Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/309576343

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Literasi Awal (I.L.A.) untuk


Kanak-kanak TASKA

Conference Paper · October 2016

CITATIONS READS

0 1,795

5 authors, including:

Zainiah Mohamedisa Juppri Bacotang


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
34 PUBLICATIONS   27 CITATIONS    46 PUBLICATIONS   40 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Mahzan Arshad Mazlina Che Mustafa


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
42 PUBLICATIONS   324 CITATIONS    65 PUBLICATIONS   56 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Development and Validation of a Teaching and Learning Framework for Preparing Quality Teachers for the Future View project

Pembangunan Indikator Kemahiran Literasi Awal Bahasa Melayu (i-KALAM) bagi Kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ Tahun View project

All content following this page was uploaded by Juppri Bacotang on 01 February 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


The 7th UPSI-UPI International Conference in Education, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 30/10- 1/11/2016

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN LITERASI


AWAL (I.L.A.) UNTUK KANAK-KANAK TASKA
1
Zainiah Mohamed Isa, 2Juppri Bacotang, 3Mahzan Arshad,
4
Mazlina Che Mustapha, & 5Ainon Omar
1,2,3,4,&5
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim, Perak

ABSTRAK
Artikel ini bertujuan menjelaskan pembangunan Instrumen Literasi Awal (I.L.A.) untuk kanak-kanak
TASKA berusia 2+, 3+, dan 4+ tahun. Instrumen ini dibangunkan berasaskan 5 kompoenen dalam
kemahiran literasi awal iaitu kemahiran bahasa dan komunikasi; konsep cetakan dan cetakan
persekitaran; fonemik dan fonetik; bacaan dan kefahaman naratif; dan tulisan awal. Bagi mendapatkan
kesahan, bahan I.L.A. telah dinilai oleh 3 orang pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Pengubahsuaian telah dilaksanakan dalam I.L.A. berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh pakar.
Seterusnya, I.L.A. telah diuji ulang uji dengan 20 orang kanak-kanak bagi semua peringkat usia untuk
mendapatkan ketekalan instrumen. Beberapa item yang mendapat skor rendah telah dikeluarkan dari
instrumen tersebut. Hasilnya, suatu instrumen untuk menilai kemahiran literasi awal kanak-kanak yang
berusia 2+, 3+, dan 4+ tahun telah dibangunkan bagi kegunaan TASKA di Malaysia.

Kata Kunci: literasi awal, instrumen, kanak-kanak, TASKA.

VALIDITY AND RELIABILITY OF EARLY LITERACY INSTRUMENT


(I.L.A.) FOR NURSERIES' CHILDREN
ABSTRACT
The objective of this article is to explain the development of Early Literacy Instrument (I.L.A.) for
nurseries' children aged 2+, 3+ and 4+ years. This instrument's is being developed based on five
components of early literacy skills which are language and communication skills; print concepts and
environment print; phonemic and phonetic; reading and narrative comprehension, and early writing. Three
experts in the field of early childhood education have evaluated the I.L.A. for validation purposes. Through
the suggestions given by experts, some modifications have been applied to the ILA. The modified
instrument has been test retested with 20 children in all ages to get the consistency of the instrument. The
items that have lowered score have been removed from the instrument. As the result, an instrument was
developed to assess the early literacy skills of nurseries' children aged 2+, 3+ and 4+ years in Malaysia.

Keywords: early literacy, instrument, children, nurseries.

PENDAHULUAN
Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia telah mendapat pengiktirafan dengan adanya kurikulum PERMATA
Negara pada tahun 2007 yang digunakan untuk kanak-kanak berusia lahir hingga 4 tahun (Bahagian
PERMATA, 2013). Walaupun Kurikulum PERMATA Negara memberikan penekanan terhadap perkembangan
yang menyeluruh, kerisauan masyarakat masih lagi kepada persediaan kanak-kanak terhadap alam persekolahan,
yang seterusnya menjurus kepada literasi awal kanak-kanak.

