Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

DI TITIAN KEMERDEKAAN

TEMA
Sikap nasionalisme rakyat dalam sesebuah negara. Mengenang semangat kemerdekaan tanah
air. Tidak lelah memperjuangkan negara walaupun sudah lama merdeka. Mempertahankan
maruah negara tercinta.Contohnya,
Kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak (R3,B1)
Di sini langit jernihmu dijungjung (R3,B2)
Cinta kasih tiadakan retak (R3,B3)
Meski debar sengketa melanda jantung (R3,B4)
Semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat mampu membangkitkan harapan mereka
untuk terus berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
MAKSUD
(Rangkap 1)
Gambaran sambutan hari kemerdekaan yang diraikan dengan suasana aman dan semangat
yang membara oleh seluruh rakyat. Kemerdekaan yang diperoleh ini adalah hasil perjuangan
yang ikhlas para perjuang terdahulu untuk membebaskan negara.
(Rangkap 2)
Setiap kali menjelang hari kemerdekaan rakyat berasa gembira kerana merasakan diri mereka
telah mencapai daripada kuasa besar. Kemerdekaan yang dicapai telah membolehkan setiap
warganegara hidup dalam keadaan selesa atas perjuangan para perjuang menentang penjajah.
(Rangkap 3)
Kebebasan yang dicapai telah melahirkan semangat cinta dan setia akan negara sekalipun
wujud bibit-bibit sengketa atau ancaman perselisihan faham yang yang boleh menggugat
keamanan negara.
(Rangkap 4)
Penyajak berjanji akan menjadi rakyat atau pewaris kemerdekaan yang taat menjunjung
mahkota kedaulatan negara. Kemerdekaan yang diraih ini seharusnya diwarisi juga oleh
generasi muda hari ini demi menjamin maruah negara tercinta.
BENTUK
(1)Baris. Jumlah baris dalam satu rangkap . Contohnya ,
Telah datang angin kemerdekaan ( R1 , B1 )
Melambai tanah air berlagu sentosa ( R1 , B2 )
Telah gemilang sumpah kerelaan ( R1 , B3 )
Membelai bangsa sepanjang usia ( R1 , B4 )
Mempunyai empat baris dalam satu rangkap . Memerdukan intonasi dan bunyi .

(2)Perkataan . Jumlah perkataan dalam satu baris . Contohnya,


Cinta / kasih / tiadakan / retak ( 4 pp ) ( R3B3 )
Kemerdekaan , / di / sini / bumi / beningmu / dipijak ( 6 pp ) ( R3B1 )
Mempunyai empat hingga enam perkataan dalam satu baris . Memberi keserasian bunyi .

(3)Rima . Bunyi suku kata terakhir dalam setiap baris . Contohnya ,


Telah datang angin kemerdeka/an a ( R1B1 )
Melambai tanah air berlagu sento/sa b ( R1B2 )
Telah gemilang sumpah kerela/an a ( R1B3 )
Membelai bangsa sepanjang usi/a b ( R1B4 )

Setiap menjelang kemerdekaan i/ni a ( R2B1 )


Bergemalah Di hati anak peribu/mi a ( R2B2 )
Sejahtera bangsa menggenggam kemena/ngan b ( R2B3 )
Keramat bangsa menentang keagung/ngan b ( R2B4 )
Rangkap 1,2,3,4 mempunyai rima abab, rangkap 2 mempunyai rima aabb . memberi nilai
estetika bunyi .

(4)Rangkap . Jumlah rangkap . Contohnya ,


Telah datang angin kemerdekaan
Melambai tanah air berlagu sentosa
Telah gemilang sumpah kerelaan
Membelai bangsa sepanjang usia

Setiap menjelang kemerdekaan ini


Bergemalah di hati anak peribumi
Sejahtera bangsa menggenggam kemenangan
Keramat bangsa menentang keagungan
Kemerdekaan di sini bumi beningmu dipijak
Di sini langit jernihmu dijunjung
Cinta kasih tiadakan retak
Meski debar sengketa melanda jantung

Tanah air tercinta hamparan setia


Kamilah kini pewaris kemerdekaan
Seluhur suara seteguh cinta
Menjunjung bakti mahkota kedaulatan
Mempunyai empat rangkap . mengindahkah irama .

