Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SULIT*

944/1 STPM 2019

MODUL EKONOMI 3
KERTAS 1
(Dua jam)

Arahan Kepada Calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN
Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang
Jawapan Aneka Pilihan.
Jawab empat soalan daripada enam dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua
soalan dalam bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B akan
diperiksa.
Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua
soalan dalam Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan
diperiksa.
Tulis jawapan di dalam helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan
pada helaian jawapan yang baru.
Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul sehingga dua tempat
perpuluhan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 13 halaman bercetak

STPM - 944/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
1
SULIT*

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Antara berikut yang manakah bukan faktor pengeluaran?


A Tanah
B Buruh
C Teknologi
D Usahawan

2. Setiap kombinasi titik pengeluaran di atas keluk kemungkinan pengeluaran akan


mengalami
A kecekapan pengeluaran akibat pelaksanaan pengkhususan
B kecekapan pengeluaran kerana pengeluaran adalah maksimum
C ketidakcekapan pengeluaran kerana wujud guna tenaga tidak penuh
D kecekapan pengeluaran kerana ia mengalami kos lepas yang minimum

3. Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, yang manakah menyelesaikan masalah


“bagaimana barang hendak dikeluarkan”?
A Mengeluarkan barang berdasarkan kehendak pengguna
B Mengeluarkan barang dengan kos pengeluaran yang minimum
C Mengeluarkan barang berasaskan faktor pengeluaran yang terhad
D Mengeluarkan barang mengikut faktor pengeluaran yang mudah didapati

4. Berikut merupakan fungsi penawaran bagi barang Y.


Qy = 9Py -18
Dengan Qy = kuantiti ditawarkan (unit) dan Py = harga (RM)

Apakah hubungan antara harga barang Y dengan kuantiti ditawarkan barang Y?


A Positif
B Negatif
C Positif pada tingkat harga tinggi sahaja
D Positif pada tingkat harga rendah sahaja

5. Diberikan penawaran pasaran bagi suatu barang ialah 2000 unit. Jika fungsi
permintaan pasaran bagi barang tersebut ialah Qd=7000-500P, dengan Qd ialah
kuantiti diminta (unit) dan P ialah harga (RM), berapakah harga keseimbangan
pasaran?
A RM 3.00
B RM 10.00
C RM 14.00
D RM 18.00

STPM - 944/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
2
SULIT*

6. Jika permintaan suatu barang mempunyai nilai keanjalan sifar, maka barang tersebut
A tetap dibeli pada harga yang sama.
B tidak dibeli apabila harga menurun
C tidak dibeli apabila harga meningkat
D tetap dibeli walaupun harga meningkat

7. Sekiranya faktor pengeluaran yang digunakan untuk mengeluarkan suatu barang sukar
diperoleh, maka perubahan harga barang tersebut menyebabkan
A kuantiti diminta barang tersebut berkurangan
B kuantiti ditawarkan barang tersebut tidak berubah
C peratus perubahan kuantiti diminta lebih kecil daripada peratus perubahan harga
D peratus perubahan kuantiti ditawar lebih kecil daripada peratus perubahan harga

8. Nilai keanjalan permintaan silang antara barang X dengan barang Y ialah 2.5. Barang
X dan barang Y berkemungkinan ialah
A baju dan kasut
B kereta dan petrol
D marjerin dan mentega
D telur dan daging ayam

9. Dasar harga minimum yang dilaksanakan terhadap keluaran pertanian akan


menyebabkan
A kuantiti diminta bertambah
B kuantiti ditawar bertambah
C kebajikan pengguna meningkat
D pendapatan pengeluar berkurang

10. Sekiranya keanjalan penawaran suatu barang adalah anjal, kenaikan harga barang
tersebut sebanyak 20% akan menyebabkan kuantiti ditawarkan
A bertambah lebih daripada 20%
B berkurang lebih daripada 20%
C berubah kurang daripada 20%
D berkurang sebanyak 20%

STPM - 944/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
3
SULIT*

11. Jadual di bawah menunjukkan faktor pengeluaran yang digunakan dan jumlah kos
yang ditanggung oleh pengusaha A.

Jumlah kos
Faktor pengeluaran
(RM)
Upah buruh 3 000.00
Belian bahan mentah 9 000.00
Sewa kilang milik pengusaha 2 000.00
Sewa mesin 3 000.00
Bayaran ansuran kenderaan milik pengusaha 3 000.00

Berapakah kos eksplisit dan kos implisit?

