Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 51

KURSUS : UNDANG-UNDANG

KELUARGA ISLAM DI
MALAYSIA (PPPK5453)
OLEH : NOOR HUDA BINTI ROSLAN
KETUA PENDAFTAR/HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR
PERMULAAN KEPADA PERKAHWINAN

Seksyen 16 EUKIS. Permohonan untuk kebenaran berkahwin

(1) Apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan dalam Negeri Selangor
tiap-tiap satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam
borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana
pihak perempuan itu bermastautin.

(2) Jika pihak lelaki bermastautin di kariah masjid yang berlainan daripada kariah masjid pihak
perempuan, atau bermastautin di mana-mana Negeri, permohonannya hendaklah mengandungi
atau disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi kariah masjidnya atau oleh pihak berkuasa yang
hak bagi Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat
dipastikannya perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu adalah benar.

(3) Permohonan tiap-tiap satu pihak hendaklah disampaikan kepada Pendaftar sekurang-
kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi Pendaftar
boleh membenarkan masa yang lebih singkat dalam mana-mana kes tertentu.

(4) Permohonan kedua-dua pihak hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan bersama.
Seksyen 14 EUKIS. Perkahwinan seseorang perempuan

(1) Tiada seseorang perempuan boleh, dalam masa perkahwinannya dengan seorang lelaki
berterusan, berkahwin dengan seseorang lelaki lain.

(2) Jika perempuan itu adalah seorang janda—

(a) tertakluk kepada perenggan (c), dia tidak boleh, pada bila-bila masa sebelum tamat
tempoh ‘iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syarak, berkahwin dengan seseorang
melainkan kepada lelaki yang akhir dia telah bercerai;
Seksyen 14 EUKIS. Perkahwinan seseorang perempuan (samb.)

(b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan—

(i) suatu surat perakuan cerai yang sah yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang pada
masa itu berkuat kuasa;
(ii) suatu salinan yang diperakui bagi catatan yang berkaitan dengan penceraiannya dalam
daftar penceraian yang berkenaan; atau
(iii) suatu perakuan, yang boleh diberi atas permohonannya selepas penyiasatan yang wajar
oleh Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana permohonan itu dibuat,
yang bermaksud bahawa dia adalah seorang janda; dan

(c) jika perceraian itu adalah dengan ba-in kubra, iaitu tiga talaq, dia tidak boleh berkahwin semula
dengan suaminya yang dahulu itu, melainkan dia telah berkahwin dengan sah dengan seorang
lain dan dia telah disetubuhi oleh seorang lain itu dalam perkahwinan itu dan perkahwinan itu
dibubarkan kemudiannya dengan sah dan setelah habis ‘iddahnya.
Seksyen 14 EUKIS. Perkahwinan seseorang perempuan (samb.)

(3) Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh
suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam masa ‘iddah perceraian biasa,
berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan
kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat pengantin perempuan
itu bermastautin.

(4) Jika perempuan itu adalah seorang balu—

(a) dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang pada bila-bila masa sebelum tamat
tempoh ‘iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syarak; dan
(b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan surat perakuan
kematian suaminya atau dengan cara lain membuktikan kematian suaminya.
Seksyen 17 EUKIS. Mengeluarkan kebenaran
berkahwin

Tertakluk kepada seksyen 18, Pendaftar, apabila berpuashati tentang


kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu, tentang
sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu, dan, jika pihak lelaki itu sudah
berkahwin, bahawa kebenaran yang dikehendaki oleh seksyen 23 telah
diberi, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dan
setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon
kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.
Seksyen 19 EUKIS. Kebenaran perlu sebelum akad
nikah

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu


kebenaran berkahwin telah diberi—

(a) oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh Hakim Syarie di


bawah seksyen 18, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan
yang bermastautin dalam Negeri Selangor; atau

(b) oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu Negeri, jika perkahwinan
itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin di Negeri itu.
Seksyen 20 EUKIS. Tempat perkahwinan

(1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam kariah masjid di mana pihak perempuan
bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syarie yang memberi kebenaran berkahwin di bawah seksyen 17 atau 18
boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Negeri Selangor atau
dalam mana-mana Negeri.

(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen
17 atau 18.

