Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

PUSAT LATIHAN INTERN DAN PENGAYAAN AKADEMIK (CITrA)

CENTRE FOR INTERNSHIP TRAINING AND ACADEMIC ENRICHMENT


(CITrA) UNIVERSITI MALAYA

GIG1012 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

PROPOSAL POSTER INFOGRAFIK

SEMESTER/SESI : SEMESTER 1, 2022/2023


KUMPULAN KULIAH : OCC 32
NO. & NAMA KUMPULAN : KUMPULAN 14
TAJUK : KES BULI

Bil No. Matrik Nama

1 22005658 CHRISTINA YEOH ZI YI

2 S2190045 CHOONG KEAT VYNG IAN

22006055 MUHAMMAD FIRDAUS BIN NAPI


3

4 22005668 FAIRUZ NAJIHA BINTI KAMARUDDIN

5 22005663 LOSHINY A/P SENTHIRESAN

6 S2180639 GAYATHIRI A/P SIVA KUMAR

7 22005645 SYAFIQAH BINTI AZMAN

8 22006035 LAU LAI KIAT

9 22005643 SOW JIA WAI

10. 22006053 MUHAMMAD ASYRAF WAZIEN BIN AMINUDDIN

1
A. KOMITMEN

Bil Nombor Peranan &


Nama
. Matrik Tanggungjawab
1. 22005658 CHRISTINA YEOH ZI YI Falsafah

2. S2190045 CHOONG KEAT VYNG IAN Rumusan

3. 22006055 MUHAMMAD FIRDAUS BIN Kesan


NAPI
4. 22005668 FAIRUZ NAJIHA BINTI Langkah
KAMARUDDIN
5. 22005663 LOSHINY A/P SENTHIRESAN Objektif

6. S2180639 GAYATHIRI A/P SIVA KUMAR Pengenalan

7. 22005645 SYAFIQAH BINTI AZMAN Gantt Chart

8. 22006035 LAU LAI KIAT Punca

9 22005643 SOW JIA WAI Falsafah

22006053 MUHAMMAD ASYRAF Penyataan Masalah


10
WAZIEN BIN AMINUDDIN

2
AKTIVITI MINGGU

10/11 17/11 24/1 1/12 8/12 15/1 22/12 29/1 5/1 12/1 19/1 26/1

Pengagihan
kumpulan
Perjumpaan di
Google Meet
Penghantaran
tajuk proposal
Perjumpaan di
Google Meet
3

Pengagihan
tugasan
Penghasilan
proposal
Serahan di
Spectrum
Penghasilan
poster
Pembentangan
dan penyerahan
Penghasilan
laporan kajian
Serahan laporan
kajian
PUSAT LATIHAN INTERN DAN PENGAYAAN
AKADEMIK (CITrA)
CENTRE FOR INTERNSHIP TRAINING AND
ACADEMIC ENRICHMENT (CITrA) UNIVERSITI
MALAYA

