Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

_______________________________________________________________________________________________________

FAKULTI PENDIDIKAN
GGGB 6343
TEORI DAN STRATEGI PENGAJARAN KANAK-KANAK
DENGAN KEPERLUAN KHAS

PROGRAM
SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)
SEMESTER 2 SESI 2017/2018

TUGASAN 1 :
TUGASAN KUMPULAN : TEORI DAN PROSES
PEMBELAJARAN PAVLOV

NAMA PELAJAR :
CAROLENCE BINTI JAULIN - (GP05431)
ROSCHERLY SANTA FAIRUZ KITING - (GP05482)
SAZALIA BINTI MOHD SALLEH - (GP05486)
SYAZWANI BINTI AZIZ - (GP05493)

NAMA PENSYARAH :
DR. SAFANI BARI
PROF. MADYA DR. MOHD HANAFI MOHD YASIN

0
KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENGENALAN 1
1.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme 1
1.2 Teori dan Proses Pembelajaran oleh Pavlov 2
1.2.1 Latar Belakang Pelopor 2
1.2.2 Teori Pembelajaran Pavlov 3
1.2.3 Konsep Teori Pelaziman Klasik Pavlov 6
2.0 APLIKASI TEORI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 8
2.1 Situasi Pembelajaran Pendidikan Khas 8
2.2 Brain Booster Game dalam Pembelajaran Pendidikan Khas 9
3.0 LANGKAH-LANGKAH STRATEGI PEMBELAJARAN DAN 10
PENGAJARAN
3.1 Merancang Pengajaran 11
3.2 Melaksanakan Pengajaran 12
3.3 Penilaian Pengajaran 13
4.0 KEBERKESANAN TEORI DALAM PEMBELAJARAN 15
5.0 IMPAK TEORI DALAM PEMBELAJARAN 15
5.1 Rangsangan dan gerak balas dilazimkan 15
5.2 Rangsangan dan gerak balas dilakukan melalui latihan 16
5.3 Menggunakan konsep penghapusan 16
5.4 Menggunakan peneguhan positif 16
5.5 Kesediaan Murid 16
6.0 KESIMPULAN 17
RUJUKAN 19

0
1.0 PENGENALAN
1.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori pembelajaran merupakan teori yang sangat penting bagi membantu para guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Teori ini boleh dijadikan panduan kepada guru dalam
membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri seseorang murid.Ini bermakna
teori ini adalah berdasarkan prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan
daripada kajian-kajian ahli psikologi pendidikan. Antara teori yang dihasilkan ialah teori
behaviorisme yang mana teori ini menekankan cara persekitaran mempengaruhi sesetengah
tingkah laku kanak-kanak. Dalam teori ini, guru bertanggungjawab menyediakan ransangan
untuk dipelajari serta pengukuhan bagi memastikan pembelajaran berlaku dengan berkesan.
Menurut Novi (2016) teori ini dapat digunakan dengan berkesan dalam menguruskan
tingkah laku murid dan membantu murid mempelajari tingkah laku yang sesuai.

Teori pembelajaran behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu


proses pelaziman dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu
dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab
behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran
merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dari perspektif
behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu
rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi
ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran
dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman
dalam mengawal tingkahlaku.

Menurut Izzatul (2014), teori pembelajaran behaviourisme adalah teori yang mengkaji
tingkah laku manusia.Pembelajaran tingkah laku adalah satu teori pembelajaran untuk
memahami tingkah laku manusia yang menggunakan pendekatan objektif,mekanisme dan
materialistik sehingga berlaku perubahan tingkah laku seseorang melalui proses pelaziman.
Dengan kata lain, mengkaji tingkah laku seseorang perlu dilakukan melalui ujian dan
pemerhatian terhadap tingkah laku itu boleh dilihat dan diukur. Teori ini memberi keutamaan
kepada pemerhatian disebabkan ianya adalah perkara penting untuk melihat sama ada ia
berlaku atau tidak perubahan tingkah laku.

