Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

MPU3223

KEUSAHAWANAN 2

SEPTEMBER 2022 SEMESTER

NO. MATRIKULASI : 950110126560002

NO. KAD PENGENALAN : 950110-12-6560

NO. TELEFON : 0149593693

E-MEL : ranieran@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA MARUDU LEARNING CENTRE


ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan dan Latar belakang KFC 3


1.1 Carta organisasi 4
1.2 Jenis perniagaan KFC 4
1.3 Kualiti perkhidmatan KFC 5
1.4 Campuran pemasaran 4P KFC 5-6
2.0 Maksud perancangan dalam organisasi 6
2.1 Kepentingan perancangan 6-7
3.0 Analisis perancangan dalam organisasi KFC
- Perancangan strategik 7
- Merancang sistem organisasi 8
- Pemberian latihan pembangunan kepada 9-10
kakitangan
4.0 Kesimpulan 11
Rujukan 12
Bahagian II OCP 13-15
1.0 PENGENALAN

Rancangan perniagaan syarikat popular di Malaysia yang telah dipilih adalah berkaitan
sebuah syarikat multinasional ( MNC ) iaitu perniagaan Kentucky Fried Chicken ( KFC ).

Latar belakang dan sejarah syarikat

Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky,
Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc. KFC telah diasaskan oleh Kolonel
Harland Sanders. KFC sangat terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam
dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang
dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan (pressure cook). KFC diperkenalkan
pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Seterusnya pada tahun 1952, francais KFC yang
pertama diasaskan disebuah tempat yang dikenali sebagai South Salt Lake, Utah oleh Harland
Sanders dan Pete Harman. Kemudian, Sanders telah menjual keseluruhan francais KFC
dengan nilai AS$2 juta pada tahun 1964. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak
tiga kali lagi. Kini KFC dimiliki oleh Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian
daripada Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands. Manakala di
Malaysia, restoran KFC yang pertama dibuka pada Januari 1973 di Jalan Tunku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur. Akibat daripada permintaan yang tinggi daripada masyarakat, kini
KFC mempunyai lebih 457 rangkaian restoran di seluruh Malaysia di samping 26,000
pekerja. Sehingga kini, KFC Malaysia terus menyajikan hidangan ayam goreng yang lazat,
enak dan berkualiti. Adunan penuh perisa herba dan rempah ini memberikan ayam KFC
aroma yang lazat dan menyelerakan dengan mengekalkan rasa ayam yang asli, meninggalkan
rasa yang tiada tandingan. KFC mampu berbangga sebagai sebuah restoran makanan segera
yang mampu memberikan pelanggan rasa ayam yang hebat dengan pelbagai pilihan sajian ala
masakan di rumah. Pada tahun 1972 pula, KFC telah membuka cawangannya dengan
bermodalkan sebanyak RM60,000.00. dan terus berkembang dengan pesatnya sehingga pada
tahun 1977 ia mempunyai 11 cawangan. KFC sehingga kini terdapat lebih kurang 500
rangkaian diseluruh Malaysia, Singapura dan Brunei serta terdapat 14,200 rangkaian KFC di
seluruh dunia. Malaysia seolah-olah menjadi antara beberapa buah negara sasaran bagi
rangkaian makanan segera di Asia.

1.1 CARTA OGANISASI KFC

Pengerusi :
Tan Sri Dato' Mohd Ali Bin
Hashim

Timbalan Pengerusi:
Ahmad Bin Mohamad

Pengarah :
Pengarah Urusan : Pengarah Pengarah :
Tan Sri Dato' Dr. Yahya Bin
Jamaludin Bin Md Ali Hassim Bin Baba Dato' Ismee Bin Ismail
Awang

1.2 Jenis Perniagaan KFC

KFCH kini mempunyai lebih kurang 500 rantaian restoran KFC di Malaysia, Singapura dan
Brunei, manakala terdapat lebih kurang 37 rangkaian restoran Rasamas di Malaysia.
Kumpulan KFC juga mempunyai 27 Kedai Ayamas dan 4 Gedung Ayamas, menjadikan ia
penjual ayam berjenama dan rantaian runcit berasaskan ayam terunggul di negara.
Untuk menampung aktiviti utamanya, KFCH telah melibatkan diri secara meluas dalam
bidang penternakan dan juga menjadi hos kepada bisnes kecil-kecilan seperti penanaman
sayur-sayuran, bakeri dan penghasilan sos. Setelah menjalani penstrukturan semula dengan
jayanya, dengan reputasi yang tinggi dan cemerlang dalam menghasilkan produknya, melalui
layanan yang mesra kepada pelanggan dan kekuatan kewangan mereka, KFCH telah menjadi
sebuah syarikat yang kukuh dalam dunia korporat di Malaysia.

