Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KUNG MAN

雪兰莪州沙登埠公民国民型华文学校
BBC 8403

KERTAS KERJA
PROGRAM PEMULIHAN KHAS 2021

ANJURAN UNIT PEMULIHAN KHAS DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA


MELAYU DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU TAN BOON NGOH
KERTAS KERJA PROGRAM JALINAN MESRA IBU BAPA

PELAKSANA : Guru Pemulihan Khas, Guru bimbingan dan kaunseling


PROGRAM : Program Jalinan mesra ibu bapa murid pemulihan
(secara bersemuka/ secara atas talian)
TARIKH : bulan Januari dan bulan Oktober 2021
TEMPAT : Bilik pemulihan/ tempat kediaman masing-masing

PENDAHULUAN/LATAR BELAKANG

Unit Pemulihan Khas SJKC Kung Man akan mengadakan Program Jalinan Mesra Ibu Bapa bagi
murid pemulihan. Program ini adalah salah satu strategi bagi mengekalkan sifar murid pemulihan
Tahun 1 hingga Tahun 5. Program ini juga dilaksanakan untuk mencapai salah satu daripada
National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu semua murid
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas.

MATLAMAT

Mewujudkan hubungan yang baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi mengatasi
masalah 3M dan mencapai visi dan misi kelas pemulihan khas.

OBJEKTIF

i. Memberi pendedahan kepada ibu bapa peranan mereka membantu anak-anak menguasai
3M.
ii. Memberi pengenalan dan pemahaman kepada ibu bapa tentang Program Pemulihan Khas.
iii. Mengeratkan hubungan dan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga bagi
mengatasi masalah murid pemulihan.
iv. Mengurangkan bilangan murid yang lemah dalam kemahiran asas.
v. Menyampaikan info ujian diagnostik dan ujian saringan yang telah dijalankan sepanjang
tahun 2021.
vi. Berkongsi bahan yang boleh membantu penguasaan 3M khususnya.
vii. Taklimat berkaitan buku modul yang dibekalkan oleh KPM.

KUMPULAN SASARAN

Semua Ibu bapa dan penjaga murid pemulihan Tahun 2 hingga Tahun 5. (awal tahun)
Semua Ibu bapa dan penjaga murid pemulihan Tahun 1 hingga Tahun 4. (akhir tahun)
AKTIVITI/STRATEGI PELAKSANAAN

i. Perbincangan dengan Pentadbir.


ii. Menyediakan kertas kerja
iii. Pelaksanaan Program
iv. Laporan dokumentasi

TENTATIF PROGRAM

i. Ucapan dan taklimat Guru Besar SJKC Kung Man.


ii. Penerangan dan pendedahan kepada ibu bapa mengenai masalah-masalah pembelajaran
murid pemulihan oleh guru pemulihan.
iii. Penerangan tentang program pemulihan.
iv. Penerangan tentang ujian saringan dan ujian diagnostik.
v. Cara menggunakan Modul Asas literasi BM.
vi. Peranan ibu bapa bagi membatu anaknya menguasai 3M
vii. Perkongsian teknik pengajaran dan pembelajaran kepada ibu bapa dan penjaga yang boleh
digunakan di rumah.

KOS/IMPLIKASI KEWANGAN
-TIADA-
PENILAIAN
Program ini dinilai keberkesanannya berdasarkan beberapa metadologi iaitu:
i. Pemerhatian dna pemantauan sepanjang program.
ii. Penyertaan secara lisan oleh peserta program.

PENUTUP

Program ini diharap dapat membantu peserta menguasai kemahiran 3M dan ibu bapa dapat
mengambil peranan dalam membantu anak-anak mereka dalam kemahiran 3M dan lulus
matapelajaran utama serta tidak meletakkan semua tanggungjawab mendidik di kalangan guru
sahaja. Diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh:
Disahkan oleh:
....................................... ……………………......
( TAN BOON NGOH )
Setiausaha
Pemulihan Khas SJKC Kung Man
KERTAS KERJA PROGRAM UJIAN SARINGAN DAN DIAGNOSTIK MURID TAHUN 1
2021

PELAKSANA : Guru Pemulihan dan Guru Mata pelajaran bahasa melayu kelas 1M, 1J, 1K
PROGRAM : Program Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik Murid Pemulihan Tahun 1
(secara bersemuka/ secara atas talian)
TARIKH : bulan September hingga Oktober 2021
MASA : Mengikut kelas Bahasa Malaysia
TEMPAT : Bilik Darjah Masing-masing/ tempat kediaman masing-masing

PENDAHULUAN/LATAR BELAKANG

National Key Result Areas (NKRA’S) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam Bahasa Malaysia
dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah
rendah. Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat mencapai sasaran tersebut.

