Konsep Falsafah Pendidikan Islam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Perkataan falsafah bermula daripada perkataan Yunani kuno iaitu philo yang bermaksud cinta dan
perkataan ‘sophos’ yang bermaksud kebenaran, hikmah dan kebijaksanaan. Selain itu, falsafah juga
bukan semata-mata hanya merujuk kepada kebijaksanaan atau kebenaran itu sendiri, malah ia juga
merupakan gabungan antara dua komponen iaitu kecintaan dan kebenaran. (Noor Hisham Md Nawi &
Nurul Hudani Md Nawi, 2018)

Apabila perkataan falsafah disandarkan kepada Islam yang menjadi Falsafah Islam, maka ia
merupakan falsafah yang berteraskan kepada ajaran Islam yang bersumberkan kepada wahyu iaitu al-
Quran dan al-Sunnah. Justeru itu, bagi seseorang yang berkefahaman Islam, apabila dibincangkan
berkaitan dengan falsafah, tidak kira falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau lain-lain, maka
perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip-prinsip dan matlamat yang dikehendaki oleh Islam.
(Mohd Yusuf Ahmad, 2002)

Falsafah pendidikan Islam adalah merupakan falsafah pendidikan yang berteraskan roh Islam.
Yang dimaksudkan dengan falsafah pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan ilmu
pengetahuan dengan secukupnya agar dapat melahirkan seorang insan yang dapat mengenal diri dan
mengetahui taklif yang dikurniakan Allah serta mengetahui cara untuk melaksanakan atau
menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Seseorang insan itu
akan menjadi insan yang baik apabila dapat melakukan tanggungjawab itu dengan baik dan mengikut
acuan yang diberikan oleh Islam. (Noriati A. Rashid et al. 2016)

Ilmu daripada perspektif Islam haruslah berpandukan kepada penjelasan yang telah dijelaskan
dalam al-Quran dan al-Sunnah serta berteraskan kepada tauhid uluhiyyaṯ dan rububiyyaṯ. Selain itu,
al-Farabi dan Ibn Bajjah meletakkan dua fungsi akal dan wahyu sebagai sumber utama. Mereka
berpendapat bahawa akal dan wahyu merupakan hakikat akan sesuatu. Sekiranya akal dan wahyu
dipisahkan, ia akan melahirkan sebuah masyarakat dan negara yang pincang. (Shamsina Shamsuddin
& Akhiar Pardi, 2015)

Menurut persepektif Islam, pendidikan juga merupakan satu falsafah. Di mana, dalam bidang
pendidikan, ia merupakan suatu komponen yang paling utama adalah falsafah pendidikan itu sendiri.
Hal ini disebabkan kerana, manusia yang hendak dibentuk mempunyai sikap suka bergantung kepada
falsafah yang telah digariskan melalui pendidikan. Justeru itu, para pendidik telah menyediakan
beberapa bahan yang patut dijadikan kaedah dalam pendidikan anak-anak. Pendidikan yang harus
diberikan kepada anak-anak meliputi setiap bidang iaitu Pendidikan Iman, Pendidikan Akhlak,
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Mental, Pendidikan Jiwa, Pendidikan Sosial dan Pendidikan Seks.
(Noriati A. Rashid et al. 2016)
Selain itu, falsafah pendidikan Islam adalah berkaitan dengan segala prinsip, kepercayaan dan
kandunganya yang sesuai dengan roh Islam. Mempunyai kefahaman dan kesedaran terhadap akidah,
ajaran dan undang-undangnya. Sekiranya tanpa syarat-syarat tersebut, ia tidak akan disebut dengan
pendidikan Islam. Ia juga berkaitan dengan realiti kehidupan masyarakat dan kebudayaan serta sistem
sosial, ekonomi dan politik. (Omar al-Syaibani .Terj Hasan Langgulung, 1991)

Selain itu juga, falsafah pendidikan Islam merupakan satu proses bagi menyediakan manusia
dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar manusia dapat melaksanakan tugasnya
dan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Bagi yang dapat
menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan baik, maka jadilah ia seorang insan yang soleh.
42 Menurut Kementeriaan Pendidikan Malaysia 1997 (KPM), pendidikan Islam merupakan usaha
bagi menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
untuk membentuk kemahiran, sikap, keperibadian dan pandangan hidup sebagai khalifah Allah di
muka bumi ini yang bertanggungjawab untuk membentuk masyarakat, diri, negara dan alam sekitar
kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. (Mohd Yusuf Ahmad, 2002)

Secara kesimpulannya, falsafah pendidikan Islam ini merupakan falsafah yang berteraskan
sumber-sumber daripada Islam. Hal ini disebabkan kerana ia menggunakan prinsip Islam dalam
bidang pendidikan. Selain itu, falsafah pendidikan Islam juga yang akan menentukan kebahagiaan
seorang insan bagi mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat kelak. Falsafah pendidikan Islam juga
menegaskan bahawa manusia adalah merupakan makhluk Allah s.w.t. dan mempunyai batasan-
batasan yang tertentu dalam kehidupan mereka. Oleh yang demikian, falsafah pendidikan Islam
merupakan falsafah yang berbentuk keagamaan yang berusaha untuk manusia menanamkan sifat
keimanan dalam diri mereka dan dapat melaksanakan tugas mereka sebagai khalifah Allah s.w.t.
dimuka bumi.
RUJUKAN

Ahmad, M. Y. (2002). Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Penerbit Universiti Malaya.

Langgunlung, O. a.-S. (1991). Falsafah Pendidikan Islam. Selangor: HIZBI Sdn. Bhd

Nawi, N. H. (2018). Wacana Falsafah Ilmu . Universiti Malaysia Kelantan.

Noriati A. Rashid, L. K. (2016). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like