(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam kariah masjid
yang lain daripada kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin jika—

(a) dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam Negeri Selangor, kebenaran berkahwin mengenai
perkahwinan itu telah diberi di bawah seksyen 17 atau 18 dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan
dalam kariah masjid yang lain itu telah diberi di bawah subseksyen (1); atau

(b) dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam sesuatu Negeri, kebenaran berkahwin mengenai
perkahwinan itu dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain itu telah
diberi oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu.
PERKAHWINAN DENGAN IZIN
MAHKAMAH

 PERKAHWINAN BAWAH UMUR

 PERKAHWINAN SEBELUM TAMAT TEMPOH ‘IDDAH


(JANDA BERHIAS)
PERKAHWINAN BAWAH UMUR
Hukum Pernikahan Kanak-Kanak Menurut Hukum Syarak

(a) Pendapat pertama : Fuqaha’ yang tidak membenarkan perkahwinan kanak-kanak.


 Sebahagian fuqaha’ berpendapat bahawa pernikahan kanak-kanak adalah tidak dibenarkan sama sekali.
 Pendapat ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 6, bermaksud:
“Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). kemudian jika kamu nampak dari
keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya,
maka serahkanlah kepada mereka hartanya… “.
 Ayat di atas menjelaskan bahawa usia kanak-kanak berakhir apabila sampainya umur yang membolehkan mereka bernikah
atau berkahwin (baligh) dan sebaliknya.
 Golongan fuqaha’ ini juga berpendapat bahawa matlamat perkahwinan adalah untuk mu’asyarah (pergaulan),
menghasilkan keturunan dan juga melahirkan ketenangan jiwa dan kesemuanya ini tidak akan tercapai melalui pernikahan
dengan kanak-kanak.
 Pernikahan dengan kanak-kanak juga sekiranya dibenarkan boleh mendatangkan mudarat yang berterusan kerana kanak-
kanak tersebut masih belum bersedia dari sudut fizikal dan mental dan juga masih belum berupaya untuk membuat
pertimbangan waras dalam memilih pasangan hidup.
 Bagi menerangkan maksud Hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengahwini Saidatina Aisyah RA ketika
usianya enam tahun dan disempurnakan ketika usianya sembilan tahun (diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (4840) dan Imam
Muslim (1422), fuqaha’ golongan ini berpendapat bahawa ia adalah merupakan khususiyyah (ciri yang khusus) hanya pada
Rasullullah SAW.
(b) Pendapat kedua : Fuqaha’ yang membenarkan pernikahan dengan kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu--

(1) Pendapat golongan ini berkait rapat dengan definisi kanak-kanak itu sendiri. Sekiranya kanak-kanak itu telah
baligh, dia tidak lagi diklasifikasikan sebagai kanak-kanak walaupun usianya baru 9 tahun atau 10 tahun atau
sebagainya.
(2) Pendapat ini pula menyatakan bahawa pernikahan dengan kanak-kanak yang masih belum baligh adalah
dibenarkan. Walau bagaimanapun, pernikahan ini bukanlah bermakna bahawa keputusan tersebut dibuat oleh
kanak-kanak secara bersendirian, bahkan mesti dilakukan oleh seseorang yang bertanggungjawab ke atas
kanak-kanak tersebut iaitu walinya.

 Antara dalil-dalil yang membenarkan perkahwinan dengan kanak-kanak adalah Firman Allah dalam Surah al-
Talaq ayat 4, bermaksud:

“Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh
syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan dan (demikian) juga idah perempuan-
perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga
mereka melahirkan anak yang dikandungnya dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya
Allah memudahkan baginya segala urusannya.”.
 Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya Al-Jami’ li Ahkam al-Quran dalam mentafsirkan ayat ini
menjelaskan bahawa Abu Uthman bin Salim berkata: ‘iddah untuk kaum wanita yang dijelaskan
dalam surah al-Baqarah adalah untuk wanita yang dicerai oleh suaminya dan wanita yang kematian
suami; maka Ubai bin Kaab berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya masih ada kaum wanita yang
tentang mereka tidak disebutkan/ dinyatakan apapun berkaitan ‘iddah. Mereka adalah wanita yang
masih kecil dan wanita yang sedang hamil. Maka bagi menjawab persoalan ini, turunlah ayat 4 Surah
al-Talaq.
 Imam al-Syaukani dalam tafsir Fath al-Qadir mentafsirkan ayat 4 surah al-Talaq dengan menjelaskan
bahawa “...perempuan-perempuan yang tidak berhaid…adalah mereka yang masih kecil dan belum
sampai usia haid”.
 Daripada Aisyah RA bahawa Nabi SAW mengahwininya ketika beliau berusia enam tahun dan
bersama dengannya ketika berusia sembilan tahun. Kemudian hidup bersama Rasulullah SAW selama
sembilan tahun. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
 Maksud Hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengahwini Saidatina Aisyah RA ketika
usianya enam tahun dan disempurnakan ketika usianya sembilan tahun, fuqaha’ golongan pendapat
ini berpendapat bahawa ia bukan merupakan khususiyyah (ciri yang khusus) hanya pada Rasullullah
SAW sahaja. Ini kerana pernikahan sebegini turut berlaku kepada sahabat-sahabat lain seperti
perkahwinan di antara Ummu Kalthum yang pada ketika itu berumur sepuluh tahun dengan Saidina
Umar al-Khattab.
Seksyen 18 EUKIS. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim
Syarie
(1) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu—