MATLAMAT

Membantu guru mata pelajaran mencalonkan murid masuk kelas pemulihan serta mengesan
kelemahan murid dalan pembelajaran Bahasa Melayu.

OBJEKTIF

I. Mengesan masalah dan kelemahan murid dalam pembelajaran bahasa melayu.


II. Mengatasi masalah kemahiran asas yang tidak dikuasai oleh murid.
III. Mengurangkan bilangan murid yang lemah dalam kemahiran asas.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahun 1.

AKTIVITI/STRATEGI PELAKSANAAN

1. Guru pemulihan akan menyediakan kertas ujian saringan dan ujian diagnostik.
2. Guru mata pelajaran BM hanya menjalankan ujian saringan terhadap murid tahun 1.
3. Guru mata pelajaran BM mencalonkan murid masuk kelas pemulihan berdasarkan
keputusan ujian saringan yang dijalankan.
4. Guru pemulihan memilih murid berdasarkan murid yang dicalon oleh guru BM dengan
memberi ujian diagnostik.
5. Murid yang dapat melepasi ujian diagnostik akan dihantar balik ke kelas arus perdana.
Manakala murid yang tidak melepasi ujian diagnostik akan terus masuk program pemulihan.
KOS/IMPLIKASI KEWANGAN

-TIADA-

PENILAIAN
Program ini dinilai keberkesanannya berdasarkan beberapa metadologi iaitu:
i. Pemerhatian dna pemantauan sepanjang program oleh Guru Besar dan Penolong Kanan.
ii. Masalah yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan program ini.

PENUTUP

Program ini diharap dapat membantu guru BM tahun 1 untuk mengesan kelemahan murid dalam
pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan kerjasama antara guru, ibu bapa dan murid, usaha ini bakal
membuahkan hasil yang memberi impak yang luar biasa pada masa akan datang. Berkat
kesungguhan bersama untuk menghapuskan dan mengatasi masalah 3M, akhirnya diharapkan usaha
ini mampu membudayakan semangat menguasai 3M dengan lebih berkesan dan berterusan dalam
kalangan murid.

Disediakan oleh:
Disahkan oleh:
....................................... ……………………......
( TAN BOON NGOH )
Setiausaha
Pemulihan Khas SJKC Kung Man
KERTAS KERJA PROGRAM UJIAN DIAGNOSTIK MURID PEMULIHAN TAHUN 2
HINGGA 5 2021

PELAKSANA : Guru Pemulihan


PROGRAM : Program Diagnostik Murid Pemulihan Tahun 2 hingga 5
(secara bersemuka/ secara atas talian)
TARIKH : Bulan Febuari dan bulan September 2021
MASA : Mengikut Kelas Pemulihan BM
TEMPAT : Bilik Pemulihan/ tempat kediaman masing-masing

PENDAHULUAN/LATAR BELAKANG

National Key Result Areas (NKRA’S) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam Bahasa Malaysia
dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah
rendah. Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat mencapai sasaran tersebut.

MATLAMAT

Membantu guru pemulihan mengenal pasti kelemahan murid pemulihan dalam pembelajaran
Bahasa Melayu.

OBJEKTIF

I. Mengesan masalah dan kelemahan murid dalam pembelajaran bahasa melayu.


II. Mengatasi masalah kemahiran asas yang tidak dikuasai oleh murid.
III. Mengurangkan bilangan murid yang lemah dalam kemahiran asas.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid pemulihan tahun 2 hinggan tahun 5.

AKTIVITI/STRATEGI PELAKSANAAN

1. Guru pemulihan akan menyediakan kertas ujian diagnostik.


2. Ujian ini dijalankan waktu kelas pemulihan ikut jadual waktu yang ditetapkan.
3. Murid yang dapat melepasi ujian diagnostik akan dihantar balik ke kelas arus perdana.
Manakala murid yang tidak melepasi ujian diagnostik akan terus mengikut program
pemulihan.

