Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

(CONTOH PERINTAH PENYAMPAIAN GANTI)

DALAM MAHKAMAH SESYEN (3) DI GEORGETOWN

DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA

SAMAN NO: 52A-300-2006

ANTARA

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD … PLAINTIF

DAN

NORAAZLENA BINTI SHAARI … DEFENDAN

PADA 5 OKTOBER 2006 * (DALAM KAMAR)

* kalau dibuat di Mahkamah


terbuka ruang ini dikosongkan

PERINTAH

ATAS PERMOHONAN Plaintif melalui Notis Permohonan bertarikh 4

Ogos 2006 (Lampiran 5) yang didengar di hadapan TUAN MOHD ROSLI BIN

HJ. OSMAN, Hakim Mahkamah Sesyen, Georgetown, Pulau Pinang DAN

SETELAH MEMBACA Afidavit Mad Diah Bin Endut yang diikrarkan pada 3 Ogos

2006 (Lampiran 4) dan Afidavit Tanpa Penyampaian oleh Mohamed Fadzail bin

Mohd Is yang diikrarkan pada 27 Julai 2006 (Lampiran 3) dan dengan kehadiran

Peguamcara Plaintif dikecualikan.

MAKA ADALAH PADA HARI INI DIPERINTAHKAN bahawa Saman dan

Pernyataan Tuntutan dalam tindakan ini hendaklah disampaikan ke atas

Defendan secara Penyampaian Ganti dengan menampalkan satu salinan Saman

dan Pernyataan Tuntutan berserta dengan satu salinan Perintah Penyampaian


Ganti ini di pintu hadapan premis alamat terakhir Defendan di No. 18, Jalan SS

19/6N, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan dan dengan menampalkan

sesalinan serupa di Papan Kenyataan Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau

Pinang serta mengiklankan penyampaian dalam bentuk notis di dalam

suratkhabar ………………… untuk satu terbitan.

DAN JUGA DIPERINTAHKAN bahawa penampalan dan pengiklanan

sedemikian hendaklah dianggap penyampaian yang cukup dan sempurna akan

Saman itu ke atas Defendan selepas tamat tempoh empatbelas (14) hari dari

tarikh tindakan terakhir penampalan atau pengiklanan tersebut.

DAN AKHIRNYA DIPERINTAHKAN bahawa kos permohonan ini adalah

kos dalam kausa.

Bertarikh pada 5 Oktober 2006

…………………………………………………….

PENDAFTAR
MAHKAMAH SESYEN GEORGETOWN
PULAU PINANG

PERINTAH ini difailkan oleh Tetuan ABC & Co. Peguambela dan Peguamcara
Plaintif yang beralamat di No. 51B, Tingkat 2, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak
Darul Ridzuan. (Ruj. Kami : BIMB-06 (ABBA 109)

You might also like