(5)Suku kata . jumlah suku kata dalam satu baris . Contohnya


Ke/mer/de/ka/an , di / si/ni / bu/mi be/ning/mu di/pi/jak ( 16 suku kata ) (R3B1)
Di/si/ni la/ngit jer/nih/mu di/jun/jung ( 11 suku kata ) (R3B2)
Cin/ta ka/sih ti/a/da/kan re/tak ( 10 suku kata ) (R3B3)
Mes/ki de/bar seng/ke/ta me/lan/da jan/tung ( 12 suku kata ) (R3B4)
Mempunyai sepuluh hingga enam belas suku kata dalam satu baris . kelunakan dan
keseragaman bunyi .
GAYA BAHASA
(1)Asonansi.Pengulangan huruf vokal dalam satu baris.Contohnya:
Telah datang angin kemerdekan (R1B1)
Pengulangan huruf vokal ‘a’ sebanyak 6 kali dalam satu baris. Menimbulkan kelembutan
irama.

(2)Aliterasi. Pengulangan huruf konsonan dalam satu baris. Contohnya:


Sejahtera bangsa menggenggam kemenangan (R2B3)
Pengulangan huruf konsonan ‘g’ sebanyak 6 kali dalam satu baris.Kelantangan bunyi dan
pengucapan.

(3)Anafora.Pengulangan perkataan di awal ayat. Contohnya:


Telah datang angina kemerdekaan (R1B1)
Telah gemilang angin kerelaan (R1B3)
Pengulangan perkataan telah di awal ayat. Menimbulkan penegasan maksud.

(4)Metafora. Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna lain.Gabungan kata konkrit dan
kata abstrak.Contohnya:
Menjunjung bakti mahkota kedaulatan (R4B3)
Menghidupkan perasaan pembaca.

(5)Personafikasi. Pemberian sifat manusia pada benda bukan hidup. Contohnya:


Melambai tanah air berlagu sentosa (R1B2)
Menggerakkan imaginasi pembaca

FUNGSI SAJAK
(1)Alat deduktif. Memberi pedidikan. Memberi pengajaran. Memberi nasihat. Contohnya:
Sejahtera bangsa menggenggam kemenangan (R3B3)
Keramat bangsa menentang keagungan (R3B4)
Mengingatkan bahawa kemerdekaanyang dicapai melalui keselesaan hidup rakyat kini adalah
hasil perjuangan para pejuang dahulu yang menentang penjajah.Menggunakan Bahasa yang
puitis dalam memberi teguran.

(2)Alat komunikasi.Menyampaikan curahan rasa hati. Luahan perasaan. Luahan hasrat.


Contohnya:
Seluhur suara seteguh cinta (R4B3)
Menjunjung bakti mahkota kedaulatan (R4B4)
Mengharapkan kemerdekaan yang diraih ini diwarisi bersama-sama demi menjamin maruah
negara tercinta. Disusun dengan penuh indah dan mengasyikkan

(3)Gambaran world view. Memaparkan kegiatan harian dan corak hidup masyarakat pada
ketika itu. Menunjukkkan masyarakat yan bertatasusilah. Pandangan dunia.Contohnya:
Setiap menjelang kemerdekaan ini (R2B1)
Bergemalah di hati anak peribumi (R2B2)
Menggambarkan masyarakat melayu yang bersemangat sewaktu tibanya hari kemerdekaan.
Memahami dengan lebih mendalam aktiviti masyarakat terdahulu.
NILAI

(1) Bersungguh-sungguh.Semangat dalam melakukan sesuatu hal bagi mencapai


kejayaan.Berusaha secara berterusan sehingga mencecah matlamat.Dapat menjamin masa
hadapan apabila telah mendapat sesuatu yang diinginkan.Contohnya,

Seluhur suara seteguh cinta (R4B3)

Menjunjung bakti mahkota kedaulatan (R4B4)

Kegigihan mampu menjadikan kita sebagai seseorang yang konsisten dan berwibawa.

(2) Bersyukur.Sentiasa merasa cukup dengan nikmat kurniaan Tuhan.Menjauhkan diri


daripada sifat tamak yang mendatangkan persepsi negatif.Menciptakan emosi yang positif
yang membawa kepada ketenangan hati.Contohnya,

Sejahtera bangsa menggenggam kemenangan (R2B3)

Keramat bangsa menentang keagungan (R2B4)

Sentiasa berterima kasih dengan segala yang wujud di sekeliling bagi menghargai nikmat
pemberian Tuhan.

