Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

100

UJIAN PENGUKUHAN SAINS (UNIT 1 – UNIT 4)


NAMA: ___________________________________________________

BAHAGIAN A
30 SOALAN (60 MARKAH)

ARAHAN: BACA SOALAN SEBELUM MENJAWAB

1. Antara berikut yang manakah bukan kemahiran proses sains?


A. Mengelas
B. Mentafsir data
C. Membuat inferens
D. Merekod tempoh eksperimen

2. Rajah 1 menunjukkan udara diperlukan oleh manusia untuk menjalani proses P.

Antara berikut yang manakah mewakili P?


A. Pembiakan
B. Pernafasan
C. Perkumuhan
D. Pertumbuhan

3. Rajah di bawah menunjukkan seorang penyelam di dasar laut.

Keperluan asas yang perlu dibawa bersama olehnya ialah


A. Air
B. Makanan
C. Udara
D. Tempat
4. Antara berikut yang manakah disingkirkan oleh peparu?
i. Air kencing
ii. Wap air
iii. Oksigen
iv. Karbon dioksida
A. i dan ii C. ii dan iv
B. i dan iii D. iii dan iv

5. Apabila kepala seekor belalang direndam dalam air, belalang itu tidak akan mati.
Mengapakah?
A. Air mengandungi udara terlarut.
B. Belalang boleh bernafas di dalam air.
C. Belalang boleh hidup di dalam air dan juga di darat.
D. Organ pernafasan belalang terletak di abdomennya.

6. Rajah di bawah menunjukkan sepohon pokok semalu.

Apakah yang akan berlaku sekiranya daun-daun pokok itu disentuh dengan jari?
A. Daun pokok semalu akan berlipat.
B. Daun pokok semalu ini akan mengeluarkan bau yang busuk.
C. Daun pokok semalu akan gugur.
D. Daun pokok ini akan menjadi kering.

7. Antara berikut yang manakah melanggar peraturan bilik sains?


A. Makan dan minum di dalam bilik sains.
B. Menjalankan eksperimen mengikut arahan guru Sains.
C. Membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
D. Mencuci alat radas dan menyimpannya di tempat yang betul.

8. Antara padanan haiwan dengan organ respirasi berikut, yang manakah tidak benar?

Haiwan Organ respirasi


A. Lembu Peparu
B. Katak Insang
C. Cacing Kulit lembap
D. Belalang Spirakel
9. Apakah nama pigmen hijau ada daun tumbuhan yang diperlukan untuk proses
fotosintesis?
A. Osmosis
B. Georofil
C. Brosifil
D. Klorofil

10. Fotosintesis ialah proses…


A. Tumbuh-tumbuhan bergerak balas terhadap air.
B. Tumbuh-tumbuhan memerlukan matahari untuk membiak.
C. Tumbuh-tumbuhan membuat makanannya sendiri.
D. Tumbuh-tumbuhan membekalkan makanan.

11. Apakah ciri-ciri haiwan vertebrata?


A. Mempunyai insang.
B. Mempunyai deria rasa.
C. Mempunyai habitat di dalam hutan.
D. Mempunyai tulang belakang.

12. Rajah menunjukkan laluan udara semasa menarik nafas.

Hidung X Peparu

Apakah yang diwakili oleh X?


A. Trakea
B. Mulut
C. Jantung
D. Hati

13. Apakah yang dimaksudkan dengan Penyahtinjaan?

A. Menyingkirkan peluh daripada badan.


B. Menyingkirkan bahan buangan daripada badan.
C. Menyingkirkan makanan yang tidak dihadam daripada badan.
D. Menyingkirkan makanan, air kencing dan peluh daripada badan.

14. Antara haiwan berikut, yang manakah tidak bernafas melalui spirakel?

A. Lalat
B. Tikus
C. Pepatung
D. Lebah

15. Bahagian X pada tumbuhan bergerak balas terhadap tarikan graviti. Antara berikut yang
mana ialah X?

A. Akar
B. Daun
C. Pucuk
D. Batang

16. Tumbuhan tidak perlu bergerak seperti haiwan. Antara berikut yang manakah merupakan
sebabnya?

A. Tumbuhan tidak mempunyai nyawa.


B. Tumbuhan tidak mempunyai kaki.
C. Tumbuhan tidak membiak.
D. Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.

17. Jadual di bawah menunjukkan organ-organ yang bergerak balas terhadap rangsangan dan
jenis rangsangan yang dikesan. Antara berikut yang manakah padanan yang betul?