Ini kerana kajian menunjukkan jika program literasi gagal, keseluruhan kurikulum berada dalam keadaan
bahaya (Strickland & Riley-Ayers, 2007). Ini ada kebenarannya kerana kajian lepas menunjukkan kanak-kanak
yang ketinggalan dalam bahasa dan literasi sebelum persekolahan formal, akan mengalami kesukaran membaca
semasa di peringkat pembaca awal, dan pencapaian mereka juga agak ketinggalan semasa di alam persekolahan
(Spira & Fischel, 2005). Oleh itu, instrumen literasi awal perlu dibangunkan untuk menilai tahap kemahiran
literasi awal kanak-kanak dengan lebih berkesan dan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.

Penilaian Literasi Awal


Dalam pendidikan awal kanak-kanak, kaedah penilaian yang digunakan adalah secara tidak formal. Menurut
Gullo (2005), penilaian tidak formal merupakan kaedah yang autentik dengan memerhatikan kanak-kanak
secara langsung semasa aktiviti rutin dan interaksi kanak-kanak dengan rakan sebaya dan pendidik untuk
menilai pencapaian kanak-kanak dengan lebih tepat. Maklumat ini boleh digunakan bagi merancang

1
The 7th UPSI-UPI International Conference in Education, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 30/10- 1/11/2016

pembelajaran dan pengajaran bagi kanak-kanak tersebut ataupun bagi penambahbaikkan program yang sedia
ada (OPRE Report, 2011).

Pada masa kini, TASKA di Malaysia menggunakan senarai semak melalui pemerhatian untuk mengenal pasti
tahap perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh (Bahagian PERMATA, 2013). Walaupun kemahiran
literasi awal terdapat dalam senarai semak tersebut, namun hanya merangkumi kemahiran bahasa dan
komunikasi secara am sahaja, tiada perincian mengikut komponen tertentu. Oleh itu, suatu bentuk penilaian
yang lebih rinci adalah perlu untuk menilai tahap pencapaian literasi awal kanak-kanak bagi memastikan kanak-
kanak yang belum mencapai tahap yang sepatutnya mendapat bimbingan bagi menyokong perkembangan
literasi awal mereka.

Bagi membina instrumen literasi awal yang sesuai untuk kanak-kanak, pengkaji telah menjalankan penyelidikan
perpustakaan untuk membandingkan beberapa kajian lepas berkaitan penilaian literasi awal. Wilson dan
Lonigan (2010) telah membina Revised Get Ready to Read!!(GRTR-R) untuk menilai kemahiran literasi awal
kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 199 orang kanak-kanak yang berumur 3+ hingga 4+ tahun daripada 21 buah
prasekolah di Utara Florida, Amerika Syarikat. GRTR-R dijalankan pada awal persekolahan untuk mengukur
pengetahuan cetakan, kesedaran fonologikal, dan tulisan awal. Namun, GRTR-R tidak dapat mengukur dengan
baik tentang komponen lain dalam kemahiran literasi awal.

Scates (2014) pula menjalankan sebuah kajian tindakan untuk menilai keberkesanan alat penilaian formatif Star
Early Literacy (SEL). SEL merupakan sebuah perisian komputer untuk yang dapat menilai tahap penguasaan
literasi awal kanak-kanak. Kajian ini melibatkan seramai 24 orang kanak-kanak yang berumur 3, 4, dan 5 tahun
di luar bandar South Carolina, Amerika Syarikat selama 9 minggu. Data dikumpul melalui penilaian
menggunakan SEL, pemerhatian pelajar, rekod anekdot, dan analisis rancangan pengajaran. Kajian ini
mendapati SEL memberi kesan positif terhadap bentuk kumpulan bacaan bimbingan, menjelaskan jenis
intervensi kumpulan tersebut, dan dapat menilai penguasaan awal literasi kanak-kanak. Namun begitu, kaedah
penilaian yang pelbagai memerlukan tempoh masa yang lama, dan penggunaan perisian komputer melibatkan
kos yang tinggi dan tidak bersifat autentik.

