Karnival Kesenian Islam 2012

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa dengan sukacitanya Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(PKKSSAAS), Kolej Tiga Belas(K13) dan Pelajar Kokurikulum Berkredit (QKW 2108) UPM akan menganjurkan program
anjuran bersama iaitu Karnival Kesenian Islam (KKI 12) yang akan diadakan pada 6 Dis. hingga 8 Dis. 2012
bertempat di Dewan Besar, PKKSSAAS mulai
jam 8.30 pagi hingga jam 11.00 malam.

Tujuan utama program ini ialah untuk mengenengah, memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman dan
pengetahuan dalam diri pelajar dan warga UPM khususnya memberi ruang dan peluang menerusi elemen
pembelajaran dan penyelidikan di dalam bidang kesenian Islam amnya.

Antara pengisian program tersebut ialah pameran (khat, artifak, busana muslimah, koleksi Al-Quran dan lain-lain)
jualan, demonstrasi pembuatan alat muzik Gambus/Oud, pertandingan kompang, pameran dan marhaban,
persembahan kebudayaan, bengkel dan forum yang mengupas topik "Alunan Islamik Benteng Kecelaruan Emosi" yang
mana penceramah jemputannya adalah dari sebuah rancangan realiti tv iaitu "IMAM MUDA" (Ustaz Mohamad Azri
Naim Mohd Kamal , Ustaz Syed Mohd Faris Syed Roslan dan Ustaz Omar Mohd Mokhtar).

Sehubungan itu, pihak PKKSSAASS adalah dengan segala hormatnya menjemput, mengalu-alu dan mempelawa
kepada seluruh warga kampus dan masyarakat sekitar untuk turut hadir bersama-sama memeriahkan lagi Karnival
Kesenian Islam (KKI 12).

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan bolehlah menghubungi Encik Mohd Khairul Zainal Abidin ditalian 03-8946
7527.

Sekian buat makluman.

MOHD KHAIRUL ZAINAL ABIDIN


Pegawai Kebudayaan
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS)
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan
(03-8946 7527 *010-8999 506) Faks : 03-8946 7328
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

You might also like