Huraikan Langkah-Langkah Yang Diambil Oelh Raja-Raja Dari Dinasti Tudor Mengukuhkan Pemerintahan Monarki Mutlak Di England

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Soalan 1: Huraikan langkah-langkah yang diambil oelh raja-raja dari dinasti Tudor

mengukuhkan pemerintahan monarki mutlak di England

Pendahuluan · Zaman Dinasti trudor – pemerintahan monarki mutlak diamalkan


di England.

· Raja Henry VII pengasas dinasti Tudor (145-1603)

· Sistem monarki mutlak diperkenalkan setelah tamat perang


Bunga Ros

· Zaman dinasti Tudor berlaku peristiwa yang mengancam


kedudukan mutlak raja

Pergeseran anggota dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat dan


ancaman golongan Puritan.

· Raja-raja dinasti Tudor menggunakan kebijaksanaan untuk


pertahankan pemerintahan monarki mutlak

F-1 Pemerintahan berasaskan Magna Carta

HF Raja menjalankan pemerintahan berasaskan magna carta

Taakulan/bukti • Raja-raja dinasti Tudor berpegang kepada prinsip yang terkandung


dalam Magna Carta dalam menjalankan pemerintahan.

• Magna Carta merupakan piagam politik yang diperkenalkan sejak


zaman pertengahan bagi membataskan kuasa raja.

• Berpandukan kepada Magna Carta, raja-raja Dinasti Tudor


menggunakan budi bicara dan tolak ansur dalam menangani masalah
yang timbul.

Penegasan Jelas ternyata, pemerintahan berlandaskan semangat Magna Carta telah


menyebabkan sistem pemerintahan monarki mutlak dapat
dipertahankan.

F2 Kejayaan mengawal Parlimen


HF -raja menggunakan pendekatan yang bijak mengawal Parlimen

Taakulan/Bukti -• Semasa pemerintahan Dinasti Tudor, timbul pergeseran antara


anggota parlimen England yang terdiri daripada Dewan Bangsawan dan
Dewan Rakyat.

• Dewan Bangsawan dianggotai oleh golongan tuan tanah yang kaya,


bishop dan anggota kerabat diraja.

• Dewan ini mempunyai pengaruh dalam politik kerana menerima


sokongan daripada raja.

• Malah anggota dewan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan


raja-raja dinasti Tudor.

• Dalam pada itu, Dewan Rakyat dianggotai oleh orang kebanyakan yang
terdiri daripada pahlawan, orang kaya dan peguam.

• Pada abad ke-17, golongan tuan tanah dan golongan bourjois mula
mendominasi Dewan Rakyat.

• Golongan in mula mempertikaikan kedudukan dan pengaruh golongan


bangsawan dalam Dewan Bangsawan

penegasan Namun demikian, raja-raja daripada Dinasti Tudor menggunakan


kebijaksanaan bagi meredakan pergeseran antara anggota parlimen

F3 Meredakan penentangan golongan Puritan

HF Raja-raja dinasti Tudor Berjaya meredakan penentangan daripada


golongan puritan
Taakulan/bukti - Golongan puritan merujuk kepada golongan yang tidak puas hati
dengan gereja Anglican.

-Golongan puritan berjuang untuk membersihkan amalan agama


daripada pengaruh gereja Katolik Rom.

-Kedudukan golongan puritan semakin kukuh hingga menarik minat


pelbagai golongan terhadap ajaran ini.

penegasan Raja-raja daripada Dinasti Tudor menggunakan pendekatan yang bijak


untuk mengatasi ancaman golongan puritan

kesimpulan Sistem pemerintahan monarki mutlak semasa pemerintahan Dinasti


Tudor melahirkan kestabilan politik di England.

• Kewibawaan raja-raja merupakan faktor utama sistem pemerintahan


monarki dapat dipertahankan.

• Walau bagaimanapun, sistem pemerintahan monarki mutlak mendapat


tentangan daripada rakyat semasa pemerintahan raja-raja dari dinasti
Stuart.

• Perkembangan ini meletakkan asas bagi kelahiran sistem


pemerintahan raja berperlembagaan di England.

Soalan 2

Huraikan strategi yang digunakan oleh Otto von Bismarck untuk menyatukan Jerman pada
Tahap Pertama (1864–1870).
PENDAHULUAN

1.Bismark merupakan negarawan yang berjaya menyatukan negara bangsa Jerman.

