Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

BMU533

BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG I

TUGASAN 1: ANALISIS KESALAHAN BAHASA

MADAM SRI QAMARIAH BINTI MOHD SAMSIR

TARIKH HANTAR : 5 DISEMBER 2022

NO. NAMA NOMBOR KELAS


PENGENALAN
PELAJAR

1. NUR ATIQAH BINTI ABD. RAZAK 2021124597 LWB04A

2. FARAH NADIRAH BINTI MOHD 2021355123 LWB04A


RAFI
1. PENGENALAN

Bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat selepas kemerdekaan dicapai


sehingga termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dimana ia
memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia adalah bahasa Melayu. Walaupun
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak dapat dinafikan, akan tetapi, hak
bahasa lain masih boleh dipelajari dan dikembangkan oleh semua kaum. Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Malaysia sama sekali tidak boleh dibubar kerana Perkara
159(5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa sekiranya ia hendak
dipinda, perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan terlebih dahulu. Segala peruntukan yang
termaktub dalam perlembagaan telah menjadi asas bagi perkembangan bahasa Melayu di
Malaysia.

1.1. Sejarah / Latar Belakang Bahasa Melayu

Menurut Asmah Hj. Omar (1985), dalam penulisannya yang bertajuk “Susur Galur
Bahasa Melayu”, antara tahun 644 dan 645 Masihi, istilah “Melayu” timbul dalam tulisan
Cina, dimana perkataan Mo-lo-yeu ditulis bagi mempersembahkan hasil bumi kepada raja
China. Mo-lo-yeu merupakan sebuah kerajaan yang dipercayai berpusat di daerah Jambi,
Sumatera yang diambil daripada nama sungai Melayu. I-tsing juga telah menggunakan
perkataan Mo-lo-yeu ketika melawat dua buah kerajaan. Selain itu, ‘Melayu’ juga boleh
ditafsirkan dalam bahasa Jawa sebagai mengembara atau berlari. Terdapat juga bukti konkrit
dimana bahasa Melayu hanya wujud semenjak 683 Masihi setelah empat buah batu bersurat
dijumpai di Kepulauan Melayu.

Asia Tenggara juga merupakan tempat asal terlahirnya bahasa Melayu, dimana
mengikut teori, golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah Yunan dalam
beberapa bentuk gelombang merupakan penutur-penutur bahasa Melayu. Golongan pertama
digelar sebagai Melayu Proto. Pada zaman Batu Baru mereka telah berpindah ke Asia
Tenggara dan mereka merupakan orang asli di Semenanjung Tanah Melayu, Dayak di
Sarawak dan Batak di Sumatera. Seterusnya, wujud golongan kedua yang digelar sebagai
Melayu Deutro yang menetap di daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara pada
zaman logam sekitar tahun 1500 SM.

1
1.2 Isu Bahasa Melayu

Bahasa Melayu perlu digunakan dalam semua prosiding, selain daripada memberi
keterangan oleh seorang saksi, di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah
Tinggi dan Mahkamah Rendah seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 8 Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67. Kaedah 101, Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 juga
menetapkan bahawa kesemua dokumen-dokumen perlu dalam Bahasa Kebangsaan.

Antara isu-isu bahasa Melayu yang terdapat dalam sistem perundangan di Malaysia
adalah kebanyakan penghakiman mahkamah masih disediakan dalam bahasa Inggeris dan
kurangnya penggunaan bahasa Melayu. Pengamal undang-undang juga berpendapat bahawa
penggunaan bahasa Inggeris lebih cekap dan professional untuk digunakan bagi tujuan
penghujahan atau penghakiman berbanding bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan kurangnya
perkembangan kosa kata bahasa Melayu dalam bidang perundangan. Isu bahasa Melayu
menjadi lebih serius apabila peguam perlu menggunakan bahasa Melayu dalam prosiding
mahkamah di Mahkamah Rayuan.

