Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Andi Takdir Alamshah b. Hj. Md.

Noor,
No 1, Jalan Batu Pahat
82200 Benut
Pontian, Johor

Tarikh : 29 November 2022

__________________________________________________________________________

Guru Kelas 4 Ibnu Sina


SMK Sri Tanjung
Jalan Parit Ismail
82200 Benut,
Pontian, Johor

Tuan,

Makluman Ketidakhadiran Anak ke Sekolah

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

Adalah saya, Andi Takdir Alamshah bin Hj. Md. Noor, bapa kepada Andi Nurul Iman binti
Andi Takdir Alamshah ingin memaklumkan bahawa anak saya telah tidak hadir ke sekolah
pada 29.11.2022-30.11.2022 ( Selasa dan Rabu) adalah kerana mengikut keluarga menghadiri
majlis konvokesyen kakaknya di Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Memandangkan tiada siapa yang dapat menguruskan Andi Nurul Iman di rumah, maka
terpaksa kami bawanya bersama-sama ke UKM.

3. Majlis konvokesyen kakaknya berlangsung pada sidang petang sehingga jam 5.30 petang
dan penyerahan jubah pada hari Rabu 30.11.2022, jadi Andi Nurul Iman terpaksa mengambil
dua hari cuti.

4. Kami mohon maaf atas kesulitan dan ketidakhadiran anak kami ke sekolah.

Sekian, terima kasih

Saya yang benar,

....................................................................................
(ANDI TAKDIR ALAMSHAH B. HJ. MD. NOOR)

You might also like