2.Beliau menyatukan negara bangsa Jerman melalui dua peringkat iaitu peringkat pertama
melalui peperangan dan peringkat kedua melalui program pembangunan.

3.Dalam merealisasikan usaha penyatuan, beliau menggunakan pelbagai strategi dan


pendekatan dengan berkesan.

ISI 1

(a) Mengukuhkan pasukan tentera

Salah satu strategi yang digunakan oleh Bismark bagi menyatukan Jerman adalah
mengukuhkan pasukan tentera

.Strategi ini digunakan kerana beliau berpendapat penyatuan Jerman hanya dapat
dilaksanakan melalui peperangan…………………………..

Beliau membentuk pasukan tentera yang kuat sebelum melancarkan peperangan


menentang …Denmark………………….., Austria dan ……Perancis……………………

Beliau memberikan latihan ………ketenteraan………………serta melengkapkan pasukan


tentera dengan ……senjata-senjata……………….. yang termoden.

Selepas mengukuhkan pasukan tentera, beliau mengalihkan perhatian untuk melancarkan


……peperangan………… menentang musuh.

b) Dasar memencilkan musuh

• Bismarck menggunakan kebijaksanaan ……pendekatan diplomasi…………………….


bagi memencilkan musuh sebelum melancarkan peperangan.

• Beliau mengambil langkah-langkah bagi memastikan Austria (1866) dan Perancis (1870)
tidak mempunyai rakan …sekutu………………. sebelum memulakan peperangan.

• Beliau menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara yang menjadi …


sekutu……………. kepada musuhnya.
• Tindakan seperti ini diambil oleh Bismarck bagi memastikan musuh tidak mendapat ……
bantuan…………………… daripada negara-negara lain.

(b) Mengekang pengaruh Austria

(c) • Bismarck mengambil tindakan untuk ……mengelakkan………………. campur tangan


Austria dalam hal ehwal negara Jerman.

• Pada tahun 1863, beliau memujuk raja ……Perancis…………….. agar tidak menghadiri
persidangan raja-raja yang dianjurkan oleh raja Austria, iaitu Francis Joseph.

• Beliau memperbaharui perjanjian antara ……Prussia……………….. dengan Austria tetapi


tidak membenarkan Austria menjadi anggota pertubuhan tersebut.

• Beliau berpendapat pengaruh ……Austria………… harus dilemahkan agar usaha


penyatuan Jerman menjadi kenyataan.

(d) Menawarkan wilayah

• Bismarck menggunakan kebijaksanaannya untuk ……mengelakkan…………………..


campur tangan negara-negara lain ketika melancarkan serangan terhadap musuh.

• Beliau sanggup menawarkan wilayah sebagai ……ganjaran………………. agar negara-


negara lain tidak campur tangan semasa peperangan berlangsung.

• Semasa peperangan antara Prussia dengan Denmark, Bismarck berjanji untuk


menyerahkan wilayah ……Rhine…………….. kepada Perancis.

• Tindakan Bismarck menawarkan wilayah tersebut adalah untuk memastikan Perancis


mengamalkan sikap ……berkecuali…………….. .

(e) Menggunakan tipu helah

• Bismarck menggunakan ……tipu helah…………………. untuk menyatukan negeri-negeri


Jerman Selatan dengan Prussia.

• Beliau mendedahkan surat yang ditulis oleh ……Perancis……………. mengenai tuntutan


terhadap negeri-negeri Jerman Selatan kepada pemimpin negeri-negeri tersebut.

• Tindakan Bismark telah menyebabkan negeri-negeri Jerman Selatan membuat keputusan


untuk ……bergabung………….. dengan Prussia.
(f) Melancarkan peperangan

• Langkah terakhir yang diambil oleh Bismarck bagi menyatukan Jerman adalah
melancarkan peperangan.

• Bismarck melancarkan peperangan terhadap ……Denmark……………. pada tahun 1864


bagi menguasai wilayah Holstein dan Schleswig.

• Selepas mengalahkan Denmark, Bismarck melancarkan peperangan dengan …


Austria………………. pada tahun 1866.

• Peperangan terhadap Denmark adalah bagi ……mengurangkan……………….. kuasa


dan pengaruh negara tersebut.

• Selepas menewaskan Austria, Bismarck mengatur langkah untuk melancarkan


peperangan terhadap ……Perancis……………….

• Bismarck melancarkan peperangan dengan Perancis pada tahun 1870 bagi


menyempurnakan ……penyatuan……………….. negeri-negeri Jerman.

