Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

178 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

Purubakaran a/l Sandran 1

v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal
& 2 Ors
5

Sessions Court, Georgetown – Civil Suit No. PA-A53KJ-150-08/2017


Ooi Sheow Yean scj

[19] Quantum – Abrasion and laceration – Multiple abrasions – Multiple facial 10


lacerations – Head – Intracranial bleeding – Upper limb – Complete brachial plexus
injury of left upper limb – Compound segmental fractures of left radius and ulna
with flexor muscle cut and ischemia

Date of accident
February 10, 2017 15

Date of grounds of judgment


May 31, 2019

Judgment received 20
December 18, 2020

Brief description of plaintiff’s injuries


1. Complete brachial plexus injury of the left upper limb
2. Compound segmental fractures of the left radius and ulna with flexor
25
muscle cut and ischemia
3. Intracranial bleeding (healed with no disabilities)
4. Multiple abrasions
5. Multiple facial lacerations

Disabilities 30
NA

Plaintiff’s age
(a) As at date of accident : 26 years
(b) As at date of hearing : NA 35

Plaintiff’s occupation
(a) As at date of accident : NA
(b) As at date of hearing : NA

40
Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 179

1 Plaintiff’s earnings
(a) As at date of accident : RM2,000.00
(b) As at date of hearing : NA

Liability
Plaintiff’s claim dismissed
5

Award (Based on 100% liability)


1. General damages
(a) Compound segmental fractures of the left
radius and ulna with flexor muscle cut and
10 ischemia and complete brachial plexus
injury of the left upper limb – RM 90,000.00
(b) Intracranial bleeding (healed with no
disabilities) – RM 10,000.00
(c) Multiple facial lacerations and multiple
15 abrasions – RM 8,000.00

2. Special damages
(a) Cost of repairs to motorcycle – RM 900.00
(b) Damage to clothing and other personal
effects – RM 200.00
20
(c) Loss of earnings
i. Actual loss of earnings – RM 1,416.00
ii. Loss of earning capacity
(RM750.00 × 175 months) (without
interest) – RM133,500.00
25 (d) Travelling expenses (RM80.00 × 7 days) – RM 560.00
(e) Travelling expenses for follow up treatment
(RM80.00 × 2 days) – RM 160.00

Note
1. The plaintiff has lodged an appeal at the High Court, Pulau Pinang in
30
Civil Appeal No. PA-12B-16-03/2019 against the Sessions Court’s finding
on liability and dismissal of the claim for private medical expenses.
2. The High Court on December 1, 2020, as reported in [2021] 1 PIR [13],
dismissed the appeal against liability and allowed the claim for private
medical expenses in the sum of RM13,856.16 (1∕3 × RM41,568.48).
35
Interest
As usually awarded.

40
180 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

Case(s) referred to by the court 1

Govindaraju Nagarajan v Pacific Orient Insurance Co Bhd [2014] 1 CLJ 1076, HC


Natahlie Nordberg (an infant suing through her mother and next friend, Elizabeth
Chin Yew Kim) v Dr Quah Thong Sai & Anor (and Another Suit) [2015] 1 PIR
[35], HC
Ng Chul Sia v Maimon bt Ali [1983] 1 MLJ 110 5
Seng Me Hiang v Amutha a/p Perisamy & Anor [2016] 1 PIR [56], mc
Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 5 AMR 497; [2015] 5
MLJ 1, FC
Siti Aishah binti Mohd Zawawi v Muhsin Adi & Anor (Mohd Halim bin Abu
Bakar – Third Party) [2015] 1 PIR [46], sc 10
Wong Thin Yit v Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175, FC

Legislation referred to by the court


Evidence Act 1950, ss 101, 102, 103, 114(g)
Road Traffic Rules 1959, rule 10 15
Road Transport Act 1987, s 121

Solicitors
Paramjit Singh & Co for plaintiff
K Suganthi & Co for first and second defendants 20
Sekar Gill & C Suren for third defendant

Ooi Sheow Yean scj

Pengenalan 25

[1] Plaintif telah merayu terhadap keseluruhan keputusan mahkamah ini


yang menolak tuntutan plaintif selepas perbicaraan penuh.

[2] Plaintif di dalam kes ini telah membawa satu tuntutan untuk gantirugi
am dan khas akibat satu kemalangan jalanraya yang berlaku pada Februari 30
10, 2017 di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, Pulau Pinang melibatkan
plaintif sebagai penunggang motosikal PKE 5822 dan defendan pertama
sebagai penunggang motorsikal PJW 5209.
[3] Defendan kedua ialah pemilik motosikal, manakala defendan ketiga
selaku penanggung insuran motorsikal telah mencelah atas alasan bahawa 35
terdapat unsur frod dalam kes ini.

Versi plaintif

[4] Pada Februari 10, 2017, jam lebih kurang pukul 7.45 pagi, plaintif
sedang menunggang motorsikal No. PKE 5822 dari rumah di Butterworth 40

menuju ke tempat kerja di Batu Maung. Apabila plaintif sampai


Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 181

1 di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, tiba-tiba defendan pertama yang


menunggang motorsikal No. PJW 5209 yang datang dari arah belakang
dengan cuai memandu, mengendalikan dan/atau mengawal motorsikalnya
telah melanggar motorsikal plaintif di sebelah kanan belakang.
Perlanggaran dan/atau kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh
5 kecuaian dan/atau kecuaian sertaan yang dilakukan oleh defendan pertama
iaitu penunggang motorsikal No. PJW 5209 dan defendan kedua cuai secara
vikarius dan seterusnya defendan ketiga merupakan penanggung insuran
bagi motorsikal No. PJW 5209.

Versi defendan pertama dan kedua


10
[5] Defendan pertama dan kedua selain mengakui bahawa pada tarikh
yang dinyatakan oleh plaintif, terdapat satu kemalangan berlaku di antara
motosikal No. PKE 5822 dan motosikal No. PJW 5209, lain-lain kenyataan
oleh plaintif dinafikan.
15
Versi defendan ketiga
[6] Defendan ketiga ialah penanggung insuran bagi motosikal No. PJW
5209. Defendan ketiga menegaskan bahawa defendan pertama dan/atau
motosikal No. PJW 5209 tidak terlibat dalam kemalangan jalanraya dengan
20 motosikal No. PKE 5822 seperti yang didakwa oleh plaintif.

[7] Defendan ketiga menegaskan bahawa kemalangan yang dikatakan


berlaku pada Februari 10, 2017 jam lebih kurang 7.45 pagi bukan akibat
pelanggaran dengan motosikal No. PJW 5209, tetapi akibat motosikal yang
ditunggang oleh plaintif telah dipandu laju dan/atau hilang kawalan lalu
25 terbabas ke kiri jalan dan terlanggar pembahagi jalan.

[8] Defendan ketiga menegaskan bahawa tuntutan plaintif terhadap


defendan pertama dan defendan kedua adalah satu tuntutan palsu
(fraudulent claim) di mana plaintif telah bersubahat dan/atau berpakat
(colluded) dengan defendan pertama dan/atau defendan kedua untuk
30
menyatakan bahawa motosikal No. PJW 5209 terlibat dalam kemalangan
tersebut untuk membolehkan plaintif menuntut gantirugi dari defendan
ketiga selaku syarikat insuran yang melindungi motosikal No. PJW 5209.

Beban pembuktian
35
[9] Beban pembuktian di dalam kes sivil adalah terletak kepada plaintif
untuk membuktikan tuntutan beliau atas imbangan kebarangkalian.
Rujukan juga dibuat kepada ss 101 hingga 103 Akta Keterangan 1950.

[10] Merujuk kepada kes Ng Chul Sia v Maimon bt Ali [1983] 1 MLJ 110:
40
In an action for negligence the onus of proving the allegation of negligence rests
on the person which makes it unless there are disclosed facts which raise a
182 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

presumption in favour of the plaintiff. The plaintiff must show affirmatively that 1
there has been a breach of a specific or general duty by the defendant and this
resulted in the damage to the plaintiff. If he fails to prove this the action must fail.

When an accidental harm is done it is not for the doer to excuse himself by proving
that the accident was inevitable and that there was no negligence on his part. It is
for the person who suffers the harm to prove affirmatively that the accidental
5
harm was due to the negligence of the other person.

