Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 49

PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK
Jabatan Ilmu Pendidkan
KONSEP ASAS
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
• Perkembangan merupakan satu proses
yang berterusan dari peringkat lahir
hingga peringkat kematangan
• Perkembangan jasmani, emosi, kognitif
sosial dan rohani berkait dengan
pertumbuhan fizikal tubuh badan
KONSEP ASAS
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
• Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat
dilihat dengan nyata dan diukur dari satu
peringkat ke peringkat yang lain
• Perkembangan bersifat kualitatif yang tidak
dapat diukur tetapi dapat dilihat daripada sifat
baru yang berlaianan daripada sifat yang lebih
awal
KONSEP ASAS
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Perubahan dalam corak biologi, kognitif dan
sosioemosi individu yang bermula daripada
peringkat percambahan sehingga ke akhir
hayat (Santrok 2008).
Perubahan-perubahan sistematik yang
berterusan dalam seseorang daripada tarikh
lahir hinggalah kematiannya. ( Dr. Ragbir Kaur
A/P Joginder Singh – Ilmu Pendidikan KPLI).
KONSEP ASAS
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Terdapat 3 tahap perkembangan yang utama :

PERKEMBANGAN

KOGNITIF & SOSIAL EMOSI


FIZIKAL
BAHASA
KONSEP ASAS
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
FIZIKAL
Merujuk kepada pertumbuhan badan dan organ-organnya,
kefungsian sistem-sistem fizikal, kemunculan tanda-tanda
penuaan dan kordinasi kemahiran motor kasar dan halus.
KOGNITIF & BAHASA
Merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam
otak manusia. Sebagai contoh dalam persepsi,
pengamatan, penanggapan, penguasaan bahasa dan
lain-lain.
SOSIAL - EMOSI
Merujuk kepada perubahan dan perkembangan dalam
perhubungan peribadi dan intrapersonal seperti motif,
emosi dan perasaan.
Ciri-ciri pertumbuhan
• Perubahan yang dapat diukur(kuantitatif)
daripada satu peringkat ke asatu peringkat
• Kuantiti prubahan dapat dilihat dengan
nyata
• Berhenti apabila organisma itu mencapai
peringkat matang atau dewasa
• Setiap individu mempunyai kadar
pertumbuhan yang berbeza-beza
• Dipengaruhi oleh factor-factor seperti
genetik, persekitan dan kesihatan
Ciri –ciri perkembangan
• Bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan
yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif,
emosi dan moral
• Perubhan stabil , teratur dan progresif dalam
arah tertentu
• Perubahan berterusan sepanjang hayat dan
melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu
• Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan
persekitaran
• Hasil daripadakematangan dan pembelajaran
• Pertumbuhan dan pekembangan berlaku
dalam situasi yanngsaling berkait dan
meliputi perubahan fizikal, kognitif, emosi
dan social.
Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan

Aspek Pertumbuhan Perkembangan


Jasmani Pertumbuhan Kemahiran menggunakan
saiz,berat,gigi,organ pertumbuhan fizikal
deria,anggota seperti berjalan,melihat,
mendengar,membuat
kerja
Mental Bertambah keupayaan Kemahiran
berfikir memikir,mengingat,
menelaah,menganalisis
Emosi Perasaan seronok, Kemahiran mengawal
gembira,duka,takut, perasaan dalam situasi
bimbang,sedih tertentu
Sosial Meluaskan Kemahiran mendisiplin
perhubungan,komunikasi dan penyesuaian diri
dan pergaulan dengan dalam pergaulan dengan
orang lain orang lain.
Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan
ditentukan mengikut peringkat-peringkat;
• Peringkat pralahir (kandungan)
• Peringkat bayi (0-2 tahun)
• Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)
• Peringkat akhir kanak-kanak (6-12 tahun)
• Peringkat awal remaja (12-15 tahun)
• Peringkat akhir remaja (15-21 tahun)
• Peringkat dewasa (21-60 tahun)
• Peringkat tua (60 tahun ke
atas)
PRINSIP PERKEMBANGAN
Proses perkembangan berlaku mengikut aturan

• bayi boleh duduk dengan bantuan ,merangkak , kebolehan berdiri dan


berjalan. Konkrit kepada abstrak (perkem. Kognitif dan bahasa)
• Perlkembangan dari kepala ke kaki sejak lahir saiz kepala
berkembang terlebih dahulu berbanding badan , kaki dan tangan.

Perubahan beransur daripada keadaan umum kepada


spesifik

• bayi boleh boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum


belajar menggunakan jari tangan.
• pertumbuhan berlaku dengan otot besar terlebih dahulu sebelum
beransur ke otot halus.

Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses


yang berterusan
• kanak-kanak akan menambah kemahiran yang sedia ada untuk
pencapaian kemahiran yang baru kelak. .. .
Corak dan aturan perkembangan adalah hampir
sama tetapi kadar perkembangan adalah berbeza

• sesetengan kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan


manakala ada hanya boleh berjalan pada usia 18 bulan

Perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di


antara kematangan dan pembelajaran.