• Kejayaan Bismarck menewaskan Denmark, Austria dan Perancis menyebabkan negeri-


negeri dapat ……disatukan………………….

.Kesimpulan

• Bismarck merupakan seorang ……negarawan…………..yang berjaya menyatukan negara


bangsa Jerman. • Kejayaan Bismarck disebabkan oleh kebijaksanaannya dalam
menggunakan pendekatan ……realpolitic……………………… dengan berkesan bagi
mencapai matlamatnya.

• Beliau juga menggunakan pelbagai taktik dan strategi seperti penipuan, pemalsuan
dokumen, dan peperangan bagi merealisasikan impiannya.

Soalan 3. Bincangkan siri peperangan ke arah penyatuan negara

Pendahuluan
Pada tahap pertama, Bismarck telah melancarkan peperangan menentang Denmark, Austria, dan
Perancis.Bismarck bertindak dengan bijak dan cekap ketika melancarkan peperangan den Denmark,
Austria, dan Perancis. Beliau tidak melancarkan peperangan dengan negeri-negeri tersebut pada
masa yang sama. Apabila melancarkan peperangan dengan sesebuah neger, beliau menggunakan
pendekatan diplomasi yang bijak bag mengelakkan negeri-negeri lain bersatu menentangnya.

Isi
1. Peperangan dengan Denmark

-Bismarck membuat keputusan untuk melancarkan peperangan terhadap Denmark pada tahun
1864.

-Beliau melancarkan peperangan tersebut untuk menguasai dua buah negeri, iaitu Holstein dan
Schleswig.

-Pada tahun 1863, kerajaan Denmark mengeluarkan perlembagaan baharu untuk menyatukan
negeri-negeri tersebut dengan Denmark. Tindakan raja Denmark bertentangan dengan rancangan
Bismarck untuk menyatukan negeri-negeri tersebut dengan Jerman.

-Sebelum memulakan peperangan, Bismarck menggunakan pendekatan diplomas yang bijak untuk
mengajak Austria membantu Prussia. Dalam peperangan tersebut, Prussia berjaya menewaskan
Denmark dengan mudah

-Pada bulan Ogos 1865, Perjanjian Gastein ditandatangani. Menurut perjanjian tersebut

(a) Schleswig diserahkan kepada Prussia

(b) Holstein diserahkan kepada Austria

-Selepas berjaya menewaskan Denmark, Bismarck berpaling tadah untuk menentang sekutunya,
iaitu Austria.

2. Peperangan dengan Austria

-Selepas mengalahkan Denmark, Bismarck mengalihkan tumpuannya kepada Austria. Beliau


melancarkan peperangan dengan Austria bagi mengurangkan kuasa dan pengaruh negara
tersebut.

-Bismarck berpendapat Austria merupakan penghalang kepada rancangannya untuk menyatukan


negara Jerman.
- Sebelum melancarkan peperangan, Bismarck menggunakan kebijaksanaannya bagi memujuk
Perancis, Itali, dan Rusia agar menyokongnya. Dengan menggunakan dasar diplomas yang bijak,
Bismarck berjaya memencilkan Austria

-Pada bulan Jun 1886, tentera Prussia memasuki jajahan Holstein dan menguasainya.
Perkembangan in menyebabkan tercetus peperangan besar-besaran antara Prussia dengan
Austria. Peperangan ini juga dikenali sebagai Perang Tujuh Minggu kerana berlangsung selama
tujuh minggu

-Prussia berjaya mengalahkan tentera Austria dalam medan pertempuran di Sadowa. Perjanjian
Prague ditandatangani antara Prussia dengan Austria pada tahun 1866.

-Bismarck seterusnya menyatukan negeri-negeri Jerman di utara dan menamakannya Pergabungan


Jerman Utara.

3. Peperangan dengan Perancis

-Selepas menyatukan negeri-negeri Jerman Utara, Bismarck mengatur langkah untuk melancarkan
peperangan dengan Perancis.

- Perancis bimbang terhadap kebangkitan Prussia sebagai sebuah kuasa besar di benua Eropah

-Perancis mengemukakan tuntutan tersebut sebagai balasan kepada kerjasama yang diberikannya
semasa Perang Prussia- Austria pada tahun 1866.

-Bismarck menggunakan tipu helah untuk menyatukan negeri-negeri Jerman Selatan dengan
Prussia.

