Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Literature Review

Artikel 1.

Artikel yang bertajuk ‘Pembinaan kerangka konstruk kelestarian bandar warisan di Malaysia’
karya penulisan oleh Mohamad Khairul Anuar Ghazali, Yazid Saleh dan Hanifah Mahat telah
memberi fokus utama terhadap pembangunan lestari yang menjadi tonggak utama bagi setiap
negara di seluruh dunia dalam menguruskan cabaran dalam negara masing-masing.
Pembinaan konstruk ini juga adalah sebagai satu medium persediaan terhadap pembinaan set
penunjuk arah bagi indeks kelestarian di Malaysia.

Menurut Brundtland, 1987 pembangunan lestari yang menggunakan ideologi


berkisarkan ekonomi, sosial dan alam sekitar telah digunapakai secara meluas dalam konteks
semua jenis aktiviti pembangunan. Namun begitu terdapat beberapa sarjana yang tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut kerana berpendapat bahawa bandar lestari merupakan
sesuatu yang mustahil untuk kita capai disebabkan oleh kedinamikannya yang akan sentiasa
berubah. (Chamhuri, Rospidah & Sharina, 2014; Choon et al., 2014; Peterson, Sham Sani, &
Nordin, 1999). Walaubagaimanapun, usaha yang dibuat untuk pembangunan bandar lestari
adalah amat dituntut kerana bandar merupakan pusat utama kepada kegiatan manusia yang
dinyatakan oleh UNDP, 2019.

Idea pembangunan bandar lestari telah membuka mata serata dunia untuk
menyediakan suatu inisiatif set petunjuk bandar lestari sebagai contoh, Petunjuk Bandar
Global Pangkalan Data I, II dan III (CHS, 2004) manakala di Malaysia telah terbentuknya
satu set petunjuk indeks yang dipanggil MurniNet 2.0 yang berfungsi sebagai satu penanda
aras terhadap kelestarian bandar di Malaysia sekaligus ia berperanan untuk menentukan
indeks bandar di Malaysia.

MurniNet 2.0 yang pada mulanya hanya memfokuskan kepada 3 konstruk utama iaitu
kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kualiti alam sekitar dilihat tidak mencapai
konteks yang diinginkan jika ingin berasaskan bandar warisan. Jadi, set petunjuk ini telah
digubal dengan memasukkan item warisan budaya dan governan dan komuniti yang akan
menjadi watak utama dapat set petunjuk MurniNet 2.0 yang kebanyakannya beranggapan dua
konstruk ini tidak berperanan penting dalam set petunjuk kelestarian bandar ini sehinggalah
timbul satu perkara yang menyebabkan timbulnya inisiatif dan kesedaran terhadap isu ini.
Jadi, kajian ini dijalankan adalah untuk membuktikan bahawa dua konstruk baharu ini juga
berperanan dalam melahirkan bandar lestari. Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif

1
di mana ia mempraktikkan kaedah analisisa dokumen. Terdapat dua dokumen yang dianalisis
bagi membantu kajian ini berjalan mengikut objektif yang telah dibuat iaitu artikel kajian
lepas dan bahan ilmiah iaitu buku-buku yang mempunyai kaitan tentang kajian bandar
warisan karya sarjana terkemuka. Di samping itu, kata kunci yang berperanan penting
digunakan bagi mendapatkan bahan kajian lepas yang bersesuaian dengan kajian yang ingin
dijalankan dan di antaranya adalah pembangunan lestari, bandar warisan dan warisan budaya
dan seterusnya hasil dari sumber-sumber ini, dapatan bagi konstruk yang boleh digunakan
untuk pembangunan bandar lestari dapat dihasilkan dan dianalisis.

Artikel 2.
Artikel yang bertajuk ‘Puisi Lisan: Pemerkasaan Warisan Bangsa Melayu’ karya penulisan
Liliy Salwani Razali & Shaiful Bahri Md. Radzi mengetengahkan mengenai puisi lisan yang
dikatakan asas kepada penciptaan sastera Melayu yang terawal muncul dalam kelompok
masyarakat buta huruf. Antara puisi lisan yang memberi faedah kepada warisan bangsa
Melayu melalui fungsinya yang tersendiri adalah peribahasa, mantera, teromba yang
berfungsi sebagai adat menghargai tetamu yang hadir ke teratak kita manakala talibun
berfungsi sebagai satu alat untuk menjelaskan secara mendalam mengenai sesuatu item
seperti contoh keunikan pakaian serta keunikan seni bina istana bandar. Seterusnya, teka teki
sebagai madah bergurau senda yang mana ia memerlukan soalan dan jawapan dari kedua
pihak. Teka teki mampu menjalankan seseorang itu berfikiran kritis dan kreatif selain
fungsinya yang digunakan sebagai satu item untuk menguji seberapa jauh minda pendengar
dalam menghasilkan sesebuah puisi teka-teki.

Menurut Za ‘ba pada 1962 mentafsirkan peribahasa sebagai satu penyusunan cakap
yang pendek dek kerana bunyi Bahasa yang lunak didengari dan bertujuan sebagai sebuah
bandingan dan juga dari aspek pengajaran. Tetapi Harun Mat Piah 1997 sedikit menyangkal
pernyataan dari Za ‘ba apabila beliau mengatakan bahawa puisi peribahasa ini tergolong
dalam kumpulan pepatah di mana ia mempunyai rima yang hadir dalam bentuk dua baris
yang mana dalam kelompok pantun dua baris dan pantun empat baris. Namun jika ditafsirkan
kembali, peribahasa Melayu mempunyai keunikannya yang tersendiri di mana kita boleh
melihat betapa tingginya cakna pemikiran dan falsafah hidup bagi masyarakat Melayu
tradisional.

You might also like