• kematangan adalah kemunculan potensi sedia ada yang dipengaruhi


oleh faktor genetik-merangkak, duduk, berjalan dan berlari
• pembelajaran adalah hasil daripada latihan, peniruan atau identifikasi
dan memerlukan usaha.
• proses pembelajaran membantu memperkembangkan potensi yang
sedia ada.
• Apabila kaki kuat barulah boleh belajar berjalan
Prinsip perkembangan berlangsungdari tengah badan sehingga ke tepi
badan (proximodistal)

• Saraf tunjanng berkembang dahulu bahagian-bahagian lain,


• Kaki berkembang dahulu daripada jari
• Bahagian lennngan dahulu daroada telapak tangan dan tangan

Perkembangan berlangsung daripada mudah kepada yang lebih


kompleks

• Kanak-kanak dapat memahami contoh konkrit semasa awal


kanak-kanak .dan konsep abastark serta kompleks apabila remaja
Prinsip kadar tumbesaran dan perkembangan tersendiri

• Pola , urutan, tumbesaran dan perkembangan adalah sama bagi


semua kanak-kanak tetapi kadar tumbesaran berlainan bagi setiap
kanak-kanak. Misalnya pertumbuhan anggota badan seseorang
berlaku sehingga umur 21 tahun sahaja tetapi boleh menuntut ilmu
sehingga usia 40 tahun.
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN
Faktor Kebakaan (Genetik)
• Menurut Norman L. Munn, baka
merupakan ciri-ciri yang diperturunkan
melalui ibu bapa kepada anak-anaknya
melalui gen-gen.
Ernest R. Hilgard pula mengatakan
bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang
diperturunkan melalui ibu bapa kepada
anak-anaknya melalui gen-gen.
• Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan
oleh ibu bapa kepada anak-anaknya
melalui gen.
• Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya
mempunyai sifat-sifat yang sama seperti
warna mata dan kulit, warna rambut,
bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan
penyakit seperti diabetes.
• Walau bagaimanapun, pernah juga
terdapat perbezaan sifat di antara anak
dengan ibu bapa.
• Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin
berasal daripada nenek moyang.
Pengaruh baka ke atas pertumbuhan
dan perkembangan
• Ciri-ciri fizikal.
- Warna kulit
- warna dan bentuk mata,
- Warna rambut,
- Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau
B
- Saiz tubuh badan
• Ciri Fisiologi.
- ibu bapa yang sihat juga merupakan
individu-individu yang sihat.
- penyakit seperti diabetes, hemofilia
dan kekerdilan adalah disebabkan oleh
pengaruh baka.
• Kecacatan mental.
- Rencatan mental pewarisan gen yang
terutama ibu dan bapa yang mempunyai tali
persaudaraan yang rapat.
- Penyakit fenilketonuria atau PKU juga
disebabkan oleh faktor baka (kekurangan
enzim)
• Sahsiah.
– Walaupun sahsiah seseorang individu banyak
dipengaruhi oleh persekitaran, baka juga
memainkan peranan yang penting.
– Contohnya, perangai dan sifat introvert atau
ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor
baka. Seseorang yang cepat marah atau
selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi
oleh faktor baka.
• Kecerdasan.
- ibu bapa yang tinggi kecerdasannya
kemungkinan besar akan melahirkan anak-
anak yang juga tinggi keupayaan mentalnya. -
namun, faktor persekitaran juga memainkan
peranan yang penting spt
kemudahan-kemudahan akademik akan
merangsang perkembangan mental kanak-
kanak.
Faktor Persekitaran.

• Menurut Amram Schienfeld, persekitaran


merujuk kepada luaran seseorang individu
dan faktor bakanya bermula dari peringkat
persenyawaan.
• W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa
persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang
kompleks yang boleh mempengaruhi
tingkah laku seseorang individu.
• Persekitaran merujuk kepada alam sekitar
seseorang individu sama ada di peringkat
pralahir atau selepas lahir.
• Terdapat dua kategori faktor persekitaran,
iaitu faktor pralahir dan faktor selepas
lahir.
1. Faktor Pralahir