Terdapat juga instrumen penilaian kemahiran literasi awal di Malaysia seperti Pentaksiran Kemahiran Literasi
Kanak-kanak (PKLK) (Zainiah, 2013), dan Ujian Pengesanan Tahap Kemahiran Literasi Awal (Juppri, 2012).
Namun, kedua-dua intsrumen tersebut juga tidak sesuai digunakan dalam kajian ini kerana PKLK digunakan
untuk kanak-kanak prasekolah, manakala Ujian Pengesanan Tahap Kemahiran Literasi Awal untuk kanak-kanak
berumur 4 tahun sahaja dan hanya dapat menilai tahap kemahiran literasi awal secara umum sahaja tanpa
mengikut komponen yang lebih spesifik.

Kajian oleh Begeny dan Buchanan (2010); Mei-Hsiu (2012); dan Caesar dan Nelson (2014) telah menggunakan
instrumen Early Literacy Screening Assessment (ELSA) untuk menilai ELSA kanak-kanak. Dapatan kajian
menunjukkan instrumen ELSA boleh menilai empat komponen literasi awal iaitu kefahaman, kesedaran
fonologikal, prinsip abjad, dan konsep cetakan. Oleh itu, pengkaji merumuskan instrumen ELSA boleh
diubahsuai untuk digunakan terhadap kanak-kanak TASKA di Malaysia. Ini kerana penilaian yang dilaksanakan
dalam ELSA adalah bersifat autentik iaitu dalam bentuk pembacaan buku cerita kepada kanak-kanak (DeBruin-
Parecki, 2005). Penilaian menggunakan ELSA boleh dijalankan semasa aktivti membaca buku bersama (shared
reading) secara individu terhadap kanak-kanak.

Cheadle (2007) telah membuktikan ELSA menepati kriteria psikometrik iaitu mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang sangat baik. Cheadle (2007) juga menyatakan ELSA sesuai digunakan oleh pendidik
atau ibu bapa kerana ELSA tidak memerlukan latihan profesional untuk melaksanakannya kepada kanak-kanak.
Berdasarkan kelebihan ELSA dalam menilai kemahiran literasi awal kanak-kanak, pengkaji telah
mengadaptasikan dan mengubahsuai ELSA menjadi Instrumen Literasi Awal (I.L.A.) supaya bersesuaian
dengan kanak-kanak di Malaysia. Namun begitu, penambahan telah dilakukan supaya instrumen ini dapat
menilai kemahiran literasi awal mengikut umur kanak-kanak dengan lebih menyeluruh yang merangkumi
komponen bahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran, fonemik dan fonetik, bacaan dan
kefahaman naratif, dan tulisan awal (Zainiah & Juppri, 2014; Juppri & Zainiah, 2015).

2
The 7th UPSI-UPI International Conference in Education, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 30/10- 1/11/2016

Kesahan Instrumen Literasi Awal (ILA)


Instrumen Literasi Awal (I.L.A.) dibina untuk mengukur lima komponen dalam kemahiran literasi awal,iaitu; (i)
bahasa dan komunikasi; (ii) konsep cetakan dan cetakan persekitaran; (iii) fonemik dan fonetik; (iv) bacaan dan
kefahaman naratif; dan (v) tulisan awal. I.L.A. terdiri daripada 3 set yang berlainan mengikut umur kanak-kanak
TASKA iaitu 2+, 3+, 4+ tahun supaya bersesuaian dengan perkembangan mereka. Antara elemen yang
diubahsuai daripada instrumen ELSA adalah seperti dalam Jadual 1 berikut;

Jadual 1: Pengubahsuaian Elemen Early Literacy Skills Assessment (ELSA)

Bil. Elemen Early Literacy Skills Assessment (ELSA) Instrumen Literasi Awal (ILA)
1. Komponen Pemahaman, kesedaran fonologikal, prinsip Bahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan
abjad, dan konsep cetakan. cetakan persekitaran, fonemik dan fonetik,
bacaan dan kefahaman naratif, dan tulisan awal.