1
Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku
ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta
tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi
dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan
hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran. Antara tokoh-tokoh
ahli behaviorisme yang terkemuka, yang akan dibincangkan di sini ialah Ivan Pavlov, J.B.
Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner. Eksperimen-eksperimen yang mereka jalankan
menjadi asas kepada prinsip dan idea mereka tentang pembelajaran. Secara amnya, kita boleh
bahagikan sumbangan mereka kepada 2 kategori : - 1) pelaziman klasik : tokoh – Ivan Pavlov
dan J.B.Watson 2) pelaziman operan : tokoh – E.L Thorndike dan B.F. Skinner. Di dalam
pembincangan ini, fokus akan diberi kepada pelaziman klasik iaitu teori pelaziman klasik
yang diasaskan oleh Ivan Pavlov.

1.2 TEORI DAN PROSES PEMBELAJARAN OLEH PAVLOV

1.2.1 LATAR BELAKANG PELOPOR


Nama sebenar beliau ialah Ivan Petrovich Pavlov. Pavlov merupakan salah seorang daripada
ahli teori behavioris selain daripada Skinner, Thondike dan Watson. Beliau dilahirkan pada
14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau telah meninggal dunia pada 27
Februari 1936 di Leningrad Rusia ketika berusia 86 tahun. Ivan Pavlov merupakan ahli
fisiologi, psikologi dan ahli fizik berbangsa Rusia. Sebagai seorang yang sangat mencintai
bidang fisiologi beliau telah meminta seorang pelajar duduk di sebelah katilnya dan
merekodkan perihal kematiannya. Beliau terkenal dengan orang pertama yang
mendeskripsikan fonomena pelaziman klasik atau pelaziman responden. Semasa kecil Ivan
Pavlov bersekolah di sekolah Seminari Teologi dan telah melanjutkan pelajaran di sebuah
universiti yang bernama Universiti St. Petersburg di dalam bidang Kimia dan Fisiologi.
Beliau telah mendapat gelaran doktor falsafah pada tahun 1879.

Pada tahun 1884, beliau telah dilantik menjadi Profesor di Institut of Experimental
Medicine. Pada tahun 1904 pula, beliau telah dianugerahkan hadiah Nobel bagi kategori
fisiologi hasil daripada eksperimen beliau iaitu melatih anjing untuk mengeluarkan air liur
apabila mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh metronome. Hasil eksperimen ini telah
mengasaskan teori behavioris dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan asas kepada

2
konsep pelaziman klasik pada masa kini. Selain itu, beliau turut adalah pelopor kepada
mazhab rangsang-gerak balas.

1.2.2 TEORI PEMBELAJARAN


Menurut teori Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas.Gerak balas
bermaksud apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada ransangan yang dilakukan.
Manakala ransangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak
balas.Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas.
Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan
pembelajaran.Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid
dengan cepat akan berdiri. Jadi, daripada situasi tersebut, arahan yang diberikan oleh guru
ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri ialah gerak balas.Hasil daripada kajiannya,
Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada rangsangan dengan
gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai
pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai
pelaziman klasik.

Pelaziman klasik adalah proses yang Pavlov temui melalui eksperimennya pada
anjing di mana rangsangan asal dan neutral digabungkan dengan rangsangan bersyarat
berulang kali mengakibatkan gerak balas yang diinginkan. Teori pembelajaran pelaziman
klasik yang dipelopori oleh Ivan Pavlov dikaitkan dengan melihat perkaitan antara suatu
rangsangan dengan rangsangan luar yang lain (seperti makanan sebagai ganjaran positif dan
bunyi yang tidak disukai sebagai ganjaran negatif) yang diberi terhadap haiwan kajian.
(Mohamad Khairudin Bajuri ,2014). Situasi ini boleh dilihat di sekolah apabila loceng rehat
dibunyikan, murid-murid akan pergi ke kantin untuk membeli makanan. Maka rangsangan
neutral seperti nada atau sinar digunakan untuk membentuk tingkah laku.

