Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

TAJUK KAJIAN

PENGGUNAAN AYAT TANYA DALAM NOVEL

“APA SAJA UNTUKMU, SAYANG”


SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

Penghargaan

1.0 Pengenalan

2.0 Objektif Kajian

3.0 Kepentingan Kajian

4.0 Skop Kajian

5.0 Batasan Kajian

6.0 Kaedah Kajian

7.0 Dapatan Kajian

8.0 Rumusan Kajian

9.0 Penutup

10.0 Bibliografi

11.0 Lampiran
PENGHARGAAN

Assalamualaikum, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianNya dapat juga
kami menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Kerja kursus yang dipilih pada kali ini
ialah penggunaan ayat tanya dalam novel “ Apa Saja Untukmu, Sayang” . Kerja kursus ini
amat penting bagi kami, memandangkan ia merupakan salah satu daripada komponen
penilaian bagi STPM penggal 3 ini.

Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pentadbir Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah khasnya Tuan Pengetua dan Penolong Kanan
Tingkatan Enam iaitu Tuan Haji Razak bin Awang kerana memberi sokongan dan
ketulusan kepada kami untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek Bahasa Melayu dan juga guru pembimbing
kami iaitu Puan Zaiton binti ? yang tidakjemu memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
kepada kami sehingga kami berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaiknya. Tanpa
bimbingan daripada beliau sudah tentu kerja kursus ini tidak akan terhasil.

Seterusnya, terima kasih kepada ibu bapa kami yang tidak putus memberi sokongan,
dorongan, dan bantuan dari segi kewangan kepada kami untuk membeli peralatan yang
diperlukan sepanjang proses menyiapakan kerja kursus ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama
menyumbang idea dan tenaga dalam menyempurnakan kerja kursus masing-masing.
Komitmen yang diberikan dari segi meluangkan masa, perkongsian idea mahupun
informasi sangat membantu dalam menyiapakan kerja kursus ini. Jutaan terima kasih
kepada diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menghasilkan kerja kursus ini.

Aina Farina binti Suhaimi

Hasmiza binti AB Hamid

Iffah binti Mohd Shukri

Wan Iffah Nadhirah binti Wan Salim


1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian berkaitan ayat tanya serta definisi konsep
penting yang digunakan dalam kajian ini.

1.1 Latar Belakang

Ayat ialah pengucapan yang menduduki tempat paling tinggi dalam susunan tatabahasa
yang dibina dengan unsur subjek dan prediket serta mempunyai makna yang
lengkap.Dalam Bahasa Melayu,terdapat ayat dasar,ayat terbitan,ayat biasa,ayat
songsang,ayat aktif,ayat pasif,ayat penyata,ayat perintah,ayat tanya,ayat seruan,ayat
tunggal,dan ayat majmuk.

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal berdasarkan
nada dan penggunaan perkataan tertentu.Ayat tanya mengandungi makna yang lengkap.Ia
diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.Ayat tanya dibahagikan kepada dua
jenis iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.Ayat tanya tanpa
kata tanya diucapkan dengan nada suara yang tinggi dan senyap diakhir ayat.Ayat tanya
dengan kata tanya pula terbahagi kepada tiga iaitu ayat tanya dengan kata ganti nama
tanya,ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya dengan frasa nama tanya.

Namun begitu,perbezaan antara ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata
tanya tidaklah terlalu jauh.Perbezaan ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan
kata tanya ialah ayat tanya tanpa kata tanya ditandai dengan tanda soal (?) manakala ayat
tanya dengan kata tanya menggunakan kata tanya seperti apa,siapa,bila,mana,bagaimana
dan sebagainya.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1. Menyenaraikan semua ayat tanya dalam novel.