2
2. ANALISIS KAJIAN (PERBINCANGAN/DAPATAN KAJIAN)

Artikel yang dianalisis bertajuk Kumpulan Kesihatan Antarabangsa Sokong RUU


Kawalan Produk Tembakau. Artikel ini telah dipetik dan diubah suai daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia-383727. Penulisan artikel ini mempunyai
beberapa kesalahan penggunaan tatabahasa dari sudut morfologi.

2.1. Dapatan Kajian

Menurut Kamus Dewan Ketiga, analisis kesalahan bahasa bermaksud penghuraian


atau pengupasan sesuatu perkara untuk mengetahui selok-beloknya, buruk dan baiknya atau
mengkaji sesuatu suatu perbuatan yang salah dalam kata-kata yang disusun menurut
tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan. Dalam sistem
penulisan dokumen perundangan, kesalahan bahasa merupakan antara kesalahan yang sering
kali dilakukan dalam pembentukan sebuah ayat. Kesalahan ini merangkumi kesalahan
pembentukan kata, penggabungan kata, penyusunan ayat, ejaan dan lain-lain lagi.
Berdasarkan artikel undang-undang yang telah diberikan, terdapat beberapa kesalahan bahasa
yang dapat dikenal pasti. Antaranya adalah kesalahan penggunaan kata sendi nama,
kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata asing dan kata pinjaman,
kesalahan penggunaan kata ganti nama diri ketiga, kesalahan penggunaan kata penanda
jamak, kesalahan penggunaan kata hubung waktu, kesalahan penggunaan kata bantu,
kesalahan penggunaan kata pemeri, kata majmuk, penanda wacana, dan ejaan.

2.1.1. Penggunaan Kata Sendi Nama

Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama. Ia berfungsi sebagai kata
yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. Ia memerlukan
frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.

2.1.1.1. Kata Sendi Nama dari

BIL. KESALAHAN PEMBETULAN

1. …GEG Malaysia ialah cadangan dasar …GEG Malaysia ialah cadangan dasar

3
1 yang wajar untuk melindungi belia dari yang wajar untuk melindungi belia
penyakit kronik… daripada penyakit kronik…

Berdasarkan contoh di atas, terdapat kesalahan penggunaan kata sendi nama dari. Hal ini
demikian kerana, kata sendi nama yang digunakan iaitu dari hanya boleh digunakan untuk
menerangkan arah, tempat masa atau waktu. Oleh yang demikian, kata sendi nama yang
sesuai digunakan bagi ayat di atas adalah daripada bagi menyatakan manusia, abstrak atau
haiwan.

2.1.2. Penggunaan Imbuhan

Imbuhan dikenali juga sebagai penambahan. Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada


kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata
keterangan, dan kata bilangan. Terdapat beberapa jenis imbuhan. Contohnya, imbuhan
awalan, imbuhan awalan rangkap, imbuhan apitan, imbuhan akhiran, imbuhan sisipan,
imbuhan pinjaman. Setiap jenis imbuhan ini mempunyai cara penggunaan yang berbeza.

2.1.2.1. Penggunaan Imbuhan

BIL. KESALAHAN PEMBETULAN

1. …menyifatkannya sebagai game changer …menyifatkannya sebagai game


atau pengubahan keadaan untuk kawalan changer atau pengubah keadaan untuk
tembakau… kawalan tembakau…

2 …yang membunuh lebih 28,000 rakyat …yang membunuh melebihi 28,000


Malaysia dan 8 juta orang… rakyat Malaysia dan 8 juta orang…

Berdasarkan contoh di atas, terdapat kesalahan penggunaan imbuhan pengubahan. Hal ini
demikian kerana, kata imbuhan awalan rangkap diletakkan di hadapan kata dasar. Oleh itu,
imbuhan yang sesuai digunakan bagi ayat di atas adalah pengubah bagi menyatakan
pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

4
2.1.3. Penggunaan Kata Asing dan Kata Pinjaman

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa
yang serumpun dengan bahasa Melayu, maka perkataan tersebut akan diambil daripada
bahasa asing. Lazimnya, kita menggunakan bahasa sumber peminjam dari bahasa Inggeris,
Sanskrit, Arab, dan lain-lain.

