Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

DAKWAH NATIONAL.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM)

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
yang membantu dan membimbing saudara baru di Malaysia sama ada dalam bentuk kewangan
mahupun ilmu agama. Saudara baru yang berjaya dibimbing akan mencurahkan bakti dengan
meneruskan dakwah dalam kalangan masyarakat. PERKIM sebuah pertubuhan NGO yang
terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. PERKIM telah diasaskan oleh Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah
dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun
1989. Tan Sri SOK Ubaidullah (1960-1964) sebagai Yang Dipertua Pertama PERKIM,
memulakan usaha dakwah pada peringkat awalnya menekankan pendidikan kepada saudara baru
dan umat Islam. Usaha beiau kemudian diteruskan oleh Tan Sri Yusoff Ibrahim pada tahun 1964
hingga 1968. PERKIM telah dipimpin oleh beberapa orang pemimpin yang berwibawa. Kini
PERKIM diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sejak tahun 2006.

Cogan kata PERKIM adalah “Islam Itu Persaudaraan” menjadi tunggak yang sentiasa
dihayati dan dipraktikkan dimana PERKIM hendak menjadikan platform untuk menyatupadukan
umat Islam khususnya ahli-ahli dan masyarakat setempat amnya. PERKIM di peringkat negeri
dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali negeri
Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik
dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan
peruntukan untuk pengajian kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat
PERKIM Bahagian. PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita
PERKIM dan kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM bahagian-bahagian.
PERKIM sering melaksanakan program-program bagi membantu golongan yang
memerlukan seperti golongan mualaf, ibu tunggal, para pelajar dan sebagainya untuk memenuhi
keperluan harian. Selain itu, PERKIM juga melaksana program-program dakwah bagi
menyebarkan Islam bukan sahaja dalam kalangan umat Islam malahan bagi masyarakat luar.
Program dakwah PERKIM sering menarik perhatian golongan belia untuk menyertai dan
menceburi bidang dakwah dengan lebih mendalam. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh
PERKIM untuk memantapkan hal ehwal yang berkaitan dengan umat Islam.

Menurut Ab aziz Mohd Zin et al. (2006), objektif penubuhan PERKIM adalah unutk
mengembangkan ajaran Islam khusus kepada mereka yang tiada sebarang anutan agama dan
keduanya adalah untuk membantu saudara baru muslim dalam pemahaman dan amalan dalam
akidah Islam. Selain itu, untuk menolong mereka yang masih menganggur dan mengalami
kesusahan setelah ditinggalkan keluarga akibat memeluk agama Islam. Terdapat lima tunjang
utama yang menggerakkan halatuju PERKIM. Pertama adalah dakwah. PERKIM ingin
menjalankan dakwah Islamiyah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif
dan berkesan. Tunjang kedua PERKIM adalah pendidikan. PERKIM berusaha untuk
memberikan, mengadakan, mengurus dan menjalankan pelajaran serta pendidikan Islam
menerusi segala media dan segala jalan yang sah di sisi undang-undang. Seterusnya adalah
kebajikan. PERKIM menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma,
biasiswad an dermasiswa kepada sesiapa yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal
jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif. Selain itu, kerjasama dalam bidang agama Islam
juga menjadi tunjang PERKIM. PERKIM telah menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan
pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam yang lain demi kemajuan agama Islam. Akhir
sekali, badan pertubuhan ini juga menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan
kemajuan Islam.

Untuk mencapai objektif penubuhannya, PERKIM menjalankan dakwah Islamiah


berdasarkan kerja-kerja kebajikan yang terbukti telah memberi manfaat kepada semua kelompok
masyarakat, sekaligus dapat meningkatkan imej Islam serta menghapuskan sebarang prasangka
buruk terhadap Islam. PERKIM telah melaksanakan usaha dakwah Islamiah melalui pendekatan
dakwah yang sistematik, pendidikan, kebajikan dan menjalinkan kegiatan dengan badan-badan
agama lain demi kepentingan penyebaran dan perkembangan syiar Islam.

You might also like