(a) jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah
umur yang dinyatakan dalam seksyen 8 dan 8A;

(b)……; atau

(c)……,

maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan
permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat
perempuan itu bermastautin.
Seksyen 18 EUKIS. Rujukan kepada dan tindakan
oleh Hakim Syarie (samb.)

(2) Hakim Syarie, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang
disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang
dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian
kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8 dan 8A, atau …….., atau…….., …….,
hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan
setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya
untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.
Had umur minimum di Malaysia (kecuali Selangor)

Seksyen 8. Umur minimum untuk perkahwinan

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen


ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau
perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali
jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam
hal keadaan tertentu.
UMUR MINIMUM UNTUK PERKAHWINAN SEBELUM PINDAAN DI SELANGOR

lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun


PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
atau perempuan itu berumur kurang
Tiada sesuatu perkahwinan boleh daripada 16 tahun
diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika
kecuali jika Hakim Syarie telah memberi
kebenarannya secara bertulis dalam hal
keadaan tertentu

Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga


Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUKIS) SLAID || 17 ||
SLIDE
STATISTIK
PENDAFTARAN KES PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH
BAWAH UMUR DI MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR
DARI TAHUN 2013 - JUN 2018
Status
Bicara /
Tahun Daftar Batal / Tarik Permohonan Permohonan
Dalam
Buang Kes Balik Ditolak Diluluskan
Prosiding
2013 72 5 2 1 64 -
2014 68 3 5 4 56 -
2015 91 3 1 2 85 -
2016 71 2 - 3 66 -
2017 83 8 - 3 67 5
JUN 2018 34 - 2 1 17 14
Jumlah 419 21 10 14 355 19

SLAID || 18 ||
SLIDE
DATA UMUR KANAK-
KANAK BAGI
PERMOHONAN BILANGAN KANAK-KANAK
UMUR
PERNIKAHAN BAWAH LELAKI PEREMPUAN
UMUR
17 50 -
TAHUN 2017 - JUN 2018
16 10 8

15 8 37

14 - 4

JUMLAH 68 49

SLAID || 19 ||
SLIDE
PROSES PERMOHONAN PERKAHWINAN BAWAH UMUR

Kebenaran
Sebelum Akad
Nikah (Seksyen
Rujukan Kepada 19 EUKIS)
Hakim Syarie
(Seksyen 18 EUKIS) • Perkahwinan
Kebenaran bawah umur
Berkahwin oleh • Jika salah satu hanya boleh
Pendaftar pihak diakadnikahkan
Permohonan (Seksyen 17 EUKIS) perkahwinan setelah kebenaran
Kebenaran adalah bawah diberi oleh Hakim
Berkahwin • Jika perkahwinan Syarie
tersebut tidak
umur, Pendaftar
(Seksyen 16 EUKIS) melibatkan nikah hendaklah
• Permohonan bawah umur, wali merujuk
kepada Pendaftar raja atau janda permohonan
bagi kariah masjid berhias, Pendaftar kepada Hakim
pihak perempuan boleh Syarie tempat
bermastautin mengeluarkan perempuan
kebenaran bermastautin
berkahwin kepada
Pemohon
kepada
Mahkamah
1 LAPORAN KAUNSELING|HAKIM SYARIE PERLU
MENDAPATKAN LAPORAN SESI KAUNSELING DAN RUNDING
CARA SERTA PENILAIAN TERHADAP KANAK-KANAK TERSEBUT

