1405 47151 1 10 20210630

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/352882060

Google Classrrom Sebagai Pelantar M-Pembelajaran: Tahap Pengetahuan Dan


Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar (Google
Classroom As An M-Learning Platform: Level Of...

Article · July 2021

CITATION READS

1 2,573

2 authors, including:

Noor Desiro Saidin


Universiti Kebangsaan Malaysia
2 PUBLICATIONS   5 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

E-Learning View project

Computational Thinking Module for pre-service teacher View project

All content following this page was uploaded by Noor Desiro Saidin on 01 July 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Google Classrrom Sebagai Pelantar M-Pembelajaran: Tahap


Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah
Menengah Luar Bandar
(Google Classroom As An M-Learning Platform: Level Of Knowledge
And Level Of Readiness Of Rural Secondary School Teachers)
Noor Desiro Saidin1*, Hazrati Husnin1
1
Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: dessyro90@gmail.com

Accepted: 15 June 2021 | Published: 1 July 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Google Classroom merupakan satu medium yang digunakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia sebagai salah satu pelantar M-pembelajaran untuk meningkatkan
pembelajaran secara berterusan dalam kalangan murid-murid di Malaysia. Tujuan kajian
adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru-guru sekolah menengah
di kawasan luar bandar serta mengetahui perbezaan tahap pengetahuan dan perbezaan tahap
kesediaan guru di sekolah menengah luar bandar berdasarkan jantina terhadap pelantar
Google Classroom dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Metodologi kajian
ini merupakan kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif . Kajian ini melibatkan
262 orang guru daripada 644 orang populasi guru sekolah menengah di daerah Kudat . Data
kajian telah dikutip menggunakan borang soal selidik yang diedarkan menggunakan Google
Form. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa tahap pengetahuan guru-guru sekolah
menengah luar bandar terhadap pelantar M-pembelajaran Google Classroom pada tahap
rendah dan kesediaan guru-guru sekolah menengah luar bandar terhadap pelantar M-
pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
adalah pada tahap tinggi. Hasil kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan antara tahap
pengetahuan dan tahap kesediaan guru lelaki dan guru perempuan terhadap pelantar M-
pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Kata kunci: Google Classroom, Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru, luar bandar, M-
pembelajaran

Abstract: Google Classroom is medium used by the Ministry of Education Malaysia as one of
the M-learning platforms to continuously improve learning among students in Malaysia. The
purpose of the study was to examine the level of knowledge and readiness of secondary school
teachers in rural areas and find out the differences in knowledge level and readiness of
teachers in rural secondary schools based on gender on Google Classroom platform in
Teaching and Facilitation (PdPc). The methodology of this study is a survey study using a
quantitative approach. The study involved 262 teachers from 644 secondary school teacher
population in Kudat district. Study data were collected using a questionnaire form distributed
using Google Form. The results of this study found that the level of knowledge of rural
secondary school teachers on the Google Classroom M-learning platform at a low level and
the readiness of rural secondary school teachers on the M-learning platform that is Google
Classroom in the process of Teaching and Facilitation (PdPc) is at a high level. The results of
this study also found that there is a difference between the level of knowledge and the level of

278
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

readiness of male and female teachers to the M-learning platform that is Google Classroom in
the process of Teaching and Facilitation (PdPc).

Keywords: Google Classroom, Level of knowledge and readiness of teachers, rural, M-


learning
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Sistem pendidikan di negara kita sedang mengalami perubahan daripada pelbagai aspek seperti
penggunaan, pendekatan, strategi, kaedah, teknik, alat, serta sumber dalam proses
pembelajaran. Kesan paling ketara ialah melalui perkembangan dalam Revolusi Industri 4.0
dunia pendidikan dengan mengintegrasikan teknologi dalam proses pembelajaran (Rahmi et.
al, 2019). Istilah-istilah dalam dunia pendidikan turut mengalami inovasi bermula daripada d-
pembelajaran, e-pembelajaran dan kini kita di fasa m-pembelajaran agar tahap pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) dapat ditingkatkan setanding dengan dunia luar serta meningkatkan
tumpuan dan minat murid dalam proses PdPc (Khairunnisa dan Mohd, 2019).

Pemilihan Google Classroom sebagai opsyen pembelajaran alternatif oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia kerana memenuhi standard antarabangsa ISTE disamping ianya mudah
digunakan kerana mesra pengguna dan majoriti guru-guru telah terbiasa menggunakan
ekosistem android kerana banyak menggunakan perkhidmatan dari Google dan sejajar dengan
anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM ) 2013 – 2025 iaitu
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Sememangnya, pelaksanaan Google Classroom dalam pendidikan adalah sejajar dengan


pendekatan yang telah digariskan oleh KPM bagi menyokong PAK-21 selaras dengan anjakan
ketujuh dalam PPPM agar mampu menaikkan lagi kualiti sistem pendidikan di negara ini.

Pernyataan Masalah
Teknologi telah mengubah pendidikan menjadi lebih dinamik dari segi pembelajaran dan
pengajaran serta memberi kesan kepada hubungan antara guru dan murid (Rahmi et al., 2019).
Perkembangan pesat teknologi telah mempengaruhi kehidupan dan seterusnya pendidikan
khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep pembelajaran digital menggunakan
pendekatan Google Classroom dilihat merupakan salah satu perkembangan pesat dalam dunia
pendidikan lebih-lebih lagi selepas kemunculan virus baharu yang telah menggemparkan
seluruh dunia iaitu novel coronavirus (Mohamed, 2020).

Kesan pandemik Covid-19 ini menyebabkan pelbagai sektor ditutup untuk menghentikan
penularannya. Sektor pendidikan turut menerima impak yang sangat besar apabila sekolah serta
institusi pendidikan terpaksa ditutup dan pembelajaran terpaksa dilakukan secara pembelajaran
digital (Mohamed, 2020). Pelbagai pendekatan digunakan untuk memastikan pelajar tetap
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Kementerian Pendidikan Malaysia
memperkenalkan konsep PDPR iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah menggunakan
pelbagai medium salah satunya menggunakan pelantar Google Classroom (Su dan Mohd,
2020).