Kos eksplisit Kos Implisit


(RM) (RM)
A 15 000.00 5 000.00
B 5 000.00 15 000.00
C 12 000.00 5 000.00
D 8 000.00 12 000.00

12. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi
sebuah firma.

Peralihan keluk kos purata jangka panjang dari LAC0 ke LAC1 disebabkan oleh
A subsidi kerajaan semakin menurun
B bekalan buruh mahir mudah diperoleh
C produktiviti buruh semakin meningkat
D kecekapan pengurusan dan pengkhususan kerja

STPM - 944/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
4
SULIT*

13. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara keluaran dengan kos berubah purata
sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Keluaran Kos berubah purata


(unit) (RM)
1 8
2 9
3 10
4 11
5 12
6 13

Jika harga keseimbangan ialah RM14.00 , berapakah tingkat output bagi firma ini
untuk mencapai keseimbangan?
A 3 unit
B 4 unit
C 5 unit
D 6 unit

14. Gambar rajah di bawah menunjukkan tingkat keseimbangan sebuah firma pasaran
persaingan sempurna dalam jangka pendek.

Berapakah jumlah kerugian yang ditanggung jika firma tersebut menutup operasinya?
A RM 140.00
B RM 160.00
C RM 300.00
D RM 500.00

STPM - 944/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
5
SULIT*

15. Dalam jangka panjang, firma pasaran persaingan sempurna mencapai pengeluaran
optimum kerana mengeluarkan output pada
A kos sut minimum
B kos purata minimum
C harga sama dengan kos sut
D hasil sut sama dengan kos sut

16. Maklumat mengenai sesebuah firma monopoli adalah seperti yang berikut:

Kuantiti keseimbangan : 90 unit


Kos tetap : RM 150 000
Kos berubah : RM 450 000
Jumlah hasil : RM 540 000

Antara yang berikut, yang manakah tidak benar?


A Harga keseimbangan ialah RM 6 000.00
B Firma ini beroperasi dalam jangka masa pendek
C Firma mengalami kerugian sebanyak RM 60 000.00
D Firma ini mesti memberhentikan operasinya kerana mengalami kerugian

17. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata, keluk kos sut, keluk hasil
purata dan keluk hasil sut sebuah firma monopoli.

Melalui kawalan kerajaan, kerajaan menetapkan harga sama dengan kos purata.
Apakah akan terjadi pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan?
A Harga menurun daripada P1 kepada P2, kuantiti meningkat daripada Q1 kepada Q2
B Harga menurun daripada P1 kepada P3, kuantiti meningkat daripada Q1 kepada Q3
C Harga menurun daripada P2 kepada P3, kuantiti meningkat daripada Q2 kepada Q3
D Harga menurun daripada P4 kepada P1, kuantiti tidak berubah di Q1

STPM - 944/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
6
SULIT*

18. Apabila firma pasaran persaingan bermonopoli mengalami untung lebih normal dalam
jangka masa panjang, maka ini akan menyebabkan
A bilangan firma bertambah dan keluk kos purata beralih ke atas
B bilangan firma bertambah dan keluk hasil purata beralih ke kiri
C bilangan firma berkurang dan keluk kos purata beralih ke bawah
D bilangan firma berkurang dan keluk hasil purata beralih ke kanan

19. Jumlah keluaran yang diperoleh daripada tambahan seunit buruh yang digunakan
dalam proses pengeluaran suatu barang adalah
A keluaran hasil sut
B keluaran fizikal sut
C keluaran hasil purata
D keluaran fizikal purata

20. Antara yang berikut yang manakah tindakan kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah
yang tidak menimbulkan pengangguran?
A Kesatuan sekerja menuntut upah minimum untuk pekerja
B Kesatuan sekerja mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan upah
C Kesatuan sekerja bertindak meningkatkan daya pengeluaran sut buruh
D Kesatuan sekerja bertindak mengehadkan penawaran buruh di pasaran

STPM - 944/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
7
SULIT*

Bahagian B [40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.