GIG1012 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

PROPOAL POSTER INFOGRAFIK

KES BULI

4
KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
MAKLUMAT KUMPULAN 1-4
1.0 PENGENALAN 6

2.0 PENYATAAN MASALAH 7


3.0 OBJEKTIF 8
4.0 PUNCA- PUNCA 9,10

5.0 LANGKAH- LANGKAH 11,12


6.0 KESAN- KESAN 13,14

7.0 FALSAFAH PSIKOLOGI 15


8.0 FALSAFAH ETIKA 16,17
9.0 RUMUSAN 18
RUJUKAN 19,20

5
1.0 PENGENALAN

Buli adalah satu bentuk tingkah laku agresif di mana seseorang sengaja dan
berulang kali menyebabkan kecederaan atau ketidakselesaan orang lain.Buli boleh
mengambil bentuk hubungan fizikal, kata-kata, atau tindakan yang lebih halus.Individu
yang dibuli biasanya mempunyai masalah mempertahankan dirinya dan tidak
melakukan apa-apa untuk "menyebabkan" pembuli.Buli siber secara lisan
mengancam atau mengganggu tingkah laku yang dijalankan melalui teknologi
elektronik seperti telefon bimbit, e-mel, media sosial, atau pesanan teks. Terdapat tiga
jenis buli iaitu buli Lisan, Buli sosial dan buli fizikal.Buli lisan adalah mengatakan atau
menulis perkara yang bermaksud. Buli lisan termasuk mengusik, panggilan nama,
komen seksual yang tidak sesuai dan mengancam untuk menyebabkan kemudaratan.
Buli sosial, kadang-kadang dirujuk sebagai buli hubungan, melibatkan merosakkan
reputasi atau hubungan seseorang.Buli sosial termasuk meninggalkan seseorang
dengan sengaja, memberitahu kanak-kanak lain untuk tidak berkawan dengan
seseorang, menyebarkan khabar angin tentang seseorang, memalukan seseorang di
khalayak ramai. Buli fizikal melibatkan mencederakan tubuh atau harta benda
seseorang.Buli fizikal termasuk memukul, menendang, mencubit, meludah, menolak,
mengambil atau memecahkan perkara seseorang, membuat isyarat tangan yang jahat
atau kasar. Buli dikaitkan dengan banyak hasil negatif termasuk kesan terhadap
kesihatan mental, penggunaan bahan, dan bunuh diri.Buli mempunyai senarai
panjang kesan negatif terhadap kanak-kanak, remaja, dan juga orang dewasa.

6
2.0 PENYATAAN MASALAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, buli ditafsirkan sebagai perbuatan


memperlekehkan orang dimana kebiasannya dilakukan pada orang yang lemah
dengan tujuaan untuk mengugut, menggertak, mencederakan, ataupun menakutkan
orang tersebut. Dalam erti kata lain, buli adalah perbuatan mengasari orang yang
lemah untuk memperlihatkan kekuatan atau keganasan seseorang. Kes buli seperti
ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa, malah telah berlaku sejak peringkat
awal persekolahan iaitu prasekolah. Selalunya perbuatan buli melibatkan sekumpulan
pelajar dan mangsa hanya mempertahankan diri sendiri keseorangan tanpa bantuan.
Pada era globalisasi ini,gejala buli semakin meningkat dan semakin hangat
diperkatakan di media massa dan dada akhbar.Hal ini membuktikan betapa tindakan
segera oleh pihak tertentu amat diperlukan bagi memastikan masalah ini dapat
dibendung daripada terus menular dan menjadi adat.Perlakuan buli merupakan
perlakuan yang salah dan dapat meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan
emosi,mental,fizikal dan menjejaskan kemajuan hidup mangsa.Kajian ini bukan
sahaja membincangkan masalah buli dan juga akan membahas punca punca yang
menyebabkan buli berlaku. Gejala buli berlaku pada pelbagai situasi dan golongan
serta peringkat umur.Terdapat banyak punca yang menyumbang gejala ini berlaku
misalnya pengaruh daripada persekitaran dan rakan sebaya.Turut dibahas tentang
langkah-langkah pencegahan yang sesuai diambil tindakan oleh pelbagai pihak
seperti ibu bapa,pihak sekolah dan masyarakat dalam usaha membendung gejala ini
daripada terus berleluasa.

7
3.0 OBJEKTIF

- Mengenal pasti definisi dan serba sedikit tentang buli.

Buli membawa definisi iaitu sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan
memberi tekanan kepada seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan
sebaya (peer abuse). Buli melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras
ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan seksual.
-
- Menganalisis insiden-insiden buli yang kian berlaku di negara.
Kes-kes buli yang mampu memberikan begitu banyak impak negatif kepada seseorang
individu kian dipaparkan di dada akhbar; sering disiarkan di muka televisyen dan
menjadi buah mulut orang ramai. Pernyataan ini jelas menunjukkan statistik kes buli di
negara kita semakin meningkat dan menjadi penyakit kronik yang tidak boleh mengubati
umpama barah. Misalnya, statistik daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak
menunjukkan peningkatan kes buli di sekolah sebanyak 42 kes sehingga Julai lalu.
Bayangkan setiap negeri menunjukkan peningkatan sebegini ?

- Menilai kesan-kesan buruk yang dihadapi oleh mangsa buli daripada


aspek-aspek tertentu.