[11] Defendan ketiga telah memplidkan dalam pembelaan bahawa


tuntutan plaintif yang menyatakan defendan pertama dan motosikal
defendan No. PJW 5209 terlibat dalam kemalangan dengan motosikal
plaintif No. PKE 5822 adalah satu tuntutan yang palsu. 10

[12] Beban pembuktian defendan ketiga untuk membuktikan frod juga


adalah atas imbangan kebarangkalian.

[13] Rujukan dibuat kepada kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn
Bhd [2015] 5 AMR 497; [2015] 5 MLJ 1 (FC), yang mana diputuskan bahawa: 15

Held, dismissing the appeal:


(1) The position of the law on the standard of proof for fraud in civil claims in this
country was far from satisfactory and the time had come to realign the position
with the standard applied in other common law jurisdiction. The correct
principle to be applied was as explained in Re B (Children) (Care Proceedings: 20
Standard of Proof) (CAFCASS intervening) [2008] UKHL 35 and it was this: that
at law there were only two standard of proof, namely, beyond reasonable
doubt for criminal cases while it was on the balance of probabilities for civil
cases. As such even if fraud was the subject in a civil claim, the standard of
proof was on the balance of probabilities. There was no third standard; and
neither the seriousness of the allegation nor the seriousness of the
25
consequences should make any difference to the standard of proof to be
applied in determining the fact (per Baroness Hale of Richmond in Re B
(Children) (see paras 47-49 & 51).

Atas liabiliti
30
[14] Beban pembuktian adalah sentiasa atas bahu plaintif atas imbangan
kebarangkalian.

[15] Plaintif telah memanggil enam orang saksi iaitu:

SP1 – Dr Jamaludin Mohamad


35
SP2 – Shanti a/p Ramasamy

SP3 – Sarjan Abu Rashid bin Awang

SP4 – Dr Tan Jit Sin


40
SP5 – Koperal Mohd Izawan bin Wan Chik
Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 183

1 [16] Pihak defendan telah memanggil tiga orang saksi iaitu:

SD1 – Lim Jun Bin

SD2 – Muhammad Nizar bin Sharul

5 SD3 – Dr Anita a/p Mohan

Ringkasan keterangan saksi-saksi yang berkaitan dengan liabiliti

SP1 – Jamaludin bin Mohamad – Pakar Orthopedik Hospital Pantai


10 [17] SP1 mengesahkan bahawa plaintif dibawa ke Pantai Hospital dengan
ambulan Red Crescent, pada Februari 10, 2017, jam lebih kurang 8.35 a.m.
[18] SP1 merawat plaintif pada lebih kurang 10.30 pagi, dua jam selepas
beliau dimasukkan ke hospital.

15 [19] Doktor pertama yang merawat plaintif ialah Dr Tan Seet Jin.
[20] Sejarah yang dicatat oleh Dr Tan pada pukul 9.00 pagi ialah "MB
(motorbike) vs. divider".

[21] SP2 ialah majikan plaintif dan keterangan beliau tidak berkaitan
20 dengan liabiliti dan adalah relevan untuk kuantum.

SP3 – Pegawai penyiasat (IO)

[22] SP3 telah menjalankan siasatan mengenai satu kemalangan yang


dikatakan berlaku pada Februari 10, 2017, jam lebih kurang pukul 7.45 pagi
25 di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu.

[23] Kenderaan-kenderaan yang terlibat ialah motosikal No. PKE 5822 dan
motosikal No. PJW 5209.
[24] SP3 pergi ke tempat kejadian pada Februari 14, 2017, jam lebih kurang
30 8 pagi.
[25] Tempat kejadian ialah yang berpandukan kepada laporan polis dan
percakapan defendan pertama bahawa kemalangan berlaku di penghujung
"flyover" Lebuhraya Lim Chong Eu, arah ke Batu Maung. Lokasi secara tepat
tidak pasti.
35
[26] Semasa SP3 sampai, tiada kesan kemalangan di tempat kejadian dan
tiada gambar tempat kejadian diambil.

[27] Tiada saksi bebas yang menyaksi kemalangan ini berlaku.


40
184 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

[28] SP3 telah melukis rajah kasar dan ditandakan sebagai "P10" dan 1
"P10K".

[29] Menurut SP3, arah perjalanan kedua-dua motosikal ialah dari atas ke
bawah menurut rajah kasar.

[30] Kerosakan motosikal No. PKE 5822 ialah: 5

a) Rosak hadapan dan belakang

b) Lampu belakang senget

c) Plate belakang patah 10

d) Handle kiri calar


e) Ekzos pipe kemek

[31] Kerosakan motosikal No. PJW 5209 ialah:


15
a) Bahagian hadapan sebelah kiri dan bahagian hadapan ada kesan
calar. Itu sahaja.

b) Walaubagaimanapun, selepas dirujuk kepada gambar motosikal,


SP3 telah setuju bahawa motosikal PJW 5209 hanya ada kesan calar
di bahagian hadapan motosikal, bahagian kiri motosikal tiada 20
kesan.

[32] Tiga belas keping gambar kerosakan motosikal telah diambil oleh
Jurufoto Konstable 156347, nama konstable tidak ingat.

[33] Gambar motosikal PJW 5209 diambil pada Februari 13, 2017. Gambar 25
motosikal No. PKE 5822 tidak pasti bila diambil. Atas gambar-gambar
tersebut, hanya ada tarikh cetak gambar dan tiada tarikh ambil gambar. SP3
tidak pasti di mana motosikal plaintif disimpan dari tarikh kemalangan
sehingga tarikh gambar diambil, yang pasti motosikal itu bukan disimpan
oleh pihak polis. 30

[34] Gambar-gambar kerosakan motosikal ditandakan sebagai "ID11A-M".


[35] SP3 telah merakam percakapan plaintif pada Mac 16, 2017, jam lebih
kurang 12.28 tengah hari. Manakala percakapan defendan pertama dirakam
pada Februari 13, 2017, jam lebih kurang 9.06 malam. 35

[36] SP3 telah keluarkan saman dibawah rule 10 terhadap defendan


pertama.

40
Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 185

1 SP4 – Dr Tan Sit Jin

[37] SP4 mengesahkan bahawa beliau telah merawat plaintif pada Februari
10, 2017, jam 9.00 pagi.
[38] Semasa plaintif dibawa masuk, "he was suffering from severe pain and was
5 screaming and when he calmed down I asked him how he was injured and he told me
that he met with a road traffic accident which resulted in him subsequently hit a
divider".
[39] Catatan atas "D3" ialah menurut apa yang beliau ingat.
10 [40] Pada masa itu, GCS plaintif penuh. Plaintif sedar kepada keadaan
sekeliling.
[41] Sejarah kemalangan diberikan oleh plaintif sendiri.
[42] SP4 tidak tanya siapa atau apa yang melanggar plaintif.
15
[43] SP4 mengesahkan catitan beliau ialah "Alleged MVA, m/bike vs divider,
no LOC (lost of consciousness), no RA (Retrograde Amnesia), multiple abrasion
wound".

[44] SP4 mengesahkan bahawa plaintif maklum kepada beliau bahawa


20 plaintif telah mengalami satu kemalangan jalanraya, lepas itu langgar divider
("He told me he met with an accident, subsequently hit the divider").

SP5 – Jurufoto
[45] SP5 memberi keterangan bahawa gambar PJW 5209 diambil pada
25 Februari 13, 2017 jam 2122 hours, di Balai Polis Trafik Bayan Lepas.

[46] Manakala gambar motosikal No. PKE 5822 diambil pada April 6, 2017
jam 1852 hours di Trafik Bayan Lepas.
[47] SP5 setuju bahawa gambar motosikal Yamaha, tiada mana-mana
30 gambar yang menunjukkan plat No. PKE 5822.
[48] Selanjutnya SP5 setuju bahawa beliau tidak boleh pastikan
gambar-gambar tersebut ialah untuk motosikal No. PKE 5822.

SP6 – Plaintif
35
[49] Keterangan plaintif tentang kemalangan adalah lebih kurang sama
dengan pliding.

40
186 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

[50] Semasa pemeriksaan balas, plaintif setuju bahawa beliau tidak pernah 1
ada lesen menunggang motosikal.