(3) Setia.Tidak mengkhianati negara dalam apa jua keadaan.Mempunyai pendirian yang
tetap.Tidak bertukar tukar citarasa.Contohnya,

Cinta kasih tiadakan retak (R3B3)

Meski debar sengketa melanda jantung (R3B4)

Hendaklah bersikap teguh terhadap sesuatu perkara agar musuh tidak berpeluang untuk
mengambil kesempatan terhadap diri kita.

(4) Pengorbanan.Tidak mementingkan diri sendiri.Mengutamakan agama, bangsa dan


keluarga demi kesejahteraan bersama.Menggadaikan nyawa untuk mempertahankan
maruah.Contohnya,

Telah gemilang sumpah kerelaan (R1B1)

Membelai bangsa sepanjang usia (R1B2)

Melebihkan perkara yang lebih penting supaya generasi akan datang dapat hidup dengan
aman bagi meneruskan perjuangan.

(5) Tidak berputus asa.Bersangka baik dengan sesuatu perkara kerana setiap yang berlaku ada
hikmah disebaliknya.Mengingatkan diri agar mereka yang patah semangat tidak akan dapat
mencapai kemahuan mereka.Sentiasa gagah dalam mengejar sesuatu perkara walaupun ianya
sukar dicapai.Contohnya,
Cinta kasih tiadakan retak (R3B3)

Meski debar sengketa melanda jantung (R3B4)

Menanamkan sifat juang dalam diri agar dapat meneruskan perjuangan terdahulu tanpa
mensia siakannya.

PANDANGAN SARWAJAGAT

(1) Menggambarkan masyarakat yang bersemangat untuk menyambut


kemerdekaan.Mendidik individu untuk menghargai pejuang terdahulu.Menunjukkan rasa
cinta akan tanah air.Mampu meningkatkan semangat patriotisme.Contohnya,

Setiap menjelang kemerdekaan ini (R2B1)

Bergemalah di hati anak peribumi (R2B2)

Bersemangat dalam menyambut kemerdekaan dapat mengeratkan perpaduan antara pelbagai


kaum dan mengekalkan keharmonian bersama.

(2) Menggambarkan masyarakat yang bekerjasama dalam meraih kemenangan.Memupuk


masyarakat untuk bersatu padu.Dapat menunjukkan keberanian kepada orang
luar.Menonjolkan sifat masyarakat yang tidak mudah untuk berputus asa dalam mencapai
kejayaan.Contohnya,

Sejahtera bangsa menggenggam kemenangan (R2B3)

Keramat bangsa menentang keagungan (R2B4)

Sikap saling bekerjasama dapat membentuk satu masyarakat yang saling bantu membantu
walaupun berada dalam keadaan susah demi memiliki kesejahteraan bersama.

(3) Menggambarkan masyarakat yang cinta kasih akan tempat kelahiran.Pengorbanan harta
dan nyawa untuk tanah air.Sanggup berjuang demi bangsa, agama dan negara.Menyuntuk
semangat juang dalam diri individu.Contohnya,

Kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak (R3B1)

Di sini langit jernihmu dinjunjung (R3B2)

Cinta kasih tiadakan retak (R3B3)

Meski debar sengketa melanda jantung (R3B4)

Rasa sayang akan negara boleh mempertingkatkan jati diri seseorang itu dan dipandang tinggi
oleh masyarakat sekeliling serta dijadikan sebagai contoh yang baik.

(4) Menggambarkan masyarakat yang setia terhadap sesuatu perkara.Nilai-nilai murni dapat
diwujudkan dalam diri.Mengajar diri untuk berpendirian tetap.Menambah keperibadian yang
mulia.Contohnya,
Tanah air tercinta hamparan setia (R4B1)

Kamilah kini pewaris kemerdekaan (R4B2)

Kesetiaan mampu menjadikan seseorang itu berpegang teguh dan berdisiplin untuk sentiasa
berbakti demi kebaikan generasi akan datang.