2. Kategori Umur 1 set yang sama untuk kanak-kanak 3 set yang berlainan mengikut umur kanak-
berumur 3 hingga 5 tahun. kanak iaitu 2+, 3+, dan 4+ tahun.

3. Dokumen Buku Panduan Penggunaan ELSA, buku Buku Panduan, buku cerita, Borang Catatan
cerita, Skor ELSA, Rumusan ELSA: Skor, Borang Rumusan Skor, gambar simbol
Kanak-kanak, Rumusan ELSA: Kelas tandas, alat tulis sebenar, dan aktiviti lanjutan.

4. Buku cerita. Violet’’s Adventure atau Dante Grows Up. Ta Ta Rumah

5. Peringkat Soalan ditanyakan kepada kanak-kanak Soalan ditanyakan kepada kanak-kanak pada
aktiviti semasa aktivti bercerita sahaja. peringkat sebelum, semasa dan selepas aktivti
bercerita. bercerita.

6. Jenis skor Skala ordinal (1, 2, dan 3) dan nominal. Skala ordinal (0, 1, 2, dan 3)

7. Kategori Tahap 3 jenis tahap iaitu Penerokaan, Kesedaran, 3 jenis tahap iaitu Belum Menguasai, Sedang
danAplikasi. Menguasai, dan Telah Menguasai.

Kesemua bahan dalam I.L.A. yang telah diubahsuai berdasarkan instrumen ELSA telah diserahkan kepada tiga
orang pakar sebagai penilai luar bagi mendapatkan kesahan sama ada I.L.A. boleh mengukur elemen literasi
awal kanak-kanak yang berusia 2+, 3+ dan 4+ tahun, dan seterusnya memaastikan I.L.A. adalah sesuai,
bermakna, dan berguna terhadap inferen yang dibuat dari skor alat ukur tersebut (American Psychological
Association, 2010).

Penilai luar berperanan untuk menilai dan memastikan domain-domain yang terkandung dalam I.L.A. mewakili
bidang literasi awal. Penilai luar terdiri daripada ahli pakar dalam bidang bahasa dan komunikasi, dan bidang
pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu, penilai luar juga perlu menilai kesesuaian butiran yang digunakan bagi
mengukur domain yang terpilih (Noraini, 2013). Antara cadangan penilai luar untuk penambahbaikan I.L.A.
adalah seperti dalam Jadual 2 berikut;

Jadual 2: Penilai Luar bagi Kesahan Instrumen Literasi Awal (ILA)

Penilai Kelayakan Cadangan


i) Prof. Madya A.  Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI.  Penggunaan laras bahasa juga turut diubah
 Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah supaya lebih mudah difahami oleh kanak-
Pendidikan. kanak.
 Berpengalaman lebih 25 tahun dalam  Mendapati pemetaan keselarasan item
bidang bacaan dan kebolehbacaan. dalam instrumen dengan standard literasi
bagi usia 2, 3, dan 4 tahun adalah sesuai.

ii) Dr. B.  Pensyarah, UNITAR International  Mencadangkan umur 2 tahun dijadikan 2


University. tahun 3 bulan dan seterusnya, atas faktor
 Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah kematangan.
(Pendidikan Awal Kanak-kanak).
 Berpengalaman lebih 30 tahun dalam
bidang kanak-kanak TASKA dan
prasekolah.

iii) Pn. C  Pengurus Pusat Awal Kanak-kanak  Pelaksanaan instrumen bagi kanak-kanak
 Ijazah Sarjana dalam Pendidikan Awal berusia 2, 3, dan 4 tahun adalah berbeza

3
The 7th UPSI-UPI International Conference in Education, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 30/10- 1/11/2016

Kanak-kanak bergantung kepada kemahiran yang


 Berpengalaman dalam membangunkan sepatutnya dikuasai oleh kanak-kanak pada
kurikulum dan melatih guru pendidikan usia tersebut.
awal kanak-kanak.  Bagi memudahkan pelaksanaan instrumen
 Berpengalaman lebih 25 tahun dalam kepada kanak-kanak mengikut usia, dan
bidang pendidikan awal kanak-kanak. mengelakkan kebosanan serta tekanan bagi
kanak-kanak yang lebih muda kerana daya
fokus mereka yang berbeza mengikut usia.