[51] Pada masa yang sama, motosikal tersebut tiada cukai jalan dan
insuran. Plaintif mengaku bahawa beliau telah menggunakan motosikal
tersebut selama lima tahun tanpa cukai jalan dan perlindungan insuran.
5
[52] Plaintif tahu tindakan tersebut salah.
[53] Plaintif setuju beliau tidak tahu apa kenderaan, jenis dan nombor
kenderaan yang melanggar beliau.
[54] Semua maklumat tersebut diberitahu oleh orang lain. 10

[55] Plaintif setuju maklumat tersebut diberitahu oleh seorang Koperal


Trafik di Balai Polis Bayan Lepas. Beliau tidak ingat nama koperal tersebut.
[56] Plaintif memaklumkan bahawa perihal kemalangan ini diberitahu
oleh koperal kepada beliau semasa beliau pergi membuat laporan polis. 15
Koperal beritahu beliau bahawa ada satu report bersangkut tempat, masa
dan tarikh yang sama.

[57] SP6 setuju selepas kemalangan, ambulan Red Crescent yang datang
ambil beliau, pada masa itu beliau masih sedar.
20
[58] SP6 menafikan bahawa beliau telah bercakap dengan orang ambulan
tentang bagaimana kemalangan berlaku.

[59] Menurut SP6, pada masa itu, beliau dalam kesakitan.


[60] SP6 tidak setuju bahawa beliau telah memberitahu ambulan hari itu 25
bahawa beliau rasa mengantuk dan terbabas langgar divider.
[61] SP6 setuju personnel ambulan yang merawat beliau ialah seorang lelaki
Cina.

[62] SP6 mengatakan bahawa beliau tidak pasti sama ada beliau ada 30
ceritakan bahawa motosikal beliau langgar divider kepada doktor dalam
bahagian kecemasan kerana beliau dalam kesakitan.

[63] Apabila dirujuk gambar motosikal defendan di gambar P11C, plaintif


setuju tiada apa-apa kerosakan di hadapan motosikal tersebut.
35
[64] Merujuk kepada gambar P11D, gambar motosikal plaintif, plaintif
setuju ada kesan kerosakan yang teruk di bahagian belakang, dan plaintif
setuju kesan ini akibat hentakan yang kuat dari arah belakang.

40
Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 187

1 [65] Plaintif setuju tidak mungkin motosikal PJW 5209 boleh melanggar
motosikal beliau dan menyebabkan kerosakan begini.

[66] Menurut plaintif, selepas kemalangan, rakan sekerja beliau yang


tolong bawa motosikal beliau dan disimpan di tempat kerja beliau.
5 [67] Motosikal itu masih boleh ditunggang, tayar semua elok.

[68] Beliau lambat membuat laporan polis kerana masih dalam cuti sakit
dan mengalami kesakitan.

[69] Selepas beliau buat laporan polis, kawan beliau yang tolong bawa
10 motosikal ke balai polis untuk ditangkap gambar.

[70] Plaintif tidak setuju bahawa kemalangan ini disebabkan beliau rasa
penat dan terbabas sendiri.
[71] Semasa pemeriksaan semula, plaintif telah memberikan keterangan
15 baru iaitu selepas kemalangan, defendan ada datang minta maaf kepada dia
kerana terlanggar dia. Selepas itu defendan kata mahu pergi buat laporan
polis dan seorang lelaki Cina yang datang menolong beliau.

[72] Plaintif telah cuba memperbaiki keterangan beliau dengan


mengatakan bahawa beliau ada nampak muka defendan, dia putih-putih
20 macam India, macam muka En Jaspal Singh (peguam pihak ketiga yang
mengendalikan kes).

[73] Selanjutnya plaintif mengatakan bahawa beliau yang memaklumkan


fakta kemalangan kepada koperal, dan bukan semua maklumat dimaklum
oleh koperal: "Koperal tanya accident mana, saya bagitahu tempat kejadian, tarikh
25
dan masa dan nombor motosikal. Lepas itu Koperal bagitahu saya ada satu report
bersangkut dengan nombor pendaftaran motosikal saya, kerana defendan sebelum
saya dia sudah report".

[74] Walaubagaimanapun, apabila ditanya sama ada beliau tahu atau tidak
30 motosikal itu langgar motosikal beliau, plaintif menjawab bahawa "saya tidak
tahu, tapi saya boleh rasa hentakan itu. Tayar dia langgar bahagian ekzos paip saya".

SD1 – Lim Jun Bin

[75] SD1 ialah pegawai "Responder & Emergency Service Officer" di "Red
35 Crescent Society Penang State". Pusat Operasi di Batu Maung, Pulau Pinang.

[76] Kelayakan akademiknya ialah "Diploma in Pre-Hospital Paramedic


Practice". SD1 telah bekerja dengan Red Cresent selama tiga tahun lebih.

[77] Pada Februari 10, 2017, semasa SD1 sedang bertugas, beliau telah
40 menerima satu notifikasi dari MECC (Medical Emergency Coordinating
188 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

Centre) memaklumkan bahawa terdapat satu kes dimana motosikal 1


terbabas. Nama orang yang membuat panggilan ialah seorang yang
bernama Jeff dengan nombor telefon No. 0194114616.

[78] Lokasi yang diberikan oleh pemaklum ialah dari Queensbay menuju
ke Batu Maung, landmark terdekat ialah "Seagate". Panggilan telefon
5
diterima pada jam 7.49 pagi.

[79] Semasa SD1 sampai ke tempat kejadian, pesakit masih ada di sana,
sedar dan boleh berkomunikasi.

[80] SD1 telah tanya kepada pesakit itu bagaimana kemalangan berlaku.
10
Pesakit itu maklum kepada SD1 bahawa dia dalam perjalanan pergi bekerja,
menunggang motosikal, memakai topi keledar, semasa tiba di tempat kemalangan,
beliau merasa mengantuk, lalu hilang kawalan dan langgar pada pembahagi jalan
(divider).
[81] Kesemua butir-butir tersebut telah dicatitkan di dalam "Pre Hospital 15
Care Form" dan ditanda sebagai D25.
[82] SD1 mencatitkan butir-butir tersebut dengan perkataan singkatan.
SD1 telah menjelaskan catitan beliau di dalam D25 seperti berikut: "Scene
Assessment: OA (On arrival), pt (patient) alert, conscious, oriented, lying in supine
position on floor at road side" – Butir-butir tersebut ialah pemerhatian 20
(observation) SD1 semasa beliau sampai di tempat kejadian.

[83] Seterusnya, "Hx (history) from pt (patient) – Pt (patient) on his way to work
ridding a motorbike wearing helmet. At incident site, he feel sleepy, lost control & hit
on the divider. Deny loss of consciousness. C/O (complaint of): Alleged motorbike
skidded …". Catitan seterusnya ialah berkenaan dengan kecederaan yang 25
dialami.
[84] SD1 telah memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit.
[85] SD1 juga telah mencatitkan nama dan kad pengenalan pesakit yang
mana beliau perolehi daripada kad pengenalan yang diberikan oleh pesakit. 30
Butir-butir yang disahkan menunjukkan pesakit itu ialah plaintif.

[86] Maklumat pemaklum diisi di pejabat SD1 apabila beliau menerima


panggilan telefon dari MECC.
[87] "Scene Assessment" diisi oleh beliau di atas ambulans. 35

[88] SD1 dan ambulans meninggalkan tempat kejadian pada 8.20 a.m. dan
sampai di Hospital Pantai pada 8.32 a.m.

[89] Dihantar ke Pantai Hospital atas permintaan pesakit sendiri.


40
[90] Sekiranya tiada permintaan, kebiasaanya mereka akan hantar pesakit
ke Hospital Besar Pulau Pinang.
Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 189

1 [91] Semasa mereka sampai di hospital, sesalinan "Care form" juga telah
diserahkan kepada pihak hospital.

[92] Menurut SD1, setiap Pre Hospital Care Form mempunyai nombor siri,
terdiri dari satu salinan asal dan dua salinan "carbon copy".
5 [93] Salinan asal akan diserah kepada MECC, salinan carbon copy yang
pertama diserah kepada hospital yang menerima pesakit dan salinan carbon
copy kedua disimpan oleh pusat sendiri.
[94] Pada hari itu, yang hadir ke tempat kejadian ialah SD1 dan seorang
pemandu yang bernama Ang Chu Hin. SD1 yang memeriksa dan merawat
10
pesakit.