1.3 Kualiti Perkhidmatan KFC

Nilai utama untuk kecemerlangan KFC dinamakan sebagai CHAMPS, iaitu :

C - Cleanliness

H - Hospitality

A - Accuracy

M - Maintenance

P - Product Quality

S - Speed Of Service

KFC telah memilih syarikat pemantau yang mempunyai reputasi yang baik untuk menilai
konsep CHAMPS ini. Setiap restoran akan dinilai dan diberi markah dengan menetapkan
tahap minimum 90% sebagai markah lulus. Manakala maklum balas daripada penilaian ini
akan dikaji dan digunakan bagi meningkatkan kualiti restoran.

1.4 Campuran pemasaran 4P KFC

1.4.1 Produk(PRODUCT)

 Variasi produk
 Kelainan pada produk
 Inovasi produk
 Eliminasi Produk

1.4.2 Harga(PRICE)

 Harga kos pemulihan


 Harga kadar penembusan
 Peninjauan dan pemerhatian harga produk

1.4.3 Promosi(PROMOTION)

 Melalui komunikasi persendirian


 Melalui komunikasi media massa
 Melalui pihak pengurusan jenama produk
 Identiti koporat

1.4.4 Tempat (PLACE)

 Saluran pengedaran
 Penjualan langsung
 E-commerce

2.0 Maksud perancangan dalam organisasi

Maksud Perancangan merujuk pada proses menentukan matlamat dan memutuskan


tindakan yang paling sesuai yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut. Secara
khusus, perancangan adalah satu proses formal yang melibatkan aktiviti- aktiviti yang
berikut:
 Menetapkan misi dan matlamat organisasi yang menyeluruh bagi jangka masa
panjang dan pendek
 Membentuk matlamat cawangan, jabatan, dan individu berdasarkan matlamat
organisasi
 Memilih strategi dan taktik untuk mencapai matlamat
 Mengagihkan sumber (manusia, kewangan, peralatan, dan kemudahan) untuk
mencapai matlamat, strategi, dan taktik organisasi.

Secara ringkas, apabila pengurus merancang sesuatu, dia perlu tahu apa yang ingin
dicapai dan bagaimana untuk mencapainya dengan cekap dan berkesan pada masa
tertentu.

2.1 Kepentingan perancangan


1. Menyediakan hala tuju
(a) Perancangan yang disediakan akan menjadi panduan kepada pengurus tentang
tugas-tugas yang perlu dilakukan dalam organisasi dan matlamat yang dikejar
oleh pengurus.
(b) Perancangan memberikan hala tuju yang jelas kepada pengurus untuk
bertindak dan bagaimana untuk bertindak.
(c) Ini termasuklah penentuan bila, bagaimana, dan siapa yang melakukan sesuatu
tugas.
2. Sebagai panduan untuk membuat keputusan
(a) Perancangan membolehkan pengurus mengurangkan risiko silap membuat
keputusan.
(b) Perancangan membolehkan pengurus membuat keputusan yang tepat dan
menguntungkan serta tiada pertindihan tindakan yang berlaku.
(c) Selain itu, perancangan juga dapat mengelakkan sebarang penyimpangan
tindakan berlaku.
3. Mengukur prestasi organisasi
(a) Matlamat yang telah ditetapkan boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk
menilai prestasi organisasi dari semasa ke semasa.
(b) Matlamat yang ditetapkan dapat diukur secara kuantitatif dan kualitatif untuk
dijadikan standard dalam melakukan perbandingan dengan prestasi sebenar.
4. Membolehkan kawalan dilakukan
(a) Melalui perancangan, pengurus dapat melihat perbezaan antara apa yang
dirancang dengan apa yang dicapai.
(b) Langkah-langkah pembetulan dapat diambil terhadap kesilapan dan
penyelewengan yang berlaku.
5. Menyelaras dan memperuntukkan sumber
(a) Dengan adanya perancangan, keperluan sumber-sumber untuk melaksanakan
tugas-tugas dapat dirancang dan diagihkan kepada jabatan-jabatan.
(b) Jika sumber tidak mencukupi dari segi kualiti dan kuantiti, tindakan untuk
memperolehnya dapat diselesaikan, supaya agihan sumber dapat dilakukan
secara sempurna.

1.0 Analisis perancangan dalam organisasi KFC


i. Perancangan strategik
Perancangan yang dilakukan dalam organisasi KFC ialah perancangan jenis strategik.
Ia merupakan pengelibatan keseluruhan dalam organisasi iaitu dengan menetapkan
hala tuju. Perancangan strategik ini ditetapkan oleh pengurusan tertinggi sahaja.
Rancangan ini merupakan rancangan jangka panjang dan bertujuan untuk
mengekalkan dan mengembangkan lagi perniagaan KFC.