Berdasarkan cadangan tersebut, I.L.A. telah diubahsuai dan arahan guru serta borang senarai semak
telah direka bentuk mengikut usia kanak-kanak.

Kebolehpercayaan Instrumen Literasi Awal (ILA)


Kebolehpercayaan ialah konsistensi sesuatu alat kajian untuk mengukur perkara yang sepatutnya diukur
(Fraenkel, Wallen, & Hyun, 2015). Kebolehpercayaan juga merujuk pada keupayaan sesuatu pengukuran
memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Jika pengukuran kali kedua, kali ketiga
dan seterusnya dilakukan, nilai yang diperoleh tetap sama, maka pengukuran tersebut dianggap mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi (McMillan, 2012). Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah uji-ulang-uji
dan kaedah konsistensi dalaman untuk menentukan kebolehpercayaan I.L.A. bagi kanak-kanak TASKA berusia
2+, 3+, dan 4+ tahun.

Kaedah konsistensi dalaman dijalankan dengan menentukan nilai korelasi antara skor setiap item dalam ujian
dengan jumlah skor bagi semua item dalam ujian (skor indeks ujian) (McMillan, 2012). Dalam kaedah ini, item-
item yang mempunyai nilai korelasi yang tinggi dengan skor indeks ujian mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi, manakala item-item yang mempunyai nilai korelasi yang rendah mempunyai kebolehpercayaan yang
rendah dan perlu dibuang dalam ujian tersebut.

Menurut Chua (2011), nilai pekali korelasi (r) dan nilai alfa Cronbach dalam lingkungan 0.65 hingga 0.95
adalah memuaskan kerana nilai yang terlalu rendah menunjukkan keupayaan item untuk mengukur konsep
dalam kajian adalah rendah, manakala nilai alfa Cronbach yang terlalu tinggi menunjukkan semua item adalah
sama atau bertindih antara satu sama lain. Berikutan perkara tersebut, ketiga tiga set I.L.A. telah diuji dari segi
kebolehpercayaan melalui kaedah uji-ulang-uji dan juga ujian Alfa Cronbach bagi konsistensi dalaman.

Pelaksanaan pengujian I.L.A. melibatkan 60 orang kanak-kanak dari TASKA swasta sekitar Shah Alam,
Selangor. Pembahagian sampel mengikut usia adalah seperti Jadual 3 berikut:

Jadual 3: Pembahagian Sampel mengikut Usia Kanak-kanak

Usia Kanak-kanak Jumlah (Orang)


2+ Tahun 20
3+ Tahun 20
4+ Tahun 20
Jumlah Keseluruhan 60

Seterusnya ketiga tiga kumpulan umur kanak-kanak telah menjalani penilaian literasi awal menggunakan ILA.
Keputusan ujian Korelasi Pearson dan Alfa Cronbach adalah seperti berikut;

Ujian Kebolehpercayaan I.L.A. (2+ Tahun)

Jadual 4: Keputusan Ujian Korelasi Pearson Kanak-kanak TASKA berumur 2+ Tahun

Komponen Nilai Korelasi Ujian Pra-Pasca


Bahasa dan Komunikasi (r=0.77)
Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran (r=0.92)
Fonemik dan Fonetik (r=0.88)
Bacaan dan Kefahaman Naratif (r=0.83)
Tulisan Awal (r=0.78)

4
The 7th UPSI-UPI International Conference in Education, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 30/10- 1/11/2016

Jadual 5: Keputusan Ujian Analisis Kebolehpercayaan bagi I.L.A. (2+ Tahun)

Statistik Kebolehpercayaan
Alfa Cronbach Bilangan Item
0.94 24

Keputusan analisis bagi ujian Korelasi Pearson menunjukkan semua komponen literasi awal mempunyai nilai
korelasi yang baik dan memuaskan (nilai r dalam lingkungan 0.65 hingga 0.95). Sementara itu, ujian Alfa
Cronbach adalah memuaskan (nilai Alfa Cronbach dalam lingkungan 0.65 hingga 0.95) yang mengandungi 24
item.