[95] Semasa pemeriksaan balas, SD1 kekal dengan keterangan beliau iaitu
catitan di dalam history diberitahu oleh pesakit kepada beliau.

[96] SD1 menegaskan bahawa D25 disediakan oleh beliau walaupun tiada
15 tandatangan beliau.

SD2 – Muhammad Nizar bin Shawal Hamid

[97] SD2 bekerja sebagai Penghantar Saman Mahkamah Balik Pulau.


20 [98] SD2 telah terima tugas untuk serahkan sepina kepada defendan
pertama.

[99] SD2 telah membuat cubaan sebanyak tiga kali ke atas tiga alamat
berbeza defendan pertama, salah satu ialah alamat seperti di dalam laporan
polis defendan pertama.
25
[100] Afidavit tanpa penyampaian ditanda sebagai D26.
[101] Menurut SD2, serahan ke atas alamat-alamat seperti berikut:
i) Alamat pertama: D-4-5, Taman Sahabat, Jalan Gertak Sanggul, Teluk
30 Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Cubaan serahan dibuat
pada September 18, 2018, jam 6.30 petang. Cubaan tidak berjaya
kerana premis tersebut kosong, bermangga dan tidak didiami oleh
sesiapa. Beliau ada tanya jiran, jiran maklum bahawa mereka
memang tidak kenal Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal.
35
ii) Alamat kedua (alamat sepeti dalam laporan polis): No. 5-9-28,
Taman Bendera, Lintang Relau 1, Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang. Cubaan serahan dibuat pada September 18, 2018, jam
7.40 malam. Cubaan tidak berjaya kerana premis kini didiami oleh
seorang individu yang berbangsa India telah memberitahu bahawa
40 beliau telah menetap di premis tersebut selama tujuh tahun, sejak
tahun 2013 dan bukannya defendan pertama.
190 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

iii) Alamat ketiga: No. 148, Taman Batu Pekaka, 09300 Kuala Ketil, 1
Kedah. Cubaan serahan dibuat pada September 19, 2018, jam 5.40
petang. Cubaan tidak berjaya kerana alamat tersebut tidak wujud.
Nombor 148 tidak wujud, hanya ada No. 148A. Beliau telah tanya
penghuni di 148A, penghuni kata memang tidak kenal defendan
pertama dan tidak tahu wujudnya alamat 148. 5

SD3 – Vinitha a/p Mohan

[102] SD3 ialah Doktor di Klinik Kesihatan Kulim, dan juga berkhidmat
sebagai "Locum Doctor" di Klinik Amar Seberang Jaya.
10
[103] Pemilik Klinik Amar ialah Dr Jagdev Singh.
[104] Pada Februari 11, 2017, jam lebih kurang 9.34 p.m., SD3 telah
memeriksa Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal (defendan pertama)
semasa beliau sedang bertugas di Klinik Amar.
15
[105] SD3 masuk kerja pada pukul 6.00 p.m.
[106] SD3 memberi keterangan bahawa defendan pertama pada masa itu
"came in with the complaint of cough, running nose and sore throat".

[107] SD3 telah keluarkan sijil sakit kepada defendan pertama. 20


[108] Sijil sakit ditanda sebagai D14.

[109] SD3 mengesahkan bahawa pada masa itu, defendan pertama tidak
membuat aduan tentang mengalami apa-apa kecederaan akibat kemalangan
jalanraya pada Februari 10, 2017.
25
[110] Pada sekitar tempoh Februari 11, 2017, defendan pertama hanya
mendapatkan rawatan di Klinik Amar sekali sahaja iaitu pada Februari 11,
2017.

[111] SD3 telah kemukakan "Clinical Case Note" tentang butir-butir rawatan
30
defendan pertama dan ditanda sebagai D29.

[112] SD3 mengesahkan bahawa nama beliau tidak ditulis atas sijil cuti sakit
D14, tapi tandatangan atas D14 ialah tandatangan ringkas beliau.

[113] SD3 menyatakan bahawa beliau tidak tanya kepada defendan


35
pertama sama ada beliau cedera kerana beliau tidak nampak apa-apa kesan
kecederaan yang jelas atas badan defendan pertama.

[114] SD3 mengesahkan bahawa kecederaan tidak akan menyebabkan


"cough, flu and phlegm".
40
[115] SD3 setuju bahawa beliau tidak tahu sama ada defendan pertama telah
terlibat dengan kemalangan pada Februari 10, 2017, dan telah mendapatkan
rawatan di mana-mana klinik sebelum berjumpa beliau. SD3 menjelaskan
Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 191

1 bahawa ini kerana kecederaan defendan pertama tidak jelas, oleh itu beliau
tidak tanya pesakit soalan-soalan yang berkenaan.

[116] Semasa pemeriksaan badan dilakukan, SD3 akan suruh pesakit


lipatkan baju jika pakai lengan panjang untuk semak tekanan darah; dan
angkat baju supaya SD3 dapat periksa bahagian dada dan bahagian
5
belakang.

[117] Sekiranya SD3 mendapati pesakit berjalan dengan keadaan yang


berlainan (abnomally), beliau akan tanya pesakit sebab musabab. Tapi di
dalam kes ini, tiada apa-apa yang abnormal.
10
[118] SD3 menjelaskan bahawa catitan atas "Clinical Case Note"
mempamerkan ID beliau, iaitu bukti bahawa beliau bertugas pada masa itu.
Setiap doktor mempunyai ID sendiri masing-masing. Dr Jagdev boleh
membuka rekod pesakit ini tetapi tidak boleh membuat apa-apa perubahan
atas catitan dalam rekod tersebut.
15
[119] Menurut catatan "Clinical Case Note", SD3 telah mencatatkan penyakit
defendan pertama sebagai "cough, running nose with sore throat and greenish
phlegm".

[120] SD3 mengesahkan bahawa semasa defendan pertama ingin


20 mendapatkan rawatan, aduan kesakitan beliau ialah "cough, sore throat,
running nose with greenish phlegm" dan tiada apa-apa aduan lain.

[121] Peguam plaintif telah pertikaikan bahawa terdapat dua helai sijil cuti
sakit iaitu D14 dan D28.

25 [122] SD3 telah menjelaskan bahawa kedua-duanya ialah sijil sakit yang
betul. D14 ialah sijil sakit yang beliau beri kepada defendan pertama dengan
tandatangan ringkas beliau. Apabila beliau terima sepina, beliau telah
diminta kemukakan salinan asal, SD3 tidak ada salinan asal kerana salinan
asal telah diberikan kepada defendan pertama. Oleh itu SD3 telah mencetak
sekali lagi sijil sakit tersebut daripada sistem komputer beliau dan kemudian
30
tandatangan dengan penuh.

[123] SD3 juga telah menjelaskan bahawa terdapat perbezaan atas cop klinik
ialah kemungkinan Klinik Amar telah membuat cop baru dengan nombor
pendaftaran dan nombor telefon baru kerana SD3 baru mengecop D28 sehari
35 sebelum beliau datang ke mahkamah.

40
192 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

Dapatan mahkamah 1

[124] Mahkamah mendapati pihak plaintif telah gagal membuktikan kes


plaintif atas imbangan kebarangkalian kerana:

1) Plaintif tidak tahu nombor motosikal yang berlaku kemalangan dengan beliau
5
[125] Keterangan plaintif mengenai penglibatan motosikal defendan
berdasarkan "hearsay evidence" iaitu dari seorang koperal, yang mana
menurut plaintif, koperal tersebut memperolehi maklumat tersebut dari
laporan polis defendan pertama.
10
[126] Plaintif memberi keterangan bahawa pada tarikh dan masa
kemalangan, beliau dari rumah hendak ke tempat kerja. Apabila sampai di
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, tiba-tiba satu motosikal melanggar beliau
dari arah belakang kanan, selepas itu beliau pergi langgar divider dan jatuh.
[127] Semasa pemeriksaan balas, plaintif setuju beliau tidak tahu apa kenderaan, 15
jenis dan nombor kenderaan yang melanggar beliau. Butir-butir keterangan
seperti berikut:
S = Soal

J = Jawab 20

S: Selepas langgar divider, jatuh dan pandang atas?