Organ Rangsangan yang dikesan


A. Hidung Bau
B. Telinga Suhu
C. Mata Bunyi
D. Kulit Rasa

18. Berikut adalah tempat tinggal bagi beberapa jenis haiwan.

Gua Kolam

Antara haiwan-haiwan berikut yang manakah betul?

Gua Kolam
A. Kelawar , Beruang Udang , Ikan
B. Lebah , Burung Ikan , Berudu
C. Burung , Semut Ikan , Semut
D. Tikus , Kelawar Lebah , Burung

19. Apakah yang dimaksudkan dengan habitat?

A. Tempat berkumpul
B. Tempat tinggal
C. Tempat untuk melahirkan anak
D. Tempat bekalan makanan

20. Rajah menunjukkan keadaan seorang lelaki.

Apakah keperluan asas yang tidak diperolehinya?


A. Udara
B. Tempat perlindungan
C. Makanan
D. Cahaya matahari
21. Sebatang pokok di dalam pasu diletakkan di dalam sebuah bilik tertutup dengan tingkap
terbuka seperti rajah di bawah

Apakah inferens berdasarkan pemerhatian di atas?


A. Tumbuhan itu memerlukan udara untuk tumbuh.
B. Tumbuhan itu memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh.
C. Tumbuhan itu perlu diletakkan di dalam bilik untuk tumbuh.
D. Tumbuhan itu tumbuh sihat tanpa air.

22. Tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Apakah yang
dihasilkan oleh tumbuhan daripada proses fotosintesis?
A. Karbon dioksida
B. Air
C. Glukosa
D. Peluh
23. Semasa proses X berlaku dalam badan manusia, peparu mengembang dan menyebabkan
dada ternaik ke atas.
Apakah proses X?
A. Menghembus nafas
B. Perkumuhan
C. Pembiakan
D. Menarik nafas

24. Rajah di bawah menunjukkan keperluan asas yang diperlukan oleh haiwan.

Haiwan

Makanan X Air Udara

Apakah yang diwakili oleh X?


A. Nutrien
B. Garam Mineral
C. Cahaya matahari
D. Tempat tinggal

25. Rajah menunjukkan sejenis haiwan.

Antara haiwan berikut yang manakah mempunyai organ pernafasan yang sama dengan
haiwan di atas?
A. Buaya
B. Semut
C. Ketam
D. Labah-labah

26. Apakah yang akan berlaku sekiranya manusia tidak membiak?


A. Manusia akan pupus.
B. Manusia akan bersaiz lebih kecil.
C. Manusia tidak akan membesar.
D. Manusia tidak akan mempunyai makanan dan minuman.

27. Rajah menunjukkan sejenis organ manusia.


Bahan buangan yang manakah disingkirkan oleh organ ini?
A. Air kencing
B. Najis
C. Wap air
D. Karbon dioksida

28. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri bagi haiwan X.

 Tidak mempunyai kaki


 Bernafas melalui peparu

Antara berikut yang manakah mungkin ialah haiwan X?


A. Ikan
B. Ular
C. Angsa
D. Cacing tanah

29. Apakah kepentingan fotosintesis kepada hidupan lain dan alam sekitar?
A. Menyebabkan pengurangan oksigen.
B. Merosakkan alam sekitar.
C. Membekalkan oksigen untuk manusia dan haiwan bernafas.
D. Meningkatkan paras air di laut.

30. Tanpa air dan makanan, seekor ayam akan mati. Berikan sebab yang sesuai.
A. Makanan ialah keperluan asas bagi seekor ayam.
B. Air dan makanan merupakan keperluan asas untuk hidup.
C. Ayam perlukan air untuk hidup.
D. Ayam hanya boleh hidup di dalam air.

You might also like