Ujian Kebolehpercayaan I.L.A. (3+ Tahun)

Jadual 6: Keputusan Ujian Korelasi Pearson Kanak-kanak TASKA berumur 3+ Tahun

Komponen Nilai Korelasi Ujian Pra-Pasca


Bahasa dan Komunikasi (r=0.72)
Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran (r=0.67)
Fonemik dan Fonetik (r=0.95)
Bacaan dan Kefahaman Naratif (r=0.76)
Tulisan Awal (r=0.75)

Jadual 7: Keputusan Ujian Analisis Kebolehpercayaan bagi I.L.A. (3+ Tahun)

Statistik Kebolehpercayaan
Alfa Cronbach Bilangan Item
0.95 40

Keputusan analisis bagi ujian korelasi Pearson menunjukkan kesemua komponen perkembangan awal literasi
mempunyai nilai korelasi yang baik dan memuaskan (nilai r dalam lingkungan 0.65 hingga 0.95). Sementara
ujian Alfa Cronbach adalah memuaskan (nilai Alfa Cronbach dalam lingkungan 0.65 hingga 0.95) yang
mengandungi 40 item.

Ujian kebolehpercayaan I.L.A. (4+ Tahun)

Jadual 8: Keputusan Ujian Korelasi Pearson Kanak-Kanak TASKA berumur 4+ Tahun

Komponen Nilai Korelasi Ujian Pra-Pasca


Bahasa dan Komunikasi (r=0.54)
Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran (r=0.77)
Fonemik dan Fonetik (r=0.37)
Bacaan dan Kefahaman Naratif (r=0.70)
Tulisan Awal (r=0.71)

Jadual 9: Keputusan Ujian Analisis Kebolehpercayaan bagi I.L.A. (4+ Tahun)

Statistik Kebolehpercayaan
Alfa Cronbach Bilangan Item
0.88 43

Keputusan analisis bagi ujian korelasi Pearson menunjukkan hanya komponen konsep cetakan dan cetakan
persekitaran; bacaan dan kefahaman naratif; dan tulisan awal yang mempunyai nilai korelasi baik dan
memuaskan (nilai r dalam lingkungan 0.65 hingga 0.95). Sementara ujian Alfa Cronbach bagi 43 item adalah
memuaskan (nilai Alfa Cronbach dalam lingkungan 0.65 hingga 0.95). Ini bermaksud kebolehpercayaan
instrumen ini masih lagi di tahap yang memuaskan. Namun begitu, semakan semula terhadap item yang terdapat
pada komponen fonemik dan fonetik telah dilakukan bagi mempastikan kandungan item tidak mengelirukan
ataupun tidak sesuai bagi usia 4+ tahun.

5
The 7th UPSI-UPI International Conference in Education, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 30/10- 1/11/2016

Melalui ujian kebolehpercayaan tersebut, item yang mempunyai skor rendah telah dikeluarkan daripada
instrumen. Hasil perubahan adalah seperti berikut;

Jadual 10: Perubahan Item dalam I.L.A. bagi Kanak-kanak Berusia 2+ Tahun

Jumlah Item
Komponen
Instrumen Asal Instrumen Baharu
Bahasa dan Komunikasi 6 5
Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran 6 4
Fonemik dan Fonetik 4 3
Bacaan dan Kefahaman Naratif 4 2
Tulisan Awal 4 2
Jumlah Item Keseluruhan 24 16

Jadual 11: Perubahan Item dalam I.L.A. bagi Kanak-kanak Berusia 3+ Tahun

Jumlah Item
Komponen
Instrumen Asal Instrumen Baharu
Bahasa dan Komunikasi 8 7
Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran 10 6
Fonemik dan Fonetik 5 3
Bacaan dan Kefahaman Naratif 7 6
Tulisan Awal 10 7
Jumlah Item Keseluruhan 40 29