J : Ya.
S: Sebelum pelanggaran, tidak boleh nampak belakang?
J : Ya. 25
S: Macam mana tahu yang langgar satu motosikal?
J : Saya tahu semasa pergi repot. Koperal bagitahu ada satu repot
bersangkut tempat, masa dan tarikh yang sama.
S: Repot kamu hanya dibuat lebih sebulan selepas kemalangan?
30
J : Ya.
S: Pada 16.3.2017?
J : Ya.
S: Setuju dari masa kemalangan, anda tidak tahu apa kenderaan,
jenis, dan nombor kenderaan yang langgar anda? 35
J : Ya.
S: Semua ini diberitahu oleh orang lain?
J : Ya.
S: Rujuk P12, (bacakan P12), maklumat ini diberitahu oleh orang
lain? 40

J : Ya.
Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 193

1
S: Siapa?
J : Koperal trafik di Balai Polis Bayan Lepas.
S: Nama Koperal?
J : Nama Koperal tak tahu.
5 [128] Semasa pemeriksaan semula, plaintif telah memberikan keterangan
baru iaitu selepas kemalangan, defendan pertama ada datang minta maaf
kepada dia kerana terlanggar dia. Kononnya selepas itu defendan pertama
kata mahu pergi buat laporan polis dan seorang lelaki Cina yang datang
menolong beliau. "Motosikal itu ada berhenti juga, masa itu saya boleh tengok atas
10 sahaja, tak boleh tengok tepi. Dia minta maaf dulu, lepas itu bagitahu dia pi repot
dulu. Pada masa yang sama, 1 lelaki Cina datang tolong saya dan dia panggil
ambulan, lepas 20 minit, ambulan sampai."

[129] Perkara ini tidak pernah disebut di dalam laporan polis, ataupun
timbul semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas.
15
[130] Mahkamah mendapati penjelasan plaintif pada masa ini lebih bersifat
kepada pemikiran semula. Keadaan yang disebutkan oleh plaintif tidak
munasabah.

[131] Sekiranya benar defendan pertama ada berhentikan motosikalnya,


20 sewajarnya defendan pertama menolong plaintif dan bukan berhenti
sekejap, datang minta maaf lepas itu tinggalkan tempat kejadian. Ini kerana
pada masa itu plaintif sedang berbaring di atas jalan dalam kesakitan
(seperti yang diperhatikan oleh SD1 semasa beliau sampai ke tempat
kejadian).
25
[132] Jika defendan pertama ada berhenti seketika, kenapa plaintif tidak
dapat melihat nombor motosikal atau maklumkan perkara ini kepada pihak
polis semasa membuat laporan polis atau semasa memberi percakapan
kepada pegawai penyiasat?

30
[133] Laporan polis juga hanya dibuat oleh defendan pertama tiga hari
selepas kemalangan dan bukannya pada hari yang sama.

2) Kerosakan motosikal tidak menyokong versi plaintif

[134] SP3 telah memeriksa kerosakan motosikal No. PJW 5209 pada Februari
35 13, 2017, selepas selesai merakam percakapan.
[135] Apabila SP3 diminta menunjukkan kesan kerosakan, SP3 telah
menunjukkan kesan calar tersebut dan membuat bulatan pada gambar P11C,
pada bahagian hadapan motosikal, dekat dengan mudguard.

40
194 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

[136] Menurut pengamatan mahkamah, kesan calar tersebut amat kecil dan 1
tidak dapat dilihat jika bukan ditunjukkan oleh SP3.

[137] SP3 tidak dapat memberikan penjelasan mengapa kerosakan pada


motosikal defendan pertama begitu kecil sekali, sedangkan menurut laporan
polis defendan pertama, motosikal yang beliau tunggang terjatuh selepas
5
kemalangan.

[138] SP3 setuju bahawa jika motosikal terjatuh atas jalan, kesan calar yang
kecil itu adalah tidak logik.

[139] Menurut laporan polis defendan pertama, "motosikal saya mengalami


10
kerosakan pada bahagian hadapan, hadapan sebelah kiri".

[140] Semasa pemeriksaan balas, SP3 setuju bahawa kesan calar pada
motosikal defendan ialah pada bahagian kanan mudguard dan tiada
kerosakan pada sebelah kiri motosikal.

[141] Gambar motosikal plaintif hanya diambil selepas hampir 1 ½ bulan 15

selepas kemalangan. Semasa plaintif membuat laporan polis, motosikal


masih belum dibawa ke balai polis. Motosikal No. PKE 5822 hanya dibawa
oleh orang lain ke balai polis pada hari berikutnya.

[142] SP3 tidak catit siapa yang membawa motosikal No. PKE 5822 ke balai 20
polis.

[143] SP3 juga tidak tahu motosikal plaintif berada dalam milikan siapa dari
tarikh kemalangan sehingga tarikh gambar diambil. Apa yang pasti,
motosikal itu bukan dalam milikan pihak polis.
25
[144] Plaintif telah memberi keterangan bahawa motosikal defendan telah
datang dari arah belakang dan melanggar motosikalnya di bahagian sebelah
kanan di ekzos paip.

[145] Ini adalah bercanggah dengan laporan polisnya "P12" yang


menyatakan bahawa "motosikal No. PJW 5209 datang dari arah belakang 30
melanggar motosikal saya di sebelah kanan … motosikal saya mengalami kerosakan
di bahagian hadapan dan belakang …".

[146] Gambar P11D menunjukkan bahawa motosikal plaintif mengalami


kerosakan teruk di bahagian belakang.
35
[147] SP3 setuju bahawa gambar P11D menunjukkan terdapat satu impak
yang besar dari arah belakang.

[148] Apabila ditanya berbanding dengan gambar P11C, kerosakan sedikit


pada motosikal defendan, iaitu kesan calar yang sedikit pada motosikal
defendan tidak boleh mengakibatkan kerosakan begitu teruk pada 40
motosikal plaintif, SP3 tidak dapat memberikan jawapan.
Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 195

1 [149] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi dan keterangan senyap iaitu


gambar-gambar yang dikemukakan, mahkamah mendapati kerosakan pada
kedua-dua motosikal tidak menyokong versi plaintif.

3) Siasatan pegawai penyiasat berdasarkan laporan polis dan rakaman percakapan


5 defendan pertama sahaja

[150] Pegawai penyiasat, SP3 telah mengeluarkan saman dibawah rule 10


kepada defendan pertama.
[151] Mahkamah berpendapat bahawa fakta saman telah dikeluarkan
10
kepada defendan pertama bukanlah satu bukti konklusif bahawa defendan
pertama telah melakukan kesalahan. Rujukan dibuat kepada s 121 Akta
Pengangkutan Jalan 1987.

[152] Tambahan lagi, frod telah diplidkan dalam kes ini.

15
[153] Setelah meneliti keterangan SP3, mahkamah mendapati bahawa
sebahagian besar siasatan SP3 adalah berdasarkan laporan polis defendan
pertama dan rakaman percakapan defendan pertama.
[154] Jika diteliti, adalah didapati bahawa jika bukan laporan polis dan
percakapan defendan pertama, tiada apa-apa bukti yang dapat
20 menunjukkan bahawa kemalangan berlaku di antara motosikal plaintif dan
motosikal defendan.

[155] SP3 setuju bahawa siasatan beliau bermula selepas menerima laporan
polis defendan pertama.

25 [156] Apabila SP3 pergi menyiasat di tempat kejadian berpandukan kepada


laporan polis dan percakapan defendan pertama bahawa kemalangan
berlaku di penghujung "flyover" Lebuhraya Lim Chong Eu, arah ke Batu
Maung, SP3 mendapati tiada kesan kemalangan di tempat kejadian.
[157] Tiada saksi bebas yang menyaksi kemalangan ini berlaku.
30
[158] Selepas rajah kasar P10 dilukis, SP3 tidak mendapatkan pengesahan
dari defendan pertama dan plaintif.

[159] Kerosakan motosikal juga tidak menyokong versi yang dikemukakan


oleh kedua-dua pihak.
35
[160] Tambahan pula, motosikal plaintif hanya diperiksa selepas sekian
lama, iaitu selepas plaintif membuat laporan polis pada Mac 16, 2017,
sekurang-kurangnya 34 hari selepas kemalangan.

[161] Ia menjadi satu pertanyaan sama ada kerosakan motosikal plaintif


40 semasa diperiksa oleh SP3 ialah diakibatkan oleh kemalangan yang berlaku
pada Februari 10, 2017.

[162] Keterangan defendan pertama juga amat meragukan.