(5) Menggambarkan masyarakat yang menghormati terhadap pemimpin tertinggi dalam


negara.Melahirkan individu yang bersifat rasional.Memanfaatkan rukun negara yang telah

ditetapkan.Berterima kasih dengan cara Menghargai ketua negara yang telah sedaya upaya
dalam menjaga kestabilan.Contohnya,

Seluhur suara seteguh cinta (R4B3)

Menjunjung bakti mahkota kedaulatan (R4B4)

Masyarakat yang menghormati pentadbir negara dapat mengelakkan rasa dengki dalam diri
yang membawa kepada keburukan seperti perpecahan antara masyarakat dan orang atasan.

PERSOALAN
(1)Berusaha menentang penjajah dari menceroboh negara. Memastikan negara berada dalam
keadaan aman dan harmoni. Rakyat berada dalam keadaa selamat. Kedaulatan dan
kehormatan negara dapat dikekalkan.Contohnya:
Telah gemilang kerelaan (R1B3)
Keramat bangsa menentang keagungan (R2B4)
Kemerdekaan yang diperoleh negara sehingga sekarang adalah hasil daripada para pejuang
terdahulu. Negara yang aman dan bebas tanpa penjejah mampu menjamin kemajuan yang
berpanjangan.

(2)Perjuangan para pejuang terdahulu untuk mendapat kemerdekaan. Menghargai perjuangan


para pahlawan yang sanggup berkorban demi negara. Mencontohi semangat juang mereka
untuk mempertahankan kedaulatan orang melayu. Berjuang demi keselesaan rakyat.
Contohnya:
Telah gemilang sumpah kerelaan (R1B3)
Membelai bansa sepanjang usia (R1B4)
Penyajak menggambarkan semangat juang para pahlawan negara terdahulu untuk
membebaskan negara. Perjuangan yang telah dilakukan oleh pejuang terdahulu tidak berakhir
dengan sia-sia kerana memberikan keamanan negara hingga masa kini.
(3)Mempertahankan kemerdekaan yang dicapai. Memastikan kedaulatan negara tidak goyah.
Memperoleh kehormatan daripada negara lain. Semua bangsa dapat hidup dengan
sejahtera.Contohnya:
Setiap menjelang kemrdekaan ini (R2B1)
Bergemalah di hati anak peribumi (R2B2)
Penyajak memberitahu bahawa kemerdekaan yang diperoleh hunggan sekarang haruslah
dipertahankan. Sebagai rakyat yang setia kita haruslah menghargai kemerdekaan yang
diperoleh agar berkekalan sehingga masa akan datang.

(4)Memperkasakan kedaulatan dan maruah negara. Negara sentiasa dpata bebas dari negara
asing. TIdak akan ada campur tangan dari kuasa luar dalam pemtadbiran negara. Negara tidak
akan gentar dengan ancaman daripada luar.Contohnya:
Seluhur suara seteguh cinta (R4B3)
Menjunjung bakti mahkota kedaulatan (R4B4)
Penyajak mengingatkan pembaca untuk setiasa menabur bakti kepada negara.Sentiasa
berusaha untuk mempertahankan negara melambangkan jati diri seseorang.

(5)Memperagungkan maruah bangsa dan agama. Memastikan kuasa asing tidak campur
tangan dalam adat setiap kaum. Agama dan adat yang telah dipejuangkan dapat dipelihara.
Maruah bangsa yang telah diperjuang oleh para pemimpin dpata dikekalkan.Contohnya:
Cinta kasih tiadakan retak (R3B3)
Meski debar sengketa melanda jantung (R3B4)
Penyajak memberitahu para pembaca bahawa agama dan adat perlu diperjuangkan dan
dipelihara. Rakyat memainkan peranan penting dalam mempertahankan agama dan adat yang
telah diperjuangkan oleh para pejuang terdahulu.
UNSUR BUNYI
(1)Asonansi.Pengulangan huruf vokal dalam satu baris.Contohnya:
Telah datang angin kemerdekan (R1B1)
Pengulangan huruf vokal ‘a’ sebanyak 6 kali dalam satu baris. Menimbulkan kelembutan
irama.