INISIATIF JAKESS 2 LAPORAN SIASATAN JENAYAH|MENDAPATKAN


STATUS LAPORAN SIASATAN JENAYAH KES YANG BERKAITAN
Mesyuarat Penyelarasan Isu-Isu Kes DARIPADA PDRM JIKA HAKIM SYARIE MENGESYAKI BERLAKU
Mahkamah Syariah Melibatkan ‘JENAYAH ROGOL’
Permohonan Perkahwinan Bawah
Umur bersama PDRM Selangor dan
JKM pada 13 Oktober 2017 3 LAPORAN PERUBATAN|HAKIM SYARIE BOLEH
MENGARAHKAN KANAK-KANAK TERSEBUT MENJALANI
PEMERIKSAAN PERUBATAN

4 TINDAKAN LAIN YANG WAJAR | HAKIM SYARIE BOLEH


MENGAMBIL TINDAKAN LAIN YANG DIFIKIRKAN WAJAR DAN
PERLU

SLAID || 21 ||
SLIDE
AMALAN PROSEDUR DI MAHKAMAH SYARIAH

• Pihak bawah umur hadir membawa Surat


Iringan daripada Pendaftar Nikah Cerai
Proses • Notis Permohonan dan Afidavit
Pendaftaran • Ibu bapa dan kanak-kanak bawah umur
sebagai Pemohon

• Arahan untuk menjalani sesi kaunseling di


Jabatan Kebajikan Masyarakat
Sebutan • Jika Hakim mengesyaki ada elemen jenayah,
laporan PDRM akan diminta
• Laporan Pegawai Perubatan jika dirasakan perlu

• In camera/KamarHakim
• Keterangan ibu bapa dan anak diambil
Perbicaraan secara berasingan
• Laporan-laporan JKM, PDRM dan Pegawai
Perubatan diberi perhatian
• Kebenaran berkahwin diberi
dalam bentuk perintah
• Kebenaran diberikan jika ada
Keputusan permohonan nikah di luar
kariah masjid atau luar Negeri
perempuan bermastautin
TUJUAN PINDAAN

Menjunjung titah DYMM


Menambah baik prosedur
Sultan Selangor bagi
Meminda had umur permohonan untuk
menyemak undang-undang
berkahwin bagi seseorang berkahwin yang melibatkan
Islam yang berkaitan
perempuan beragama Islam lelaki dan perempuan yang
perkahwinan yang
kepada 18 tahun. berumur kurang daripada
melibatkan seseorang yang
lapan belas tahun.
di bawah umur.
UNDANG-UNDANG YANG TERLIBAT

Enakmen Undang-Undang
keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003

Enakmen Tatacara Mal


Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
(NEGERI SELANGOR) (PINDAAN) 2018

PERUBAHAN HAD UMUR MINIMA

 Seksyen 8 EUKIS

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini


jika lelaki atau perempuan itu berumur kurang daripada lapan belas tahun
kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis
dalam hal keadaan tertentu.
Permohonan untuk berkahwin bagi lelaki atau perempuan
yang berumur kurang daripada lapan belas tahun

8a. (1) Tertakluk kepada seksyen 18, setiap permohonan untuk berkahwin bagi lelaki atau
perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun kepada Mahkamah hendaklah
dimulakan dengan—

(a) bagi lelaki, suatu notis permohonan melalui ibu atau bapa atau penjaganya berserta
dengan afidavit ibu atau bapa atau penjaganya dan juga afidavit bakal isteri kepada
lelaki itu; atau

(b) bagi perempuan, suatu notis permohonan melalui ibu atau bapa atau penjaganya
berserta dengan afidavit ibu atau bapa atau penjaganya dan juga afidavit bakal suami
kepada perempuan itu.
(2) Bagi maksud subseksyen (1)—

(a) afidavit ibu atau bapa atau penjaga yang memohon bagi pihak lelaki yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu hendaklah
mengandungi butirbutir yang berikut:
(i) nama, umur dan status perkahwinan lelaki yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu;
(ii) alasan-alasan bagi perkahwinan yang dicadangkan itu; dan
(iii) kemampuan lelaki yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu untuk memberi nafkah kepada bakal isterinya;

(b) afidavit ibu atau bapa atau penjaga yang memohon bagi pihak perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu
hendaklah mengandungi butirbutir yang berikut:

