Analisis Data

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ANALISIS DATA

 NILAI BMI DAN STATUS BADAN PELAJAR

BMI

Berat badan
berlebihan
20%

Normal
50%

Kurang Badan
Berlebihan
30%

Normal Kurang Badan Berlebihan


Berat badan berlebihan

Carta pai di atas menunjukkan nilai BMI dan status badan dalam kalangan
pelajar di sekolah SDBL. Majoriti pelajar mempunyai berat badan yang
normal dan berat badan yang kurang daripada standard BMI. Hanya minoriti
remaja mempunyai berat badan yang berlebihan. Menurut borang soal
selidik, pelajar yang mempunyai berat badan normal dan berat badan yang
kurang biasanya ialah pelajar perempuan. Hanya seorang perempuan
mempunyai berat badan yang melebihi BMI. Manakala pelajar yang
mempunyai berat badan berlebihan biasanya ialah pelajar lelaki. Hal ini
dikatakan demikian kerana pelajar lelaki mempunyai saiz badan yang lebih
besar daripada pelajar perempuan. Mereka juga lebih berotot dan
melakukan aktiviti yang lebih berat. Oleh itu, pelajar lelaki perlu mengambil
kuantiti makanan yang lebih banyak kerana mereka memerlukan lebih
banyak tenaga berbanding dengan pelajar perempuan.
 KEKERAPAN BERSENAM DALAM KALANGAN PELAJAR

Kekerapan Bersenam
Tidak bersenam
5%

Jarang bersenam
25%

Kerap bersenam
70%

Kerap bersenam Jarang bersenam Tidak bersenam

Carta pai di atas menunjukkan kekerapan bersenam dalam kalangan pelajar di


sekolah SDBL. Menurut borang soal selidik, terdapat 70% daripada keseluruhan
pelajar kerap bersenam,25% lagi jarang bersenam dan 5% pelajar tidak
bersenam. Mereka yang kerap bersenam akan melakukan aktiviti senaman
sekurang-kurangnya 2 hingga 5 kali dalam seminggu. Manakala, pelajar yang
jarang bersenam akan melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 1
hingga 2 kali. Seseorang yang sentiasa bersenam, badannya mesti akan sihat.
Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila bersenam, badan akan
mengeluarkan peluh. Perpeluhan tersebut akan menyingkirkan toksin dalam
badan. Selain itu, senaman juga boleh membantu pelajar mengatasi masalah
obesiti kerana bersenam dapat membakar lemak badan dan boleh
meningkatkan metabolisme badan. Konklusniya, sebagai pelajar, kita
digalakkan memupuk amalan bersenam kerana ia akan mendatangkan banyak
faedah kepada badan kita.
 KEKERAPAN MAKAN MAKANAN DIPROSES DAN MAKANAN RAPU

Pemakanan
Ada makan
25%

Tidak makan
Jarang makan 10%
65%

Ada makan Tidak makan Jarang makan

Carta pai di atas menunjukkan kekerapan makan makanan diproses dan makanan rapu dalam
kalangan pelajar di sekolah SDBL. Menurut borang soal selidik, terdapat 65% daripada
keseluruhan pelajar jarang makan makanan diproses dan makanan rapu. Mereka banyak
daripada pelajar yang mempunyai berat badan yang normal dan berat badan yang kurang
daripada standard BMI. Terdapat juga 25% pelajar yang selalu makan makanan diproses dan
makanan rapu dan 10% pelajar yang tidak makan makanan diproses dan makanan rapu.
Pengambilan makanan diproses dan makanan rapu yang tidak seimbang dan tidak sihat akan
mendorong kepada berat badan berlebihan.Hal ini dikatakan demikian kerana kandungan
lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah sisa.Di samping itu,
makanan diproses seperti makanan manis yang gemar oleh pelajar juga mengandungi gula dan
karbohidrat yang banyak. Bahan-bahan ini akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin di
dalam darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula diambil, semakin banyak insulin akan
dirembeskan untuk menstabilkan paras gula. Lama-kelamaan, paras gula ini akan menjadi tidak
stabil. Seseorang itu akan menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis
untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti yang
membawa pelbagai penyakit. Seseorang yang sering makan makanan diproses dan makanan
rapu mempunyai kadar yang tinggi untuk menghadapi obesiti dan penyakit kronik. Tuntasnya ,
kita sebagai pelajar perlu memgurangkan pengambilan makanan diproses dan makanan rapu
yang banyak mengandungi garam, gula dan lemak untuk mengelakkan menghadapi masalah
obesiti dan menghidap penyakit kronik. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik mengubatinya.

You might also like