Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

Semester 1 Sesi 2021/2022


EPPD1033 Prinsip Perakaunan
Tutorial 3: Pelarasan

BAHAGIAN A SOALAN 1

Tentukan jenis catatan pelarasan bagi setiap urusniaga berikut. Pilih jawapan dari senarai a) hingga
d).
a) Belanja prabayar
b) Hasil belum terperoleh
c) Belanja terakru
d) Hasil belum terima

1. Membeli bekalan sebanyak RM3,500. Pada akhir tahun, bekalan yang tinggal adalah RM800.
- Belanja Prabayar
2. Melibatkan belanja utiliti yang belum dibayar dan dicatatkan. – Belanja Terakru
3. Gaji pekerja belum dibayar dan direkodkan. – Belanja terakru
4. Menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan tetapi masih belum menerima bayaran dan
direkodkan. – Hasil Belum Terima
5. Menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan yang menggunakan kupon yang telah dibelinya
pada tahun lepas. – Hasil Belum Terperoleh
6. Membayar sewa untuk 6 bulan seterusnya. – Belanja prabayar
7. Menerima hasil jualan kupon yang tempoh sah lakunya bermula pada tahun hadapan. – Hasil
Belum Terperoleh
8. Membeli peralatan pada 1 Januari. Usiagunanya adalah selama 8 tahun. – Belanja Prabayar
9. Meminjam menggunakan Nota Belum Bayar, 12%, 6 bulan. – Belanja Terakru
SOALAN 2

Pada 1 Januari 2021, Puan Susila telah memulakan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan
kaunseling kanak-kanak kepada penduduk di sekitar Lembah Kelang. Firma ini dikenali sebagai
Pusat Pakar Kaunseling Kanak-Kanak (PPKK). Senarai akaun-akaun yang diperolehi dari lejar
PPKK dengan baki normal pada 31 Mac 2021 adalah seperti berikut:
Nama Akaun RM Nama Akaun RM
Tunai 7,850 Hasil Perkhidmatan Belum Terperoleh 4,000
Akaun Belum Terima 6,000 Modal, Puan Susila 22,750
Insurans Prabayar 2,400 Hasil Perkhidmatan Kaunseling 8,000
Bekalan 2,000 Belanja Gaji 4,000
Peralatan 15,000 Belanja Sewa 1,000
Akaun Belum Bayar 1,500 Belanja iklan 1,000
Nota Belum Bayar 3,000

Maklumat tambahan pada 31 Mac 2021 adalah seperti berikut:

1. Pengiraan fizikal di stor mendapati nilai bekalan ialah RM1,300.

2. Bil utiliti bulan Februari pada amaun RM80 diterima pada 5 Mac 2021 dan bil utiliti bulan Mac
pada amaun RM70 diterima pada 4 April 2021. Kedua-dua bil belum dijelaskan.

3. Insurans prabayar ialah polisi insurans kebakaran untuk setahun bermula 1 Januari 2021.

4. Puan Susila telah menerima bayaran sebanyak RM4,000 untuk tempahan khidmat kauseling.
Walau bagaimanapun sehingga 31 Mac 2021 hanya ¾ daripada keseluruhan perkhidmatan
tersebut telah dilaksanakan.

5. Gaji yang masih terakru berjumlah RM1,500.

6. Peralatan mempunyai 5 tahun usia guna dan tiada nilai sisa. PPKK menggunakan kaedah
susutnilai garis lurus.

7. Invois telah dikeluarkan kepada pelanggan pada 2 April 2021 untuk perkhidmatan kaunseling
yang telah ditawarkan dalam bulan Mac berjumlah RM3,000.
8. Nota belum bayar merupakan 12%, untuk 6 bulan diterbitkan pada 1 Mac 2021.

Dikehendaki:
a) Sediakan catatan pelarasan pada 31 Mac 2021.

b) Sediakan Imbangan Duga Terlaras PPKK pada 31 Mac 2021.