Meskipun penggunaan Google Classroom ini membawa impak positif kepada pendidikan,
penggunaannya masih dianggap rendah dan tidak menyeluruh serta pelbagai kekangan yang
timbul semasa penggunaannya (Su dan Mohd,2020). Malah terdapat beberapa isu yang timbul

279
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

seperti terdapat sekolah di kawasan luar bandar yang tidak menggunakan pelantar ini
disebabkan oleh kekangan fasiliti yang terdapat di kawasan tersebut seperti masalah capaian
jaringan internet, kemudahan komputer yang terhad di sekolah, faktor ekonomi murid, serta
tahap pengetahuan dan kesediaan guru untuk mempelajari kemahiran baharu menggunakan
Google Classroom. Selain itu juga, terdapat kekangan-kekangan yang sememangnya tidak
dapat kita nafikan khususnya bagi murid itu sendiri seperti kurang berpengalaman dengan
komputer atau proses dalam talian, kebolehcapaian komputer dan internet serta kekangan
infrastruktur teknikal di sesetengah kawasan (Alruwais et. al, 2018).

Perkara yang perlu dititikberatkan dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan


Malasia untuk menggalakkan pembelajaran maya ini ialah tahap pengetahuan dan kesediaan
guru-guru untuk menggunakan pelantar Google Classroom ini. Namun begitu, tidak semua
guru yakin dan melihat potensi menggunakan pembelajaran secara atas talian (Heggart dan
Yoo, 2018). Penggunaan pembelajaran secara atas talian kelihatan mudah namun untuk
melibatkan semua murid serta guru menjadikannya satu cabaran yang besar (Heggart dan Yoo,
2018). Warga pendidik perlu proaktif untuk mengembangkan kemahiran dan professional
mereka sendiri agar mampu untuk menunjukkan kemampuan bagi menguasai sesuatu
kemahiran (Redman dan Rodrigues, 2014; Heggart dan Yoo, 2018). Kemahiran guru untuk
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dilihat sebagai satu kayu ukur kerana
generasi masa kini yang mesra gajet dan alat komunikasi (Maimun, Wan dan Mohd, 2017).

Kajian yang akan dijalankan akan menjawab pelbagai soalan yang berkaitan dengan tahap
pengetahuan dan tahap kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar dalam
mengaplikasikan Google Classroom sebagai pelantar M-pembelajaran.

Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru-
guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap penggunaan pelantar M-pembelajaran
Google Classroom. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui perbezaan tahap pengetahuan
serta tahap kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap pelantar M-
pembelajaran Google Classroom berdasarkan jantina.

Objektif Kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif berikut:
1) Mengetahui tahap pengetahuan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar
terhadap pelantar M-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses PdPc.
2) Mengetahui tahap kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap
pelantar M-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses PdPc.
3) Mengetahui perbezaan tahap pengetahuan guru sekolah menengah di kawasan luar
bandar terhadap pelantar M-pembelajaran Google Classroom berdasarkan jantina.
4) Mengetahui perbezaan tahap kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar
terhadap pelantar M-pembelajaran Google Classroom berdasarkan jantina
Persoalan Kajian
Berikut merupakan antara persoalan kajian ini iaitu:
1) Apakah tahap pengetahuan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap
pelantar M-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses PdPc.
2) Apakah tahap kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap
pelantar M-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses PdPc.

280
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

3) Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru sekolah menengah di kawasan luar
bandar terhadap pelantar M-pembelajaran Google Classroom berdasarkan jantina.
4) Adakah terdapat perbezaan tahap kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar
bandar terhadap pelantar M-pembelajaran Google Classroom berdasarkan jantina.

Hipotesis Kajian
H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru berdasarkan
jantina
HA1: Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru berdasarkan jantina
H02: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru berdasarkan jantina
HA1: Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru berdasarkan jantina

2. Tinjauan Keperpustakaan

Penggunaan Teknologi, Kelebihan Serta Perkembangannya Dalam Pendidikan


Sistem pendidikan negara kita sedang mengalami perubahan dari segi teknologi yang
digunakan serta kurikulum yang direka turut mengambil kira pengalaman pembelajaran dan
menggalakkan pelajar meneroka sesuatu dan menyahut cabaran secara kolaboratif dan
kompetetif (Nurul dan Md, 2019). Perkembangan teknologi maklumat turut mengubah corak
pencarian maklumat yang tidak hanya terbatas kepada bahan bercetak semata-mata tetapi juga
melalui jaringan internet (Andri, 2016).

Pendekatan Pembelajaran Abad Ke-21 dilihat dapat membantu dan memantau murid untuk
menimba ilmu dan mengaplikasikan cara belajar abad ke-21 serta menjadikan sesi
pembelajaran lebih menarik (Shampa, 2016). Pembelajaran masa kini melibatkan bantuan
peralatan moden dan canggih seperti telefon pintar yang memudahkan murid untuk
mempelajari sesuatu yang baharu dengan lebih mudah dan pantas. Salah satu kebaikan
penggunaan teknologi dalam pendidikan ialah memudahkan komunikasi antara pelajar dengan
guru serta memudahkan guru mengagihkan serta menilai tugasan. Keadaan ini menjadikan
tugas guru menjadi lebih mudah serta mudah untuk memantau perkembangan murid dengan
lebih sistematik dan berterusan. Selain itu juga, manfaat dari perkembangan teknologi
khususnya perkomputeran awan telah menggalakkan guru dan murid untuk bekerjasama dari
zon selesa mereka dan mengalami pembelajaran yang lebih kreatif untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan mengikut ruang dan keselesaan masing-masing (Bhat et al., 2018).

Penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran menjadikannya tidak hanya terhad apabila
waktu pembelajaran telah berakhir (Rahmi et. al, 2019). Proses pembelajaran menjadi lebih
fleksible, pengguna boleh mengakses bahan pembelajaran di mana sahaja tanpa mengira masa
dan tempat. Perkembangan dalam bidang pendidikan ini dapat memberikan manfaat kepada
guru dan pelajar. Ini kerana penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan dilihat mampu
meningkatkan kemahiran guru dan murid dalam proses meneroka ilmu pengetahuan (Rahmi et
al., 2019).

