Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Faktor yang menjadi kekangan

kepada Wanita atau


perempuan untuk melakukan
aktiviti fizikal
1. persekitaran
2. sosiologi
3. psikologi

Faktor yang pertama adalah faktor persekitaran kepada wanita atau perempuan yang
menjadi kekangan untuk melakukan aktiviti fizikal ialah penglibatan dan minat mereka akan
menurun untuk melakukan aktiviti fizikal selepas mereka berkahwin dan melahirkan anak.
Hal ini disebabkan kerana kurangnya aktiviti fizikal ketika tempoh mengandung. Proses
membesarkan anak juga menyebabkan fokus terhadap aktiviti yang melibatkan fizikal akan
berkurangan dan setiap perlakuan berfokuskan kepada aktiviti-aktiviti lain. Yang mana
perkahwinan, kehamilan dan keperluan menjaga anak menyebabkan perempuan semakin
kurang berminat untuk melakukan aktiviti lasak. Perkara ini akan menghadkan aktiviti fizikal
mereka. di samping itu jua, faktor persekitaran berkaitan dengan keluarga yang tidak
meminati sukan dan hanya mementingkan bidang professional semata-mata.

Tambahan pula mendapati bahawa uniform Pendidikan Jasmani yang sangat ketat
dan tidak sesuai untuk pelajar perempuan juga merupakan faktor yang menjadi menghalang
kepada perempuan untuk menyertai sukan di sekolah.

Faktor yang kedua iaitu sosiologi yang menjadi kekangan wanita untuk melakukan
aktiviti fizikal adalah wanita dilihat mempunyai tanggungjawab yang besar dalam
pembentukan dan pembangunan keluarga terutamanya dalam masyarakat Islam dan
mereka merupakan watak utama serta memainkan peranan penting dalam membangunkan
sesuatu institusi kekeluargaan. Wanita yang bekerja sepenuh masa dilihat mempunyai
masalah berkaitan masa lapang yang boleh dijadikan sebagai masa terluang untuk
melakukan aktiviti fizikal. Faktor kekangan masa dalam jadual harian padat untuk
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri telah menjadikan kehidupan
mereka lebih terarah kepada kehidupan yang sibuk dalam menguruskan perihal keluarga.
yang demikian, adalah menjadi keutamaan dalam memberikan kesedaran betapa
pentingnya menjalani kehidupan yang sihat Oleh itu, masa yang sedia ada selepas bekerja
adalah terhad yang perlu diisi dengan tugas-tugas lain seperti mengemas rumah, menjaga
anak, membasuh dan memasak. Di samping itu juga, faktor lain iaitu tiada galakan dari
keluarga, rakan-rakan serta individu yang terdekat atau terlalu fokus kepada aktiviti lain yang
bukan sukan.
Seterunya faktor ketiga pula ialah faktor psikologi yang menyebabkan wanita atau
perempuan mempunyai halangan untuk melakukan aktiviti fizikal ilah disebabkan ingin
menjaga kecantikan. Di mana, bagu mereka kecantikan mengambarkan imej seorang
perempuan dan begitu penting dalam penghidupan mereka. disamping itu juga, masalah
perempuan yang melibatkan haid menjadi penghalang untuk mereka terlibat secara serius
dalam aktiviti fizikal. Emosi perempuan akan terganggu dan tidak seimbang apabila
pusingan haid berlaku. Mereka akan menjadi individu yang kurang aktif berbanding
sebelumnya dan kurangnya keyakinan untuk melakukan aktiviti sukan serta mempunyai
perasaaan tidak selesa dan sebagainya.

Disamping itu, bagi wanita yang telah melahirkan anak, kebanyakannya daripada
mereka mempunyai masalah obes dan mempunyai ‘body mass index’ melebihi 28 juga
menyebabkan mereka kurang berminat terhadap aktiviti sukan. Tubuh badan yang obes ini
pula akan menghadkan aktiviti mereka untuk melakukan aktiviti yang lasak dan mencabar.

You might also like