(2)Aliterasi. Pengulangan huruf konsonan dalam satu baris. Contohnya:


Sejahtera bangsa menggenggam kemenangan (R2B3)
Pengulangan huruf konsonan ‘g’ sebanyak 6 kali dalam satu baris.Kelantangan bunyi dan
pengucapan.
(3)Anafora.Pengulangan perkataan di awal ayat. Contohnya:
Telah datang angina kemerdekaan (R1B1)
Telah gemilang angin kerelaan (R1B3)
Pengulangan perkataan telah di awal ayat. Menimbulkan penegasan maksud.
UNSUR PERBANDINGAN
(1)Metafora. Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna lain.Gabungan kata konkrit dan
kata abstrak.Contohnya:
Menjunjung bakti mahkota kedaulatan (R4B3)
Menghidupkan perasaan pembaca.

(2)Personafikasi. Pemberian sifat manusia pada benda bukan hidup. Contohnya:


Melambai tanah air berlagu sentosa (R1B2)
Menggerakkan imaginasi pembaca.

(3)Hiperbola. Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan. Contonhnya:


Sejahtera bangsa menggenggam kemenangan (R2B3)
Sengaja digunakan untuk memberi penekanan sesuatu sikap.
MESEJ
(1)Kita hendaklah berusaha menentang penjajah dari menceroboh negara. Memastikan negara
berada dalam keadaan aman dan harmoni. Rakyat berada dalam keadaa selamat. Kedaulatan
dan kehormatan negara dapat dikekalkan.Contohnya:
Telah gemilang kerelaan (R1B3)
Keramat bangsa menentang keagungan (R2B4)
Kemerdekaan yang diperoleh negara sehingga sekarang adalah hasil daripada para pejuang
terdahulu. Negara yang aman dan bebas tanpa penjejah mampu menjamin kemajuan yang
berpanjangan.

(2)Kita mestilah berjuang seperti perjuangan para pejuang terdahulu untuk mengekalkan
kemerdekaan. Menghargai perjuangan para pahlawan yang sanggup berkorban demi negara.
Mencontohi semangat juang mereka untuk mempertahankan kedaulatan orang melayu.
Berjuang demi keselesaan rakyat. Contohnya:
Telah gemilang sumpah kerelaan (R1B3)
Membelai bansa sepanjang usia (R1B4)
Penyajak menggambarkan semangat juang para pahlawan negara terdahulu untuk
membebaskan negara. Perjuangan yang telah dilakukan oleh pejuang terdahulu tidak berakhir
dengan sia-sia kerana memberikan keamanan negara hingga masa kini.

(3)Kita hendaklah mempertahankan kemerdekaan yang dicapai. Memastikan kedaulatan


negara tidak goyah. Memperoleh kehormatan daripada negara lain. Semua bangsa dapat
hidup dengan sejahtera.Contohnya:
Setiap menjelang kemrdekaan ini (R2B1)
Bergemalah di hati anak peribumi (R2B2)
Penyajak memberitahu bahawa kemerdekaan yang diperoleh hunggan sekarang haruslah
dipertahankan. Sebagai rakyat yang setia kita haruslah menghargai kemerdekaan yang
diperoleh agar berkekalan sehingga masa akan datang.

(4)Kita perlulah memperkasakan kedaulatan dan maruah negara. Negara sentiasa dpata bebas
dari negara asing. TIdak akan ada campur tangan dari kuasa luar dalam pemtadbiran negara.
Negara tidak akan gentar dengan ancaman daripada luar.Contohnya:
Seluhur suara seteguh cinta (R4B3)
Menjunjung bakti mahkota kedaulatan (R4B4)
Penyajak mengingatkan pembaca untuk setiasa menabur bakti kepada negara.Sentiasa
berusaha untuk mempertahankan negara melambangkan jati diri seseorang.

(5)Kita hendaklah memperagungkan maruah bangsa dan agama. Memastikan kuasa asing
tidak campur tangan dalam adat setiap kaum. Agama dan adat yang telah dipejuangkan dapat
dipelihara. Maruah bangsa yang telah diperjuang oleh para pemimpin dpata
dikekalkan.Contohnya:
Cinta kasih tiadakan retak (R3B3)
Meski debar sengketa melanda jantung (R3B4)
Penyajak memberitahu para pembaca bahawa agama dan adat perlu diperjuangkan dan
dipelihara. Rakyat memainkan peranan penting dalam mempertahankan agama dan adat yang
telah diperjuangkan oleh para pejuang terdahulu.

You might also like