2.1.3.1. Penggunaan Kata Asing game changer

BIL. KESALAHAN PEMBETULAN

1. …menyifatkannya sebagai game changer …menyifatkannya sebagai game


atau pengubahan keadaan untuk kawalan changer atau pengubahan keadaan
tembakau… untuk kawalan tembakau…

Berdasarkan contoh di atas, terdapat kesalahan penggunaan kata asing game changer. Hal ini
demikian kerana, ayat tersebut merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris.
Penggunaan ayat tersebut mestilah dicondongkan dalam penulisan kerana ayat tersebut telah
diambil terus daripada bahasa Inggeris tanpa merterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Oleh
yang demikian, cara yang sesuai digunakan bagi ayat di atas adalah game changer.

2.1.4. Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti kata ganti nama diri pertama, kata
ganti nama diri kedua, dan kata ganti nama diri ketiga. Kata ganti nama diri ketiga digunakan
untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.

2.1.4.1. Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Ketiga Khairy

BIL. KESALAHAN PEMBETULAN

1. Khairy yakin RUU itu akan menerima Beliau yakin RUU itu akan menerima
sokongan daripada majoriti Ahli sokongan daripada majoriti Ahli

5
Parlimen… Parlimen…

Berdasarkan contoh di atas, terdapat kesalahan penggunaan kata ganti nama diri ketiga
Khairy. Hal ini demikian kerana, Khairy dalam konteks petikan tersebut merujuk orang yang
dicakapkan yang dianggap mulia, berjasa dan tidak melakukan perbuatan keji. Oleh itu, kata
ganti nama diri ketiga yang sesuai digunakan bagi ayat di atas adalah beliau.

2.1.5. Penggunaan Kata Penanda Jamak

Kata jamak mempunyai beberapa bentuk. Terdapat kata bilangan tentu, kata bilangan
tak tentu, kata perpisahan, dan kata bilangan himpunan.

2.1.6. Penggunaan Kata Penguat

Kata penguat ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk
menguatkan maksudnya. Kadang-kadang, kata penguat boleh juga hadir di belakang kata
adjektif. Contoh kata penguat ialah paling, agak, terlalu, amat, sangat, dan sungguh.

2.1.7. Penggunaan Kata Hubung Waktu

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau


menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat. Kata hubung terbahagi kepada
tiga jenis iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan, dan kata hubung berpasangan.
Kata hubung waktu berfungsi sebagai kata hubung yang menjelaskan hubungan waktu antara
dua perkara.

2.1.8. Penggunaan Kata Penegas

Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-
bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas. Yang pertama adalah yang
menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contoh kata penegas jenis ini ialah -kah,
-tah, dan -lah. Yang kedua adalah yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa

6
nama sebagai subjek atau sebahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.
Contoh kata penegas jenis ini ialah juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, dan memang.

2.1.9. Penggunaan Kata Bantu

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan perbuatan atau kata kerja.
Dalam binaan ayat, kata bantu ini hadir sebelum kata kerja. Dalam bahasa Melayu baku, kata
bantu dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau (telah, sudah,
dan pernah), masa kini (sedang dan masih), atau masa hadapan (akan dan belum). Kata bantu
ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan, misalnya hendak, mahu, harus, mesti,
boleh, dan dapat.

2.1.10. Penggunaan Kata Tanya

Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Ayat untuk menanyakan sesuatu
dan diakhiri oleh tanda tanya (?) dalam tulisan. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas
-kah dan hadir di bahagian hadapan ayat. Antara contoh kata tanya adalah seperti apa, siapa,
mengapa, berapa, bila, di mana, dan bagaimana.

