Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

GGGD5022

SEKOLAH DAN MASYARAKAT

BOOK REVIEW
TAJUK BUKU: GURU DAN CABARAN SEMASA

NAMA PENSYARAH: DR NURWINA AKMAL BINTI ANUAR

NAMA NO. MATRIK

Noor Faeza binti Arshad P122772

SET: 10

DPLI EKSEKUTIF 2022/2023


BOOK REVIEW

TAJUK BUKU : GURU DAN CABARAN SEMASA

1. LATAR BELAKANG BUKU

MAKLUMAT PENGARANG

- Buku ini ditulis dan disusun oleh empat orang iaitu Dr Noriati A. Rashid berkelulusan B.A
(Hons) Universiti Malaya, Diploma Pendidikan Universiti Malaya, M.Ed (Sosiologi Pendidikan)
Universiti Malaya dan Ph.D (Sosiolinguistik-Kesantunan Bahasa) juga dari Universiti Malaya.
Beliau kini menjawat jawatan Ketua Sektor Akademik, Institut Pendidikan Guru Induk. Selain
itu, Dr Boon Pong Ying berkelulusan B.A (Hons) Universiti Malaya, M.Ed (Pengujian &
Penilaian) Universiti Malaya dan Ph.D (Pengujian & Penilaian Pendidikan) Universiti
Kebangsaan Malaysia. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru,
Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur. Seterusnya, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Persuratan) Universiti Kebangsaan Malaysia dan M.Ed
University of Bath United Kingdom. Beliau telah pun bersara sebagai pensyarah di IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu dan kini bertugas sebagai pensyarah kontrak
di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Akhir sekali, Zuraidah A. Majid berkelulusan B.A
(Hons) Sosiologi & Antropologi, Universiti Kebangsaan Malaysia dan M.Ed (Pentadbiran
Pendidikan) juga dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini menjawat jawatan Ketua
Jabatan Ilmu Pendidikan di Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala
Lumpur.

TAJUK BUKU

- Guru dan Cabaran Semasa

PENERBIT DAN TAHUN TERBITAN

- Oxford Fajar Sdn. Bhd. (2010)

BILANGAN MUKA SURAT

- 168 muka surat

2
2. PENGENALAN BUKU

Buku ini mengandungi 6 bab secara keseluruhan iaitu bab pertama isu dan cabaran
pendidikan semasa. Bab kedua pula adalah guru dan perundangan. Bab ketiga ialah tekanan
emosi dalam kalangan manakala tekanan emosi dalam kalangan guru merupakan bab yang
keempat. Seterusnya bab yang kelima ialah inovasi dan perubahan dalam pendidikan. Akhir
sekali, bab yang keenam ialah pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan. Buku ini ditulis
atas dasar ingin memfokuskan cabaran-cabaran terkini yang perlu diketahui oleh bakal guru
bagi memastikan bakal guru bersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara
positif. Buku ini juga merupakan salah satu sumber persediaan untuk bakal pendidik yang
ingin mendidik anak bangsa yang dapat memajukan diri sendiri, masyarakat dan negara
disamping menjadikan buku ini sebagai rujukan di masa akan datang.

3. RINGKASAN KANDUNGAN BUKU

Bab pertama dalam buku “Guru dan Cabaran Semasa” membincangkan tentang isu-
isu dan cabaran semasa pendidikan , iaitu integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan,
tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial yang akan
memberikan impak kepada guru secara khusus dan sistem pendidikan secara amnya.

Bab kedua buku ini ialah guru dan perundangan. Bab ini menekankan beberapa
perkara yang berkaitan dengan peraturan tatakelakuan dan tatatertib seorang guru sebagai
penjawat awam. Selain itu, bab ini juga turut memberikan penjelasan berkaitan dengan
tindakan-tindakan yang boleh dikenakan sekiranya seorang guru melanggar peraturan
tatakelakuan atau tatatertib sepertimana yang diperuntukkan. Seterusnya, bab ini
menghuraikan Akta Pendidikan 1996 yang merupakan asas kepada Sistem Pendidikan
Kebangsaan di mana di dalamnya termaktub perkara-perkara yang berhubung dengan
pendidikan negara.

