Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KISAH TIDAK SHAHIH MENGENAI NABI MUHAMMAD SAW SERTA SAHABAT.

Kisah Nabi Muhammad SAW bersama Yahudi Buta.


Kisah Nabi Muhammad SAW bersama yahudi buta merupakan sebuah kisah yang agak
mahsyur dalam kalangan masyarakat terutamanya di Malaysia. Kisah ini menceritakan mengenai
kesabaran dan kebaikan Rasulullah SAW dalam melayani dan menyantuni seorang yahudi buta
walaupun orang yahudi itu sering memburukkan dan menjaja cerita yang kurang enak mengenai
Rasulullah SAW tanpa mengetahui bahawa orang yang sering melayani dan memberinya
makanan merupakan orang yang sering dikutuknya. Rasulullah SAW sering melakukan hal
tersebut sehinggalah baginda SAW wafat akhirnya. Setelah kewafatan baginda SAW, Saidina
Abu Bakar RA bertanya kepada Saidatina Aisyah RA mengenai sunnah-sunnah Nabi
Muhammad SAW yang masih beliau belum laksanakan. Oleh itu, Saidatina Aisyah RA
menceritakan mengenai orang yahudi buta yang sering diziarahi Nabi SAW.

Apabila Saidina Abu Bakar RA mengetahui perkara tersebut, maka beliau pun segera
mendatangi lelaki yahudi tersebut dan memberinya makanan seperti mana dilakukan oleh
Rasulullah SAW terdahulu namun perbuatan tersebut ditolak oleh lelaki yahudi buta tersebut
kerana beliau menyatakan bahawa Saidina Abu Bakar RA bukan orang sama yang sering
menyantuni dan menemui beliau setiap hari. Setelah Saidina Abu Bakar RA mendengarkan
kenyataan lelaki yahui buta tersebut, maka Saidina Abu Bakar RA menyatakan bahawa orang
yang sering menemui dan menyantuni telah wafat dan orang tersebut merupakan Nabi
Muhammad SAW yang sering dicerca. Kemudian, lelaki yahudi buta tersebut menangis kerana
menyesal sering memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW tanpa mengetahui orang itu ada
dihadapannya. Akhirnya, lelaki yahudi buta tersebut masuk Islam.

Kisah ini menarik untuk diceritakan dan disampaikan sebagai pedoman kepada umat
Islam. Namun, kisah ini merupakan antara kisah-kisah tidak shahih yang mahsyur. Hal ini kerana
kisah ini tidak mempunyai asal dan sumber yang berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW.
Kisah ini tidak terdapat dalam mana-mana kitab agama. Oleh itu, kisah ini tidak boleh
disebarkan dan diceritakan kepada orang lain.
Kisah Ukasyah Memukul Rasulullah SAW.
Nama sebenar Ukasyah ialah Ukasyah bin Mihsan bin Hurthan bin Qais bin Murrah dan
gelaran beliau ialah Abu Muhsin. Beliau merupakan salah seorang yang menyertai peperangan
Badar dan telah berusaha bersungguh-sungguh sehinggakan pedangnya patah. Lalu Rasulullah
SAW menggantikannya dengan sebatang ranting. Selain itu, beliau juga telah menyertai
peperangan Uhud, al-Khandaq dan beberapa peperangan yang lain. Ukasyah telah syahid dalam
peperangan al-Riddah di zaman Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA. Terdapat sebuah kisah
mahsyur mengenai Ukasyah dan Rasulullah SAW.

Kisah ini menceritakan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah SAW memanggil para
sahabat untuk berkumpul di masjid. Ketika itu, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat
sekiranya ada di antara mereka ingin menuntut sesuatu daripada Rasulullah SAW sepanjang
kepimpinan baginda SAW. Rasulullah SAW mengajukan soalan tersebut beberapa kali namun
tidak ada seorang pun di antara sahabat yang bersuara. Setelah beberapa ketika, akhirnya
Ukasyah bersuara dan menyatakan bahawa beliau ingin menuntut sesuatu daripada Rasulullah
SAW. Para sahabat terkejut dengan kenyataan Ukasyah.

Ukasyah menyatakan bahawa ketika peperangan Badar, Rasulullah SAW telah terpukul
belakang badan Ukasyah ketika ingin menunggang unta dengan kayu. Oleh itu, Ukasyah ingin
menuntut keadilan bagi perkara tersebut. Setelah Rasulullah SAW mendengarkan tuntutan
Ukasyah, maka baginda SAW menyuruh Bilal bin Rabbah untuk mendapatkan kayu tersebut di
rumah baginda SAW. Setelah itu, Bilal pun pergi mendapatkan kayu tersebut dan membawanya
ke masjid semula. Ramai di antara para sahabat dan ahli keluarga baginda SAW ingin
menggantikan tempat Rasulullah SAW. Namun, baginda SAW menolaknya dengan baik dan
sedia menerima tuntutan daripada Ukasyah. Rasulullah SAW telah membuka baju untuk
menerima qisas daripada Ukasyah namun apa yang berlaku adalah sebaliknya Ukasyah memeluk
tubuh badan Rasulullah SAW dan menyatakan beliau tidak mempunyai sebarang tuntutan
melainkan hanya ingin memeluk tubuh badan Rasulullah SAW.
Beberapa ulama telah menilai kisah ini. Antara ulama yang menilai kisah ini ialah Imam
Ibn al-Jauzi. Imam Ibn Al-Jauzi telah menyatakan bahawa hadis ini palsu yang mustahil
(berlaku). Moga Allah membalas kepada sesiapa yang mereka-rekanya dan (moga Allah)
memburukkan sesiapa yang merosakkan Syariah dengan kekeliruan yang dingin dan kalam yang
tidak layak bagi Nabi SAW dan tidak layak bagi sahabat. Individu yang dituduh (memalsukan
hadis ini) ialah Abdul Mun'im bin Idris. Selain itu, Imam Al-Suyuti juga menyatakan bahawa
hadis ini palsu dan individu yang bertanggungjawab adalah Abdul Mun'im bin Idris. Imam Ibn
Iraq al-Kinani menyatakan salah seorang perawi di dalam hadith tersebut dinilai sebagai
pendusta iaitu Abd al-Mun’im bin Idris. Selain itu, Imam al-Syaukani di dalam kitabnya
menyatakan hadith ini telah dirosakkan oleh Abd al-Mun’im bin Idris bin Sinan.

Berdasarkan pandangan para ulama tersebut, maka kisah ini merupakan kisah palsu. Hal
ini kerana terdapat perawi yang dinilai oleh para ulama sebagai pendusta dan pemalsu hadith.
Selain itu, di dalam matan atau teks hadis tersebut terdapat beberapa ciri-ciri yang menunjukkan
bahawa ianya adalah palsu atau direka. Oleh itu, kisah ini tidak boleh disebarkan ataupun
diceritakan melainkan dengan menyatakan kepalsuan kisah ini.

You might also like