Insiden buli ini memberikan kesan yang buruk kepada mangsa buli dari
aspek luaran dan dalaman. Kesan yang ketara adalah mengalami
kecederaan dan mungkin juga kematian. Selain kesan ini, terdapat banyak
lagi dampak yang memburukkan diri mangsa buli.

- Mengkaji langkah-langkah yang pragmatik untuk menyelesaikan


masalah buli hingga akar umbi.

Terdapat beberapa langkah yang segera perlu diambil untuk mengatasi


masalah buli ini. Tanpa langkah-langkah yang perdana sebegini, masalah
kronik tidak dapat diselesaikan. Pihak mustahak yang perlu mengambil berat
tentang masalah ini ialah mangsa buli sendiri, ibu bapa, rakan sebaya,
komuniti dan kerajaan. Mereka perlu mengambil langkah-langkah pragmatik
supaya masalah ini dibendung secepat mungkin.

P/S: Huraikan setiap objektif dalam 3-5 ayat k?

8
6.0

4.0 PUNCA KES BULI

4.1 Sistem warden dan disiplin yang lemah


Sekolah adalah tempat pertama bagi pelajar menuntut ilmu dan ia juga digenai
sebagai tempat yang membina insan yang berjaya. Malah, belakunya kes buli di
sekolah disebabkan system warden dan disiplin yang lemah mengakibatkan kes buli
dan semakin kerap ada pelajar yang menjadi mangsa dalam perkara ini. Hal ini
demikian kerana warden yang mengawasi pelajar dibayar elaun yang sangat rendah.
Bahkan, terdapat juga ada warden yang sendirinya mempunyai masalah dan jenayah
record. Selain itu, ada juga warden yang dibebani dengan pelbagai tugasan dan kerja
sehingga mereka tidak dapat mengawasi keseluruhan pelajar. Selain itu, guru disiplin
juga tidak dapat memantau pelajar di sekolah dengan baik kerana mempunyai
tugasan yang agak berat. Oleh itu, sistem warden dan disiplin yang lemah adalah
salah satu punca yang boleh mengakibatkan kes buli di sekolah.

4.2 Pelajar tidak membuat aduan kepada pihak sekolah


Mangsa yang selalu dibuli kebiasaannya adalah badannya kecil dan tidak berani
bersuara. Ini juga adalah salah satu punca yang menjadikan pembuli lebih berleluasa.
Hal ini demikian kerana pembuli akan mengugut mereka supaya tidak memberitahu
guru sekolah atau sesiapa, mangsa buli pun tidak berani untuk membuka mulut untuk
membuat aduan kepada guru. Malah pelajar yang melihat rakan lain yang dibuli juga
tidak berani membuat aduan kepada pihak sekolah kerana takut menimbul masalah
dan pilih memdiamkan diri mereka. Oleh kerana mangsa takut dan tidak melaporkan
dirinya dibuli, pelajar lain pula juga tidak berani membuat aduan, ia telah mencipta
peluang kepada pembuli, mereka akan berleluasa kerana tiada sesiapa akan tahu dan
tiada tindakan yang akan diadakan. Jika pelajar yang dibuli tidak membuat aduan,
pembuli di sekolah akan bertambah.

4.3 Buli pelajar yang lebih lemah sebagai balas dendam.


Apabila sesetengah pelajar yang lemah terjadi mangsa buli, mereka akan
mempunyai kecederungan untuk membuli pelajar lain yang lagi lemah daripada dia
sebagai balas dendam. Mereka akan membuli pelajar lain untuk mendapatkan
kelegaan hati dan melepaskan tekanan semasa membuli pelajar lain. Selain itu,
mangsa buli selalunya adalah pelajar yang lebih lemah. Contohnya, seorang pelajar
perempuan selalu dibuli oleh kakak senior, lepas itu dia tidak membuat aduan kepada
pihak sekolah tatapi dia pilih cara yang salah iaitu buli rakan yang lemah untuk
melepaskan tekanan dan melegakan hati dia sendiri kerana dia berasa buli orang lain
boleh mendapat kepuashatinya.