Seterusnya, perkembangan dalam teknologi internet turut dilihat banyak membantu


menjadikan pembelajaran lebih bersifat menyeluruh. Pembelajaran tidak lagi hanya boleh
diperolehi daripada bilik darjah sahaja. Namun kini pembelajaran boleh diakses menggunakan
capaian internet dengan menggunakan pelbagai pendekatan seperti Facebook, Blogspot, serta
Web 2.0 yang menjadikan komunikasi menjadi pantas, luas, dan secara dua hala melalui
perkongsian secara alam maya (Jamaludin dan Suzlina, 2016).

281
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Google Classroom Dalam Pendidikan


Google Classroom merupakan salah satu aplikasi perkomputeran awan yang menggabungkan
teknologi dengan pembangunan berasaskan internet (Ade dan Jumadi, 2018). Kemajuan
teknologi dalam pendidikan telah membuka peluang untuk mewujudkan pembelajaran menjadi
kreatif dan inovatif serta mewujudkan hubungan baharu antara pelajar dan dunia pengetahuan
(Ade dan Jumadi, 2018). Platorm ini membolehkan pengguna mewujudkan kelas secara alam
maya (Izwan, Jastini dan Sarah, 2016; Fitriningtiyas, Umamah dan Sumardi, 2018).

Google Classroom dibangunkan dengan pelbagai fungsi untuk membantu pengguna,


khususnya golongan pendidik dengan mengintegrasikan aplikasi-aplikasi Google seperti
Google Drive, Google Docs, Google Sheets, Google Slide, Google Calender, Gmail dan
sebagainya (Bhat et al., 2018; Maheran et al., 2020; Kaviza, 2020). Selain itu juga, aplikasi
Google Classroom turut berintegrasi dengan aplikasi-aplikasi lain seperti Youtube, untuk
berkongsi bahan pengajaran disamping menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih
menarik (Bhat et al., 2018; Lee, 2020). Google Classroom turut menggabungkan aplikasi
Quizizz, Kahoot, Quizlet, Plickers, Ed-Puzzle dan sebagainya yang melibatkan fungsi aplikasi
sebagai alat perkongsian bahan, menjadikan sesi pembelajaran menjadi lebih interaktif serta
penyediaan latihan pengukuhan (Fitriningtiyas, Umamah dan Sumardi, 2018; Ahmad, Wan dan
Nor, 2019; Kaviza, 2020).

Antara fitur-fitur dalam Google Classroom yang menjadikannya pilihan dalam bidang
pendidikan ialah kebolehannya untuk mewujudkan kelas, memberikan tugasan, menghantar
pemberitahuan, mengadakan kelas perbincangan, serta melihat pencapaian murid
(Fitriningtiyas, Umamah dan Sumardi,2018).

Dari aspek pembahagian tugasan, tugasan akan disimpan dan dinilai menggunakan aplikasi
yang terdapat dalam Google Classroom dan menyokong kolaborasi antara guru dan murid
(Lee, 2020). Guru boleh memantau secara terus tugasan yang dihantar oleh murid. Keadaan ini
akan memudahkan guru untuk mengenalpasti murid yang mengikuti aktiviti pembelajaran
tersebut. Pemarkahan yang dilakukan dalam aplikasi Google Classroom juga menyokong
pelbagai skema pemarkahan (Lee, 2020). Kemudahan ini memudahkan guru untuk menanda
tugasan dengan lebih efisien mengikut kesesuaian guru itu sendiri.

Kepentingan menyokong aplikasi yang digunakan dalam bidang pendidikan membawa impak
positif kepada perkembangan bidang ilmu (Achmad et al., 2018) disamping dapat
meningkatkan kualiti kerja guru tersebut (Shampa, 2016). Google Classroom membolehkan
golongan pendidik mencipta bahan pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif disamping
menyokong perkongsian ilmu antara guru dan murid (Ade dan Jumadi,2018).

Isu Dan Cabaran Guru Mengaplikasikan Teknologi Dalam Pendidikan


Walaupun terdapat banyak kelebihan menggunakan teknologi dalam pendidikan, tidak dapat
dinafikan bahawa terdapat banyak cabaran dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi
dalam pendidikan. Antaranya ialah tidak semua guru yakin bahawa penggunaan teknologi
dalam pelantar pembelajaran secara atas talian (Heggart dan Yoo, 2018). Ini kerana
pelaksanaan pembelajaran secara atas talian yang melibatkan semua murid merupakan salah
satu cabaran terbesar. Guru serta murid perlu memiliki persediaan yang cukup menerima corak
pembelajaran baharu dengan penerapan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Ini kerana
guru mungkin menghadapi kekangan dari segi masa untuk menyediakan bahan pengajaran
yang bersesuaian untuk pembelajaran secara atas talian.

282
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Selain itu, cabaran lain ialah faktor penerimaan guru dalam mengaplikasikan teknologi dalam
pendidikan. Salah satu faktor pemangkin isu ini ialah tidak semua guru mahir menggunakan
teknologi dan perlu latihan untuk menggunakannya (Alruwais et al., 2018). Guru perlu
menyiapkan diri dengan kemahiran yang mendalam berkaitan dengan teknologi yang akan
digunakan dalam proses pembelajaran agar mampu memberikan dan menyampaikan ilmu
dengan berkesan.

Selain guru, cabaran yang harus dihadapi dalam pengaplikasian teknologi dalam pendidikan
ialah faktor penerimaan murid terhadap teknologi yang digunakan. Terdapat isu murid tidak
mahir menggunakan komputer atau pembelajaran secara atas talian dan perlu menjalani latihan
pada peringkat awal pelaksanaannya. (Alruwais et al., 2018). Selain itu juga, terdapat murid
yang tidak berkemampuan untuk menyediakan peralatan seperti komputer dan internet bagi
tujuan pembelajaran secara atas talian dan menjadi tugas institusi pendidikan (Alruwais et al.,
2018). Kesannya, murid terhad hanya dapat menggunakan teknologi itu semasa berada di
sekolah dan tidak menyokong matlamat pembelajaran secara atas talian yang menggalakkan
pembelajaran secara berterusan tanpa mengira masa dan tempat.