-Tindakan Bismarck menyebabkan negeri-negeri Jerman Selatan membuat keputusan untuk


bergabung dengan Prussia.

-Beliau menggunakan kebijaksanaan bagi memencilkan Perancis dengan menjalinkan perjanjian-


perjanjian sulit dengan negara-negara lain.

-Prussia berjaya mengalahkan Perancis pada tahun 1871 dan Perjanjian Frankfurt ditandatangani.
Menurut perjanjian tersebut, Perancis terpaksa menyerahkan wilayah Alsace dan Lorraine kepada
Prussia.

- Selain itu, Perancis juga terpaksa membayar ganti rugi lebih kurang 3 ribu juta kepada Prussia.

Kesimpulan

Bismarck mahu menyatukan negara Jerman yang bersatu melalui dua peringkat. Pada peringkat
pertama, beliau melancarkan peperangan menentang negara-negara asing yang menguasai negeri-
negeri Jerman. Manakala pada peringkat kedua, beliau bertindak mengukuhkan negeri-negeri yang
dibebaskan daripada kuasa-kuasa asing. Pada peringkat ini juga, beliau melakukan perubahan-
perubahan dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial bagi menyatukan rakyat

Soalan 4 Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Cardinal Duc de Richelieu dalam
mengukuhkan sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis. [20]

Pendahuluan • Cardinal Richelieu merupakan tokoh yang memainkan peranan penting


dalam mengukuhkan sistem monarki di Perancis. • Beliau berasal
daripada keluarga bangsawan dan merupakan paderi besar gereja Katolik
di Perancis. • Selain itu, beliau juga merupakan seorang pemikir politik
yang mempertahankan pemerintahan monarki mutlak di Perancis. •
Beliau mengemukakan pandangan bagi mengukuhkan pemerintahan
monarki dalam karya politik berjudul 'Wasiat Politik'. • Beliau mengambil
pelbagai langkah untuk mengukuhkan sistem pemerintahan beraja
mutlak di negara Perancis.

Isi 1 Mengwujudkan kerajaan pusat yang kukuh

• Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat

• Kerajaan pusat berada di bawah kawalan maharaja

• Pegawai kerajaan yang setia dilantik untuk membantu maharaja

• Maharaja dapat menghadapi ancaman terhada negara

Isi 2 Menolak peranan gereja

• Menolak peranan gereja dalam politik

• Menghapuskan pengaruh gereja dalam politik

• Gereja menjadi ancaman kepada kuasa mutlak raja

• Mengambil langkah membendung ancaman gereja


Isi 3 Mengukuhkan pertahanan negara

• Bertindak mengukuhkan pertahanan negara

• Mewujudkan pasukan tentera yang kuat bag mengukuhkan kedudukan


raja

• Mewujudkan tentera laut yang kuat

• Melengkapkan tentera dengan peralatan moden Tentera kuat dapat


menghadapi ancaman luar

Isi 4 Menolak pendidikan rakyat

• Menolak pendidikan kepada rakyat jelata

• Golongan berpendidikan mengancam kuasa mutlak raja Mereka


mempertikaikan dasar kerajaan

• Golongan in mengkritik keputusan kerajaan

• Menyebabkan rakyat tidak setia kepada raja dan kerajaan

Isi 5 Menghapuskan sentimen wilayah

• Mengambil langkah membendung sentimen wilayah Menjejaskan


kestabilan politik dalam negara

• Penduduk wilayah harus taat setia kepada kerajaan pusat

• Wilayah harus berada dalam kawalan kerajaan pusat

Kesimpulan Cardinal Richelieu merupakan pemikir politik terulung di Eropah


pada abad ke-17 Masihi. Beliau memainkan peranan penting dalam
mengukuhkan sistem pemerintahan beraja mutlak di negara
Perancis. Langkah-langkah yang diambil ole beliau menyebabkan
sistem pemerintahan monarki sangat kukuh di Perancis. Malah idea
politik yang dikemukakan oleh beliau turut menjadi ikutan raja-raja
di Eropah bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing.
Soalan 3

Bincangkan sistem ekonomi Feudalisme di China pada abadke-16 Masihi


1.Ng Jin Fu 2.Loh Hui LeI 3.Lam Jiu En
PENDAHULUAN

Di China, ekonomi feudalisme berkait rapat dengan keadaan geografi negara China. Dua
pertiga merupakan kawasan gunung dan gurun di sebelah barat dan utara. Kawasan pertanian
hanya 15 peratus sahaja namun mampu mengeksport makanan keluar negara dan keperluan
masyarakatnya. Selain itu, sistem ekonomi feudalisme di China memperlihatkan kawalan ketat
daripada maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang datang berdagang di
China. Hal ini menjadi bukti bahawa pentadbiran maharaja China memainkan peranan utama
dalam perkembangan ekonomi. Kemakmuran ekonomi era Dinasti Ming menambah penduduk
150 juta akhir abad ke-16.

