Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PEMBELAJARAN

BERASASKAN
PROJEK

MASALAH OBESITI
NAMA : Goh Xuan Qi
KELAS : 2 Mawar
GURU : Cikgu Siti Rahmah Binti Abdullah

DEFINISI OBESITI
Obesiti merupakan keadaan perubatan di mana lemak badan
berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh
menjejaskan kesihatan seseorang.

BMI (INDEKS JISIM TUBUH)


Terdapat beberapa kategori BMI yang boleh memberikan gambaran
sebenar mengenai jumlah lemak badan anda.

FORMULA BMI

KEPENTINGAN BMI
 Kategori BMI ini memberikan gambaran kepada anda berkenaan
risiko kesihatan yang berpotensi berlaku berdasarkan berat badan
tersebut.
 BMI dianggap sebagai petunjuk bagi sebarang risiko kesihatan
pada masa akan datang.BMI biasa digunakan oleh profesional
kesihatan untuk mengesan individu yang dikategorikan
mempunyai berat badan berlebihan dan obes.
 BMI penting kerana digunakan untuk menilai risiko kesihatan
seseorang individu yang berkait rapat dengan berat badan
berlebihan dan obesiti.

PUNCA OBESITI
 Pemakanan tidak sihat. Diet yang tinggi kalori, kurang memakan
buah dan sayur-sayuran, pengambilan makanan ringan dan
minuman bergula serta jumlah pengambilan makanan secara
berlebihan akan meningkatkan lagi berat badan.

 Keturunan dan pengaruh keluarga. Faktor genetik boleh


menentukan berapa banyak jumlah lemak yang boleh disimpan
oleh badan dan bagaimana lemak tersebut diagihkan. Faktor
genetik juga mempengaruhi proses penukaran makanan kepada
tenaga dan bagaimana badan mengawal selera ataupun
membakar kalori ketika bersenam.

 Kurang aktif. Kehidupan yang tidak aktif menyebabkan kalori yang


diambil lebih banyak dari yang dibakar setiap hari. Kecanggihan
teknologi juga menyebabkan lebih banyak masa dihabiskan bersama
telefon, komputer, dan juga televisyen. Masa yang dihabiskan di
hadapan skrin berkadar langsung dengan kadar kegemukan.
KESAN OBESITI
 Menghidap penyakit jantung
 Menghidap diabetes
 Menjadi punca penyakit kanser hingga menyebabkan kematian
 Menghidap kemurungan
 Mendapat penyakit angin ahmar

CARA-CARA MENGATASI MASALAH


OBESITI
 Pemakanan sihat. Fokus pada pemakanan yang rendah kalori dan
tinggi kandungan nutrien seperti buah, sayur dan produk gandum.
Elakkan lemak tepu, makanan bergula serta alkohol. Ianya masih
boleh diambil tetapi jangan terlalu kerap.

 Senaman berterusan. Pelajar boleh bersenam untuk jangka masa


150 ke 300 minit seminggu dengan melakukan aktiviti sederhana
seperti berjalan, berjoging, berenang atau berbasikal.

 Pantau berat secara berkala. Timbang berat sendiri sekurang-


kurangnya seminggu sekali supaya boleh mengawal pemakanan
dan aktiviti mengikut berat. Ianya juga dapat memberitahu jika
usaha yang dilakukan membuahkan hasil dan mengesan lebih
awal jika berat semakin bertambah.