Jadual 12: Perubahan Item dalam I.L.A. bagi Kanak-kanak Berusia 4+ Tahun

Jumlah Item
Komponen
Instrumen Asal Instrumen Baharu
Bahasa dan Komunikasi 8 7
Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran 10 6
Fonemik dan Fonetik 7 5
Bacaan dan Kefahaman Naratif 7 6
Tulisan Awal 11 7
Jumlah Item Keseluruhan 43 31

Hasil daripada perubahan yang dilakukan, I.L.A. lebih mudah dilaksanakan, bersesuaian dengan daya tumpuan
kanak-kanak, dan dapat menilai kemahiran literasi awal kanak-kanak mengikut usia mereka, iaitu 2+, 3+, dan
4+ Tahun. I.L.A. juga mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan memuaskan, yang menunjukkan setiap item
dalam I.L.A. dapat mengukur perkara yang sepatutnya diukur oleh pengkaji. Justeru, I.L.A. sesuai digunakan
dan boleh dipercayai untuk memperoleh skor yang stabil.

DAPATAN KAJIAN
Akhirnya, Instrumen Literasi Awal (I.L.A.) yang telah dibangunkan mendapat pengesahan dan kebolehpercyaan
untuk digunakan dalam mengenal pasti tahap pencapaian literasi awal kanak-kanak yang berusia 2+, 3+ dan 4+
tahun. Oleh kerana instrumen ini menggunakan bahasa Melayu, kemungkinan akan mendatangkan kekangan
bagi kanak-kanak yang menggunakan bahasa lain sebagai bahasa ibunda mereka. Oleh itu, terjemahan ke bahasa
lain adalah perlu bagi memberi peluang kepada kanak-kanak yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai
bahasa kedua menggunakan instrumen ini.

Instrumen yang dibangunkan ini membawa perubahan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kerana
instrumen ini mampu untuk mengukur tahap kemahiran literasi awal secara spesifik mengikut lima komponen
iaitu bahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran, fonemik dan fonetik, bacaan dan
kefahaman naratif, dan tulisan awal mengikut usia kanak-kanak iaitu 2+, 3+, dan 4+ tahun.

I.L.A. juga sesuai digunakan kerana bersifat autentik iaitu digunakan secara semula jadi (naturalistik) melalui
sesi soal jawab atau perbualan antara pendidik dengan kanak-kanak dalam aktiviti sebelum, semasa, dan selepas
bercerita. Selaintu itu, pelaksanaan I.L.A. terhadap kanak-kanak tidak mengambil masa yang lama, iaitu hanya
lebih kurang 15 minit sahaja bergantung pada penumpuan dan minat kanak-kanak.

6
The 7th UPSI-UPI International Conference in Education, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 30/10- 1/11/2016

I.L.A. juga bersifat mesra pengguna kerana pendidik hanya perlu mengikut buku panduan yang disedia bagi
berbual atau menyoal kanak-kanak. Tambahan pula, keperluan bahan I.L.A. melibatkan kos yang rendah kerana
hanya memerlukan borang skor, buku cerita, gambar simbol, tandas, dan alat tulis (pensil, pemadam, dan
warna).

PENUTUP
Kesimpulannya, Instrumen Literasi Awal (I.L.A.) adalah sesuai digunakan untuk menilai tahap kemahiran literasi
awal kanak-kanak sama ada telah mencapai standard yang ditetapkan mengikut perkembangan literasi mengikut
usia mereka. Hasil penilaian dapat digunakan bagi membantu kanak-kanak yang ketinggalan, memberi
pengayaan bagi yang telah mencapai tahap, serta untuk pendidik merancang kaedah pembelajran dan pengajaran
yang lebih berkesan.