Tidak dapat lari daripada isu ini, masalah capaian merupakan salah satu faktor pemangkin
kepada cabaran dalam mengaplikasikan teknologi dalam bidang pendidikan. Ini kerana
kebanyakkan pelantar pembelajaran secara atas talian menggunakan akses internet untuk
dicapai (Nirfayanti dan Nurbaeti, 2019). Antara pelantar pembelajaran atas talian yang
menggunakan capaian internet ialah Google Classroom, Edmodo, Kahoot, Youtube dan
sebagainya. Pembangunan infrastruktur teknikal yang lemah di negara-negara lain menjadikan
penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan juga sukar untuk dilaksanakan (Alruwais et
al., 2018).

Model Penerimaan Teknologi


Davis (1989) mengadaptasi daripada Theory of Reasoned Action dan mengembangkan menjadi
Model Penerimaan Teknologi untuk mengetahui sikap serta penerimaan pengguna terhadap
sistem informasi. Teori Tindakan Bersebab menyatakan bawaha kepercayaan dapat
mempengaruhi sikap dan membawa kepada niat yang kemudiannya diterjemahkan dalam
perlakuan (Jamaludin dan Suzlina, 2016). Antara kajian yang menggunakan pendekatan model
penerimaan teknologi ialah kajian yang dijalankan oleh Jamaludin dan Suzlina (2016) untuk
mengkaji tahap pengetahuan, kemahiran serta sikap guru sekolah menengah terhadap
penggunaan Web 2.0 dalam proses pengajaran Bahasa Melayu serta kajian yang dijalankan
oleh Sazanah dan Ahmad (2019) untuk mengkaji berkaitan dengan pengaruh tanggapan mudah
guna dalam penerimaan terhadap perkongsian video pendidikan berfokus. Pendekatan model
penerimaan teknologi yang digunakan dalam kajian ini dilihat sesuai kerana bagi melihat tahap
pengetahuan dan tahap kesediaan guru-guru sama ada menerima mahupun menolak
pengaplikasian Google Classroom dalam PdPc.

Sumber: Suzlina dan Jamaludin (2016)

283
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

3. Analisis Data

Data yang dikumpul menerusi google form dianalisis bagi mendapatkan nilai kekerapan,
peratus, min, sisihan piawai serta pekali kebolehpercayaan. Analisis deskriptif digunakan
untuk melihat data demografi responden yang seterusnya membantu dalam melihat
perbandingan antara jantina ke atas tahap pengetahuan dan tahap kesediaan. Sekiranya nilai
min antara 3.35-5.00, ianya merujuk kepada min tinggi, kemudian sekiranya nilai min berada
pada tahap 1.68-3.34 maka ia berada di tahap sederhana dan jika nilai min berada pada 1.00-
1.67 ia berada pada rendah.

Proses analisis data melibatkan 5 analisis mengikut peringkat seperti yang berikut:
Peringkat 1: Analisis Kepercayaan (Reliabilit Analysis) ke atas keseluruhan data responden
kajian ini.
Peringkat 2: Analisis Kenormalan (Normality Analysis) ke atas keseluruhan data responden
kajian ini.
Peringkat 3: Analisis Deskriptif (Descriptive Analysis) ke atas data demografi keseluruhan
responden kajian ini.
Peringkat 4: Analisis Deskriptif (Descriptive Analysis) ke atas data tahap pengetahuan dan
tahap kesediaan guru terhadap penggunaan pelantar M-pembelajaran Google Classroom dalam
proses PdPc melibatkan keseluruhan responden kajian ini.
Peringkat 5: Analisis Ujian Perbandingan Purata (Mean Comparison Test Analysis) ke atas
data untuk melihat perbezaan tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru terhadap
penggunaan pelantar M-pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc berdasarkan
jantina melibatkan keseluruhan responden kajian ini.

Analisis Kepercayaan (Realibility Analysis)


Proses ini melibatkan proses kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam kajian ini,
kebolehpercayaan bagi instrumen ditentukan dengan menggunakan kaedah ketekalan dalaman
Alpha Cronbach. Jadual 1 menunjukkan konstruk dan item yang digunakan dalam kajian ini.

Jadual 1: Nilai Pekali Kebolehpercayaan


Bil Konstruk Bilangan Pekali
Item keboleh percayaan
1 Tahap pengetahuan guru-guru terhadap penggunaan 18 0.948
pelantar M-pembelajaran Google Classroom dalam
proses PdPc
2 Tahap kesediaan guru-guru terhadap penggunaan 15 0.742
pelantar M-pembelajaran Google Classroom dalam
proses PdPc

Berdasarkan jadual 1, konstruk tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan pelantar M-


Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc sebanyak 18 item dengan nilai
kebolehpercayaan 0.948. Manakala konstruk tahap kesediaan guru terhadap penggunaan
pelantar M-Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc yang merangkumi 15 item
menunjukkan pekali kebolehpercayaan 0.742. Keadaan ini menunjukkan instrumen kajian ini
telah memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki dan boleh diterima. Nilai alpha Cronbach melebihi
0.60 boleh diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Mohd Majid
1990; Borg et.al 1993; Siti Rahaya 2003) dan menurut pandangan Palant (2011) nilai sekecil
0.60 boleh diterima terutamanya jika melibatkan instrumen yang baharu dibina.

284
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Analisis Kenormalan (Normality Analysis)


Data yang diperoleh perlu melalui proses analisis kenormalan untuk menentukan jenis Ujian
Perbandingan Purata (Mean Comparison Test Analysis) yang sesuai digunakan bagi peringkat
analisis yang lain. Analisis ini dilaksanakan juga untuk menentukan bahawa data yang
diperolehi bertaburan secara normal. Jadual 2 menunjukkan keputusan Ujian Normaliti bagi
data tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru-guru terhadap pelantar M-pembelajaran
Google Classroom dalam proses PdPc.