196 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

[163] Ini kerana: 1

a) Defendan pertama membuat laporan polis pada Februari 13, 2017,


jam lebih kurang 8.30 malam, iaitu lebih kurang 3 ½ hari selepas
tarikh kemalangan.

b) SP3 mengesahkan bahawa defendan pertama telah memaklumkan 5


kepada SP3 sebab kelewatan membuat laporan polis adalah akibat
cedera dalam kemalangan jalanraya ini.
c) Defendan pertama telah kemukakan sekeping sijil cuti sakit
bertarikh Februari 11, 2017 dari Klinik Amar kepada SP3. Defendan
10
pertama maklum kepada SP3 bahawa sijil cuti sakit itu ialah untuk
kecederaan kemalangan yang beliau alami.
d) Mahkamah mendapati pihak defendan telah berjaya membuktikan
bahawa pernyataan defendan pertama kepada SP3 ini adalah tidak
benar. Seterusnya ia menimbulkan keraguan sama ada kemalangan 15
ini benar-benar berlaku.
e) SD3 memberi keterangan bahawa beliau telah merawat defendan
pertama di Klinik Amar pada Februari 11, 2017, jam 9 lebih malam,
iaitu 1 ½ hari selepas kemalangan.
20
f) Pada masa itu, defendan pertama hanya membuat aduan bahawa
penyakit beliau ialah "cough, flu and phlegm" sahaja.
g) SD3 mengesahkan bahawa defendan pertama tidak membuat
aduan tentang apa-apa kecederaan yang dialami akibat kemalangan
jalanraya. 25

h) Menurut laporan polis defendan pertama, akibat kemalangan, "saya


jatuh dan mendapat kecederaan pada tangan sebelah kanan, bibir, lutut
sebelah kanan, siku sebelah kanan luka". Laporan polis defendan
pertama hanya ditanda sebagai IDD13, tetapi perihal yang disebut
di dalam laporan polis defendan pertama telah dirujuk kepada 30
pegawai penyiasat SP3 dan disahkan oleh SP3 bahawa
perkara-perkara tersebut memang telah disebut oleh defendan
pertama dalam laporan polis.

i) Merujuk kepada keterangan SD3, SD3 mengesahkan bahawa dari


35
pemerhatian beliau, tiada kesan kecederaan pada badan defendan
pertama dan cara jalan defendan pertama juga normal.

j) Peguam plaintif telah berhujah bahawa defendan pertama mungkin


telah mendapat rawatan dari klinik lain berkenaan dengan
kecederaan beliau selepas kemalangan. 40
Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 197

1 k) Jika demikian, mengapa defendan pertama memberitahu kepada


SP3 bahawa beliau mendapat rawatan untuk kecederaan selepas
kemalangan di Klinik Amar?

l) Malah, defendan pertama telah kemukakan sijil cuti sakit dari


Klinik Amar kepada SP3 sebagai bukti?
5
m) Mahkamah mendapati sekiranya cedera di bibir, ia adalah sesuatu
kecederaan yang obvious dan tidak akan hilang dalam masa 1 ½ hari
sahaja.

n) Namun demikian, SD3 dengan yakin menyatakan bahawa beliau


10
tidak nampak apa-apa kesan kecederaan kemalangan pada
defendan pertama.
o) Ini bermakna, defendan pertama telah tidak bercakap benar kepada
pihak polis.
15 p) Mengapa defendan pertama perlu berbohong kepada pihak polis
atas perkara ini?
q) Tambahan lagi kerosakan motosikal defendan yang dinyatakan di
dalam laporan polis juga tidak kelihatan di dalam gambar.
20 r) Keadaan ini telah menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti
defendan pertama dan seterusnya laporan polis yang dibuat oleh
beliau juga diragui.
s) Oleh itu siasatan SP3 yang berdasarkan laporan polis dan
percakapan defendan pertama yang tidak benar itu tidak dapat
25
menyokong kes plaintif.

t) Selanjutnya laporan polis plaintif berkenaan dengan nombor


motosikal defendan yang kononnya diberitahu oleh seorang
koperal berdasarkan laporan polis defendan juga tidak dapat
30 diterima sebagai bukti pembuktian kes plaintif.
[164] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, eksibit-eksibit yang
dikemukakan dan hujah-hujah kesemua pihak, mahkamah mendapati pihak
plaintif telah gagal membuktikan tuntutan plaintif atas imbangan
kebarangkalian. Oleh yang demikian, tuntutan plaintif ditolak dengan kos.
35
4) Sama ada pihak defendan berjaya membuktikan frod

[165] Mahkamah mendapati pihak defendan hanya perlu membuktikan


frod sekiranya pihak plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan plaintif
atas imbangan kebarangkalian. Dalam kes ini mahkamah mendapati pihak
40
plaintif telah gagal membuktikan tuntutan plaintif atas imbangan
kebarangkalian. Oleh itu beban belum beralih kepada pihak defendan.
198 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

[166] Walaubagaimanapun, atas isu frod, mahkamah mendapati seperti 1


berikut:

a) Keterangan SD3 membuktikan bahawa defendan pertama tidak


cedera dalam kemalangan jalanraya seperti yang defendan pertama
nyatakan dalam laporan polis beliau dan percakapan beliau kepada
5
SP3.

b) Keterangan SD2 pula menunjukkan bahawa defendan pertama


telah memberikan alamat tempat tinggal yang palsu di dalam
laporan polis beliau.
10
c) SD2 mengesahkan bahawa semasa beliau membuat cubaan serahan
ke atas alamat beliau seperti yang tertera dalam laporan polis,
serahan tidak berjaya kerana premis kini didiami oleh seorang
individu yang berbangsa India, yang mana individu tersebut telah
memberitahu bahawa beliau telah menetap di premis tersebut
selama tujuh tahun, sejak tahun 2013. 15

d) Kerosakan motosikal yang dinyatakan oleh defendan pertama di


dalam laporan polis beliau juga tidak dapat dipadankan dengan
gambar yang dikemukakan.

e) Keterangan-keterangan di atas membuktikan bahawa laporan polis 20


dan percakapan defendan pertama kepada SP3 mengandungi
butir-butir yang tidak benar. Seterusnya kredibiliti defendan
pertama adalah diragui dan mahkamah setuju dengan hujah
peguam defendan ketiga bahawa satu-satunya implikasi yang
mahkamah boleh buat ialah terdapat frod di dalam kes ini iaitu
25
berlaku konspirasi antara plaintif dan defendan pertama untuk
menipu wang insuran.
f) Daripada keterangan plaintif, adalah disahkan behawa plaintif
telah menunggang motosikal selama lima tahun tanpa lesen untuk
menunggang motosikal, tanpa cukai jalan dan insuran. Plaintif 30
mengakui bahawa beliau tahu ini salah tetapi beliau tetap
melakukan.

g) Ini menunjukkan bahawa plaintif bukanlah seorang yang


berintegriti dan beliau juga tidak menghormati peruntukan
undang-undang. Oleh itu tidak mustahil sekiranya beliau tidak 35
bercakap benar demi mencapai tujuan beliau.

h) Kemalangan dikatakan berlaku pada Februari 10, 2017, jam lebih


kurang 7.45 pagi.

i) SD1 memberi keterangan bahawa pihak MECC telah menerima 40


panggilan dari seorang bernama Jeff yang mengatakan bahawa
"motorbike skidded".
Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 199

1 j) Plaintif telah mengesahkan bahawa ambulan yang datang ke


tempat kemalangan ialah Red Crescent Ambulance dan personnel
ambulance adalah seorang lelaki Cina.

k) Apa yang dinafikan oleh plaintif ialah bahawa beliau telah bercakap
dengan orang ambulan. Menurut plaintif, pada masa itu beliau
5
dalam kesakitan.

l) Walaubagaimanapun, SD1 telah memberi keterangan bahawa pada


masa itu plaintif masih dalam keadaan sedar.

m) SD1 telah memberi keterangan bahawa apabila SD1 sampai ke


10
tempat kejadian pada Februari 10, 2017, jam 8.20 pagi, sejarah yang
diberikan oleh plaintif kepada beliau ialah "Hx (history) from pt
(patient) – Pt (patient) on his way to work ridding a motorbike wearing
helmet. At incident site, he feel sleepy, lost control & hit on the divider.
Deny loss of consciousness. C/O (complaint of): Alleged motorbike
15 skidded".
n) Merujuk kepada catitan SD1 dalam borang D25, mahkamah
mendapati catitan SD1 adalah jelas dan terperinci.