CADANGAN JAWAPAN SOALAN 2:
a) Catatan Pelarasan

1. Dt Belanja Bekalan ✓ 700✓


Kt Bekalan ✓ 700✓
2. Dt Belanja Utiliti ✓ 150✓
Kt Utiliti Belum Bayar ✓ 150✓
3. Dt Belanja Insurans ✓ (200x3) 600✓
Kt Insurans Prabayar✓ 600✓
4. Dt Hasil Perkhidmatan Belum Terperoleh✓ 3,000✓
Kt Hasil Perkhidmatan✓ (3/4 x 4000) 3,000✓
5. Dt Belanja Gaji ✓ 1,500✓
Kt Gaji Belum Bayar✓ 1,500✓
6. Dt Belanja Susutnilai✓ 750✓
Kt Susutnilai Terkumpul - Peralatan✓ 750✓
[(15,000/5) x 3/12]
7. Dt Akaun Belum Terima✓ 3,000✓
Kt Hasil Perkhidmatan ✓ 3,000✓
8. Dt Belanja Faedah✓ 30✓
Kt Faedah Belum Bayar ✓ 30✓
(12% x 1/12 x 3,000) ✓

b) Imbangan duga terlaras


PPKK
Imbangan Duga Terlaras Pada 31 Mac 2021✓
Debit Kredit
Tunai 7,850✓
Akaun Belum Terima (6000+3000) 9,000✓
Insurans Prabayar (2400-600) 1,800✓
Bekalan (2000-700) 1,300✓
Peralatan 15,000✓
Susutnilai Terkumpul - Peralatan 750✓
Akaun Belum Bayar 1,500✓
Hasil Perkhidmatan Belum Terperoleh (4000-3000) 1,000✓
Utiliti Belum Bayar 150✓
Gaji Belum Bayar 1,500✓
Faedah Belum Bayar 30✓
Nota Belum Bayar 3,000✓
Modal, Pn Susila 21,750✓
Hasil Perkhidmatan (8000+3000+3000) ✓✓✓ 14,000
Belanja Gaji (4000+1500) 5,500✓
Belanja Bekalan 700✓
Belanja Utiliti 150✓
Belanja Insurans 600✓
Belanja Susutnilai 750✓
Belanja Sewa 1,000✓
Belanja Faedah 30✓
43,680 43,680

SOALAN 3

Imbangan duga belum terlaras dan terlaras bagi Pusat Servis Budi (PSB) pada 31 Julai 2020 adalah
seperti berikut:
Pusat Servis Budi
Imbangan Duga Pada 31 Julai 2020
Belum Terlaras Terlaras
Debit Kredit Debit Kredit
(RM) (RM) (RM) (RM)
Tunai
11,300 11,300
Akaun Belum Terima
16,340 17,140
Bekalan
1,045 645
Iklan Prabayar
1,100 450
Bangunan
26,700 26,700
Susutnilai Terkumpul - Bangunan
1,300 6,300
Akaun Belum Bayar
3,320 3,500
Hasil Perkhidmatan Belum Terperoleh
4,410 3,010
Modal, Budi
17,905 17,905
Hasil Perkhidmatan
72,400 74,600
Belanja Gaji 34,500 34,500
Belanja Utiliti 5,450 5,630
Belanja Iklan 2,900 3,550
Belanja Bekalan 400
Belanja Susutnilai 5,000
99,335 99,335 105,315 105,315
Dikehendaki:

a) Terangkan ENAM (6) sebab perubahan baki-baki akaun dari imbangan duga belum terlaras
kepada imbangan duga terlaras.
b) Sediakan catatan jurnal bagi merekod perubahan yang dikenalpasti dalam a).
c) Sediakan Penyata Pendapatan PSB bagi tahun berakhir 31 Julai 2020.
d) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan PSB pada 31 Julai 2020.
e) Jika pelarasan tidak dibuat, jelaskan kesannya kepada penyata pendapatan dan penyata
kedudukan kewangan menggunakan SATU (1) contoh dari imbangan duga di atas.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3

a)
1. Hasil kredit sebanyak RM800 telah diperolehi tetapi belum direkod
2. Bekalan sebanyak RM800 telah digunakan
3. Iklan prabayar RM650 telah berlaku
4. Belanja susutnilai bangunan sebanyak RM5,000
5. Belanja utiliti terakru RM180
6. Hasil Belum Terperoleh sebanyak 1,400 telah diperoleh.

