Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ATIKAH Majlis dimulakan dengan berselawat beramai ramai.

. Hadirin diminta berdiri. Hadirin dipersilakan duduk. IZZAH Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillahirabbilalamin,wassalatuwassalamualaashrafilanbiyaiwalmursalin,waalaalih iwasahbihiajmain

Yang dihormati penceramah undangan, Ustaz Yusof Bin Abd Razak, Yang berusaha pengetua SMKC, Puan Rahimah Bt Jamaluddin, ( ) ATIKAH Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Zaiton Bt Yahya ( ) Penyelia Petang, Puan Mariam Bt Abu Bakar ( ) Guru guru kanan, guru guru serta rakan rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

IZZAH

Hadirin yang dihormati sekalian, ATIKAH Sekarang marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan nasyid dari kumpulan Mawardah dengan lagunya yang bertajuk Dia Kekasih Allah Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan nasyid Mawardah atas persembahan itu tadi. IZZAH Tanpa melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar dan menghayati ceramah yang bertajuk Rasulullah Sebagai Role Model yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Yusof Bin Abd Razak. Untuk makluman hadirin, penceramah undangan kita pada hari ini ialah daripada unit sahsiah Penjara Taiping. Dengan segala hormatnya dipersilakan Ustaz Yusof Bin Abd Razak untuk menyampaikan ceramah. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Yusof Bin Abdul Razak atas ceramah yang telah disampaikan oleh beliau itu tadi. ATIKAH Bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan Puan Rahimah Bt Jamaluddin untuk menyampaikan anugerah Tokoh Maulidur Rasul SMK Convent sesi 1432 Hijrah. Tokoh Maulidur Rasul pada tahun ini dianugerahkan kepada Fatin Nur Amira Bt Mat Amin daripada kelas 5SC3. Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua dan tahniah diucapkan kepada Fatin Nur Amira. IZZAH Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Yang Berusaha Ustaz Yusof Bin Abd Razak untuk menyampaikan bacaan doa.

Amin, Ya Rabb al-Alamin ATIKAH Seterusnya dipersilakan Encik Hairo untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada Ustaz Yusof Bin Abd Razak. Maka dengan ini selesailah sudah Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini. IZZAH Guru guru boleh bersurai. Para pelajar diminta tunggu sebentar sehingga guru guru beredar.

CATATAN :

You might also like