Task 1 Perbezaan Al Quran Dan Bible

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)


CAWANGAN KEDAH

DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT


(IM110)
PENGURUSAN MAKLUMAT ISLAM
(CTU264)

“PERBEZAAN DISIPLIN ILMU AL-QURAN DAN BIBLE”

Disediakan oleh:
1. Norfatihah Binti Mohd Ali 2019427348
2. Nur Hazreen Husna Binti 2019444642
Roslan
3. Nur Hazirah Binti Zakaria 2019426106

Kelas: KIM1103F

Disediakan untuk:
USTAZ AHMAD YUMNI BIN ABU BAKAR

Tarikh Penyerahan:
Disember 2020
ISI KANDUNGAN
NO. ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT

1 Pendahuluan

2 Isi 1

3 Isi 2

4 Isi 3

5 Isi 4

6 Isi 5

7 Penutup

Rujukan

PENDAHULUAN
Perbahasan tentang klasifikasi ilmu telah bermula sejak zaman falsafah
Greek iaitu Aristotle. Semua perbahasannya relevan dengan semua disiplin
ilmu. Oleh hal demikian, Ibnu Khaldun membahagikan ilmu kepada 2
kelompok iaitu ilmu naqli yang bermaksud ilmu wahyu dan ilmu aqli iaitu ilmu
akal. Selain daripada itu, Al-Kindi juga telah membahagikan ilmu kepada 2
bahagian.

Bahagian pertama ialah ilmu wahyu. Ilmu wahyu merupakan ilmu yang
diturunkan oleh Allah tanpa usaha manusia seperti al-Quran yang memberi
banyak manfaat kepada semua umat Islam kerana merupakan kitab suci
umat Islam.

Manakala bahagian kedua pula merupakan ilmu kemanusiaan ataupun


ilmu falsafah pula merupakan ilmu yang tidak bersumberkan wahyu dan
merupakan kajian manusia. Sebagai contoh, kitab bible. Bible pula
merupakan kitab suci bagi penganut agama Kristian. Oleh itu, terdapat
beberapa perbezaan disiplin ilmu al-Quran dan bible yang perlu kita ketahui.

Perbezaan Disiplin Ilmu Al-Quran dan bible.


ISI 1

Al-Quran adalah kitab suci umat islam dan bible pula merupakan kitab suci
orang kristian. Al-Quran merupakan kalam allah yang diturunkan dalam
tempoh 23 tahun. Rasulullah S.A.W. menerima wahyu pertama di Gua Hira’
dan diikuti wahyu seterusnya sepanjang tempoh 23 tahun tersebut. Berbeza
dengan bible, bible mengambil masa selama 13 abad untuk dikumpulkan.
Masa yang diambil sangat panjang untuk mengumpulkan kitab bible yang
mempunyai tujuh versi tersebut manakala Al-Quran hanya wujud dalam satu
versi sahaja. Selain itu, bible tidak bersifat menyeluruh seperti Al-Quran. Al-
Quran merupakan satu-satunya teks keagamaan rujukan sendiri.

Perkara yang membuatkan bible banyak terpesong adalah ia mempunyai


benyak penulis manakala Al-Quran itu diturunkan terus daripada allah kepada
baginda rasulullah S.A.W.. Bible mengakui bahawa Jesus adalah tuhan dalam
daging dan disalib tetapi tidak dalam Al-Quran. Di dalam Al-Quran Jesus
merupakan seorang nabi iaitu Nabi Isa anak kepada Maryam yang dilahirkan
tanpa bapa. Menurut bible Jesus merupakan anak tuhan tetapi dalam Al-
Quran Jesus merupakan seorang nabi yang dilahirkan tanpa bapa. Di
samping itu, bible mempunyai ramalan mengikut logik akal fikiran manusia
tetapi al-quran bersifat jelas dan mutlak, bertentangan dengan perkara dalam
bible tersebut. Hari agung menurut bible adalah hari sabtu dan ahad
manakala dalam Al-Quran hari agung adalah hari jumaat.

Maka, hadir para tokoh imam, cendekiawan dan perawi yang menterjemah al-
quran kepada peringkat bahasa yang mudah difahami dan mudah dirujuk oleh
orang awam. Setiap tokoh imam, para cendekiawan dan perawi
meringkaskan dalam bentuk hadis. Hadis terbahagi kepada dua jenis iaitu
hadis thiqah (tepat dan benar) dan hadis dhaif (mempunyai keraguan). Old
testament bible pula diajar nabi isa kepada manusia tetapi new testament
bible berlaku penyelewengan dan perubahan peraturan tersendiri mengikut
nafsu. Banyak perkara yang diubah tetapi masih banyak lagi kebenaran
berlandaskan ajaran islam yang terkandung dalam bible.