(i) nama, umur dan status perkahwinan perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu; dan
(ii) alasan-alasan bagi perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) afidavit bakal isteri kepada lelaki yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu hendaklah mengandungi butir-butir yang
berikut:

(i) nama, umur dan status perkahwinannya pada masa itu;


(ii) alasan-alasan bagi perkahwinan yang dicadangkan itu;
(iii) pernyataan berhubung dengan tahap kesihatannya; dan
(iv) pernyataan sama ada dirinya pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah atau tidak; dan

(d) afidavit bakal suami kepada perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu hendaklah mengandungi butir-butir
yang berikut:

(i) nama, umur dan status perkahwinannya pada masa itu;


(ii) alasan-alasan bagi perkahwinan yang dicadangkan itu;
(iii) kemampuannya untuk memberi nafkah kepada bakal isterinya yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu;
(iv) pernyataan berhubung dengan tahap kesihatannya; dan
(v) pernyataan sama ada dirinya pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah atau tidak.
(3) Selepas menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), Mahkamah
hendaklah memerintahkan—

(a) lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu
dan bakal isteri atau suaminya supaya menjalani pemeriksaan kesihatan di
manamana hospital Kerajaan, pusat kesihatan Kerajaan atau institusi kesihatan
Kerajaan yang lain;
(b) mana-mana pegawai perubatan Kerajaan supaya mengeluarkan suatu laporan
perubatan bagi tujuan pemeriksaan kesihatan yang dinyatakan di bawah
perenggan (a)—
(i) bagi lelaki, yang menyatakan tahap kesihatan mental, fizikal dan psikologinya;
atau
(ii) bagi perempuan, yang menyatakan tahap kesihatan mental, fizikal, psikologi
dan reproduktifnya;
(c) mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat supaya mengeluarkan suatu
laporan sosial yang menyatakan latar belakang sosio-ekonomi lelaki atau
perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu; dan
(d) Polis Diraja Malaysia supaya mengeluarkan laporan rekod jenayah lelaki atau
perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu dan bakal isteri
atau suaminya, jika ada.
(4) Mahkamah hendaklah, setelah menerima laporan-laporan yang dinyatakan di
bawah subseksyen (3), mengarahkan—

(a) lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun
itu dan bakal isteri atau suaminya; dan
(b) ibu bapa atau penjaga kepada lelaki atau perempuan yang berumur
kurang daripada lapan belas tahun itu, supaya hadir di hadapannya bagi
membolehkan Mahkamah menyiasat mengenai kesediaan pihak-pihak
terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu termasuk sama ada lelaki
atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu
bersetuju atau tidak terhadap perkahwinan tersebut.

(5) Walau apa pun perenggan (4)(b), Mahkamah boleh mengecualikan mana-
mana ibu atau bapa kepada lelaki atau perempuan yang berumur kurang
daripada lapan belas tahun itu daripada menghadiri siasatan di bawah seksyen
ini, jika difikirkannya wajar untuk berbuat demikian.

(6) Mahkamah boleh, pada bila-bila masa sebelum membuat keputusan di bawah
seksyen ini, memanggil mana-mana orang lain untuk memberi keterangan jika
difikirkannya wajar untuk berbuat demikian.
(7) Mahkamah, dalam mempertimbangkan permohonan di bawah seksyen ini, hendaklah—
(a) memberi keutamaan kepada kebajikan lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan
belas tahun itu; dan
(b) berpuas hati bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu—
(i) adalah patut dan perlu; dan
(ii) tidak akan menyebabkan kemudaratan kepada lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada
lapan belas tahun itu.

(8) Mahkamah, setelah berpuas hati dengan semua kehendak dalam seksyen ini, hendaklah—
(a) memberikan kebenaran untuk berkahwin kepada lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada
lapan belas tahun itu di bawah seksyen 18; dan
(b) memerintahkan lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu supaya
menghadiri sesi runding cara kekeluargaan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar sebelum
perkahwinan itu diakadnikahkan.

(9) Mana-mana Mahkamah yang memberi kebenaran untuk berkahwin di bawah seksyen 18 boleh—
(a) memerintahkan pembayaran nafkah oleh bakal suami kepada perempuan yang berumur kurang
daripada lapan belas tahun itu selepas perkahwinan itu; atau
(b) mengeluarkan apa-apa perintah lain yang difikirkan wajar untuk menjaga kebajikan lelaki atau
perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu.
(10) Semua prosiding di bawah seksyen ini hendaklah didengar dan diputuskan dalam Mahkamah tertutup.