 Mengehadkan masa penggunaan gajet. Kecanggihan teknologi


juga menyebabkan lebih banyak masa dihabiskan bersama
telefon, komputer, dan juga televisyen. Masa yang dihabiskan di
hadapan skrin berkadar langsung dengan kadar kegemukan.
KAJIAN TENTANG MASALAH OBESITI
DALAM KALANGAN PELAJAR
NO. NAMA PELAJAR BMI STATUS
1. Nurhan Syahiran(L) 28.72 Berat badan berlebihan
2. Dorene Hor Yee Xin(P) 25.54 Berat badan berlebihan
3. Koh Rui Bin(L) 25.40 Berat badan berlebihan
4. Anthony Wong Yan 25.01 Berat badan berlebihan
Dar(L)
5. Tan Boey(P) 24.65 Normal
6. Iris Kong Thang En(P) 24.56 Normal
7. Tan Yee Rou(P) 22.66 Normal
8. Tan Xuan Ru(P) 20.45 Normal
9. Ang Xian Hui(P) 20.13 Normal
10. Nge Zhuo Ning(P) 19.72 Normal
11. Tan Xin Lin(P) 19.07 Normal
12. Lim Fang Chen(P) 18.66 Normal
13. Felicia Fum Chi Ling(P) 18.59 Normal
14. Chea Zi Tong(P) 18.51 Normal
15. Yap Jayne Wan(P) 17.75 Kurang berat badan
16. Tan Wee Theng(P) 17.71 Kurang berat badan
17. Lau Chen Zee(P) 17.36 Kurang berat badan
18. Nur Farisha Alyaa binti 17.09 Kurang berat badan
Roslizan(P)
19. Joey Tan Xiang Yu(P) 16.65 Kurang berat badan
20. Boo Zi En(P) 16.40 Kurang berat badan
ANALISIS DATA
 NILAI BMI DAN STATUS BADAN PELAJAR

BMI

Berat badan
berlebihan
20%

Normal
50%

Kurang Badan
Berlebihan
30%

Normal Kurang Badan Berlebihan


Berat badan berlebihan

Carta pai di atas menunjukkan nilai BMI dan status badan dalam kalangan
pelajar di sekolah SDBL. Majoriti pelajar mempunyai berat badan yang
normal dan berat badan yang kurang daripada standard BMI. Hanya minoriti
remaja mempunyai berat badan yang berlebihan. Menurut borang soal
selidik, pelajar yang mempunyai berat badan normal dan berat badan yang
kurang biasanya ialah pelajar perempuan. Hanya seorang perempuan
mempunyai berat badan yang melebihi BMI. Manakala pelajar yang
mempunyai berat badan berlebihan biasanya ialah pelajar lelaki. Hal ini
dikatakan demikian kerana pelajar lelaki mempunyai saiz badan yang lebih
besar daripada pelajar perempuan. Mereka juga lebih berotot dan
melakukan aktiviti yang lebih berat. Oleh itu, pelajar lelaki perlu mengambil
kuantiti makanan yang lebih banyak kerana mereka memerlukan lebih
banyak tenaga berbanding dengan pelajar perempuan.
 KEKERAPAN BERSENAM DALAM KALANGAN PELAJAR

Kekerapan Bersenam
Tidak bersenam
5%

Jarang bersenam
25%

Kerap bersenam
70%

Kerap bersenam Jarang bersenam Tidak bersenam

Carta pai di atas menunjukkan kekerapan bersenam dalam kalangan pelajar di


sekolah SDBL. Menurut borang soal selidik, terdapat 70% daripada keseluruhan
pelajar kerap bersenam,25% lagi jarang bersenam dan 5% pelajar tidak
bersenam. Mereka yang kerap bersenam akan melakukan aktiviti senaman
sekurang-kurangnya 2 hingga 5 kali dalam seminggu. Manakala, pelajar yang
jarang bersenam akan melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 1
hingga 2 kali. Seseorang yang sentiasa bersenam, badannya mesti akan sihat.
Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila bersenam, badan akan
mengeluarkan peluh. Perpeluhan tersebut akan menyingkirkan toksin dalam
badan. Selain itu, senaman juga boleh membantu pelajar mengatasi masalah
obesiti kerana bersenam dapat membakar lemak badan dan boleh
meningkatkan metabolisme badan. Konklusniya, sebagai pelajar, kita
digalakkan memupuk amalan bersenam kerana ia akan mendatangkan banyak
faedah kepada badan kita.
 KEKERAPAN MAKAN MAKANAN DIPROSES DAN MAKANAN RAPU