21 (a) Terangkan dua kelebihan ekonomi perancangan pusat berbanding dengan ekonomi
pasaran bebas. [4]
(b) Huraikan bagaimana kerajaan boleh campur tangan untuk mengatasi kelemahan
ekonomi pasaran bebas. [6]

22 (a) Bezakan perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. [2]


(b) Dengan berbantukan gambar rajah, huraikan kesan ke atas permintaan perabot kayu
tempatan sekiranya
(i) nilai RM jatuh [4]
(ii) harga perabot plastik jatuh [4]

23 Dengan menggunakan rajah yang sesuai, terangkan bagaimana sebuah firma dapat
meningkatkan jumlah hasil dalam keadaan permintaan pasaran adalah
(a) anjal [5]
(b) tak anjal [5]

24 Dengan menggunakan gambar rajah,


(a) terangkan hukum pulangan sut berkurangan. [3]
(b) jelaskan hubungan antara jumlah keluaran dengan keluaran sut dan
keluaran sut dengan keluaran purata. [7]

25 (a) Apakah maksud hasil purata dan hasil sut? [2]


(b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan bagaimana firma dalam
pasaran persaingan sempurna menentukan tingkat output dengan pendekatan
kos sut dan hasil sut. [8]

26 (a) Jelaskan perbezaan antara upah wang dengan upah benar. [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, huraikan kesan setiap
perkara yang berikut terhadap keseimbangan pasaran buruh.
(i) Penyediaan latihan kemahiran buruh. [4]
(ii) Umur bersara wajib dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun. [4]

STPM - 944/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
8
SULIT*

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi suatu barang pada pelbagai tingkat
harga.
Harga Kuantiti diminta
(RM) (unit)
4.00 1600
5.00 1500
6.00 1400
7.00 1300
8.00 1200
9.00 1100

Diberi persamaan penawaran bagi barang tersebut ialah Qs = 950 + 50P,


Dengan Qs = kuantiti ditawarkan (unit) dan P = harga (RM)

(a) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan. [2]


(b) Dengan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran bagi barang
tersebut. [2]
(c) Jika kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM3.00 seunit ke atas barang tersebut,
(i) lukis keluk yang baru. [1]
(ii) hitung beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar. [3]
(d) Nyatakan dua faktor yang boleh menyebabkan peralihan keluk seperti soalan (c)(i).
[2]

STPM - 944/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
9
SULIT*

28 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos dan hasil bagi sebuah firma monopoli.

(a) Berapakah
(i) output keseimbangan? [1]
(ii) harga keseimbangan? [1]
(iii) jumlah untung atau rugi pada tingkat keseimbangan? [2]
(b) Sekiranya kerajaan menetapkan harga sama dengan kos sut,
(i) tentukan tingkat harga dan output yang baharu. [2]
(ii) hitung jumlah untung atau rugi. [2]
(c) Hitung dan jelaskan peratus perubahan keuntungan firma tersebut. [2]

29 Jadual di bawah menunjukkan tingkat penggunaan buruh dan jumlah keluaran sebuah
firma.
Buruh Jumlah Keluaran Fizikal Harga keluaran
(unit) (unit) (RM)
1 8 10.00
2 18 10.00
3 27 10.00
4 32 10.00
5 35 10.00

(a) Hitung keluaran sut dan keluaran hasil sut. [2]


(b) Sekiranya tingkat upah ialah RM50.00, nyatakan tingkat keseimbangan penggunaan
buruh. [2]
(c) Hitung keuntungan atau rugi firma pada tingkat keseimbangan. [3]
(d) Jika firma menggunakan 5 unit buruh,
(i) hitung untung atau rugi yang diperoleh oleh firma [2]
(ii) apakah tindakan firma untuk mendapatkan untung maksimum? [1]

STPM - 944/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
10

You might also like