Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PRAKTIKUM

JURNAL

Bilangan Jurnal : Ketiga MINGGU


: 13 Ogos 2018
Tarikh Peristiwa / Kejadian
3
Tajuk : Tidak memberi perhatian semasa PdP dijalankan

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

JURNAL
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilakukan oleh saya sepanjang minggu ini
agak memberangsangkan kerana setiap aktiviti dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang
telah dibuat dengan teliti dan mengikut objektif yang ingin dicapai. Walau bagaimanapun, saya
mendapati satu masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah ini, iaitu ramai antara mereka
tidak memberi perhatian semasa proses PdP dijalankan.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Pemerhatian telah dilakukan sepanjang minggu ini. Berikut merupakan hasil daripada
pemerhatian yang telah dilakukan:-
 Segelintir murid (murid bermasalah) tidak memberi perhatian di dalam kelas.
Melalui ini, saya boleh melihat murid-murid menghadapi masalah semasa mempelajari sesuatu
topik dan juga berjalan dalam kelas. Keadaan ini mengganggu sesi pengajaran guru dan juga
pembelajaran murid tersebut.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Murid bermasalah pembelajaran merupakan antara murid yang berisiko dalam aspek
pemahaman dan penyimpanan maklumat berikutan keupayaan merekadalam memberi tumpuan
adalah lemah. Menurut Zalizan (2009), murid bermasalah pembelajaran merujuk kepada murid
yang mempunyai pelbagai masalah pembelajaran khususnya dari segi membaca, menulis dan
mengira. Menurut beliau lagi, antara ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran termasuklah sukar
mempelajari kemahiran, mengikut arahan dan lemah dalam memberi tumpuan. Agung (2010)
menyatakan kelemahan daya tumpuan murid bermasalah pembelajaran adalah disebabkan
perhatian yang mudah teralih daripada satu stimulus ke stimulus lain. Hal ini adalah disebabkan
berikutan kesukaran untuk mengamati dan menapis maklumat penting yang wujud daripada
pelbagai rangsangan di persekitaran mereka.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mengambil beberapa inisiatif seperti memberi
perhatian khusus kepada murid yang tidak memberi perhatian dalam kelas. Selain itu, saya juga
telah memberi aktiviti yang mencukupi supaya murid dapat menumpukan perhatian semasa sesi
PdP. Tambahan pula, saya juga memberi pujian kepada murid-murid yang telah menunjukkan
prestasi yang baik.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu.
6. TINDAKAN SUSULAN :
Berikut merupakan tindakan susulan yang akan dijalankan bagi mengatasi masalah ini:-
a. Memerhati setiap murid ke meja mereka supaya mereka dapat membuat kerjanya.
b. Memberi peringatan kepada murid yang tidak memberi tumpuan dalam kelas.
c. Memberi ganjaran kepada murid yang memberi tumpuan sepanjang proses PdP
dilaksanakan.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PRAKTIKUM

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


15 Ogos 2018

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya
kenal pasti telah memberi impak yang positif. Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan
murid yang memberi tumpuan sepanjang proses PdP berlangsung.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Nilai tumpuan yang diberikan oleh murid bermasalah pembelajaran adalah sangat bermakna
bagi meningkatkan kefungsian dan pembelajaran mereka. Saya berasa puas hati dengan tindakan
susulan yang diambil terhadap murid yang tidak memberi perhatian sewaktu proses PdP.
Pembelajaran murid bermasalah pembelajaran perlu diketengahkan kerana implikasinya bukan
sahaja kepada golongan murid ini sahaja tetapi turut melibatkan peranan guru dan ibu bapa serta
kurikulum.

RUJUKAN
Agung Budi Setyawan. 2010. Aspek Neurologis Attention DeficitHyperactivity Disorder (ADHD).
Bagian Psikiatri, Dosen Fakultas Kedokteran Universitas Wijaya Kusuma Surabaya
http://elib.fk.uwks.ac.id; (3 September 2014).
Zalizan Mohd Jelas. (Pnyt.). 2009. Pendidikan Kanak-Kanak Bekeperluan Khas: Konsep dan Amalan.
Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/

You might also like