Manual Amali Kimpalan Arka

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

PEKAKASAN KEJURUTERAAAN MEKANIK DAN

ELEKTRIK (KM 2453)


MODUL AMALI KIMPALAN

1.PENGENALAN

1.1 Definasi Kimpalan


Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain
dengan menggunakan suatu bahan yang khas iaitu elektrod.Proses pengimpalan ini
melibatkan pencairan sesuatu jenis logam untuk menjadikanya sebagai pengikat
diantara sesuatu struktur dengan struktur yang lain.

Kadangkala tekanan juga digunakan disamping haba untuk menghasilkan kimpalan


tersebut.Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan
menggunakan nyalaan api,tenaga elektrik bervoltan tinggi,sinaran laser,tembakan
elektron,kimpalan geseran dan ultrabunyi.

Bagi amali kimpalan arka yang dijalankan di bengkel, para pelajar diberikan masa
selama 3 jam untuk menyiapkan satu projek . Pelajar digalakkan mengambil gambar
setiap proses kerja yang dilakukan dan peralatan yang digunakan bagi tujuan penyediaan
laporan amali.

1.2 Jenis-jenis Kimpalan Arka

1.2.1 Kimpalan Arka Lindungan Logam (SMAW)


- Dalam proses ini,arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal.
- Elektrod besalut bahan lakur digunakan sebagai bahan penambah.
- Apabila elektrod disentuh pada permukaan logam,arka wujud dihujung elektrod
dengan logam.Bahan lakur ini bertindak sebagai gas pelindung ke atas kawasan
mengimpal (kolam lebur).

1.2.2 Kimpalan Arka Gas Tungsten (GTAW)


- Arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpalan.
- Elektrod tungsten digunakan dan bertindak sebagai tempat wujudnya arka.
- Rod penambah digunakan sebagai bahan penambah pada kawasan logam lebur.
- Gas argon digunakan untuk melindungi kolam lebur semasa proses kimpalan
dijalankan.

1.2.3 Kimpalam Arka Logam Gas (GMAW)


- Arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal.
- Dawai penambah (dalam bentuk gelungan) dibekalkan dan apabila hujung dawai
disentuhkan,ianya akan menghasilkan arka.
- Gas karbon dioksida digunakan untuk melindungi kolam lebur semasa proses
mengimpal.

1
1.2.4 Kimpalan Arka Tenggelam ( SAW)
- Arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal.
- Elektrod gunahabis bertindak sebagai bahan penambah.
- Proses kimpalan ini dikenali sebagai proses kimpalan automatik.

2. LANGKAH KESELAMATAN KIMPALAN

Langkah-langkah keselamatan adalah amat penting dipatuhi setiap pelajar untuk menjamin
keselamatan diri dan peralatan kimpalan.Di dalam menganalisa kes memalangan ,didapati
faktor kecuaian individu merupakan antara yang tertinggi berlakunya kemalangan.Justeru
peraturan ini perlu diikuti oleh setiap pelajar.Peraturan-peraturan keselamatan kimpalan boleh
dibahangikan kepada tiga(3) kategori iaitu,

2.1 Langkah Keselamatan Diri Sebelum Memulakan Kerja


- Mematuhi semua peraturan dan keselamatan yang telah ditetapkan.
- Mendengar dan patuh pada arahan kakitangan bertugas.
- Mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada kakitangan bertugas/insructor
sebelum memulakan kerja kimpalan.
- Memakai alatan pelindungan keselamatan diri seperti sarung tangan(glove),kasut
keselamatan(safety boot),perisai kimpal(welding shield) dan jaket/apron(welding
jacket).
- Memakai pakaian yang sesuai,kemas dan tidak terlalu longgar.
- Bagi pelajar yang berambut panjang,hendaklah diikat dengan kemas.
- Pelajar tidak digalakkan memakai barangan perhiasan daripada logam seperti
gelang,rantai dan sebagainya.
- Memeriksa terlebih dahulu mesin serta alatan kimpalan.Pastikan semuanya dalam
keadaan baik dan tersedia untuk digunakan.
- Tidak dibenarkan makan,minum,bergurau senda dan membuat bising ditempat
kerja.

2.2 Langkah Keselamatan Ketika Melakukan Kerja Kimpalan.


- Memakai peralatan pelindungan keselamatan diri (PPE) seperti sarung tangan,
kasut keselamatan,perisai kimpal,jaket/apron dan penutup telinga.
- Tidak bergurau ketika sedang melakukan kerja kimpalan atau ketika sedang
memegang alatan tajam dan panas.
- Jangan memegang logam panas dengan tangan,sebaliknya gunakan pengapit.
- Memberi sepenuh perhatian kepada kerja kimpalan dan tidak cuai melakukanya.
- Sentiasa memberi kerjasama kepada rakan pelajar yang lain.