ISI 1: PERTANIAN

Antara kegiatan utama yang dijalankan semasa pemerintahan Dinasti Ming di China ialah
pertanian. Kawasan tumpuan utama bagi aktiviti pertanian ialah di kawasan timur laut China
dan Mongolia, iaitu di dataran Loes yang subur kerana dilalui oleh Sungai Kuning. Di sebelah
selatan Sungai Kuning, terdapat Sungai Yangtze yang turut menjadi penyumbang kepada
ekonomi dan menyediakan sistem perhubungan utama kepada 12 wilayah dalam empayar
China dan membentuk bandar-bandar besar seperti Chungking, Hankow, Kinkiang, Anking dan
Nanking. Tembakau ditanam di Kwangsi dan Fukien, Kapas di Sungkiang, Mulberi di
Kwangtung, Gandum di Shantung dan Milet di Kansu. Padi huma, sekoi dan kekacang ditanam
di sekitar Sungai Heilongjiang manakala padi sawah diimport benihnya dari Vietnam. Semua
pembaharuan yang dilaksanakan telah meningkatkan hasil pertanian seperti tanaman bergilir
dalam skala besar, menanam padi baharu cepat masak, penanaman padi dua kali setahun dan
penambahan sistem pengairan.

ISI 2: INDUSTRI KECIL

Selain itu, industri kecil turut memainkan peranan dalam membantu pertumbuhan ekonomi
khususnya di pusat bandar yang besar seperti Nanjing dan Beijing yang mengeluarkan kertas,
sutera, kapas dan porselin. Kiangsi merupakan pengeluar porselin utama yang memberi
sumbangan besar kepada perbendaharaan negara. Sochow pula merupakan pusat industri
tekstil dan Sungkian pengeluar kain kapas. Industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang
kepada pembangunan negara China sehingga dapat berdagang dengan Jepun, Afrika Timur,
dan negara-negara lain.

ISI 3: PERDAGANGAN

Pada abad ke-16, walaupun aktiviti ekonomi feudalisme diberi keutamaan, namun aktiviti
berdagang tetap berjalan lancar. China telah menggunakan sungai-sungai sebagai jalan
perhubungan dan pengangkutan yang sistematik. Sungai Yangtze dimuduki kapal sejauh seribu
batu dari kuala untuk berdagang di lembangan tengah. Sungai-sungai barat pula membolehkan
pedagang berdagang di selatan dan Sungai Peiho serta Sungai Kuning. Sistem jalan air
diperluas dengan pembinaan Terusan Besar dari Beijing ke Hangchow.

ISI 4: HUBUNGAN LUAR

Dinasti Ming turut membenarkan para pelayar China ke Asia Tenggara, India dan Afrika. Ini
membawa kepada kedatangan pedagang luar yang mahu berdagang di pelabuhan Canton.
Pedagang Portugal, Sepanyol dan Belanda telah diterima untuk berdagang di China. Pada
tahun 1516, Rafael Perestrello dan Tom Pires antara pengembara Barat yang dibenarkan
masuk ke Tanah Besar China. Pada tahun 1532, pedagang Portugis telah dibenarkan
berdagaang di Macau.

ISI 5: KESATUAN DAGANG

Menjelang zaman Ming, muncul kesatuan-kesatuan dagang akibat kepesatan sektor industri
dan perniagaan di China. Kesatuan Dagang Shanxi ditubuhkan bagi institusi-institusi kewangan.
Golongan bangsawan turut membantu kerajaan pusat dalam mengawasi kegiatan kesatuan
dagang dan aktiviti ekonomi di wilayah-wilayah China.

KESIMPULAN

Sistem ekonomi feudalisme di China memperlihatkan penguasaan golongan pemerintah selain


ciri-ciri ekonomi tradisional. Kepesatan ekonomi China menyebabkan pedagang Barat datang
ke China untuk berdagang. Pemerintah China terpaksa menukar dasar tutup pintu kepada buka
pintu kesan aktiviti ekonomi yang pesat.

You might also like