b)
1. Dt ABT 800
Kt Hasil 800
2. Dt Belanja Bekalan 400
Kt Bekalan 400
3. Dt Belanja Iklan 650
Kt Iklan Prabayar 650
4. Dt Belanja Susutnilai 5,000
Kt Susutnilai Terkumpul 5,000
5. Dt Belanja Utiliti 180
Kt Akaun Belum Bayar 180
6. Dt Hasil Belum Terperoleh 1,400
Kt Hasil 1,400
c)
Pusat Servis Budi
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Julai 2020
Hasil Perkhidmatan 74,600
(-) Belanja operasi:
Belanja Gaji 34,500
Belanja Utiliti 5,630
Belanja Iklan 3,550
Belanja Bekalan 400
Belanja Susutnilai 5,000
49,080
Untung bersih 25,520

d)
Pusat Servis Budi
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Julai 2020

Aset:
Aset Semasa
Tunai 11,300
Akaun Belum Terima 17,140
Bekalan 645
Iklan Prabayar 450

29,535
Aset Bukan Semasa
Bangunan 26,700
(-) Susutnilai Terkumpul - Bangunan 6,300

Jumlah Aset

Liabiliti dan Ekuiti:


Akaun Belum Bayar 3,500
Hasil Perkhidmatan Belum Terperoleh 3,010

6,510
Modal, Budi 17,905
(+) Untung bersih 25,520
Jumlah Liabiliti dan Ekuiti

e) Penyata Penyata Kedudukan


Pendapatan Kewangan
Hasil Belanja Aset Liabiliti Ekuiti
1. Hasil kredit sebanyak RM800 telah   
diperolehi tetapi belum direkod
2. Bekalan sebanyak RM800 telah digunakan   
3. Iklan prabayar RM650 telah berlaku   
4. Belanja susutnilai bangunan sebanyak   
RM5,000
5. Belanja utiliti terakru RM180   
6. Hasil Belum Terperoleh sebanyak 1,400 telah   
diperoleh.

BAHAGIAN B

1) Akaun-akaun perlu sentiasa diselaraskan pada hujung tempoh perakaunan kerana


a. bilangan akaun tidak mencukupi untuk merekod semua urusniaga.
b. terdapat banyak urusniaga yang memberi kesan kepada dua atau lebih tempoh
perakaunan.
c. terdapat banyak kesilapan dalam merekod urusniaga yang diperbetulkan.
d. memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk mencantikan akaun mereka.

2) Sebuah firma perundangan telah menerima tunai RM3,000 bagi perkhidmatan nasihat
undangundang pada masa hadapan. Amaun tersebut telah dikreditkan ke akaun hasil yuran
belum terperoleh. Sekiranya perkhidmatan tersebut telah dilaksanakan dengan sempurna pada
hujung tempoh perakaunan tetapi tiada catatan pelarasan dibuat maka
a. belanja terlebihnyata.
b. pedapatan bersih terlebihnyata.
c. liability terkurangnyata.
d. hasil terkurangnyata.

3) Tasik Madu Sdn Bhd telah membeli bekalan berkos RM7,000 dan mendebitkan amaun
tersebut ke akaun bekalan. PAda hujung tempoh perakaunan, pengiraan fizikal menunjukan
baki bekalan ialah RM2,400. Catatan jurnal yang betul ialah
a. Debit belanja bekalan RM2,400; kredit bekalan RM2,400.
b. Debit bekalan RM4,600; kredit belanja bekalan RM4,600.
c. Debit belanja bekalan RM4,600; kredit bekalan RM4,600.
d. Debit bekalan RM2,400; Kredit belanja bekalan RM2,400.

4) Daging Jaya Sdn Bhd telah membeli sebuah computer pada harga RM4,800 pada 1 Disember.
Dianggarkan susutnilai setahun ialah RM1,200. Sekiranya akaun ditutup pada setiap 31
Disember maka catatan jurnal yang betul untuk susutnilai ialah
a. Debit belanja susutnilai RM1,200; kredit susutnilai terkumpul RM1,200.
b. Debit belanja susutnilai RM100; kredit susutnilai terkumpul RM100.
c. Debit belanja susutnilai RM3,600; kredit susutnilai terkumpul RM3,600.
d. Debit peralatan pejabat RM4,800; kredit susutnilai terkumpul RM4,800.