Untuk mengekalkan perniagaan KFC ini dari tahun ke tahun untuk jangka
panjang, beberapa strategi telah dilakukan mengikut perancangan mereka. Antara
perancangan dalam KFC ialah dengan memperkenalkan beberapa produk baru pada
setiap tahun mengikut musim. Pada setiap tahun KFC akan mengeluarkan dan
memperkenalkan produk atau resepi baru, sambil mengekalkan resepi Original.
Pengeluaran ini hanya dilakukan dalam waktu yang terhad sahaja. Biasanya resepi
baru itu akan mula dijual pada musim tertentu, seperti sempena musim perayaan.
Perhatian iklan KFC yang ditayangkan di TV berubah mengikut perayaan. Pernah
juga mengikut trend. Ketika muzik K-Pop dan Korea mendapat sambutan hangat,
KFC Spicy Korean Crunch telah diperkenalkan.
KFC memperkenalkan produk baharu mereka disebabkan ingin menjaga
pelanggan mereka. Berdasarkan perancangan jangka panjang dalam organisasi
mereka iaitu untuk menjadi makanan yang menjadi pilihan utama pelanggan. Hal ini
disebabkan jika KFC menjadi pilihan utama masyarakat ,maka perniagaan akan
berkembang dengna lebih banyak, keuntungan mereka akan sentiasa meningkat dari
tahun ke tahun dan seterusnya menyebabkan perniagaan mereka kekal dan tidak
mempunyai risiko untuk jatuh atau merosot. Perancangan dalam organisasi KFC iaitu
memperkenalkan produk baru mengikut musim ke musim bertujuan juga untuk
menarik pelanggan untuk terus menjadi makanan KFC sebagai salah satu pilihan
utama mereka.
ii. Merancang sistem dalam organisasi
Antara rancangan dalam KFC ialah dengan melakukan pengorganisasian.
Pengorganisasian bermaksud proses menyusun dan mengagihkan sumber manusia
dan sumber lain untuk melaksanakan tugas agar matlamat organisasi yang telah
ditetapkan tercapai secara cekap dan berkesan. Seperti mana yang kita tahu, KFC
sudah mempunyai banyak cawangan-cawangan di seluruh Malaysia. Oleh itu,
mereka telah melakukan perancangan iaitu dengan pengorganisasian.
Melalui perancangan pengorganisasian ini maka organisasi akan dapat
mengagihkan sumber-sumber mereka kepada seluruh cawangan dalam negeri atau
negara dengan lebih cekap dan teratur. Melalui pengorganisasian, pengurus dapat
mengagihkan sumber sedia ada kepada bahagian-bahagian dalam organisasi
mengikut keutamaan demi mencapai objektif organisasi. Contohnya, jika KFC ingin
mengeluarkan produk baru dan penetapan harga, maka mereka akan senang untuk
melakukannya.
Selain itu, pengorganisasian akan dapat membantu untuk membahagi-
bahagikan setiap tugas dan peranan. Pengorganisasian penting supaya pengurus
dapat menentukan bidang tugas yang sesuai untuk setiap jabatan dan setiap pekerja
dalam sesebuah jabatan. Dalam contoh tadi, pengurus akan lebih mengetahui bidang
tugas dan tanggungjawab setiap pekerja dalam menetapkan harga dan mengeluarkan
produk baru. Pengurus perlu menetapkan jenis kerja yang sebenarnya yang perlu
dilakukan oleh bahagian pemasaran, bahagian kewangan, bahagian pentadbiran, dan
bahagian yang lain. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya sebarang
pertindihan kerja dan bagi memastikan setiap pekerja di setiap jabatan mengetahui
dengan jelas kerja yang perlu mereka lakukan. Dengan cara ini, objektif dan
matlamat organisasi akan dapat dicapai secara teratur, cekap, dan berkesan.

Pengorganisasian juga membolehkan pengurus membuat penyelarasan antara


cawangan dalam sesebuah organisasi. Pengurus akan memastikan bahawa tindakan
bahagian pemasaran, kewangan, dan pentadbiran tidak bertindih dan tidak
menyimpang dari matlamat yang disasarkan. Hal ini bermakna sebarang tindakan
dan keputusan yang dibuat dan dilaksanakan oleh setiap jabatan haruslah saling
melengkapi demi mencapai matlamat organisasi.

Tegasnya, perancangan dalam organisasi KFC iaitu dengan melalukan


pengorganisasian dalam organisasi mereka telah membantu mereka untuk
menyelarasn kualiti perkhidmatan dalam semua cawangan mereka dan membantu
mereka berniaga dengan lebih cekap dan mempunyai perniagaan berkekalan di
samping dikenali dan disukai oleh pelanggan mereka.
iii. Pemberian latihan pembangunan kepada kakitangan
Antara perancangan yang dilakukan oleh organisasi KFC ialah dengna memberi dan
menggalakkan pekerjanya belajar dan menambahkan pengetahun. Ia juga sebagai
proses mendidik pekerja baru tentang kemahiran asas yang mereka perlukan dalam
melaksanakan tugas.