KOS/IMPLIKASI KEWANGAN

-TIADA-
PENILAIAN
Program ini dinilai keberkesanannya berdasarkan beberapa metadologi iaitu:
iii. Pemerhatian dna pemantauan sepanjang program oleh Guru Besar dan Penolong Kanan.
iv. Masalah yang dihadapi oleh guru pemulihan dalam melaksanakan program ini.

PENUTUP

Program ini diharap dapat membantu guru pemulihan untuk mengesan kelemahan murid dalam
pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan kerjasama antara guru, ibu bapa dan murid, usaha ini bakal
membuahkan hasil yang memberi impak yang luar biasa pada masa akan datang. Berkat
kesungguhan bersama untuk menghapuskan dan mengatasi masalah 3M, akhirnya diharapkan usaha
ini mampu membudayakan semangat menguasai 3M dengan lebih berkesan dan berterusan dalam
kalangan murid.

Disediakan oleh:
Disahkan oleh:
....................................... ……………………......
( TAN BOON NGOH )
Setiausaha
Pemulihan Khas SJKC Kung Man
KERTAS KERJA PROGRAM PERTANDINGAN BIJAK MENGEJA MURID
PEMULIHAN 2021

PELAKSANA : Guru Pemulihan Khas


PROGRAM : Program Pertandingan Bijak Mengeja Murid Pemulihan
(secara bersemuka/ secara atas talian)
TARIKH : Bulan November
MASA : Mengikut kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
TEMPAT : Bilik pemulihan/ mengikut kesesuaian masing-masing (rumah)

PENDAHULUAN/LATAR BELAKANG

Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira perlu dikuasai oleh murid pada
peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba pengetahuan.
Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawal mungkin” supaya
tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke Tahap Dua persekolahan rendah. Perbezaan minat,
pengalaman, bakat dan gaya belajar murid mengakibatkan segolongan mereka agak lambat atau
“terkebelakang” dalam menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya,
mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang
perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru itu, Jawatankuasa Pemulihan telah bercadang
untuk mengadakan Pertandingan Bijak Mengeja sebagai salah satu langkah untuk membasmi
masalah buta huruf di kalangan murid.

MATLAMAT
Meningkatkan kemahiran mengeja dalam kalangan murid pemulihan dengan menggunakan Bahasa
Melayu serta mengukuhkan penguasaan kosa kata murid.

OBJEKTIF
Memastikan murid berupaya:

I. Melahirkan murid yang menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu.


II. Meningkatkan penguasaan kosa kata murid.
III. Meningkatkan keyakinan murid-murid Pemulihan dengan kebolehan mengeja dan
menyebut perkataan dengan tepat.
IV. Menggalakkan persaingan sihat antara murid-murid Pemulihan.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid pemulihan tahun 1 hingga tahun 4.
TENTATIF PROGAM

Pertandingan akan dijalankan pada waktu mata pelajaran Bahasa Melayu Pemulihan berdasarkan
jadual waktu pemulihan / jadual waktu PdPR.

PELAKSANAAN
I. Peserta adalah melibatkan murid-murid Pemulihan.
II. Setiap peserta akan bertanding mengikut kategori iaitu Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan
Tahun 4.
III. Peserta akan diminta untuk mengeja 50 perkataan berdasarkan gambar dan sebutan guru.
IV. Peserta akan dibenarkan untuk mencuba sebanyak mungkin sehingga masa yang
diperuntukkan tamat. Jawapan yang terakhir sahaja dikira.
V. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah 1 jam bagi menyiapkan quiz tersebut.
VI. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah perkataan yang dapat dijawab / dieja
dengan betul.
VII. Keputusan pengadil adalah muktamad.

CADANGAN BELANJAWAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah (RM)

1 Hadiah Johan Tahun 1 1 x RM5.00

2 Hadiah Johan Tahuh 2 1 x RM5.00

3 Hadiah Johan Tahuh 3 1 x RM5.00 RM20.00

4 Hadiah Johan Tahun 4 1 x RM5.00

Jumlah RM20.00

PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga semua
perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Disediakan oleh:
Disahkan oleh:
....................................... ……………………......
( TAN BOON NGOH )
Setiausaha
Pemulihan Khas SJKC Kung Man

You might also like