Pemakanan
Ada makan
25%

Tidak makan
Jarang makan 10%
65%

Ada makan Tidak makan Jarang makan

Carta pai di atas menunjukkan kekerapan makan makanan diproses dan makanan rapu dalam
kalangan pelajar di sekolah SDBL. Menurut borang soal selidik, terdapat 65% daripada
keseluruhan pelajar jarang makan makanan diproses dan makanan rapu. Mereka banyak
daripada pelajar yang mempunyai berat badan yang normal dan berat badan yang kurang
daripada standard BMI. Terdapat juga 25% pelajar yang selalu makan makanan diproses dan
makanan rapu dan 10% pelajar yang tidak makan makanan diproses dan makanan rapu.
Pengambilan makanan diproses dan makanan rapu yang tidak seimbang dan tidak sihat akan
mendorong kepada berat badan berlebihan.Hal ini dikatakan demikian kerana kandungan
lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah sisa.Di samping itu,
makanan diproses seperti makanan manis yang gemar oleh pelajar juga mengandungi gula dan
karbohidrat yang banyak. Bahan-bahan ini akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin di
dalam darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula diambil, semakin banyak insulin akan
dirembeskan untuk menstabilkan paras gula. Lama-kelamaan, paras gula ini akan menjadi tidak
stabil. Seseorang itu akan menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis
untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti yang
membawa pelbagai penyakit. Seseorang yang sering makan makanan diproses dan makanan
rapu mempunyai kadar yang tinggi untuk menghadapi obesiti dan penyakit kronik. Tuntasnya ,
kita sebagai pelajar perlu memgurangkan pengambilan makanan diproses dan makanan rapu
yang banyak mengandungi garam, gula dan lemak untuk mengelakkan menghadapi masalah
obesiti dan menghidap penyakit kronik. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik mengubatinya.

RUMUSAN
Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang amat membimbangkan. Ia
berpunca daripada pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang
dan menyebabkan kenaikan berat badan secara tidak sihat. Mempunyai berat
yang berlebihan ataupun obesiti dapat memberi kesan yang kurang baik terhadap
fizikal dan mental seseorang. Obesiti meningkatkan risiko untuk menghidap
pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan lain-lain. Dalam usaha
untuk menangani masalah obesiti dalam kalangan individu di negara ini,
pemilihan makanan yang baik memainkan peranan yang penting .Hal ini demikian
kerana pemilihan makanan yang kurang baik dan tidak seimbang akan
menyumbang kepada risiko menghidapi penyakit obesiti dan seterusnya akan
menyumbang kepada penyakit kronik lain. Oleh itu, pelajar-pelajar boleh
mengambil makanan yang seimbang dan makanan kaya dengan nutrien dan zat.
Mereka boleh mengikut piramid makanan agar mengelakkan diri daripada
menjadi mangsa obesiti. Di samping itu, pihak berkenaan juga boleh mengadakan
ceramah atau memaparkan poster yang tentang keburukan masalah obesiti untuk
memberikan kesedaran kepada masyarakat. Di samping itu, pelajar-pelajar boleh
melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 2 hingga 5 kali dalam seminggu.
Seseorang yang sentiasa bersenam, badannya mesti akan sihat. Hal ini dikatakan
demikian kerana, apabila bersenam, badan akan mengeluarkan peluh. Perpeluhan
tersebut akan menyingkirkan toksin dalam badan. Selain itu, senaman juga boleh
membantu pelajar mengatasi masalah obesiti kerana bersenam dapat membakar
lemak badan dan boleh meningkatkan metabolisme badan. Kesimpulan daripada
perbincangan di atas adalah pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi mencegah
masalah obesiti dalam kalangan remaja. Masalah ini seharusnya diberi perhatian
kerana golongan remaja merupakan nusa yang bakal menjadi pemimpin masa
hadapan negara. Justeru itu, setiap pihak terutamanya ibu, bapa dan rakan-rakan
sebaya perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam memastikan remaja
yang menghidapi masalah obesiti diberi rawatan yang terbaik.

You might also like