2.1.11. Penggunaan Kata Pemeri

Kata pemeri ialah kata yang berfungsi sebagai penghubung antara subjek dengan
frasa-frasa utama dalam ayat. Kata pemeri ini berfungsi sebagai penegas predikat sesuatu
ayat. Dalam bahasa Melayu baku, kata pemerinya adalah seperti ialah, adalah, dan ada.

2.1.12. Penggunaan Kata Majmuk

Kata majmuk merupakan proses pencantuman dua atau lebih kata dasar yang
membentuk suatu makna tertentu seperti jalan raya dan balai polis. Kata majmuk
kebiasaannya dieja secara terpisah kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan utuh
sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada dua perkataan. Kata majmuk boleh dibahagi

7
kepada tiga jenis iaitu kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas, kata majmuk
yang terdiri daripada istilah khusus merujuk kepada perkara-perkara khusus dalam sesuatu
bidang, dan kata majmuk yang menunjukkan kiasan iaitu simpulan bahasa yang terdiri
daripada dua atau lebih perkataan.

2.1.12.1. Kata Majmuk keatas

BIL. KESALAHAN PEMBETULAN

1. Rang undang-undang berkenaan Rang undang-undang berkenaan


1 memperuntukkan larangan keatas memperuntukkan larangan ke atas
individu yang lahir pada 2007… individu yang lahir pada 2007…

Berdasarkan contoh di atas, didapati kesalahan penggunaan kata majmuk keatas. Hal ini
demikian kerana, kata majmuk keatas menerima imbuhan awalan lalu menyebabkan kata
majmuk tersebut sepatutnya dieja sebagai dua perkataan yang terpisah. Oleh yang demikian,
dalam ayat di atas, mengambilkira mestilah digantikan dengan ke atas.

2.1.13. Penggunaan Penanda Wacana

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi


mempertalikan sesuatu idea atau hujah seseorang semasa menulis ataupun berucap. Penanda
wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana ia dapat mewujudkan kesinambungan,
kohesi dan koheran antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.

2.1.14. Kesalahan Ejaan

Kesalahan ejaan dalam penulisan merupakan sesuatu kesalahan yang boleh


menyebabkan pembaca tidak memahami konteks ayat tersebut dan boleh menyebabkan
kekeliruan dalam kalangan pembaca. Kesalahan ini selalunya disebabkan pembacaan semula
yang tidak teliti.

8
2.1.14.1 Kesalahan Ejaan Nombor

BIL. KESALAHAN PEMBETULAN

1. …yang membunuh lebih 28,000 rakyat …yang membunuh lebih 28 ribu rakyat
Malaysia… Malaysia…

2.1.15 Kata Nama Khas

Kata Nama Khas huruf pertama ejaannya ialah huruf besar. Rujuk Penggunaan Huruf
Besar bagi gelaran , Penggunaan Huruf Besar - Kata Nama …

2.1.15.1 Kesalahan Kata Nama Khas

BIL. KESALAHAN PEMBETULAN

1. …Rang undang-undang itu …Rang Undang-Undang itu


dibentangkan… dibentangkan…

9
3. KESIMPULAN

Konklusinya, terdapat beberapa penggunaan kata yang tiada kesalahan dalam artikel
di atas. Penggunaan bahasa melayu dalam bidang perundangan dan kehakiman perlu
digunakan dengan lebih kerap agar kesalahan tatabahasa dapat dikurangkan, memandangkan
artikel ini diterbitkan kepada umum. Usaha-usaha untuk melestarikan penggunaan bahasa
Melayu dalam bidang perundangan dan kehakiman perlu diteruskan secara lebih meluas agar
ia tak ‘ditelan dek zaman’.

10
4. RUJUKAN

1. Bahasa Melayu dalam bidang undang-undang: Perspektif penggunaannya di


mahkamah, oleh Faiza Tamby Chik, Hakim Mahkamah Tinggi, Seremban, Bab 2,
Bahasa dan Undang- Undang. Nik Safiah dan Faiza Tamby Chik, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa & Pustaka, 1994
2. http://prpm.dbp.gov.my
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Kamus

11

You might also like