Jadual 2: Ujian Normaliti Bagi Data Tahap pengetahuan dan Tahap Kesediaan Guru Terhadap
Penggunaan Pelantar M-pembelajaran Google Classroom Dalam Proses PdPc
Constructs N Mean Sd. Skewness Kurtosis Min Max
Deviation
Tahap 262 1.373 0.335 0.455 -1.348 1.00 2.00
Pengetahuan
Tahap 262 4.037 0.346 -0.695 4.957 2.00 5.00
Kesediaan

Hasil daripada ujian normaliti ke atas 262 data responden seperti yang ditunjukkan dalam
jadual 2. Terdapat banyak pendapat tentang nilai mutlak bagi ujian normaliti. Salah satunya
ialah menurut Bulmer (1979), pengagihan skor pengukuran boleh dipertimbangkan sebagai
normal jika nilai “Skewness” antara -1 dan 1.

Berdasarkan jadual 2, nilai “Skewness” adalah antara 0.455 bagi tahap pengetahuan guru-guru
terhadap penggunaan pelantar M-pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc.
Manakala, nilai “skewness” bagi tahap kesediaan guru-guru terhadap penggunaan pelantar M-
pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc adalah antara -0.692. Berdasarkan kedua-
dua nilai ini, ujian normaliti menunjukkan data bertaburan normal, maka ujian parametrik
boleh diteruskan.

Analisis Deskriptif Ke Atas Demografi Responden (Descriptive Analysis)


Sampel kajian melibatkan 262 orang guru sekolah menengah di daerah Kudat. Analisis
responden melibatkan demografi seperti jantina, umur, bangsa, tempoh perkhidmatan, tahap
kemahiran responden menggunakan perkakasan serta aplikasi teknologi dalam pendidikan
serta fasiliti internet.

Jadual 3: Profil Responden Kajian


Demografi Kategori responden Kekerapan Peratus
Jantina Lelaki 114 43.5
Perempuan 148 56.5
Umur 20 – 30 Tahun 53 20.2
31 – 40 Tahun 98 37.4
41 – 50 Tahun 82 31.3
51 Tahun dan ke atas 29 11.1
Bangsa Melayu 47 17.9
Cina 21 8.0
Bumiputera Sabah 194 74.0
Tempoh perkhidmatan 5 tahun ke bawah 54 20.6
5 – 10 tahun 59 22.5
11 – 20 tahun 94 35.9
21 – 30 tahun 52 19.8
31 tahun dan ke atas 3 1.1
Tahap kemahiran Lemah 7 2.7
Sederhana 109 41.6
Baik 117 44.7

285
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Sangat baik 29 11.1


Kawasan sekolah saya Sangat lemah 9 3.4
memiliki capaian internet Lemah 35 13.4
yang baik untuk Sederhana 43 16.4
membolehkan sesi PdPc Baik 166 63.4
Google Classroom Sangat Baik 9 3.4

Kawasan kediaman saya Sangat lemah 13 5.0


memiliki capaian internet Lemah 68 26.0
yang baik untuk Sederhana 40 15.3
membolehkan sesi PdPc Baik 127 48.5
menggunakan aplikasi Sangat Baik 14 5.3
Google Classroom.

Responden kajian melibatkan 114 orang guru lelaki dengan peratusan (43.5%) dan 148 orang
guru perempuan dengan peratusan (56.5%). Bagi umur responden pula, 53 orang guru dengan
peratusan (20.2%) berumur antara 20 – 30 tahun, 98 orang guru dengan peratusan (37.4%)
berumur antara 31 – 40 tahun, 82 orang guru dengan peratusan (31.3%) berumur antara 41 –
50 tahun dan 29 orang guru dengan peratusan (11.1%) berumur 51 tahun dan ke atas. Bagi
bangsa responden pula, 47 orang guru berbangsa Melayu dengan peratusan (17.9%), 21 orang
guru berbangsa Cina dengan peratusan (8.0%) dan 194 orang guru berbangsa Bumiputera
Sabah dengan peratusan sebanyak (74.0%). Bagi tempoh perkhidmatan pula, sebanyak 54
orang guru berkhidmat 5 tahun ke bawah dengan peratusan sebanyak (20.6), 59 orang guru
berkhidmat 5 – 10 tahun dengan peratusan sebanyak (22.5%), 94 orang guru berkhidmat 11 –
20 tahun dengan peratusan sebanyak (35.9%), 52 orang guru berkhidmat 21 – 30 tahun dengan
peratusan sebanyak (19.8%), dan 3 orang guru berkhidmat 31 tahun ke atas dengan peratusan
sebanyak (1.1%). Bagi tahap kemahiran responden menggunakan perkakasan serta aplikasi
teknologi dalam pendidikan pula 7 orang guru dengan peratusan (2.7%) tahap kemahiran pada
tahap lemah, 109 orang guru dengan peratusan (41.6 %) pada tahap sederhana, 117 orang guru
dengan peratusan (44.7%) pada tahap baik dan 29 orang guru dengan peratusan (11.1%) pula
pada tahap sangat baik. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa 9 (3.4%) orang guru
menyatakan capaian internet di kawasan sekolah sangat lemah , 35 (13.4%) lemah, 43 (16.4%)
sederhana, 166 (63.4%) baik dan 9 (3.4%) sangat baik untuk membolehkan sesi PdPc Google
Classroom. Seterusnya, berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa 13 (5.0%) orang guru
menyatakan capaian internet di kawasan kediaman sangat lemah, 68 (26.0%) lemah, 40
(15.3%) sederhana, 127 (48.5%) orang guru baik dan 14 (5.3%) sangat baik untuk
membolehkan sesi PdPc Google Classroom.

Analisis Deskriptif Ke Atas Data Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru
Terhadap Penggunaan Pelantar M-Pembelajaran Google Classroom Dalam Proses PdPc
Bahagian ini akan menjawab objektif kajian iaitu apakah tahap pengetahuan dan tahap
kesediaan guru sekolah menengah di daerah kudat terhadap penggunaan pelantar M-
Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc. Dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk
min, sisihan piawai dan interprestasi.

