Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Perkataan inklusif merupakan perkataan yang diambil daripada Bahasa Inggeris iaitu

“Inclusive” yang membawa erti “merangkumi”. Disebabkan itu, pendidikan inklusif

membawa maksud suatu penyertaan yang terdiri daripada murid tipikal dan juga murid

berkeperluan khas dalam sesuatu komuniti sekolah. Perkataan Inklusif juga dapat

didefinisikan sebagai suatu proses penguntegrasian murid-murid berkeperluan khas ke dalam

bilik darjah yang biasa. (Ismail, Mokhtar dan Hanafi, 2012) Pendidikan Inklusif ataupun

dikenali sebagai Pendidikan Khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang

disediakan kepada seseorang individu itu terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas atau

kurang upaya. Menurut Azad dan Norsayyidatina, 2010, kanak-kanak berkeperluan khas ini

dapat dikategorikan kepada beberapa jenis seperti mereka yang tergolong dalam kategori

masalah fizikal (cacat anggota), masalah tingkah emosi dan tingkah laku “Austisma dan

ADHD”, masalah dalam menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dan

juga masalah pembelajaran Disleksia.

Kanak-kanak berkeperluan khas ini merupakan kanak-kanak yang dilihat mempunyai

perbezaan dengan kanak-kanak sederhana mahupun biasa terutama dari segi ciri-ciri mental,

keupayaan deria, tingkah laku fizikal, sosial ataupun emosi serta lain-lain lagi kekurangan

yang lain. Ini menyebabkan mereka memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan Pendidikan

Khas supaya dapat meningkatkan keupayaan mereka secara optimum. Dengan itu, dasar

Pendidikan Inklusif telah dilancarkan supaya dapat memberi penekanan terhadap peningkatan

akses pendidikan murid berkeperluan khas (MBK) yang akan bersama-sama berdaya saing

dengan murid arus perdana di dalam bilik darjah yang sama, iaitu tidak kira berada di sekolah

kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan, kerana mahu selari dengan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Menurut dalam “PPPM” 2013-2025, pendidikan

murid berkeperluan khas juga dirancang mengikut kompetensi murid iaitu murid yang
berkefungsian tinggi, sederhana dan juga rendah. Program Pendidikan Inklusif yang

dilaksanakan ini juga terbahagi kepada dua pendekatan seperti inklusif penuh dan inklusif

separa. Kedua-dua pendekatan inklusif tersebut mempunyai perbezaan dari segi tempat

pembelajaran dan juga tenaga para pengajarnya. (Noor Aini, 2014) Inklusif penuh merupakan

pendekatan MBK yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di kelas

arus perdana dan menjalani pembelajaran bersama-sama dengan murid arus perdana secara

sepenuh masa dengan mengikuti semua pembelajaran mata pelajaran akademik seperti murid

arus perdana. Dengan itu, MBK akan turut terlibat sama dengan murid arus perdana dalam

menjalani aktiviti kokurikulum. Manakala, inklusif separa didaftarkan dalam “APDM” yang

melibatkan “PPKI” iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi. Mereka akan mempelajari

sekurang-kurangnya satu mata pelajaran akademik seperi bahasa Melayu, bahasa Inggeris

atau subjek elektif mahupun terlibat dalam kegiatan kokurikulum bersama-sama murid arus

perdana yang berjadual. Disebabkan itu, Pendidikan Inklusif ini dapat memberi peluang

kepada MBK untuk belajar bersama-sama dengan murid arus perdana yang akan memberi

impak yang positif kepada mereka.


KEBERKESANAN STRATEGI PENGAJARAN GURU DALAM PENDIDIKAN

INKLUSIF

Setiap orang yang bergelar pendidik akan melakukan pelbagai persediaan seperti sebelum,

semasa dan selepasn sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Setiap guru harus

mementingkan kesediaan sebelum mengajar kerana ia sangat penting bagi membolehkan

murid-murid terutamanya murid berkeperluan khas (MBK) dapat memberi respon yang

positif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Guru-guru juga harus

mengetahui sama ada strategi yang digunakan mempunyai keberkesanan dengan ciri-ciri

“MBK” agar mereka lebih mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru mereka.

Setelah selesai sesi mengajar, guru-guru harus melakukan refleksi agar strategi yang

digunakan akan memberikan kesan yang positif kepada murid berkeperluan khas tersebut.

Justeru itu, terdapat beberapa strategi pengajaran guru dalam pendidikan inklusif yang akan

memberikan keberkesanan.

Antara keberkesanan strategi pengajaran guru dalam pendidikan inklusif ialah

menggunakan kaedah pedagogi inklusif. Pedagogi inklusif adalah salah satu strategi

pengajaran yang dapat membantu murid-murid untuk mempunyai hak yang sama rata dalam

pembelajaran dalam bilik darjah. Terdapat tokoh yang berpendapat bahawa sebenarnya tidak

ada pedagogi yang khusus untuk Murid Berkeperluan Khas ini kecuali dalam kes-kes tertentu

sahaja seperti murid yang kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Guru yang

memberikan strategi dan teknik yang berkesan kepada MBK ini akan juga memberikan

impak yang positif kepada semua murid. (Ang dan Lee, 2018). kaedah pedagogi inklusif yang

dapat digunakan seperti menggunakan kaedah bercerita. Kaedah bercerita merupakan satu

kaedah yang akan memberi galakkan kepada murid-murid untuk berkomunikasi dengan lebih

lancar. Kaedah ini juga amat sesuai digunakan oleh guru dalam menjalankan sesi

pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi MBK terutamanya yang mempunyai masalah
interaksi sosial. Sebagai contoh, semasa sesi Pdp guru akan bercerita dan menerangkan satu

persatu mengenai tajuk yang diajar secara satu persatu, kemudian, guru meminta murid-

murid mengulang semula berdasarkan penceritaan daripada guru sebentar tadi. Kaedah ini

akan memberi keberkesanan positif kepada murid seperti mempunyai keyakinan dalam diri

kerana dapat berkomunikasi dengan baik semasa sesi PdP.