9
4.4 Pengaruh rakan sebaya di sekolah
Selain daripada ahli keluarga, orang yang paling lama kita luangkan masa bersama
adalah rakan sebaya. Hal ini adalah kerana pelajar masih terlalu muda dan mudah
mempercayai pada orang lain, rakan sebaya adalah orang yang menemani kita
sepanjang masa di sekolah, jika mereka melakukan jenayah, pelajar lain kemungkinan
juga akan mudah terikut. Ini juga adalah salah satu punca yang membolehkan pelajar
menjadi pembuli, Contohnya, rakan sebaya Ali suka buli pelajar yang lemah dalam
kelas dan rakanya ajak Ali sekali untuk membuli pelajar yang lemah tersebut, jika Ali
terpengaruh dengan rakannya, pembuli di sekolah akan bertambah.Mereka amat
mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebaya dan tidak berfikir baik buruknya
tindakan mereka itu. Oleh itu, rakan sebaya adalah orang yang paling mudah
memperngaruhi rakan mereka jadi pembuli di sekolah.

4.5 Pengabaian tanggungjawab pihak ibu bapa dalam mendidik anak mereka
Ibu bapa adalah orang yang paling penting bagi anak-anak. Mereka perlu menjadi
teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak mereka menjadi anak yang
baik. Tetapi, pada zaman sekarang, kebanyakan ibu bapa telah mengabaikan anak-
anak mereka kerana terlalu sibuk bekerja dan mengakibatkan mereka tidak cukup
masa untuk mendidik dan menjaga anak mereka dengan baik. Anak-anak yang
kekurangan kasih sayang atau prihatin apabila di rumah akan memberikan tekanan
kepada seseorang anak muda kerana tiada tempat mengadu dan kemahuan untuk
melepaskan tekanan mereka dan mengakibatkan mereka membuli pelajar yang lebih
lemah. Hal ini demikian kerana semasa anak mereka melakukan perbuatan yang
salah, ibu bapa tidak menasihati dan tidak menegur anaknya. Oleh itu, punca pelajar
menjadi pembuli adalah kerana kegagalan ibu bapa mendidik anak mereka.
.

10
8.0
5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KES BULI

5.1 Ibu bapa memberi peringatan dan nasihat


Rumah adalah dimana pendidikan awal berlaku dan ibu bapa sememangnya
memaikan peranan yang penting dalam membentuk anak mereka. Berikutan dengan
kes buli yang sering berlaku dia alam persekolahan, ibu bapa perlulah mengingatkan
anak mereka tentang bahayanya buli. Menasihati anak mereka agar tidak
menjebakkan diri dalam aktiviti membuli. Ibu bapa juga perlu mengetahui keadaan
anak mereka dari semasa ke semasa dengan sering menanyakan bagaimana hari
hari mereka di sekolah. Secara tidak langsung, hubungan kekeluargaan dapat
dieratkan dan anak tidak akan berasa kesunyian. Jika anak berasa kesuyian dengan
ibu bapa yang sibuk dan lebih memilih kerjaya, anak akan lebih cenderung dalam
terjebak dalam aktiviti negatif termasuklah buli demi mendapatkan kembali perhatian
ibu bapa mereka. (MAT ISA, 2021)

5.2 Menerapkan nilai positif dalam kehidupan


Nilai positif atau juga dikenaloi sebagai nilai murni. Dengan adanya nilai positif
dalam setiap individu masalah buli dapat dibendung. Dengan adanya sifat sabar dan
toleransi dalam diri seseorang tidak mungkin menjadikan mereka sebagai seorang
pembuli. Contoh situasi, Ali terlanggar Abu kerana dia ingin ke tandas dengan
segera lalu meminta maaf. Abu perlu memahami situasi yang sedang berlaku dan
memaafkan Ali. Jika Abu cepat melenting kerana Ali terlanggarnya ini boleh
menimbulkan pergaduhan sejurus membawa kepada membuli. Pihak sekolah juga
boleh menjalankan kempen kesedaran dan sivik bagi mengurangkan kes buli di
sekolah bergantung kepada keberkesanan kempen itu. (MAT ISA, 2021)

