
menyokong pembentukkan Malaysia yang dinamakan sebagai Sabah Alliance
manakala Barisan Bersatu dicipta untuk mencabar rancangan pembentukan Malaysia.

2. Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan pihak-pihak tertentu menentang idea


pembentukan Malaysia. (8 markah)

Antara faktor-faktor yang menyebabkan pihak-pihak tertentu menentang idea


pembentukan Malaysia ialah Barisan Sosiolis di Singapura menentang penggabungan
kerana menganggap pembentukan Malaysia sebagai penjajahan baharu. Oleh ini,
Barisan Sosiolis mencadangkan agar pandangan rakyat diperoleh sebelum Singapura
menyertai Malaysia.
Selain itu, Presiden Diosdado Pangan Macapagal dari Filipina menentang
pembentukan Malaysia kerana menuntut wilayah Sabah adalah milik Filipina.
Seterusnya, SUPP yang dipimipin oleh Ong Kee Hui dan SNAP yang diketuai
oleh Stephen Kalong Ningkan menentang cadangan pembentukan Malaysia.
Di samping itu, di Sabah pula cadangan pembentukan Malaysia mengejutkan
pemimpin dan penduduk kerana mereka ingin mendaptkan kemerdekaan secara
berasingan atau membentuk sebuah kesatuan negeri-negeri Borneo.

You might also like