Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Afifah Binti Juhlie @ Joblee

Pusat Internet Komuniti Kampung Kalok


Kampung Skim Penempatan Baru Kalok,
94950 Pusa, Sarawak.
Email: kgkalok@pjk.com.my

Pengurus Wilayah Abdul Rahim Bin Majelis


MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd
Pejabat Urusan Msd Wilayah (Sarawak)
Tingkat 1, No 496 Lot 3533,
Taman Samarinda Baru, Jalan Dato Mohd Musa,
94300 Kota Samarahan,
Kuching, Sarawak 25 September 2021

Tuan,

PERMOHONAN CUTI TAHUNAN

Merujuk perkara diatas saya Afifah Binti Juhlie @ Joblee Pengurus PIK Kampung Kalok ingin
memohon cuti tahunan sebanyak lima hari kerana ingin balik ke rumah suami di Bintulu.

2. Saya telah memohon cuti selama satu hari di dalam sistem IHR iaitu pada 4 Oktober 2021.
Oleh kerana kontrak diperbaharui semula pada 5 Oktober 2021, saya tidak dapat membuat
permohonan di dalam sistem IHR untuk tarikh 5-8 Oktober 2021.

3. Untuk makluman pihak tuan, saya ingin bercuti panjang kerana saya hendak berjumpa
dengan suami sebelum dia bekerja diperairan Miri dan Labuan pada hujung bulan Oktober nanti.
Tambahan pula, pada hari tersebut kedua-dua petugas bekerja dan tiada sebarang penutupan
operasi PIK Kampung Kalok pada tarikh tersebut.

4. Diharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan saya ini. Segala keperihatinan pihak tuan
saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………………
(AFIFAH BINTI JUHLIE @ JOBLEE)
Pengurus
Pusat Internet Komuniti Kampung Kalok

You might also like