RUJUKAN
American Psychological Association. (2010). Publication manual of the American Psychological Association (6th ed.).
Washington, DC: Author.
Bahagian PERMATA. (2013). Kurikulum PERMATA Negara: Asuhan dan didikan awal kanak-kanak 0-4 tahun (Cetakan
Ketiga). Cyberjaya, Selangor: Jabatan Perdana Menteri.
Begeny, J. C., & Buchanan, H. (2010). Teachers judgments of students early literacy skills measured by the Early Literacy
Skills Assessment: Comparisons of teachers with and without assessment administration experience. Psychology in
the Schools, Vol. 47(8), doi: 10.1002/pits.20509
Caesar, L. G., & Nelson, N. W. (2014). Parental involvement in language and literacy acquisition: A bilingual journaling
approach. Child Language Teaching and Therapy, Vol. 30(3) 317–336, doi: 10.1177/0265659013513028
Cheadle, J. E. (2007). The early literacy skills assessment: Psychometric report for both English and Spanish versions.
High/Scope Early Childhood Reading Institute. Diperoleh semula daripada
http://www.highscope.org/Þle/Assessment/ELSAJacobs.pdf
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah statistik penyelidikan. Buku satu: Kaedah penyelidikan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur:
McGraw Hill.
DeBruin-Parecki, A. (2005). Early literacy skills assessment: User guide. Ypsilanti, Michigan: Highscope Press.
Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (2008). How to design and evaluate research in education (7th ed.). Avenue of the
Americas, NY: McGraw-Hill Higher Education.
Gullo, D. F. (2005). Understanding assessment and evaluation in early childhood education (2nd ed.). Amsterdam Avenue,
NY: Teachers College Press.
Juppri Bacotang & Zainiah Mohamed Isa. (2015, Disember). Pembangunan kerangka Kurikulum Awal Literasi (KUALITI)
untuk kanak-kanak TASKA di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan
Negara (SKEPEN), Universiti Kebangsaan Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.
Juppri Bacotang. (2012). Kesan pelaksanaan aktiviti Modul Literasi Awal (MULA) terhadap kemahiran literasi awal kanak-
kanak TASKA. Tesis sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan sultan Idris, Tanjong Malim,
Perak.
McMillan, J. H. (2012). Educational research: Fundamentals for the consumer (6th ed.). Boston: Pearson.
Mei-Hsiu Chuo. (2012). Parental involvement and the early literacy skills of Asian American preschool children. Disertasi
doktor falsafah yang tidak diterbitkan, Texas Woman’s University, Denton, Texas.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan (edisi kedua). Kuala Lumpur: McGraw Hill Education (Malaysia) Sdn.
Bhd.
OPRE Report. (2011). Understanding and choosing assessments and developmental screeners for young children ages 3-5:
Profiles of selected measures final report. Children and Families U.S. Department of Health and Human Services.
Scates, V. R. (2014). An Action Research Study of Star Early Literacy and its Usefulness in Informing Instruction in a Multi-
Age Kindergarten Classroom.
Spira, E. G., & Fischel, J. E. (2005). The impact of preschool inattention, hyperactivity, and impulsivity on social and
academic development: A review. Journal of Child Psychology and Psychiatry, and Allied Disciplines, 46, 755-773.
doi:10.1111/j.1469-7610.2005.01466.x
Strickland, D. S., & Ayers, S. R. (2007). Literacy leadership in early chilhood: The essential guide. Amsterdam Avenue,
NY: Teachers College Press.
Wilson, S. B., & Lonigan C. J. (2010). Identifying preschool children at risk of later reading difficulties: Evaluation of two
emergent literacy screening tools. Journal of Learning Disabilities, 43(1), 62-76.
Zainiah Mohamed Isa & Juppri Bacotang. (2014, Disember). Kemahiran literasi awal bagi kanak-kanak TASKA. Kertas
kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong
Malim, Perak.
Zainiah Mohamed Isa. (2013). Kesan pembacaan buku cerita bertahap terhadap kemahiran pemunculan literasi kanak-
kanak prasekolah. Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan sultan Idris, Tanjong Malim,
Perak.

View publication stats

You might also like