2. Mengelaskan ayat tanya dalam novel mengikut jenis .

3. Menganalisis kekerapan ayat tanya dengan kata tanya yang kerap digunakan dalam
novel.
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk :

1. Dapat menjadi sumber rujukan kepada pelajar sekolah.


2. Dapat mendedahkan kepada masyarakat penggunaan ayat tanya dengan betul.
3. Dapat menambahkan pengetahuan tentang ayat tanya.
4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada jenis-jenis ayat tanya dalam novel " Apa Saja Untukmu
Sayang". Selain itu, kajian ini berfokus kepada ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup
serta penggunaan ayat tanya dengan kata tanya.
5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada ayat tanya yang terdapat dalam novel " Apa Saja Untukmu
Sayang". Kajian ini dijalankan bagi memperoleh maklumat berkaitan dengan ayat tanya
yang kerap digunakan dalam novel tersebut.
6.0 KAEDAH KAJIAN

6.1 Mendapatkan data

Maklumat kajian diperoleh dengan beberapa cara yang berikut:

6.1.1 Kajian kepustakaan

Kaedah ini dijalankan untuk mendaptkan bahan-bahan rujukan dan


teks yang berkaitan dengan ayat tanya. Maklumat yang diperoleh
daripada hasil bacaan dari pihak tertentu dikumpul dan diteliti
sebelym proses menulis dilaksanakan. Selain itu, kajian kepustakaan
dijalankan untuk mendapatkan sumber tambahan bagi
melengkapkan kajian ini. Kajian kepustakaan juga melibatkan
pencarian maklumat di laman sesawang yang berkaitan untuk
mempercepatkan proses medapatkan maklumat yang berkaitan
dengan bahan bacaan ini.

6.1.2 Kajian teks

Kajian ini adalah kajian teks yang menggunakan ayat Tanya dalam
sebuah bahan khusus, iaitu novel yang bertajuk ‘Apa Saja Untukmu
Sayang’ sebagai sumber rujukan.

6.2 Mengumpulkan data

Sumber data kajian ini ialah novel yang bertajuk ‘Apa Saja Untukmu Sayang’.
Ayat tanya yang dijadikan asas kajian ini, dikenal pasti dan dikaji
penggunaannya oleh pengkaji.

6.3 Menganalisis dan mengumpulkan data

Analisis data dilakukan dengan menganalisis binaan dan penggunaan ayat tanya
dalam Bahasa Melayu.
7.0 DAPATAN KAJIAN
8.0 RUMUSAN KAJIAN

Sebagai rumusan, dapat dibuktikan bahawa terdapat banyak penggunaan ayat tanya dalam
novel “Apa Saja Untukmu, Sayang”. Berdasarkan daripada kajian ini, terdapat pelbagai
ayat tanya yang kerap digunakan dalam novel ini seperti ayat terbuka dan ayat tanya
tertutup.

Pengkaji juga mendapati bahawa penggunaan ayat tanya mempunyai keistimewaannya


yang tersendiri iaitu bagi menarik khalayak atau pembaca bersama-sama merasai perasaan
watak-watak dalm novel. Pengkaji membuatkan pembaca turut ingin mengetahui jawapan
yang akan diberikan oleh individu yang ditanya soalan.
9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa kajian ini banyak menyatakan penggunaan ayat tanya
di dalam novel. Pengkaji menggunakan novel sebagai bahan kajian yang bertajuk "Apa
Saja Untukmu Sayang" yang telah diterbitkan oleh penulis yang bernama Zya Za. Pelbagai
kaedah yang digunakan oleh pengkaji. Antara kaedah yang digunakan adalah mendapatkan
data, mengumpulkan data serta menganalisis dan mempersembahkan data. Hal ini dapat
memudahkan pengkaji untuk mengkaji maklumat-maklumat yang ada dengan lebih jelas
dan terperinci. Tambahan lagi, para pengkaji dapat mempelajari penggunaan ayat tanya
dengan lebih mendalam.

Pengkaji berharap agar penggunaan ayat tanya dapat digunakan dalam situasi yang sesuai.
Daripada hasil kajian yang dilakukan ini juga, pengkaji dapat mengetahui bahawa terdapat
2 jenis ayat tanya iaitu ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup. Oleh itu, hal ini dapat
dikbuktikan dengan penggunaan ayat tanya adalah penting dalam percakapan harian kita.
10.0 BIBLIOGRAFI

1) https://drive.google.com/folderview?
id=1L4U9FJbwm966FpbsBsQgLgeKEeWMeCoX

2) https://www.slideshare.net/Usamix/ayat-tanya

3) https://wordwall.net/ms/community/ayat-tanya

4) https://lamancikgubahri.blogspot.com/2021/02/ayat-tanya.html?m=1

5) Buku teks efektif STPM Bahasa Melayu.


11.0 LAMPIRAN

You might also like