Tekanan emosi dalam kalangan murid merupakan bab ketiga dalam buku ini. Bab ini
dengan terperinci mengupas punca gangguan emosi dan langkah-langkah menangani
masalah gangguan emosi tersebut. Hal ini kerana sekiranya gangguan emosi tidak segera
ditangani akan mendorong kepada pelbagai masalah sosial di samping menggelapkan masa
depan murid. Bab ini turut menjelaskan hak asasi kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak
Kanak-kanak Sedunia 1989. Huraian berkenaan hak kanak-kanak di Malaysia juga diutarakan
berdasarkan beberapa peruntukan perundangan.

3
Seterusnya, bab keempat menerangkan tentang tekanan emosi dalam kalangan guru.
Bab ini membincangkan tekanan stres yang dihadapi oleh guru, punca stres di tempat kerja,
burnout yang dialami dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menangani
tekanan stres dan burnout. Hal ini kerana tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah
akibat daripada globalisasi dan modenisasi dalam arena pendidikan. Dengan modenisasi,
tanggungjawab guru lebih mencabar dan peranan guru juga berubah dan ini menyebabkan
para guru menghadapi tekanan emosi dan terdapat segelintir guru tidak dapat menangani
tekanan kerja dengan sebaik mungkin.

Berikutnya, inovasi dan perubahan dalam pendidikan merupakan bab kelima yang
terkandung dalam buku ini. Bab ini menyentuh pelbagai perkara seperti strategi pengajaran
inovatif yang memfokuskan pembelajaran berasaskan projek (PBL), pembelajaran
berasaskan masalah, pembelajaran elektronik (e-Learning) dan pembelajaran berasaskan
laman sesawang (Web). Selain itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran, perkembangan persekitaran pembelajaran serta penaksiran
pembelajaran seperti penaksiran prestasi, komputer, portfolio dan kendiri turut dibincangkan
dalam bab ini.

Bab keenam adalah bab yang terakhir iaitu pengurusan inovasi dan perubahan
pendidikan. Bab ini mengupas dengan terperinci tentang kepentingan inovasi dan perubahan
pendidikan serta strategi pengurusan dan perubahan pendidikan dari segi strategi
perubahan, Pembinaan Negara Bangsa (PNB), pengurusan pendidikan, transformasi dalam
kurikulum, sekolah bestari dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Seterusnya,
adaptasi pelbagai perkembangan inovasi dan perubahan pendidikan turut dihuraikan dalam
bab ini. Antaranya, dalam latihan perguruan, program pensiswazahan guru, kurikulum
transformasi dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Akhir sekali, bab ini memuatkan perkara-
perkara yang berkaitan dengan Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang merupakan
satu inovasi dalam dunia pendidikan Malaysia bagi membolehkan pihak-pihak tertentu
memantau pembangunan dan kemajuan setiap sekolah.

4
4. PENDAPAT DAN PENILAIAN BUKU

Pada pendapat saya, buku ini merupakan salah satu buku yang boleh dijadikan
rujukan kepada bakal pendidik yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang isu-isu
pendidikan dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi kelak. Buku ini juga dapat
membantu bakal pendidik mengetahui cara-cara untuk menangani pelbagai rintangan dan
cabaran dalam pendidikan di samping menitikberatkan tentang tanggungjawab seorang
guru yang akan membuat perubahan yang begitu besar dalam sistem pendidikan negara
setelah mengatasi cabaran tersebut dengan kekuatan dan semangat waja. Saya
mengesyorkan buku ini kepada sesiapa sahaja kerana buku ini sangat relevan untuk
digunakan dan ianya merangkumi aspek-aspek pendidikan yang wajib diketahui oleh
semua orang. Akhir sekali, buku ini sangat terbaik dan amat disyorkan kerana ianya dapat
memberi manfaat kepada yang membacanya terutama bakal pendidik di luar sana yang
ingin memartabatkan sistem pendidikan negara pada masa kini dan akan datang.

You might also like