Jadual 4, menunjukkan analisis tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru sekolah menengah
di daerah Kudat terhadap penggunaan pelantar M-Pembelajaran Google Classroom dalam
proses PdPc.

286
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 4: Analisis Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru Sekolah Menengah Luar bandar
Terhadap Pelantar M-Pembelajaran Google Classroom
Bil Konstruk Min Sisihan Tahap
piawai
1. Tahap pengetahuan guru-guru sekolah menengah 1.37 0.456 Rendah
luar bandar terhadap penggunaan pelantar M-
Pembelajaran Google Classroom dalam PdPc.
2. Tahap kesediaan guru-guru sekolah menengah luar 4.03 0.726 Tinggi
bandar terhadap penggunaan pelantar M-
Pembelajaran Google Classroom dalam PdPc.

Analisis Ujian Perbandingan Purata (Mean Comparison Test Analysis)


Bahagian ini akan menjawab objektif kajian iaitu mengetahui perbezaan tahap pengetahuan
dan tahap kesediaan guru di sekolah menengah luar bandar terhadap pelantar M-pembelajaran
Google Classroom berdasarkan jantina. Dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan
piawai dan interprestasi.

Jadual 5 menunjukkan analisis tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru sekolah menengah
terhadap penggunaan pelantar M-Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc
berdasarkan jantina.

Jadual 5: Analisis Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah Menengah Luar
Bandar Terhadap Penggunaan Pelantar M-Pembelajaran Google Classroom Dalam Proses PdPc
Berdasarkan Jantina.
Guru Lelaki (N= 114) Guru Perempuan (N= 148)
Min Sisihan Tahap Min Sisihan Tahap
(M) Piawai (SD) (M) Piawai (SD)
Tahap 1.379 0.338 Rendah 1.369 0.333 Rendah
Pengetahuan
Tahap 3.999 0.413 Tinggi 4.066 0.283 Tinggi
Kesediaan

Berdasarkan jadual 5, tahap pengetahuan guru lelaki (M=1.379, SD=0.338) adalah lebih tinggi
berbanding dengan guru perempuan (M=1.369, SD=0.333) sekolah menengah di kawasan luar
bandar dan kedua-dua min tersebut pada tahap rendah terhadap penggunaan pelantar M-
Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc berdasarkan jantina. Dapat disimpulkan
bahawa tahap pengetahuan guru-guru sekolah menengah luar bandar berada pada tahap rendah
dalam kajian ini. Manakala, tahap kesediaan guru lelaki (M=3.999, SD=0.413) adalah lebih
rendah berbanding dengan guru perempuan (M=4.066, SD=0.283) sekolah menengah di
kawasan luar bandar dan min bagi tahap kesediaan guru lelaki dan guru perempuan ialah tinggi
terhadap penggunaan pelantar M-Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc. Dapat
disimpulkan bahawa tahap kesediaan guru lelaki dan guru perempuan berada pada tahap tinggi
bagi sekolah menengah luar bandar dalam kajian ini.

287
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Perbezaan Min Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah


Menengah Luar Bandar Terhadap Penggunaan Pelantar M-Pembelajaran Google
Classroom Dalam Proses Pdpc Berdasarkan Jantina.

Jadual 6: Ujian T-Sampel Bebas Bagi Perbezaan Min Tahap Pengetahuan Guru-Guru Sekolah
Menengah Luar Bandar Terhadap Penggunaan Pelantar M-Pembelajaran Google Classroom Dalam
Proses PdPc Berdasarkan Jantina.
Ujian-t bagi persamaan min
Ujian Levene’s t df p Perbezaan Min 99% selang
min ralat keyakinan bagi
Piawai perbezaan
F Sig Bawah Atas
Perbezaan Min 0.097 0.755 0.230 260 0.818 0.01 0.0418 -0.072 0.092
Tahap
Pengetahuan
Perbezaan Min 6.252 0.013 -1.55 260 0.122 -0.066 0.043 -0.151 0.018
Tahap Kesediaan

Berdasarkan keputusan ujian Levene’s (F=0.097, p=0.818) pada jadual 6, keputusan ujian t-
sampel menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pengetahuan guru sekolah
menengah di kawasan luar bandar terhadap penggunaan pelantar M-Pembelajaran Google
Classroom dalam proses PdPc [t(260)=0.230, p=0.818] berdasarkan jantina. Justeru Ha1 telah
gagal ditolak. Dapat disimpulkan bahawa min pengetahuan guru lelaki lebih tinggi berbanding
guru perempuan di sekolah menengah luar bandar terhadap penggunaan pelantar M-
Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc dengan perbezaan min iaitu 0.01.

Bagi tahap kesediaan pula, berdasarkan keputusan ujian Levene’s (F=6.252, p=0.013),
keputusan ujian t-sampel bebas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min
kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap penggunaan pelantar M-
Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc [t(260)=-1.55, p=0.122] berdasarkan
jantina. Oleh itu, Ha2 telah gagal ditolak. Dapat disimpulkan bahawa min kesediaan guru lelaki
lebih rendah jika dibandingkan dengan min guru perempuan di sekolah menengah luar bandar
terhadap penggunaan pelantar M-Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc dengan
perbezaan min -0.066.

4. Perbincangan

Kajian ini telah menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru sekolah menengah terhadap
penggunaan pelantar M-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) adalah pada tahap rendah dengan min keseluruhan sebanyak 1.37.

Tahap pengetahuan yang rendah dapat dilihat min 1.11 yang dapat dilihat melalui tahap
pembacaan guru berkaitan dengan aplikasi Google Classroom dan guru-guru yang
menggunakan aplikasi Google Classroom dalam PdPc. Hasil kajian ini telah menyokong kajian
lepas yang dilakukan oleh Rahmi et. al (2019) iaitu latihan dapat mendorong guru
meningkatkan pengetahuan serta kefahaman berkaitan proses pembangunan LMS-Google
Clasroom, guru dapat membuat LMS-Google Classroom sehingga memuat naik bahan
pengajaran dan penilaian menggunakan Google Form, serta guru mampu meningkatkan
ketrampilan dalam mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran menggunakan LMS-
Google Classroom. Guru-guru perlu untuk sentiasa menggunakan pelantar ini agar dapat
membantu mereka meningkatkan tahap pengetahuan bagi meningkatkan lagi bidang
pendidikan di negara kita.