5) REM Real Estate telah menerima sekeping cek bernilai RM24,000 pada 1 Julai sebagai
bayaran pendahuluan sewa untuk 6 bulan daripada penyewa. Amaun tersebut tersebut
telahpun dikreditkan ke akaun hasil sewa belum terperoleh. Penyata kewangan disediakan
pada 31 Julai. Catatan jurnal pelarasan yang perlu dibuat oleh REM Real Estate pada 31 Julai
ialah :
a. Debit hasil sewa belum terperoleh RM4,000; kredit hasil sewa RM4,000.
b. Debit hasil sewa RM4,000; kredit hasil sewa belum terperoleh RM4,000.
c. Debit hasil sewa belum terperoleh RM24,000; kredit hasil sewa RM24,000.
d. Debit tunai RM24,000; kredit hasil sewa RM24,000.

6) Family Fun Park Empire memulakan operasi taman temanya pada 1 Jun 2020. Baki akaunnya
pada 30 Jun 2020 adalah seperti berikut:

Insurans prabayar RM 6,480


Peralatan RM 36,000
Nota Belum Bayar RM 30,000
Hasil belum terperoleh RM 4,000
Hasil perkhidmatan RM 1,800
Bank RM 10,500

Dikehendaki tentukan jurnal perlarasan yang tepat bagi LIMA (5) maklumat tambahan berikut:

I. Insurans prabayar melibatkan polisi insurans selama 3 tahun bermula 1 Jun.


a. Dt Belanja Insurans 6,480
Kt Tunai 6,480
b. Dt Insurans Prabayar 180
Kt Belanja Insurans 180
c. Dt Belanja Insurans 180
Kt Insurans Prabayar 180
d. Dt Belanja Insurans 540
Kt Insurans Prabayar 540

II. Susutnilai peralatan adalah RM150 sebulan.


a. Dt Belanja susut nilai 150
Kt Susut nilai terkumpul -peralatan 150
b. Dt Belanja susut nilai 1,800
Kt Susut nilai terkumpul -peralatan 1,800
c. Dt Susut nilai terkumpul -peralatan 1,800
Kt Belanja susut nilai 1,800
d. Dt Susut nilai terkumpul -peralatan 150
Kt Belanja susut nilai 150

III. Nota Belum Bayar bertarikh 1 Jun 2020. Ia merupakan nota 6 bulan, 12%.
a. Dt Belanja faedah 300
Kt Faedah belum bayar 300
(12% x 30,000 x 1bulan/12 bulan = 300)
b. Dt Belanja faedah 3,600
Kt Faedah belum bayar 3,600
c. Dt Belanja faedah 30,000
Kt Faedah belum bayar 30,000
d. Dt Belanja faedah 600
Kt Faedah belum bayar 600

IV. Seorang pelanggan telah menggunakan perkhidmatan Family Fun Park Empire pada
bulan Jun bernilai RM3,000. Walaubagaimanapun, tiada sebarang bayaran dan catatan
dibuat. a. Dt Hasil perkhidmatan belum terima 3,000
Kt Hasil perkhidmatan 3,000
b. Dt Hasil perkhidmatan 3,000
Kt Hasil perkhidmatan belum terima 3,000
c. Dt Bank 3,000
Kt Hasil perkhidmatan 3,000
d. Dt Hasil perkhidmatan 3,000
Kt Bank 3,000
V. Buku kupon tiket bernilai RM50 setiap satu telah terjual sebanyak 80 buah pada 1 Jun
sempena promosi pembukaannya. Sehingga 30 Jun, sebanyak 60 buah buku kupon telah
digunakan.
a. Dt Hasil perkhidmatan belum terima 1,000
Kt Hasil perkhidmatan 1,000
b. Dt Hasil perkhidmatan belum terperoleh 1,000
Kt Hasil perkhidmatan 1,000
c. Dt Hasil perkhidmatan belum terperoleh 3,000
Kt Hasil perkhidmatan 3,000
d. Dt Hasil perkhidmatan 3,000
Kt Hasil perkhidmatan belum terperoleh 3,000

You might also like