(11) Bagi maksud seksyen ini, “Pegawai Kebajikan Masyarakat” mempunyai pengertian yang diberikan
kepadanya di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].
PEWUJUDAN PROSEDUR KHAS DAN
TERPERINCI
 Permohonan untuk berkahwin bagi lelaki atau perempuan yang
berumur kurang daripada lapan belas tahun

8A. Tertakluk kepada seksyen 18, permohonan untuk berkahwin bagi lelaki atau
perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun kepada
Mahkamah hendaklah dimulakan dengan—

(a) suatu notis permohonan oleh lelaki atau perempuan itu melalui ibu atau
bapa atau penjaganya

(b) disertakan dengan afidavit ibu atau bapa atau penjaganya

(c) juga disertakan afidavit bakal isteri atau bakal suami kepada lelaki atau
perempuan itu
KANDUNGAN AFIDAVIT

IBU/BAPA LELAKI BAWAH IBU/BAPA PEREMPUAN


UMUR (LBU) BAWAH UMUR (PBU)
• Nama, umur dan status • Nama, umur dan status
perkahwinan LBU perkahwinan PBU
• Alasan permohonan LBU • Alasan permohonan PBU
• Kemampuan LBU memberi
nafkah
KANDUNGAN AFIDAVIT

BAKAL • Nama, umur dan status perkahwinan bakal isteri LBU


• Alasan perkahwinan

ISTERI LBU
• Pernyataan tahap kesihatan
• Pernyataan sabitan jenayah lampau (jika ada)

BAKAL
• Nama, umur dan status perkahwinan bakal isteri LBU
• Alasan perkahwinan
• Kemampuan memberi nafkah PBU

SUAMI PBU
• Pernyataan tahap kesihatan
• Pernyataan sabitan jenayah lampau (jika ada)
PEWUJUDAN KUASA YANG JELAS KEPADA
MAHKAMAH UNTUK MENDAPATKAN LAPORAN

 Kuasa mahkamah bagi mengarahkan lelaki atau perempuan yang berumur


daripada lapan belas tahun itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

 Kuasa mahkamah untuk mengarahkan laporan-laporan seperti berikut


dikeluarkan—

(a) Laporan Perubatan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan;

(b) Laporan Sosial daripada mana-mana Pegawai Kebajikan;

(b) Laporan Rekod Jenayah daripada PDRM (sekiranya ada).


Samb..
 Kuasa Mahkamah Syariah bagi memanggil ibu bapa atau penjaga, lelaki atau
perempuan yang di bawah umur dan pasangannya untuk hadir memberikan
keterangan.

 Kuasa Mahkamah Syariah untuk mengecualikan mana-mana ibu atau bapa


kepada lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun
itu daripada menghadiri siasatan di bawah seksyen ini, jika difikirkannya wajar untuk
berbuat demikian.

 Kuasa Mahkamah Syariah untuk memanggil mana-mana orang lain untuk memberi
keterangan jika difikirkannya wajar untuk berbuat demikian.
PERTIMBANGAN UTAMA HAKIM

Pertimbangan utama Mahkamah Syariah sebelum


kebenaran berkahwin kepada pasangan kanak-
kanak di bawah umur adalah berdasarkan
kebajikan kanak-kanak tersebut dan alasan-alasan
yang difikirkan patut dan perlu.
KUASA HAKIM UNTUK MEMBERI
KEBENARAN
Subseksyen 18 (2) EUKIS

Apabila Hakim Syarie berpuas hati dengan semua keterangan,


laporan dan fakta dikemukakan kepadanya, boleh memberi
kebenaran kepada pemohon untuk berkahwin.
KUASA-KUASA LAIN MAHKAMAH
Mengarahkan pasangan
kanak-kanak tersebut
menghadiri sesi runding
cara kekeluargaan seperti Mengeluarkan perintah
yang ditetapkan oleh nafkah
Ketua Pendaftar sebelum
pernikahan dijalankan

Melaksanakan semua
Mengeluarkan perintah- prosiding permohonan
perintah lain yang nikah di bawah dalam
difikirkan wajar. mahkamah tertutup.
PINDAAN ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH
SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003
 Seksyen 7A ETMMS