5.3 Menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang yang khusus


Buli mendatangkan impak yang negatif kepada mangsa buli. Antaranya
termasuklah mental, emosi dan fizikal mereka. Hal ini sememangnya perlu diambil
tindakan dengan mewujudkan undang-undang khusus bagi menghukum pembuli.
Menurut Professor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar, undang-undang ini perlu
diwujudkan agar kejadian buli dapat dielakkan serta berada dalam kawalan lalu
menurunkan kadar membuli dari masa ke masa. Tujuan utama undang-undang
khusus ini perlu diwujudkan adalah bagi menyedarkan pembuli tentang kesalah buli
yang dilakukan mereka. Oleh itu, pembuli akan takut untuk mengulangi silap yang
sama. (HAIROM, 2021)

5.4 Memilah rakan dengan bijak


Pemilihan rakan di sekolah memain peranan dalam mengatasi buli. Rakan yang
baik tidak akan mengajak membuat aktiviti negatif seperti membuli. Jika rakan yang

11
dipilih adalah baik mereka akan lebih cenderung untuk cemerlang bersama-sama
dalam bidang akademik dan kokurikulum. Secara tidak langsung, prestasi pelajar
akan meningkat dari hari ke hari dan para guru akan senang hati melihat sikap baik
oleh anak murid mereka. Oleh itu, dengan pemilihan rakan yang baik perilakunya di
sekolah dapat mengurangkan aktiviti membuli daripada berlaku di sekolah.

5.5 Menyebarkan kedesaranmelalui media massa


Iklan-iklan tentang bahayanya buli seharusnya dipaparkan. Anak muda kini sudah
didedahkan kepada media sosial seperti aplikasi Instagram dan juga Tiktok. Video
yang lebih bermanfaat seperti kesan negatif apabila membuli sepatutnya ada di
kedua-dua aplikasi ini. Menyekat gambar atau video yang berunsurkan keganasan
daripada dapat dimuat turun ke Instagram dan Tiktok ataupun meletakkan amaran
sebelum gambar dan video diakses. Dengan ini, sesiapa sahaja yang mempunyai
akaun aplikasi ini akan dapat melihat tentang bahayanya buli serta menjetik
kesedaran di dalam jiwa mereka . Bersama-sama kita mencegah buli demi
kemaslahatan generasi akan datang.

12
7.0
6.0 KESAN KES BULI

Secara umumnya, kejadian buli memberi kesan mendalam kepada mangsanya.


Mangsa buli akan menghadapi kesan jangka pendek dan jangka Panjang. Kesan
perbuatan buli bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal malah memberi kesan juga
kepada emosi. Antaranya adalah

6.1 Berasa trauma untuk melihat dunia luar

Kesan utama gejala buli adalah seseorang itu akan merasa trauma atau ketakutan.
Kita sedia maklum bahawa kebanyakkan mangsa buli biasanya berbadan kecil atau
berseorangan berbanding dengan pembuli yang fizikalnya lebih besar dan lebih ramai
bilangannya. Oleh sebab itu mereka trauma dan ketakutan untuk menghadapi
pembuli. Hal ini akan menyebabkan kemerosotan prestasi mangsa buli kerana
mangsa buli tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran.
Kejadian kes buli secara tidak langsung telah menyukarkan mangsa untuk melibatkan
diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian
kerana mereka sentiasa memikirkan tentang hal tersebut. Mereka juga sering
ketakutan dan sentiasa memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke atas diri
mereka.

6.2 Mengalami gangguan emosi

Seperti yang kita tahu, mangsa buli akan mengalami tekanan emosi akibat sering
dibuli. Hal ini akan menyebabkan mereka akan merasa kemurungan dan lebih
cenderung untuk duduk bersendirian sekaligus boleh mengakibatkan mereka ingin
mencederakan diri sendiri dan yang lebih teruk lagi mereka cenderung untuk
membunuh diri bagi menamatkan penderitaan yang mereka tanggung. Hal ini kerana
mereka rasa lemah dan malu dengan keadaan diri mereka yang sering dibuli dan
merasakan tidak layak untuk hidup. Perkara ini menggambarkan bahawa kes buli
yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli hilang pertimbangan dan
kewarasan sehingga tergamak untuk menamatkan nyawa mereka sendiri.