ISI 2
ISI 3
ISI 4
Perbezaan seterusnya ialah isi kandungan dalam Al-Quran mempunyai 3
komponen utama iaitu I’tikadiyyah, Akhlakiyyah dan Amaliyyah. I’ktikadiyyah
bermaksud mengandungi ayat-ayat yang berkaitan dengan akidah. Ayat
tersebut mewajibkan seluruh umat Islam untuk beriman. Sebagai contoh,
beriman kepada Allah, malaikat, kitab serta perkara-perkara ghaib. Kompenen
seterusnya Akhlakiyyah, ia merupakan ayat-ayat tentang tingkah laku yang
perlu menghiasi diri semua umat manusia denagn sifat-sifat yang terpuji dan
perlu menghindari segala sifat yang tercela.

Seterusnya, Amaliyyah iaitu ayat-ayat yang berkaitan dengan segala


bentuk perbuatan manusia iaitu hubungan dengan Allah s.w.t. dan juga
hubungan sesama makhluk. Kompenan Amaliyyah dalam isi kandungan al-
Quran telah memberitahu umat Islam supaya mengingati Allah seperti
melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya manakala
sesama manusia haruslah sentiasa berbuat baik antara satu sama lain demi
menjaga silaturahim antara manusia agar tidak berlaku perpecahan umat
Islam.

Bagi bible pula, telah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian


pertama mempunyai 39 buah buku yang mengandungi “pengumuman suci
dari Tuhan”. Seterusnya, bahagian kedua pula terdiri daripada 27 buah buku
yang merupakan “kata-kata dari Tuhan” Oleh itu, semua bahagian ini ditulis
dalam tempoh 60 tahun dalam Bahasa Greek yang telah digelar sebagai
“Christian Greek Scriptures”. Gabungan kedua bahagian telah membentuk 66
buah buku yang telah menghasilkan bible.
ISI 5

Selain itu, perbezaannya ialah ayat al-Quran ditulis dalam Bahasa Arab.
Meskipun diturunkan dalam Bahasa Arab tetapi tidak terhad hanya untuk
bangsa Arab sahaja tetapi untuk semua umat Islam. Ciri yang terdapat dalam
al-Quran ini tidak ada pada bahasa lain. Hal ini kerana, kehebatan Bahasa
Arab amat dijelaskan dari segi susunan, huruf dan sebagainya. Disamping itu,
isi kandungan serta ayat al-Quran tidak boleh diubah penulisannya. Hal ini
kerana, jika terdapat sedikit perubahan akan menyebabkan maksud ayat
berlainan dan mungkin akan bercanggah dengan apa yang ingin
disampaikan.

Manakala bagi bible terdapat pelbagai jenis versi yang berbeza-beza.


Terdapat beberapa tujuan mengapa bible ditulis dalam pelbagai versi.
Antaranya, membolehkan manusia memahami Bahasa ibunda mereka. Ini
akan membolehkan mereka lebih memahami bible yang dibaca. Seterusnya,
versi yang berbeza dapat membuang semua kesalahan-kesalahan yang telah
dibuat serta ditulis oleh penulis mahupun penterjemah. Perkara tersebut
mengelakkan kekeliruan kepada penganut Kristian apabila membaca bible
tersebut.

Tujuan terakhir ialah, untuk mengemas kini bahasa ibunda lama serta
kuno.Hal ini kerana, sudah semestinya bahasa yang kuno tidak akan dan
tidak mudah difahami oleh pembaca generasi kini. Sebagai contoh, pada 300
tahun yang lalu sebelum kehadiran Jesus, ulama-ulama Yahudi mula
menterjemah Hebrew Scriptures ke bahasa lain iaitu Greek yang
terjemahannya dikenali sebagai Greek Septuagint. Hal ini kerana bertujuan
untuk membantu orang Yahudi daripada keliru serta memastikan mereka
memahami kerana bahasa ibunda pada masa itu adalah Greek bukannya
Hebrew.
PENUTUP
RUJUKAN

1. Wawasan Open University. WLA 104/103 Pengajian Islam.


Pressbooks.
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/al-quran/
2. Suhaimi, MJ. (2018). Sejarah Kitab Holy Bible & Sebab Mengapa
Terdapat Versi Yang Berbeza-Beza. https://iluminasi.com/bm/asal-usul-
kitab-holy-bible-sebab-mengapa-terdapat-versi-yang-berbeza-
beza.html

You might also like