· Pemakanan
- menjamin pertumbuhan dan
perkembangan seseorang bayi yang
sihat dan kuat.
• Kesihatan Ibu.
– Seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi
yang sihat.
– Sebaliknya, ibu yang menghidapi penyakit
akan meyebabkan kecacatan seseorang bayi
seperti kecacatan mental, pekak, bisu atau
buta.
• Penyalahgunaan Dadah.
- Amalan menyalahgunakan dadah oleh
ibu lazimnya akan membahayakan
perkembangan biasa seseorang bayi.
• Kesan X-Ray.
– Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa
pendedahan seseorang ibu kepada X-Ray
yang berlebihan akan menyebabkan bayi
yang dilahirkannya cacat sama ada dari segi
jasmani atau mental.
• Emosi Ibu.
– Seseorang ibu yang sentiasa ketakutan,
bimbang atau tertekan kemungkinan
melahirkan bayi yang kurang sihat.
• Umur Ibu.
– Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan
bahawa seseorang ibu yang sudah lanjut usia
berkemungkinan besar melahirkan bayi yang
mengalami kecacatan mental atau
mempunyai darjah kecerdasan yang rendah.
2. Faktor Selepas Lahir
• Pemakanan.
– Makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat
awal lagi.
– Susu ibu amat baik bagi seseorang bayi.
– Perkembangan jasmani dan mental yang sihat,
makanan yang berzat dan seimbang adalah
diperlukan.
– dapat melindungi seseorang individu dari pelbagai
penyakit.
• Keluarga.
– Keluarga mempunyai hubungan yang rapat
dengan seseorang individu.
– Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian
darah dengan seseorang individu tetapi ia
juga mempunyai pertalian sosial dan emosi.
– Saiz sesebuah keluarga boleh mempengaruhi
pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak.
• Rakan Sebaya.
– Biasanya, rakan sebaya mempunyai cita-cita,
minat dan tahap kecerdasan yang lebih
kurang sama.
– Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai
aspek iaitu dari segi afektif, sosial, kognitif dan
psikomotor.
• Sekolah.
– Kedudukan sesebuah sekolah, sama ada di
luar bandar atau di bandar boleh
mempengaruhi perkembangan mental, sosial
dan jasmani seseorang.
– Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolah
luar bandar akan menjejaskan perkembangan
seseorang individu dari pelbagai aspek. Saiz
sesebuah sekolah juga mendatangkan kesan
yang berlainan.
• Tempat Tinggal.
– Tempat tinggal sseorang individu akan
mempengaruhi perkembangannya.
– Contohnya, di kawasan bandar,
penduduk-penduduk adalah kurang mesra di
antara satu sama lain berbanding dengan
penduduk-penduduk di luar bandar.
– Nilai-nilai seperti tolong-menolong,
bertimbang rasa, kemesraan dan sebagainya
adalah kurang ketara di kalangan penduduk di
bandar.
• Sebaran Am.
– Semua jenis sebaran am seperti radio, televisyen,
akhbar, majalah, buku, wayang gambar akan
mempengaruhi perkembangan mental, pandangan
dan sikap seseorang terhadap isu-isu ekonomi, sosial
dan politik.
– Sebagai contoh, progarm TV Pendidikan seperti
Along Bijak banyak membantu kanak-kanak
mempelajari konsep-konsep nombor, abjad, bahasa
dan matematik.
• Pusat Ibadat.
– Masjid, gereja dan kuil yang terdapat di
satu-satu tempat juga mempengaruhi falsafah
hidup dan gaya hidup seseorang individu.
– Pusat-pusat tersebut juga akan membentuk
individu-individu yang menghayati nilai-nilai
murni seperti seperti belas kasihan,
kesyukuran, suka menolong orang lain,
amanah, bertimbang rasa dan bertoleransi.
• Persekitaran Dunia.
– Ahli-ahli politikdan pemimpin-pemimpin,
ekonomi, sosial dan bidang-bidang lain di
seluruh dunia boleh mempengaruhi penduduk
di satu-satu tempat iaitu dari segi idea,
budaya, ekonomi, politik dan ideologi.
• Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi
Amerika menjelaskan perkembangan
kanak-kanak sebagai hasil interaksi di
antara alam persekitaran dengan
kanak-kanak tersebut. Beliau
mengetengahkan model ekologi berbentuk
lapisan bulatan (Sistem Ekologi
Bronfenbrenner ) yang masing-masing
mempunyai pengaruh dan tahap tertentu.
• Mikrosistem. Kanak-kanak terdedah
kepada persekitaran yang berbentuk pada
apa yang ada di depan mata termasuklah
pengaruh objek-objek fizikal seperti
patung dan teknologi, struktur
persekitaran, serta peranan dan
persekitaran ahli keluarga terdekat seperti
ibu bapa dan adik beradik.
• Mesosistem. Merangkumi hubungan
kanak-kanak dengan persekitaran yang
lebih luas dan bagaimana persekitaran ini
mempengaruhi kanak-kanak. Contohnya,
bagaimana kanak-kanak bergaul di
sekolah lebih-lebih lagi apabila mahu
memulakan alam persekolahan dan
pertama kalinya berpisah dengan
keluarga.
• Eksosistem. Menghubungkaitkan
kanak-kanak dengan persekitaran yang
mungkin kurang berkaitan dalam hidup
mereka. Melihat bagaimana kanak-kanak
didedahkan dengan jiran tetangga, tempat
kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa dan
institusi sosial lain.
• Makrosistem. Makrosistem adalah lapisan
paling luar yang menyentuh pengaruh
hubungan kanak-kanak dengan
persekitaran yang jauh lebih besar.
Hubungan ini termasuklah sistem nilai
sosial, perubahan sejarah, polisi sosial
dan media massa.
• Menurut Bronfenbrenner, teori yang
dikemukakan oleh beliau bersandarkan
tanggapan bahawa faktor persekitaran
tidak sepenuhnya memainkan peranan
kepada perkembangan kanak-kanak tetapi
antara keduanya saling berkait rapat.
• Kanak-kanak tidak lari daripada
berhadapan dengan persekitaran sosial
mereka setiap hari yang mana ini secara
tidak langsung dapat mempengaruhi
perkembangan mereka.

You might also like