Prosedur permohonan kebenaran untuk berkahwin bagi lelaki atau


perempuan berumur kurang daripada lapan belas tahun dibuat dengan
menggunakan prosedur di bawah seksyen 8A EUKIS
PROSES PERMOHONAN

Permohonan untuk
Lelaki/perempuan Permohonan melalui
kebenaran berkahwin
Rujukan daripada bawah umur failkan Notis permohonan
bawah umur diajukan
PNCR kepada permohonan melalui dan afidavit
kepada kepada
Mahkamah Syariah ibu atau bapa atau ibu/bapa/ penjaga
Pendaftar Nikah,
dengan surat iringan penjaga di dan bakal suami/isteri
Cerai dan Ruju’
Mahkamah Syariah PBU/LBU
(PNCR)
PROSES DI MAHKAMAH

Sebutan depan Hakim.


Hakim arah jalani Perbicaraan secara
tertutup melibatkan Mahkamah buat keputusan
pemeriksaan kesihatan,
ibu/bapa/penjaga PBU berserta perintah nakfah, sesi
Laporan Kesihatan, atau LBU, PBU atau LBU dan runding cara dan perintah lain
Laporan Sosial JKM, Rekod calon suami/isteri
Jenayah
PASCA BICARA

LBU/PBU hadir
PNCR
ke PNCR
kendalikan
bersama Perkahwinan
sesi
perintah diakadkan
rundingcara
mahkamah
kekeluargaan
ke PAID
IMPLIKASI PINDAAN KEPADA AGENSI-
AGENSI LAIN

Perkahwinan sebelum tamat tempoh ‘iddah (janda


berhias) JAIS
Jabatan Kesihatan Jabatan Kebajikan Membangunkan dan
Masyarakat PDRM mengendalikan modul
Mengendalikan
sesi runding cara
pemeriksaan perubatan Membuat siasatan dan Mengeluarkan Laporan
kepada lelaki/
dan mengeluarkan mengeluarkan Laporan Rekod Jenayah
perempuan sebelum
Laporan Perubatan Sosial
perkahwinan
dilaksanakan
Contoh kes Nikah Bawah Umur
PERKAHWINAN SEBELUM TAMAT
TEMPOH ‘IDDAH (JANDA BERHIAS)
Seksyen 18 EUKIS. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim
Syarie

(1) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu—

(a) ……..;
(b) jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersabit oleh subseksyen 14(3);
atau
(c)…..,……,
maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan
permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat
perempuan itu bermastautin.

 Permohonan di mahkamah dibuat melalui Notis Permohonan dan Afidavit secara ex-
parte.
Seksyen 18 EUKIS. Rujukan kepada dan tindakan
oleh Hakim Syarie (samb.)

(2) Hakim Syarie, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang
disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang
dicadangkan itu dan bahawa ……………, atau kebenaran bagi maksud-maksud
subseksyen 14(3), atau …….., mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah,
pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah
dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk
berkahwin dalam borang yang ditetapkan.
Seksyen 14 EUKIS. Perkahwinan
seseorang perempuan
(1) …...
(2) Jika perempuan itu adalah seorang janda—

(a) tertakluk kepada perenggan (c), dia tidak boleh, pada bila-bila masa sebelum
tamat tempoh ‘iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syarak, berkahwin dengan
seseorang melainkan kepada lelaki yang akhir dia telah bercerai;
(b) ……… dan

(c) ……….

(3) Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi
oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam masa ‘iddah
perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suaminya
yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai
bidang kuasa di tempat pengantin perempuan itu bermastautin.
Pembuktian

 Keterangan saksi pakar

 Keterangan suami

 Sumpah isteri
Dalam Mahkamah Rendah Syariah Klang
Permohonan No. 10003-053-0960 Tahun 2007
Pemohon : Rabiyatul Adawiyah Binti Mohamed

 Pemohon berkahwin pada 5/6/2004 dan bercerai pada 23/11/2006


 Pemohon mendakwa tinggal berasingan dari suami dan tidak
pernah disetubuhi semasa dalam perkahwinan
 Pemohon mendakwa beliau masih anak dara
 Pemohon memohon kebenaran nikah dalam dalam tempoh ‘iddah
biasa
 Hakim meluluskan permohonan Pemohon.

You might also like