2.3 Langkah Keselamatan Selepas Kerja Kimpalan


- Pastikan mesin kimpalan dimatikan selepas digunakan.
- Lantai dan kawasan tempat kerja perlu dibersih serta dikemaskan.Pastikan tiada
kesan tumpahan minyak dan tiada peralatan diatas lantai.
- Lebihan eloktrod kimpalan hendaklah dibuang pada tempat khusus yang tersedia.
- Alat keselamatan PPE perlu dibersihkan dan disusuk pada kabinet alatan PPE.
- Bersihkan tangan dan diri sebelum keluar dari bengkel.

2
Pemakaian perlindungan keselamatan diri

3. ALATAN KELENGKAPAN PELINDUNGAN DIRI (PPE) SEMASA KIMPALAN

Sarung tangan ( glove ) Kasut keselamatan (safety boot)

3
Apron kulit ( leather apron) Penutup telinga (ear muff) Perisai kimpalan (welding
sheild )

4. ALATAN TAMBAHAN KESELAMATAN KIMPALAN

Berus dawai (wire brush) Pengapit (pliers)

4
Tukul serpih (chipping hammer)

5. PROJEK PELAJAR

Tajuk projek : Kimpalan arka (sambungan Lekap)


Bahan yang digunakan : Besi keluli lembut (Ms Flat)
Saiz bahan diberi : 75 X 45 X 5 mm (1 keping seorang)
Masa amali : 3 Jam

Nota : Setiap pelajar dikehendaki melakukan amali ini berpasangan, di mana


setiap pelajar akan mendapat satu (1) kepingan besi keluli lembut dan perlu
mencantumkan kepingan tersebut untuk menjadi sambungan lekap melalui proses
kimpalan arka.

Contoh projek pelajar

5
Jenis sambungan kimpalan

5.1 Langkah-langkah kerja

75 mm

5mm

45mm

Ukuran sebenar kepingan keluli lembut

 Dapatkan satu kepingan keluli lembut yang berukuran 75 x 45 x 5 mm.


 Bersihkan permukaan dan bahagian tepian keluli tersebut menggunakan kikir.
 Buatkan garisan melintang diatas permukaan keluli tersebut pada ukuran 15mm.

6
1 15 mm

 Buatkan persediaan pada mesin kimpalan serta peralatan yang akan digunakan.
 Pada masa yang sama,pelajar telah memakai alatan pelindungan keselamatan diri
(PPE) seperti sarung tangan,kasut keselamatan,apron dan perisai kimpalan.
 Pilih elektrod kimpalan yang bersaiz 2.5 mm(diameter teras besi).

Elektrod kimpalan
 Bukakan sumber bekalan punca kuasa elektrik.
 Laraskan mesin kimpalan untuk mendapat arus ulang alik(AC) yang sesuai dengan
saiz elektrod (kebiasaan bagi saiz 2.5mm,arus yang digunakan antara 75 – 100 volt ).

On/off skala arus (volt)

Gambar : Mesin kimpalan arka Gambar : On dan Off mesin kimpalan

 Kemudian,pelajar perlu apitkan elektrod pada pemegang elektrod (apitkan pada


bahagian pangkal elektrod).

7
Elektrod
Pemegang elekrod

 Pelajar perlu memastikan pengapit kabel bumi telah di apitkan pada meja kerja sebelum
memulakan proses kimpalan.

Pengapit bumi Pengapi bumi pada meja kerja

 Setelah elektrod diapit pada pemegang elektrod,gerakkan tangan melalui pemegang


elektrod dengan menggoreskan atau ketukkan dipermukaan logam yang tersedia diatas
meja kerja.Disini pelajar akan dapat melihat satu pancaran cahaya ataupun percikan arka
yang terhasil.Ini menandakan bermulanya proses mengimpal.

8
Elektrod

Kepingan keluli yang hendak dikimpal

 Kedudukan elektrod hendaklah disandarkan pada kedudukan sudut antara 60 – 75 darjah


ke arah permukaan keluli yang hendak dikimpal.

Kedudukan elektrod

9
Teknik memulakan arka
 Selepas selesai melakukan proses kimpalan,pelajar hendaklah membersihkan projek
kimpalan dengan memggunakan penukul serpih dan berus dawai untuk menggeluarkan
sangga.
 Kemudian,pelajar perlu menandakan nombor pelajar di bahagian permukaan
projek(besi keluli) dengan menggunakan set penebuk. Cara menggunakannya ialah
dengan mengetuk pada bahagian belakang yang tidak bernombor dan bahagian yang
bernombor ditekapkan pada bahan kerja.

Set penebuk nombor

10
Projek pelajar yang telah siap

 Akhir sekali,pelajar perlu bersih dan kemaskan peralatan yang telah digunakan serta
disusun pada tempat yang ditetapkan.Persekitaran tempat kerja juga perlu dipastikan
kemas sebelum meninggalkan bengkel.

11

You might also like