288
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Tahap kesediaan guru sekolah menengah terhadap penggunaan pelantar M-pembelajaran iaitu
Google Classroom dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) adalah pada tahap
tinggi dengan min keseluruhan sebanyak 4.03. Tahap kesediaan yang tinggi ini menunjukkan
bahawa, guru di luar bandar turut bersedia untuk menerima perubahan dari kaedah pengajaran
yang menggunakan pendekatan tradisional kepada kaedah pengajaran menggunakan bantuan
teknologi. Namun, terdapat cabaran yang dihadapi iaitu sebelum pelaksanaan aplikasi Google
Classroom, pihak Kementerian harus memberikan Kursus atau bengkel yang cukup kepada
guru-guru. Salah satu faktor penghalang ialah kefahaman serta kesediaan guru-guru untuk
mengadaptasi kaedah pembelajaran yang baharu.

Seterusnya, berdasarkan analisis tahap pengetahuan guru lelaki adalah lebih tinggi berbanding
dengan guru perempuan di sekolah menengah luar bandar dan min tahap pengetahuan berada
pada tahap rendah terhadap penggunaan pelantar M-Pembelajaran Google Classroom dalam
proses PdPc berdasarkan jantina. Dapat disimpulkan bahawa tahap pengetahuan guru sekolah
menengah di kawasan luar bandar berada pada tahap rendah dalam kajian ini. Tahap kesediaan
guru lelaki adalah lebih rendah berbanding dengan guru perempuan di sekolah menengah luar
bandar dan min bagi tahap kesediaan guru lelaki dan guru perempuan ialah tinggi terhadap
penggunaan pelantar m-Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc. Dapat
disimpulkan bahawa tahap kesediaan guru lelaki dan guru perempuan berada pada tahap tinggi
bagi sekolah menengah luar bandar dalam kajian ini. Hasil kajian ini selari dengan kajian yang
dijalankan oleh Fatimah dan Hasmadi (2019) yang mendapati bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan antara tahap kesediaan guru lelaki dan guru perempuan terhadap penggunaan
VLE1BestariNet.

Implikasi Kajian
Tuntasnya, daripada hasil kajian ini dapat kita lihat bahawa pelaksanaan terhadap penggunaan
pelantar m-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam PdPc ini perlu diperhalusi lagi
pelaksanaannya dengan mengambil kira pelbagai aspek agar golongan pelaksana dapat
menjalankan kewajipan dengan baik. Kemunculan pelbagai aplikasi berasaskan m-
pembelajaran dan Google telah melancarkan aplikasi Google Classroom yang dilihat mampu
meningkatkan kualiti dalam bidang pendidikan (Andri,2016).

Secara dasarnya, guru-guru perlu memiliki pengetahuan tentang pelaksanaan bahawa


pelaksanaan terhadap penggunaan pelantar m-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam
proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan tahap kesediaan guru-guru bergantung
dengan persediaan yang dilakukan oleh pihak atasan dalam memberikan pendedahan kepada
guru-guru serta kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut. Ini dapat dilihat apabila terdapat
sebilangan guru tidak biasa menggunakan teknologi dalam proses pembelajaran dan
memerlukan latihan untuk yakin menggunakannya (Alruwais et. al, 2018) Melalui kursus dan
bengkel dilihat mampu untuk memberikan kefahaman kepada guru untuk melaksanakan
penggunaan pelantar M-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam PdPc.

Selain itu juga, guru perlu menguasai kemahiran teknologi agar mampu memastikan
pelaksanaan Google Classroom dijalankan bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di
kawasan luar bandar agar mampu mengurangkan jurang perbezaan antara tahap pendidikan di
kawasan bandar dan luar bandar.

289
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Cadangan Penyelidikan Masa Depan


Bagi penyelidikan masa akan datang, dicadangkan kajian dilakukan dengan menggunakan
sampel yang lebih luas dan besar meliputi semua guru sekolah menengah di kawasan luar
bandar di Malaysia bagi memastikan data yang diperolehi merangkumi seluruh kawasan serta
dapat membantu meningkatkan ilmu dalam bidang ini. Selain itu juga, pada masa akan datang
dicadangkan supaya membuat satu kajian tentang tahap pengetahuan guru tentang cara
pembangunan serta penggunaan fitur-fitur dalam Google Classroom dalam kalangan guru
untuk melihat secara lebih mendalam tentang kesediaan guru terhadap pelaksanaan Google
Classroom. Selain itu juga, kajian ini juga boleh dikembangkan lagi dengan mengkaji skop
yang lebih besar dan meluas kepada murid seperti mengkaji hubungan antara faktor ekonomi
murid dengan tahap penguasaan murid terhadap Google Classroom agar mampu untuk melihat
lebih banyak aspek lagi.

Kesimpulan
Kesimpulannya, tahap pengetahuan dan persediaan guru sekolah menengah di kawasan luar
bandar merupakan salah satu faktor penggunaan pelantar Google Classroom sukar
diaplikasikan di kawasan tersebut. Namun kerjasama pelbagai pihak perlu untuk memastikan
semua murid mendapat akses pendidikan yang menyeluruh lebih-lebih lagi pada masa
pandemik yang mencabar ini. Warga pendidik perlu menguasai sesuatu ilmu agar mampu
menyampaikan dengan baik kepada pelajar. Dunia pendidikan kini semakin mencabar dari
tahun ke tahun khususnya pada masa pandemik Covid-19 ini yang telah melihatkan sekolah
terpaksa ditutup. Oleh itu, penggunaan pelantar M-pembelajaran secara atas talian seperti
Google Classroom sangat penting agar pembelajaran mampu dilaksanakan secara berterusan
dan melibatkan semua murid di Malaysia.

