Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Contoh Surat Amaran Untuk Pekerja Bagi Pekerja Kerajaan

Ruj. Kami : (No. Fail Staf PTJ)


Tarikh :

(NAMA DAN ALAMAT STAF)

Tuan/Puan,

ARAHAN HADIR BERTUGAS DENGAN SERTA MERTA

Saya merujuk tuan/puan kepada perkara di atas.


2. Berdasarkan rekod perakam waktu (E-Punch), Encik/Puan/Cik (nama staf /no. staf dan kad
pengenalan) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran
terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada tarikh-tarikh berikut:

BULAN
TARIKH
BILANGAN HARI
JUMLAH BILANGAN HARI TIDAK HADIR BERTUGAS

3. Suka saya mengingatkan tuan/puan bahawa pihak pejabat ini telah memberi teguran
sebanyak (bilangan teguran) kali pada (tarikh teguran diberi) dan surat amaran kali pertama
pada (tarikh surat amaran kali pertama). Tuan/Puan juga telah dirujuk kepada Seksyen
Bimbingan dan Kerjaya Staf, Pejabat Pendaftar untuk diberi sesi kaunseling dan penasihatan.
Walau pun nasihat,teguran, surat amaran serta proses kaunseling telah diberi kepada
tuan/puan, namun pihak pentadbiran pejabat ini mendapati kesalahan ketidakhadiran
bertugas tanpa kebenaran masih berulang dan tidak dipandang serius oleh tuan/puan.

4. Ketidakhadiran tuan/puan pada tarikh di atas boleh dikenakan tindakan tatatertib,


boleh dilucuthak emolumen bagi hari staf tidak hadir bertugas di bawah Peraturan 26 Jadual
Kedua Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan boleh dikenakan
tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat.

Dengan ini tuan/puan dikehendaki hadir bertugas serta merta dan memberi surat tunjuk
sebab kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap tuan/puan.

Sekian.

“BERILMU BERBAKTI”

Yang menjalankan tugas,


(NAMA KETUA JABATAN/PEGAWAI PENYELIA)
Jawatan
Jabatan

s.k : Pendaftar
: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar
: Ketua Bahagian Perundang-undangan
: Ketua Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf, Pejabat Pendaftar
Contoh Surat Amaran Untuk Pekerja Bagi Pekerja Swasta

No Ruj :
Tarikh :

Kepada siapa yang berkenaan:

Tuan/Puan,

PER:SURAT AMARAN PERTAMA


Merujuk maklumat di atas,

Adalah dimaklumkan bahawa,anda yang bernama________________ pekerja di syarikat HL


Sdn.Bhd telah melanggar peraturan yang ditetapkan syarikat,dengan ini
sepucuk surat amaran pertama telah dikeluarkan untuk anda.

2.Menurut laporan yang telah disahkan oleh pegawai atasan kamu iaitu En.kamal telah
mengesahkan bahawa kamu telah melanggar prosedur yang ditetapkan syarikat sewaktu
menjalankan tugas tempoh hari yang bertarikh 11/11/2012.

Syarikat memandang serius berkenaan hal ini memandangkan kesan pelanggaran prosedur
ini akan menjejaskan reputasi syarikat,oleh itu anda diminta untuk memastkan hal yang
demikian tidak berulang lagi atau hukuman yang lebih keras akan dikenakan kepada anda.

Sekian,terima kasih.
Contoh surat

Yang Benar

Penolong Pengurus
(Syarikat HL Sdn.Bhd)

You might also like