6.3 Meningkatkan kes jenayah

Kes buli boleh meningkatkan kes jenayah adalah kerana pembuli merasakan diri
mereka kuat dan berani sekaligus membuatkan mereka akan lebih cenderung untuk
meneruskan kegiatan mereka seperti memeras ugut, memukul atau yang lebih teruk

13
lagi adalah merompak dan membunuh jika perkara ini tidak dibendung dari awal. Bagi
mangsa buli pula mereka akan lebih cenderung untuk terlibat atau menyertai aktiviti
geng kongsi gelap kerana mereka ingin merasa selamat dan mempunyai perlindungan
daripada pembuli dan ia menyebabkan berlakunya kes gangsterisme. Mereka akan
melakukan apa sahaja yang disuruh oleh kumpulan kongsi gelap yang mereka sertai
asalkan keselamatan mereka terjamin. Hal ini sekaligus meningkat kes jenayah yang
lebih serius seperti jual beli dadah, judi dan sebagainya.

6.4 Kecederaan kekal ataupun kehilangan nyawa

Seperti yang kita tahu, kes buli fizikal seperti memukul, menyepak dan mendera
boleh mengakibatkan kecederaan pada fizikal mangsa buli. Sebagai contoh badan
mangsa akan menjadi lebam, bengkak atau yang lebih teruk lagi boleh mengakibatkan
patah dan juga kecederaan pada otak. Hal ini boleh menyebabkan mangsa buli akan
mengalami kesakitan berpanjangan, mengalami kecacatan secara kekal dan yang
lebih teruk lagi boleh mengakibatkan kematian. Sebagai contoh kes melibatkan
Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia iaitu Allahyarham
Zulfarhan Osman yang meninggal dunia akibat disepak, diterajang dan juga didera
oleh pegawai kadet lain kerana arwah dituduh mencuri computer riba.

6.5 Menghadapi Masalah Sosial

Menurut Dombeck (2007) Mangsa buli juga akan menghadapi masalah sosial
seperti masalah mengekalkan hubungan persahabatan dan bilangan rakan rakan
yang diri mereka ada. Mangsa buli juga akan mengalami kesukaran untuk mencari
kawan disebabkan mereka tidak mempunyai keyakinan diri kerana merasakan diri
mereka lemah. Hal ini mungkin menyebabkan kesan jangka Panjang dimana mangsa
buli sukar untuk mempercayai orang lain dan juga menyebabkan mangsa buli tidak
pandai bersosial sekaligus menyukarkan mereka untuk menyesuaikan diri dalam
komuniti.

14
4.0

7.0 FALSAFAH PSIKOLOGI

Sebagai salah satu cabang falsafah teoretikal, falsafah psikologi dapat ditakrifkan
sebagai ilmu yang bertunjangkan perbahasan mengenai kelakuan dan
kecenderungan akal fikiran manusia. Persoalan tentang perasaan, ingatan, khayalan
dan tabiat manusia merupakan antara persoalan yang sering berbangkit dalam
falsafah psikologi.

Dalam konteks fenomena buli, aspek psikologi pembuli wajar diterokai. Pertama
sekali, terdapat kemungkinan besar bahawa salah satu persoalan yang terpenting
mengenai pembuli ialah persoalan 'Mengapakah seseorang itu membuli seseorang
yang lain?’

Dalam bukunya, Rhetoric, Aristotle pernah menyatakan bahawa '… every action
must be due to one or other of seven causes: chance, nature, compulsion, habit,
reasoning, anger, or appetite.' Menurut pendapat ini, dapat dianggap bahawa
perlakuan membuli didorong oleh sebab seperti kompulsi, tabiat, dan kemarahan
(emosi). Seorang pembuli itu mungkin bertindak bawah pengaruh satu atau lebih
sebab yang dinyatakan ini. Sebagai contohnya, seseorang itu mungkin bertindak
membuli seseorang yang lain kerana kemarahan yang dialaminya dan kompulsinya
yang mendorongnya agar bertindak tanpa memikirkan kesan tindakannya itu. Ulasan
ini dibuat dengan anggapan bahawa perbuatan seorang manusia dikawal sepenuhnya
oleh dirinya – selaras dengan konsep “free will”.

