Pat BMpenulisan 2019 Modul

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bahagian A (15 minit)

Gambar menunjukkan suasana di taman sains. Tulis 5 ayat lengkap.

1.Ahmad sedang mencabut rumput panjang yang terdapat di sekitar taman sains.

2.Kumari membantu Salmah memindahkan anak-anak pokok ke dalam pasu yang lebih besar.

3.Siew Lan pula menyiram pokok-pokok bunga supaya tumbuh dengan subur.

4.Kamal dan Ali juga turut membantu membersihkan kolam dan mengganti air kolam dengan air yang lebih bersih.

5.Wazif dan Roslan sedang mengecat pagar taman sains dengan cermat.

Bahagian B (25 minit)-50 hingga 80 patah perkataan

Jagung dapat dijadikan pelbagai jenis hidangan yang lazat dan berkhasiat. Tulis ulasan tentang penggunaan
jagung dalam penghasilan pelbagai jenis hidangan.

Jagung mempunyai banyak kegunaan dalam penghasilan pelbagai jenis hidangan. Antaranya, jagung boleh
dibakar atau direbus untuk dijadikan bekalan ke sekolah. Selain itu, bijian jagung juga boleh dijadikan bertih
jagung yang sedap dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Seterusnya, jagung boleh dijadikan kuih-muih
dan bubur untuk dihidang kepada tetamu. Di samping itu, jagung yang dimesin lumat boleh dijadikan jus dan
pencuci mulut selepas makan. Kesimpulannya, kita hendaklah menghargai pokok jagung kerana jagung dapat
dijadikan pelbagai jenis hidangan yang lazat dan berkhasiat.

(78 patah perkataan)

Bahagian C (25 minit)- 80 himgga 120 patah perkataan


Soalan 2: Kebaikan Amalan Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Menabung mempunyai banyak
kebaikan kepada kita.

Antara kebaikan menabung ialah kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk
membeli barang keperluan harian. Ibu bapa pasti berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat itu.

Apabila kita menabung, wang ini boleh digunakan untuk menyediakan alatan persekolahan pada awal
tahun. Kita tidak perlu mengharapkan wang daripada ibu bapa lagi. Ini dapat meringankan beban mereka.

Selain itu, menabung juga dapat membantu semasa kecemasan. Jika kita sakit, wang tersebut boleh
digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita ditimpa
kemalangan.

Sesungguhnya, menabung ada banyak kebaikannya. Amalan yang baik ini membolehkan kita mempunyai
simpanan pada masa hadapan. Oleh sebab itu, mulalah menabung dari sekarang kerana “sedikit-sedikit, lama-lama
jadi bukit’.

You might also like