Pembangunan sumber manusia meliputi aspek-aspek latihan, pendidikan dan


pembangunan diri pekerja. Ketiga-tiga komponen ini adalah aktiviti pembelajaran
sistematik bagi pekerja bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap (KSA)
dalam merealisasikan matlamat memajukan diri dan menghasilkan pekerja-pekerja
yang berpengetahuan. Pengurusan organisasi KFC mula mengurus organisasi mereka
dengan berpandukan idea “knowledge management”. Aktiviti-aktiviti pembelajaran
sistematik yang dikemukakan dalam sumber manusia adalah merujuk pada
pembelajaran dewasa dengan tujuan membawa perubahan pada pengetahuan, sikap,
kemahiran dan tingkah laku.
Perancangan bagi memberi latihan dan pengetahuan kepada kakitangan KFC
ialah bagi mewujudkan pekerja-pekerja berpengetahuan adalah melalui aktiviti-
aktiviti latihan, pendidikan dan pembangunan yang merupakan proses pembelajaran
dewasa.
Tidak dapat dinafikan bahawa pekerja yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan
sikap yang baik mempunyai peluang yang lebih banyak dalam mengembangkan
kerjayanya serta menyumbang pada arus perubahan dan pembangunan organisasi.
Latihan, pendidikan dan pembangunan diberi kepada pekerja bagi meningkatkan
kemahiran, pengetahuan dan sikapnya supaya menjadi lebih produktif. Ini dapat
meningkatkan keuntungan dan keefisienan organisasi.
Ini kerana, latihan dan pembangunan menekankan aktiviti pembelajaran
sistematik bagi pekerja-pekerja dalam meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan
sikap. Kemahiran, pengetahuan dan kebolehan individu dikaitkan dengan sumber
manusia daripada segi latihan, pendidikan dan pembangunan.
2.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam
organisasi sangatlah penting dalam memberi pengekalan kepada perniagaan agar terus
berkembang untuk tahun-tahun yang mendatang. Perancangan dalam organisasi juga dapat
membantu organisasi untuk mencapai matlamat dan hala tuju mereka, boleh membantu untuk
dijadikan sebagai panduan untuk membuat keputusan dan pembaharuan, dijadikan sebagai
pengukur kepada prestasi organisasi, membolehkan organisasi untuk melakukan kawalan dan
juga membantu untuk menyelaraskan bagi membahagi-bahagikan sumber. Seperti organisasi
KFC, mereka telah melakukan beberapa perancangan dalam tempoh jangka masa yang
panjang. Antara perancangan yang dilakukan oleh mereka ialah dengan melakukan
perancangan strategik iaitu dengan merancang untuk mengeluarkan produk-produk baru
seperti mana yang disukai oleh pelanggan mereka. KFC juga melakukan perancangan dengan
melakukan sistem pengorganisasian. Pengeorganisasian amat penting dalam mengimbangi
sistem pentadbiran agar menjadi samarata dan menyebabkan perniagaan menjadi lancar dan
cekap. Pemberian latihan pembangunan kepada pekerja dan kakitangan dalam organisasi juga
merupakan salah satu contoh perancangan yang dilakukan oleh KFC yang bertujuan untuk
melahirkan golongan pekerja yang lebih berkemahiran dan mesra pelanggan. Tegasnya,
perancangan dalam organisasi amatlah penting agar perniagaan akan terus kekal dan
berkembang serta menjadi pilihan utama masyarakat.
RUJUKAN

Nkomo, S. M. (1987). Human resource planning and organization performance: An


exploratory analysis. Strategic Management Journal, 8(4), 387-392.

Charnes, A., Cooper, W. W., & Niehaus, R. J. (1978). Management science approaches to


manpower planning and organization design (Vol. 8). North Holland.

Al Fatta, H. (2007). Analisis dan Perancangan Sistem Informasi untuk keunggulan bersaing


perusahaan dan organisasi modern. Penerbit Andi.

http://suhili.blogspot.my/2013/11/11-strategi-pemasaran-kfc.html

http://pencariantugas.blogspot.my/2016/01/pengertian-perencanaan-dalam-organisasi.html

http://agengwahyudi.blogspot.my/2015/10/struktur-organisasi-dan-perancangan.html

http://alfeusv6.blogspot.my/2013/07/pengurusan-penggal-3.html

http://kandot1001.blogspot.my/2009/04/perancangan-dalam-pengurusan.html
BAHAGIAN II (OCP)

You might also like