Walau bagaimanapun, sudah semestinya terdapat kemungkinan bahawa


perbuatan membuli itu juga didorong oleh faktor luar atau faktor ekstrinsik yang
sebenarnya mempengaruhi kelakuan manusia secara langsung. Faktor ekstrinsik ini
merangkumi unsur-unsur persekitaran yang mengawal situasi atau kejadian dalam
realiti yang kita alami sebagai manusia.

15
5.0
8.0 FALSAFAH ETIKA

Gejala buli adalah masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut,
menghina, mengejek, menumbuk, memaki, dan sebagainya yang dilakukan oleh
seseorang terhadap pemangsanya. Walaupun tindakan- tindakan tersebut dikategori
sebagai perbuatan yang negatif dan adalah dilarang tetapi kes buli masih berlaku
secara berleluasa.

Oleh itu, Falsafah Etika telah memainkan peranan yang dominan dalam isu
tersebut. Sebagai salah satu cabang falsafah praktikal, falsafah etika dapat ditakrifkan
sebagai ilmu yang membehaskan perbuatan baik dan perbuatan buruk manusia
sejauh mana yang dapat difahami oleh fikiran manusia.

Persoalan tentang budi pekerti, tabiat dan watak manusia merupakan antara
persoalan yang sentiasa berbangkit dalam falsafah etika. Masalah ini dapat diperbaiki
melalui beberapa cara seperti berpegang kuat kepada ajaran agama, mematuhi adat,
mengamalkan nilai-nilai moral, bertabiat dan bersusila bagi membinakan pemikiran
yang matang. Maka, seseorang dapat bertindak dengan rasional semasa menghadapi
faktor yang dapat mempengaruhi kehidupan manusia.

Dalam Politics Buku VII, Aristotle pernah menyatakan bahawa “There are three italic
things which make men good and virtuous; these are nature, habit, rational principle.”
Menurut pandangan Aristotle, dapat dianggap bahawa perlakuan membuli dapat
dipengaruhi oleh peserkitaran, tabiat dan pemikiran yang negatif. Sebagai contoh,
Pembuli yang terlibat dengan kes buli terpengaruh dengan rakan sebaya
(peserkitaran). Mereka yang seronok melihat mangsa yang dibuli menangis atau
marah kepada mereka. Pemikiran tersebut dianggap negatif. Lebih menjejaskan
keadaan apabila perbuatan buli ini membawa kepada kecederaan yang serius
ataupun kematian. Oleh itu, perbuatan seseorang manusia dianggap dikawal
sepenuhnya oleh diri sendiri manakala faktor yang mempengaruhinya untuk bertindak

16
tersebut adalah berdasarkan tabiat, persekitaran dan cara berfikir. Di mana pemikiran
dan tabiat yang diamal adalah positif atau negatif.

Tanggungjawab seseorang yang berilmu bukan sahaja harus mencerdaskan


minda tetapi juga perlu memperkayakan keimanan dan ketakwaan dalam isi hati
supaya dapat menuju ke arah kebaikan. Sebagai contoh, seseoang yang mematuhi
ajaran agama dengan hati yang iman tidak akan berjenayah disebabkan ketakutan
terhadap hukuman Tuhan.

