Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Contoh Surat Berhenti Kerja 1

MUHAMMAD SAIFUL BIN AHMAD FUAD


NO 12, KG TEBUK,
SUNGAI RAMBAI
09700 KARANGAN,
KEDAH DARUL AMAN.
_____________________________________________

WONG ENGINEERING CORPORATION BERHAD,


LOT 24, JALAN HI-TECH 4,
09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN. 15 JAN 2018

Tuan,

Per: Notis Berhenti Kerja

Merujuk kepada perkara di atas, saya Muhammad Saiful Bin Ahmad Fuad,
ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan berhenti kerja mulai
2 Februari 2018.

2. Saya berbuat demikian adalah kerana ingin melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana
Muda di Universiti Putra Malaysia.

3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan
kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
………………...........
( )
Contoh Surat Berhenti Kerja 2

-nama-,
-alamat penuh-
_____________________________________________

-nama syarikat-,
-alamat syarikat-. Tarikh :
(u.p.:-nama individu / jawatan / bahagian-)

Tuan / Puan,

SURAT PERLETAKAN JAWATAN.

Dengan sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Saya -nama- dengan nombor kad pengenalan -no ic-
adalah bertugas sebagai -nama jawatan- dengan -nombor pas / pas sementara / pekerja.

2. Saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan / puan bahawa saya akan meletakkan jawatan di
syarikat pihak tuan / puan dengan rasminya pada -tarikh berhenti-. Sehubungan dengan itu saya
akan mematuhi polisi syarikat untuk memastikan perletakan jawatan saya ini berjalan mengikut
tempoh masa yang telah ditentukan oleh pihak syarikat.

3. Untuk makluman tuan / puan,


tujuan saya meletakkan jawatan ini adalah kerana -tujuan-. Dengan ini, saya ingin meminta maaf
terlebih dahulu sekiranya perletakan jawatan saya ini memberi kesan ke atas syarikat pihak tuan /
puan. Saya juga amat berterima kasih di atas jasa baik pihak syarikat yang telah memberi saya
peluang untuk bekerja serta memberi segala bimbingan dan tunjuk ajar selama saya bekerja di
syarikat ini.

Dengan ini, kerjasama pihak tuan / puan bagi permohonan perletakan jawatan ini saya dahulukan
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

YANG BENAR,
-nama-.
Contoh Surat Berhenti Kerja 3 (Atas Sebab Ikut Suami)

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

Tarikh : <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA DI <NAMA SYARIKAT> KERANA IKUT SUAMI

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan,
bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa
<Tarikh berhenti kerja>

Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana mengikut suami yang kini bekerja di <Tempat Kerja
Suami>.
Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.
Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………

<Nama Pekerja>

No Pekerja :<No. Pekerja>

<Alamat Pekerja>

No. Tel : <No Telefon Pekerja>


Contoh Surat Berhenti Kerja 4 (Atas Sebab Kesihatan)

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

Tarikh : <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA DI <NAMA SYARIKAT> ATAS SEBAB KESIHATAN

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan,
bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa
<Tarikh berhenti kerja>

Tujuan saya meletak jawatan ini adalah atas sebab kesihatan.


Seperti Tuan sedia maklum, saya terlalu kerap mengambil cuti sakit. Saya bimbang ia akan
menjejaskan prestasi syarikat.
Saya juga selalu berulang-alik ke <Nama Klinik / Hospital> untuk mendapatkan rawatan.
Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.
Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
Contoh Surat Berhenti Kerja 5 (Notis 24 Jam)

Kampung Hilir,
Sentul Pasar,
51000 Kuala Lumpur

Bahagian Sumber Manusia


PUNCAK HOLDING SDN. BHD
No. 7 Jalan 1/46A,
Selingsing 7,
Taman Niaga Waris,
51200 Kuala Lumpur 24 Julai 2017

Tuan/Puan

PERLETAKAN JAWATAN TEMPOH 24 JAM

Merujuk kepada perkara di atas, saya ____________________________________, ingin


memaklumkan kepada pihak Tuan/ Puan bahawa saya akan menamatkan perkhidmatan saya di
Puncak Holding Sdn. Bhd. sebagai Kerani Kaunter bermula pada 24 Julai 2017 bersamaan hari Selasa.
Saya berharap agar pihak Tuan/Puan dapat menerima peletakan jawatan saya ini.

2. Saya berterima kasih kepada pihak Tuan/Puan kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat di
syarikat ini dan di atas keprihatinan yang diberikan. Saya juga berharap agar syarikat ini akan terus
maju.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
......................... Tandatangan
Nama
Jawatan

You might also like