Rujukan

Achmad Supriyanto, Burhanuddin, Aditya Chandra Setiawan dan Erika Mei Budiarti. (2018).
Social Media Diffusion of Google Classroom in Teaching and Learning. Advance in
Social Science, Education and Humanities Research, Volume 285.
Ade Cyntia Pritasari, dan Jumadi. (2018). Development of Science Learning Toolm Based on
Problem Learning with Google Classroom to Improve Argumentation Skill.
Biosaintifika Journal of Biology, & Biology Education 10 (2).
Ahmad Fakrudin Mohamed Yussof, Wan Norina Wan Hamat dan Nor Khayati Basir. (2019).
Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Mata
Pelajaran UMUM (MPU) di Politeknik. E-Bangi Journal of Social Sciences and
Humanities, Vol. 16, No.5 (1-13)
Andri Wijaya. (2016). Analysis of Factors Affecting the Use of Google Classroom to Support
Lectures. The 5th ICIBA 2016, International Conference on Information Technology
and Engineering Application: Palembang-Indonesia.
D.A Fitriningtiyas, N. Umamah dan Sumardi. (2019). Google Classroom : As a Media of
Learning History. ICEGE IOP Conf. Series : Earth and Environmental Science 243
Fatimah Binti Abdul Rashid dan Hasmadi Bin Hassan (2019). Analisis Perbezaan Tahap
Kesediaan Guru Terhadap 1BestariNet Dari Aspek Jantina, Bangsa dan Usia.
International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), Issue 6, Vol
1 (31-39).
Izwan Nizal Mohd Shaharanee, Jastini Mohd Jamil dan Sarah Syamimi Mohd Rodzi. (2016).
The Application of Google Classroom as a Tool for Teaching and Learning. Journal of
Telecommunication, Electronic and Computer Engineering, Vol 8, No 10.
Jamaludin Badusah dan Suzlina Hilwani Baharuddin. (2016). Tahap Pengetahuan, Kemahiran

290
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

dan Sikap Guru Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Web 2.0 Dalam Pengajaran
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, Vol 6, Bil 2 : 33-43
Keith Heggart dan Joanne Yoo. (2018). Getting the Most from Google Classroom : A
Pedagogical Framework for Tertiary Educators. Australian Journal of Teacher
Education, Vol 43, 3.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), Putrajaya : Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Khairunnisa Binti Mohd Subri dan Mohd Jasmy Abd Rahman. 2019. Penggunaan Aplikasi
Mudah Alih (Mobile Apps) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), Revolusi
Industri 4.0 dari Perspektif, Selangor : Penerbit Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Lee Bih Ni. (2020). Blended Learning Through Google Classroom. World Academy of Science
and Technology International Journal of Educational and Pedagogical Sciences, Vol
4, No 4.
Maheran Zakaria, Khamisah Abd Manaf, Hasnun Anip Bustaman dan Rahayu Abdul Rahman.
(2020). Exploring Benefits and Challenges of Adopting Google Classroom in the
Perspective of Higher Institution’s Learners, TEST Engineering & Management ,
ISSN: 0193-4120.
M. Kaviza. (2020). Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom
Sebagai Platform Pembelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH) Volume 5, Issue 4
Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan, Mohd Isa Hamzah. 2017.Tahap
Pengetahuan Dan Kesediaan Guru-Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di
Selangor Terhadap Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Pendidikan Islam.
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J)
Volume 1 (1) January 2017, 1-13.
Mohamed Nazul Ismail (2020). Cabaran Kepimpinan Dalam Pengurusan Pembelajaran
Digital. Jurnal Refleksi kepimpinan Jilid III.
Nirfayanti dan Nurbaeti. (2019). Pengaruh Media Pembelajaran Google Classroom Dalam
Pembelajaran Analisis Real Terhadap Motivasi Belajar Mahasiswa. PROXIMAL :
Jurnal Penelitian Matematika dan Pendidikan Matematika, Volume 2, Nomor 1.
Nuha Alruwais, Gary Wills dan Mike Wald. 2018. Advantages and Challenges of Using e-
Assessment. International Journal of Information and Education Technology, Vol 8,
No 1.
Nurul Syuhuda Mohd Yunos dan Md Yusoff Daud (2019). Revolusi Industri 4.0 dan Kaitannya
dalam Pendidikan, Revolusi Industri 4.0 dari Perspektif, Selangor : Penerbit
Pendidikan. Fakulti Pendidikan
Rahmi Ramadhani, Ermayanti Astuti dan Titin Setiawati. (2019). The Implementation of LMS-
Google Classroom to Improving Competence Skill of Senior High School Teachers’ in
Industrial Revolution 4.0. Amaliah : Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat Volume
3, No. 2.
Sathyendra Bhat, Ragesh Raju, Athokpam Bikramjit dan Rio D’Souza. (2018). Leveraging E-
Learning Through Google Classroom : A Usability Study. Journal of Engineering
Education Transformations, Volume 31, No. 3.
Sazanah Md Ali dan Ahmad Zamzuri Mohamad Ali (2019). Pengaruh Tanggapan Mudah Guna
dalam Penerimaan Terhadap Laman Perkongsian Video Pendidikan Berfokus. Jurnal
Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik, Vol 8, No 1.
Shampa Iftakhar. (2016). Google Classroom : What Works and How? . Journal of Education
and Social Sciences, Vol 3.

291
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Su Wan Jen dan Mohd Effendi @Ewan Mohd Matore (2020). Keberkesanan Penggunaan
Google Classroom dalam Pendidikan: Sorotan Literatur Bersistematik. Jurnal Dunia
Pendidikan, Vol 2, No 4, 39-53.
Rahmi Ramadhani, Rofiqul Umam, Abdurrahman Abdurrahman dan Muhamad Syazali.
(2019). The Effect of Flipped-Problem Based Learning Model Integrated with LMS-
Google Classroom for Senior High School Student. Journal for the Education of Gifted
Young Scientists, 7 (2), 137-158.

292
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

View publication stats

You might also like