17
9.0 RUMUSAN

Rumusannya, kes buli mempunyai banyak punca, seperti sistem warden dan
disiplin yang lemah, pelajar tidak membuat aduan kepada pihak sekolah, serta balas
dendam, dan kesan-kesan terhadap mangsa buli tersebut, seperti trauma, gangguan
emosi, kes jenayah, kehilangan nyawa, dan masalah sosial. Selain daripada itu,
terdapat juga langkah-langkah yang boleh mencegah kes-kes buli seperti pemberian
peringatan dan nasihat oleh ibu bapa, penerapan nilai positif, dan juga mewujudkan
undang-undang yang khusus. Terdapat juga falsafah-falsafah yang boleh dikaitkan
dengan kes-kes buli seperti falsafah etika serta psikologi. Seperti mana yang telah
pun dinyatakan pada topik falsafah etika, pemikiran yang sihat dan sikap yang positif
akan menuju seseorang ke arah kebaikan serta kemajuan. Apabila buli tersebut
melakukan falsafah tersebut terhadap kehidupan mereka, mereka
mempertimbangkan dan mengenal pasti perkara-perkara yang baik dan buruk. Dari
segi falsafah psikologi pula, kami boleh berfikir tentang motif buli tersebut mempunyai
azam dan niat untuk membuli individu yang lain. Seperti mana yang telah dinyatakan
pada topik tersebut, merujuk pada buku “Rhetoric,” ianya boleh dianggap bahawa
kelakuan membuli tersebut boleh didorong oleh kompulsi, tabiat, serta kemarahan.
Oleh kerana itu, ianya menyebabkan buli tersebut untuk membuli seseorang tanpa
memikirkan kesan-kesannya; ini selaras dengan konsep “free will.” Jika buli tersebut
boleh memikirkan kesan-kesan yang akan ditimpa tidak semestinya pada mangsa,
malah juga kepada buli tersebut, dari segi falsafah etika dan juga falsafah psikologi,
terdapatnya kemungkinan bahawa buli tersebut akan memikirkan semula dan juga
mempertimbangkan tindakan-tindakan yang akan dilakukan olehnya. Secara
keseluruhannya, tindakan buli tidak akan membawa kesan-kesan yang baik terhadap
kedua-dua pihak; mangsa serta buli tersebut. Oleh sebab itu, falsafah etika serta
psikologi boleh dikaitkan dengan kes-kes buli demi mengurangkan bilangan kes serta
menambah baik kelakuan diri; bukan sahaja kes yang akan berlaku pada bila-bila
masa, malah juga individu-individu yang pernah membuli seseorang pada suatu masa
dahulu.

18
RUJUKAN

Assistant Secretary for Public Affairs (ASPA) (2022) What is bullying,


StopBullying.gov. https://www.stopbullying.gov/bullying/what-is-bullying

Benjamin Jowett (1999). Politics, Aristotle.


https://historyofeconomicthought.mcmaster.ca/aristotle/Politics.pdf

Kes bunuh Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah. (2 November 2021).


Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/170129/BERITA/Semasa/Kes-
bunuh-Zulfarhan-18-penuntut-UPNM-didapati-bersalah

Latifah Arifin (1 Mei 2022). Sistem warden lemah punca kes buli. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/951266/sistem-warden-lemah-
punca-kes-buli

Mat Isa, M. S. (14 Disember 2021). Ambil langkah segera atasi buli di sekolah.
Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/ambil-langkah-segera-
atasi-buli-di-sekolah/

Mohd Amin Jalil. (16 Mei 2022). Tujuh pelajar cedera, trauma kena buli. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2022/05/956234/tujuh-pelajar-
cedera-trauma-kena-buli

Mohd Nizam Mohd Yatim. (9 Jun 2022). Kesan buli amat teruk. Utusan Malaysia.
https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/06/kesan-buruk-buli-amat-teruk/

19
Nor Syariza Muhamad Tahir. (13 Disember 2021). Kes buli bagaikan satu kitaran
hidup. Kosmo!. https://www.kosmo.com.my/2021/12/13/kes-buli-bagaikan-satu-
kitaran-hidup/

Nurhidayah Hairom. (16 Disember 2021). Buli: Wujudkan undang-undang khusus.


Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/177508/berita/semasa/buli-
wujudkan-undang-undang-khusus

Raja Noraina Raja Rahim. (24 November 2021). Sengsara dua beradik mangsa buli.
Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2021/11/780965/sengsara-
dua-beradik-mangsa-buli

Rosilawati Rosedi. (10 Mei 2021). Anak trauma mangsa buli. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/138009/berita/semasa/anak-trauma-jadi-
mangsa-buli

Tujuh punca anak-anak jadi pembuli, ibu bapa mesti tahu. (n.d). Sinar Bestari.
https://sinarbestari.sinarharian.com.my/komuniti/7-punca-anak-anak-jadi-pembuli-
ibu-bapa-mesti-tahu/

20

You might also like