Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PENGENALAN  

BOLA  JARING
Bola jaring ialah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat
dan berasal daripada bola keranjang. Dicipta pada 1895 Clara Gregory Baer,seorang
peneraju dalam sukan wanita,bola jaring kini dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah
pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand adalah popular di Indian Barat, Sri
Lanka dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih
daripada 70 buah negara.

PERATURAN DAN UNDANG UNDANG BOLA


JARING
1. Lebih kawasan: Tidak boleh di hantar lebih daripada kawasan tanpa disentuh atau
ditangkap oleh pemain.
2. Gerak kaki: Pemain tidak dibenarkan mengheret atau menggunakan kaki
mendarat.
3. Hantaran ke dalam di beri kepada pasukan lawan jika bola keluar gelanggang.
4. Hantaran tengah di ambil secara bergilir gilir selepas setiap jaringan gol.
5. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.
6. Memulakan permainan.
7. Pengadil diadili oleh 2 orang pengadil.
8. Pasukan akan tukar kawasan gol pada separuh masa.
9. Tempoh permainan: Tempoh ada 2 bahagian iaitu 20 minit untuk  setiap
permainan dan 5 minit untuk masa rehat.
10. Bilangan pemain: Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain dan 5 orang
pemain simpanan .
11. Off side: Pemain dengan bola atau tanpa bola dianggap keluar kawasan jika
memasuki mana mana kawasan selain daripada  kawasannya.
12. Halangan: Pemain tidak dibenarkan menghalang pihak lawan yang memegang
bola kurang daripada 0.9 meter (3 kaki). Jarak dikira daripada kaki mendarat.
13. Sentuhan: Pemain tidak dibenarkan melakukan sentuhan dengan pemain lawan  
sama ada sengaja atau tidak.
KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

HANTARAN
A. HANTARAN ARAS BAHU
Hantaran ini dapat dilakukan kerana bola hantaran paras bahu dapat dilontar dengan lebih
tinggi dan jauh.

TEKNIK HANTARAN BOLA PADA ARAS BAHU


 Pegang bola di atas tapak tangan kanan.
 Kaki kiri melangkah ke hadapan bertindak sebagai [aksi pergerakan kaki kanan.
 Berat badan berada di atas kaki kanan.
 Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan.
 Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran.
 Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau flick.
 Tangan dan jari ikut lajak arah bola di hantar.
 Bagi hantaran jarak jauh gunakan pergerakan ‘whip’pergelangan tangan.
B. HANTARAN BOLA ARAS DADA
Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan jarak yang tidak begitu jauh.

TEKNIK HANTARAN BOLA ARAS DADA


 Jari tangan pemain dibuka untuk mencekap bola.
 Bola berdekatan badan iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan suku dalam
keadaan seimbang.
 Pemain dalam kedudukan seimbang dan kaki kiri ke hadapan.
 Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke hadapan.
 Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan serentak
dengan kekuatan bola.
GELANGGANG BOLA JARING

POSISI
                           POSISI          KAWASAN
GK - Goal Keeper             GS              4,5

GD - Goal Defend             GA              3,4,5

GS - Goal Shooter            GK              1,2

WD - Wing Defend           GD              1,2,3

WA - Wing Attack             WA              3,4

GA - Goal Attack             C               2,3,4

C - Center                   WD              2,3
PEMAIN
7 orang pemain utama dan 3 orang pemain simpanan

A. PENJARING GOL (GS)


 GS bertugas sebagai penjaring gol
 mesti mahir membuat jaringan
 bermain di kawasan masing masing
 tidak bebas bergerak
B. PERTAHANAN GOL / PERTAHANAN DALAM (GD)
 GD boleh menerima bola dari hantaran tengah
 pasukan pihak lawan di kawasan tengah,kawasan gol atau dalam jaringan
 menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA)
C. PENJAGA GOL (GK)
 menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan di dalam kawasan mahupun luar
kawasan
 menjaga kawasan jaring dan menghalang penyerang dalam kawasan jaring
 GK bekerjasama dengan GD
 D. PENYERANG SAYAP (WA)
 menyerang dan tugas utamanya menghantar bola dari tengah ke kawasan jaring
 WA biasanya menghantar bola kepada  penjaring dan penyerang gol dengan
kerjasama pemain tengah
E. PENYERANG GOL (GA)
 ditugaskan sebagai penjaring
 bekerjasama dengan pemain tengah,penyerang sayap dan penjaring gol
 menerima hantaran tengah dan bertidak sebagai peyerang
F. PENYERANG SAYAP (WD)
 menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA)
pasukan lawan.

You might also like