Selain itu, kaedah kedua ialah guru menggunakan kaedah pengajaran bersama atau

dikenali sebagai “supportive co-teaching”. Kaedah ini merupakan antara kaedah yang sudah

lama digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di negara Malaysia disebabkan telah

dapat membantu murid untuk belajar dan guru dalam merangka dan melakukan pelbagai

aktiviti semasa sesi pembelajaran dan pengajaran yang akan memberi keberkesanan. Selain

memberi impak positif kepada murid arus perdana kaedah pengajaran bersama ini juga dapat

memberi impak positif kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK). Contohnya, semasa guru

sedang mengajar guru akan bertindak sebagai seorang pemimpin yang akan mengajar murid-

murid manakala guru tersebut akan dibantu oleh seorang lagi guru yang memainkan peranan

sebagai pembantu. Misalnya, guru mengajar sambil menggunakan alat bantuan mengajar

seperti gambar dan pembantu guru akan membantu untuk menunjukkan kepada MBK agar

mereka akan lebih mudah untuk memami. Dengan itu, sesi PdP akan berjalan dengan lancar.

Oleh itu, kaedah pedagogi inklusif sememangnya dapat memberi keberkesanan dalam

pendidikan inklusif.

Di samping itu, guru menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga

merupakan antara keberkesanan strategi pengajaran guru dalam pendidikan inklusif.

Penggunaan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sudah tidak asing dan kian

sebati dalam pendidikan di Malaysia. Dengan penggunaan ICT ini proses pembelajaran dan

pengajaran di dalam kelas akan berjalan lancar. Guru-guru yang menggunakan peralatan

komputer semasa PdP merupakan salah satu alat bantuan mengajar yang dapat membantu
guru untuk mencapai objektif pedagoginya. Penggunaan teknologi seperti ini juga dapat

digunakan kepada Murid berkerperluan Khas (MBK) untuk lebih mudah faham mengenai

tajuk yang diajar oleh guru. Misalnya, alat bantuan ICT yang dapat digunakan dalam kelas

inklusif seperti Mouth Stick and Slant Board. Alat ini biasanya digunakan oleh murid-murid

yang mempunyai masalah dalam pergerakan tangan sama ada penggunaan lengan yang

terhad mahupun tidak boleh menggerakkan tangan. Dengan itu, penggunaan alat bantu

mengajar Slant Board ini dapat membantu murid-murid ketika belajar. Selain itu,

penggunaan Adapted Tape Recoders iaitu pita perakam yang sesuai digunakan oleh guru di

dalam kelas Inklusif. Ia amat berguna kepada MBK yang mempunyai ketidakupayaan

penglihatan dan bermasalah pembelajaran. Ini akan memberikan keberkesanan kepada murid

kerana dengan alat tersebut ia dapat membantu murid-murid melakukan ulang kaji secara

berkala dengan mendengar semula pengajaran yang diajar oleh guru mereka. Kesannya, ia

akan meningkatkan lagi daya ingatan mereka. Oleh hal demikian, penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya memberi keberkesanan dalam pendidikan

inklusif.
RUMUSAN

Kesimpulannya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

sememannya pelan sangat berguna kerana keperluan murid berkeperluan khas akan

dilaksanakan dan dirancang dengan sebaik-baiknya mengikut kesesuaian murid berkeperluan

Khas (MBK) yang terdiri daripada murid berkefungsian tinggi, sederhana dan juga rendah.

Murid bekerperluan khas ini merupakan murid yang harus diajar dengan gaya pembelajaran

yang berbeza.Disebabkan itu, setiap guru dalam kelas Inklusif harus merancang pelbagai

strategi agar kelas Inklusif dapat berjalan lancar dan MBK dapat memahami setiap apa yang

diajar oleh guru mereka. Murid berkeperluan khas ini juga harus dibantu semasa sesi

pembelajaran dengan adanya pelbagai jenis alat bantuan mengajar mengikut setiap masalah

yang dimiliki oleh MBK tersebut. Alat bantuan mengajar sememangnya akan dapat

memudahkan proses MBK untuk belajar secara lancar dan dapat meningkatkan kemahiran

mereka. Oleh hal demikian, semua masyarakat tidak mengira pihak sekolah, ibu bapa

mahupun badan-badan bukan kerajaan mengambil isu ini sebagai perkara yang serius kerana

murid berkerperluan khas ini merupakan murid-murid yang mempunyai kelebihan yang

tersendiri yang dapat dicungkil jika semua pihak memandang serius berkaitan hal mereka.
RUJUKAN

Ang, C.T. & Lee, L.W. (2018). Pendidikan Inklusif. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd

Azad Athairi Anuar & Norsayyidatina Che Rozubi (2010). Keperluan pendidikan inklusif

dalam program pendidikan arus perdana di Malaysia. International Conference on Learner

Diversity 2010. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noor Aini Ahmad. (2014). Pengurusan Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid

Bermasalah Pembelajaran: Kajian Secara Naratif Inkuiri. Management Research Journal,

(3),38-52

You might also like