o) Peguam plaintif telah mempertikaikan bahawa SD1 tidak mungkin


20 dapat mencatat segala butir-butir tersebut dalam borang D25 dalam
masa yang singkat iaitu 12 minit.

p) Mahkamah telah meneliti catatan SD1 dalam borang D25 dan


demeanour SD1 semasa beliau memberi keterangan. Mahkamah
mendapati SD1 faham dan tahu apa yang tercatit dalam borang D25.
25 Beliau dapat menjelaskan butir-butir yang tercatit dan
singkatan-singkatan yang digunakan tanpa ragu-ragu.
q) Mahkamah mendapati tiada sebab untuk mahkamah meragui
bahawa catitan tersebut bukan dilakukan oleh SD1. Tambahan pula,
tiada sebab untuk meragui bahawa keterangan berkenaan dengan
30
sejarah plaintif bukan dimaklumkan oleh plaintif sendiri.

r) Berbanding keterangan SD1 dengan plaintif, mahkamah lebih


percaya keterangan SD1 kerana SD1 seorang yang tidak
berkepentingan dan tiada sebab untuk beliau berbohong.
35
s) Berbanding pula dengan keterangan SP4. SP4 adalah doktor dan
juga tiada kepentingan di dalam kes ini.

t) SP4 memberi keterangan bahawa plaintif memaklum kepada beliau


bahawa plaintif telah mengalami satu kemalangan jalanraya, lepas
40 itu langgar divider ("He told me he met with an accident, subsequently hit
the divider").
200 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

u) Dalam perkara ini, setelah meneliti demeanour kedua-dua saksi, 1


mahkamah mendapati keterangan SD1 adalah lebih menyakinkan
kerana semasa SD1 memberi keterangan, beliau menjawab soalan
yang ditujukan dengan cepat dan "confident".

v) Manakala semasa SP4 menjawab soalan, boleh dilihat SP4 perlu


5
mengambil masa untuk berfikir. Ini kerana merujuk kepada catitan
beliau iaitu "Alleged MVA, m/bike vs divider", adalah kurang jelas
sama ada maksud SP4 ialah bahawa kemalangan ini satu
kemalangan jalanraya "motorbike vs. divider" atau telah berlaku satu
kemalangan jalan raya, selepas itu baru "motorbike vs. divider".
10
w) Seperti yang dihujahkan oleh peguam defendan ketiga, SP4
mengaku dalam tempoh empat tahun beliau bekerja di Jabatan
Kecemasan, Pantai Hospital Penang, beliau telah merawat ramai
pesakit. Oleh itu, adalah amat meragukan sekiranya SP4 boleh
mengingati sesetengah fakta yang tidak dicatit oleh beliau dengan
jelas. 15

x) Mahkamah setuju dengan hujah peguam defendan ketiga bahawa


maklumat dalam D25 ialah maklumat terawal yang direkodkan
pada pagi kemalangan, berbanding dengan catitan oleh SP4 dan
laporan polis yang dibuat oleh plaintif. 20
y) Seperti yang diputuskan oleh nas-nas kes, sekiranya diberi masa,
plaintif mempunyai peluang untuk mereka laporan polis atau
memperbaiki kes beliau.
z) Oleh itu, mahkamah wajar memberikan berat yang lebih (more
25
weight) kepada dokumen terawal berbanding dokumen
terkemudian dalam menilai kebenaran sesuatu keterangan yang
dikemukakan di mahkamah.

aa) Mahkamah juga setuju dengan hujah peguam defendan ketiga


bahawa keterangan-keterangan di atas, terutamanya catitan dalam 30
D25, menunjukkan secara kolektif bahawa kemalangan ini berlaku
akibat plaintif terbabas sendiri dan terlanggar divider.

[167] Pihak plaintif telah menimbulkan beberapa isu, antaranya ialah:

a) Defendan pertama dan kedua tidak dipanggil sebagai saksi, oleh itu 35
s 114(g) Akta Keterangan terpakai.
Defendan kedua telah membuat satu surat akuan sumpah yang
mengatakan bahawa motosikal beliau No. PJW 5209 tidak pernah
terlibat dalam mana-mana kemalangan pada Februari 10, 2017.
Defendan kedua juga mengatakan bahawa beliau tidak mengenali 40
defendan pertama yang kononnya menunggang motosikal No. PJW
5209 milikannya pada Februari 10, 2017. Surat akuan sumpah ini
Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 201

1 ditanda sebagai ID sahaja kerana defendan kedua tidak hadir


memberi keterangan di mahkamah.

Mahkamah mendapati s 114(g) Akta Keterangan hanya terpakai


sekiranya plaintif telah membuktikan kes plaintif. Di dalam kes ini,
mahkamah mendapati pihak plaintif telah gagal membuktikan kes
5
beliau.

Merujuk kepada kes Wong Thin Yit v Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175:
In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff.
Whether or not the defendant gives evidence, the plaintiff cannot succeed
10 without proof of the defendant’s negligence.

Pihak defendan telah kemukakan afidavit tanpa penyampaian yang


menunjukkan usaha mereka untuk mendapatkan defendan
pertama untuk memberi keterangan. Oleh itu tidak wujud keadaan
di mana defendan telah cuba menyembunyikan keterangan. Oleh
15 itu, s 114(g) Akta Keterangan tidak terpakai.
b) Pembelaan defendan pertama dan kedua telah mengakui bahawa
berlaku kemalangan di antara motosikal plaintif dan defendan.

Berkenaan dengan isu ini, mahkamah setuju dengan hujah peguam


20 defendan bahawa peguam defendan pertama dan kedua bertindak
bagi pihak defendan pertama dan kedua dan bukan bagi pihak
insuran, oleh itu peguam defendan pertama dan kedua adalah
terikat dengan laporan polis yang disediakan oleh defendan
pertama.
25
Isu ini telah dibincangkan dalam kes Govindaraju Nagarajan v Pacific
Orient Insurance Co Bhd [2014] 1 CLJ 1076.

Di dalam kes ini, frod telah diplidkan, mahkamah mendapati


pengakuan penglibatan dalam kemalangan oleh defendan pertama
30 di dalam laporan polis adalah tidak terpakai memandangkan
laporan polis yang dibuat oleh defendan pertama terbukti
mengandungi butir-butir yang tidak benar.

Kesimpulan atas liabiliti


35 [168] Oleh yang demikian, setelah menilai keterangan saksi-saksi secara
keseluruhan, dan selepas meneliti hujah kesemua pihak, mahkamah
mendapati atas imbangan kebarangkalian, pihak ketiga telah berjaya
membuktikan dakwaan frod di dalam kes ini. Justeru itu, tuntutan plaintif
ditolak dengan kos.
40
202 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

Kuantum atas 100% 1

[169] Sekiranya tuntutan plaintif dibenarkan, kuantum adalah seperti


berikut:

Gantirugi am
5
[170] Plaintif seorang lelaki dewasa yang berusia 26 tahun pada masa
kemalangan dan telah mengalami kecederaan yang serius akibat
kemalangan di atas dan mengalami kecederaan-kecederaan seperti yang
dinyatakan di dalam laporan-laporan perubatan berikut:
10
1) Laporan perubatan bertarikh Mac 15, 2017 dari Pantai Hospital
Pulau Pinang (eks P1)
2) Laporan radiologi dari Pantai Hospital (eks P2A & B).

[171] Plaintif mendakwa beliau telah mengalami kecederaan-kecederaan


tersebut akibat kemalangan ini: 15

1) Compound segmental fractures of left radius and ulna with cut flexor
muscle and ischemia

2) Complete brachial plexus injury to the left upper limb


20
3) Intracranial bleeding

4) Multiple facial lacerations and multiple abrasions


[172] Untuk kecederaan (1) dan (2) plaintif berhujah untuk RM100,000.00
berdasarkan kes Natahlie Nordberg (an infant suing through her mother and next 25
friend, Elizabeth Chin Yew Kim) v Dr Quah Thong Sai & Anor (and Another Suit)
[2015] 1 PIR [35] dimana mahkamah membenarkan RM75,000.00 untuk
"brachial plexus injury".
[173] Untuk necrosis, nas kes Siti Aishah binti Mohd Zawawi v Muhsin Adi &
Anor (Mohd Halim bin Abu Bakar – Third Party) [2015] 1 PIR [46] award 30
RM18,000.00 untuk "necrotising fasciitis of the left lower limb".

[174] Peguam defendan berhujah untuk satu global award RM80,000.00


untuk kecederaan item (1) dan (2).
[175] Mahkamah mendapati RM90,000.00 adalah satu award yang 35
munasabah memandangkan tiada laporan pakar dikemukakan dan dengan
mengambil kira isu overlapping.

3) Intracranial bleeding
40
[176] Peguam plaintif telah merujuk kepada laporan radiologi yang
pertama yang bertarikh Februari 13, 2017 bahawa terdapat "Associated mild
acute SAH seen in posterior parietal sulci/interhemispheric" dan berhujah untuk
Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 203

1 RM35,000.00 berdasarkan nas kes Seng Me Hiang v Amutha a/p Perisamy &
Anor [2016] 1 PIR [56] yang mengawardkan RM35,000.00 untuk head injury
with multiple intracranial bleeding.

[177] Peguam defendan telah berhujah untuk RM5,000.00 sahaja kerana


tiada sebarang laporan perubatan tentang kecederaan kepala dan GCS
5
plaintif serta keterangan saksi plaintif (SP4) dan saksi defendan SD1
menunjukkan bahawa plaintif dalam keadaan sedar dan boleh
berkomunikasi.
[178] Mahkamah merujuk kepada laporan radiologi yang kedua bertarikh
10
Februari 16, 2017 yang menyatakan bahawa:
Follow up study. The previously detected subarachnoid bleed has resolved. Left
anterior temporal CSF-density structure remains unchanged. No new lesion or
new bleed is seen. Ventricular system and cortical sulci are within normal limits.
No midline shift is seen.

15 [179] Mahkamah mendapati plaintif memang telah mengalami pendarahan


dalaman kepala, walaubagaimanapun, pendarahan tersebut telah berhenti
dan tidak mendatangkan apa-apa akibat buruk kepada plaintif. Oleh itu
mahkamah mendapati RM10,000.00 adalah satu jumlah yang munasabah.

20 4) Multiple facial lacerations and abrasions


[180] Plaintif telah berhujah untuk RM30,000.00, dan defendan berhujah
untuk RM3,000.00 untuk lacerations dan RM3,000.00 untuk abrasions.

[181] Setelah mempertimbangkan keadaan plaintif, mahkamah mendapati


25 RM8,000.00 ialah suatu award yang munasabah.

Gantirugi khas

1) Item (a), (b), (c) – Kos

30
2) Item (d) – Bil membaiki motosikal

[182] Defendan hujah RM900.00.

[183] Mahkamah benarkan RM900.00 seperti yang dihujahkan oleh


defendan.
35

3) Item (e)-(h) – Kerosakan pakaian dan sebagainya

[184] Plaintif hujah RM300.00.

[185] Defendan hujah RM100.00.


40
[186] Mahkamah membenarkan jumlah RM200.00 untuk item ini.
204 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

4) Item (i) – Perbelanjaan pengangkutan 1

[187] Plaintif hujah RM100.00 × 7 hari = RM700.00.

[188] Mahkamah benarkan RM80.00 × 7 hari = RM560.00.

5) Item (j) – Perbelanjaan pengangkutan untuk rawatan susulan 5

[189] Plaintif hujah RM700.00.

[190] Defendan hujah untuk item (i) dan (j) sebanyak RM250.00.

[191] Mahkamah benarkan untuk item (j) sebanyak RM80.00 × 2 = RM160.00 10


(menurut kad rawatan, hanya ada dua tarikh).

6) Item (k) – Kos perjalanan untuk temujanji dengan doktor pakar


[192] Tidak dibenarkan kerana tidak dibuktikan.
15
7) Item (l) dan (m) – Tarik balik

8) Item (n) – Kehilangan pendapatan

[193] Plaintif menuntut kehilangan pendapatan pada kadar RM2,600.00


sebulan, untuk tempoh 16 tahun di dalam pliding. Semasa di dalam 20
mahkamah, peguam plaintif telah maklum bahawa plaintif hanya menuntut
"actual loss of earnings" dan "partial loss of earnings".

Kehilangan pendapatan sebenar


25
Multiplier

[194] Multiplier untuk kehilangan pendapatan sebenar yang dibenarkan


oleh mahkamah ialah tempoh plaintif mendapat sijil cuti sakit. Tempoh cuti
sijil sakit 13 bulan telah disahkan oleh kedua-dua pihak plaintif dan
defendan. 30

Multiplicand

[195] Kedua-dua peguam plaintif dan defendan telah berhujah bahawa


pendapatan purata bulanan plaintif ialah RM2,000.00.
35
[196] Menurut keterangan plaintif, beliau perlu RM40.00 ke RM50.00 sehari
untuk belanja makan minum, petrol dan tol. Ini bermaksud plaintif belanja
RM880.00 sehingga RM1,100.00 sebulan sekiranya bekerja.

[197] Oleh yang demikian, multiplicand yang dibenarkan ialah


RM2,000.00 – RM880.00 = RM1,120.00 sebulan. 40

[198] Award yang dibenarkan untuk kehilangan pendapatan sebenar ialah


RM1,120.00 × 13 bulan = RM14,560.00.
Purubakaran a/l Sandran v
Mohammad Benjamin bin Ahmad Faizal & 2 Ors
[2021] 1 PIR [19] Ooi Sheow Yean scj 205

1 [199] Memandangkan majikan telah memberi keterangan bahawa plaintif


telah dibayar gaji pada tahun 2017 sebanyak RM7,854.00 dan RM5,290.00
pada tahun 2018, maka jumlah tersebut perlu ditolak dari award yang
diberikan.

[200] Kehilangan pendapatan sebenar yang dibenarkan oleh mahkamah


5
ialah RM1,416.00 selepas tolakan.

Kehilangan pendapatan masa hadapan (future loss of earnings/loss of earning


capacity)

10 Multiplier

[201] Plaintif berumur 26 tahun pada masa kemalangan, oleh itu multiplier
ialah 16 tahun.
[202] Mahkamah benarkan multiplier sebanyak 178 bulan seperti yang
15 dihujahkan oleh peguam plaintif.

Multiplicand

[203] Mahkamah telah mempertimbangkan bahawa tiada laporan pakar


yang mengesahkan plaintif tidak boleh bekerja pada masa hadapan.
20 Walaubagaimanapun, mahkamah mempertimbangkan bahawa plaintif
telah ditamatkan dari pekerjaan berikutan keputusan jemaah doktor dari
SOCSO bertarikh November 13, 2017 yang mengesahkan bahawa plaintif
telah mencapai tahap kecacatan 67% dan tahap kecacatan ini menjadikan
plaintif susah untuk mendapat pekerjaan baru.
25
[204] Oleh yang demikian, mahkamah membenarkan kehilangan
pendapatan masa hadapan seperti berikut:
RM1,120.00 × 67% (loss of earning capacity) = RM750.00 sebulan.

RM750.00 × 178 bulan = RM133,500.00.


30
[205] Justeru itu, mahkamah membenarkan RM133,500.00 sebagai "loss of
earning capacity" tanpa faedah.

[206] Award ini telah mengambil kira kehilangan plaintif untuk EPF.
35
9) Item (o) – Kos physiotherapy dan Item (p) – Kos EPF – Ditarik balik

10) Item (q) – Perbelanjaan perubatan di Hospital Pantai Pulau Pinang

[207] Mahkamah setuju dengan hujah peguam defendan bahawa:


40
– Plaintif tidak membayar premium bulanan insuran perubatan.

– Kes ini bukan kes medical negligence.


206 Personal Injury Reports [2021] 1 PIR [19]

– Plaintif yang memilih untuk terus pergi ke Hospital Pantai (swasta) 1


dan defendan tidak harus bertanggungan untuk kerugian yang
dialami oleh plaintif.

[208] Oleh itu, tuntutan plaintif untuk item (q) tidak dibenarkan.
5
Kesimpulan

[209] Berdasarkan alasan-alasan di atas, saya berpendapat keputusan yang


dicapai adalah wajar dan munasabah dan berlandaskan kepada
undang-undang.
10

15

20

25

30

35

40

You might also like