Murid juga boleh mempelajari sesuatu perkara dengan cara mengaitkan ransangan
dengan gerak balas. Hal ini bermakna tingkah laku murid boleh dilazimkan untuk gerak balas
yang diingini atau tidak diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke dalam
kelas (ransangan) murid berdiri dan mengucapkan “selamat pagi” (gerak balas). Kemudian
guru memuji murid.Tanpa arahan guru, murid akan terus melakukan tingkah laku ini setiap
kali guru masuk ke dalam bilik darjah (pelaziman). Dengan erti kata lain, aplikasi teori ini

3
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah lebih kepada kesediaan murid untuk menarik
minat mereka dalam pembelajaran tersebut.

Ransangan dan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap
ransangan dikaitkan dengan gerak balas maka semakin kukuh gerak balas terlazim.
Contohnya, seorang murid diberi peneguhan positif dalam bentuk pujian kerana kerja kemas.
Kerja yang kemas akan terus dilakukan oleh murid walaupun tiada pujian yang diberikan
oleh guru. Kaedah ini sangat sesuai diamalkan oleh murid bermasalah pembelajaran yang
memerlukan latihan yang banyak untuk memperkukuh ingatan.

Sebagai ahli fisiologi, Pavlov banyak membuat penyelidikan mengenai proses


penghadaman. Ketika menjalankan penyelidikan, beliau menggunakan anjing sebagai subjek
penyelidikan. Semasa menjalankan kajian, beliau tertarik dengan reaksi tingkah laku
anjingnya terhadap makanan. Secara kebetulan beliau mendapati anjing yang menjadi subjek
kajiannya akan mengeluarkan air liur dalam dua situasi iaitu:
a. Semasa makanan diberikan kepada anjing tersebut
b. Semasa anjing tersebut melihat piring makanan yang akan diberikan kepadanya
ataupun semasa anjing tersebut mendengar bunyi sepatu pembawa makanan.

Dalam situasi yang pertama, anjing tersebut mengeluarkan air liur kerana ia adalah tindak
balas semula jadi ketika anjing tersebut lapar. Dalam situasi yang kedua anjing tersebut juga
mengeluarkan air liur kerana ia sudah mempelajari bahawa ia akan menjamah makanan yang
akan dihidangkan di hadapannya apabila melihat piring makanan atau mendengar bunyi
sepatu pembawa makanan. Gerak balas tersebut adalah gerak balas yang dipelajari kerana
anjing tersebut sudah terlazim dengan ransangan-ransangan yang berkaitan dengan makanan
walaupun ransangan-ransangan tersebut bersifat neutral atau semula jadi. . Oleh yang
demikian, Shahabuddin, Mahani dan Ramlan (2003) menyatakan pelaziman klasik ialah
proses tindak balas pantulan akibat daripada ransangan-ransangan semula jadi.

4
Untuk mengkaji fenomena tersebut dengan lebih mendalam, Pavlov telah
menjalankan eksperimen di dalam makmal. Beliau mencipta sejenis alat pengukur bagi
menyukat pengeluaran air liur. Dalam konteks eksperimen ini, anjing dipilih sebagai subjek
kajian yang ditempatkan pada satu pasungan dalam satu bilik kalis bunyi dan dilengkapi
dengan cermin sehala. Tiup alat pengukur tersebut dilekatkan pada pipi anjing eksperimen
supaya air liur yang dikeluarkan oleh anjing akan dialirkan ke dalam balang sedutan yang
disediakan.

Pavlov memulakan eksperimen dengan bunyi loceng. Apabila loceng dibunyikan,


beliau mendapati mata dan telinga anjing menghala ke arah loceng tersebut. Bunyi loceng
adalah ransangan terlazim. Air liur anjing tersebut tidak terkeluar sedikit pun. Oleh itu, bunyi
loceng tersebut dianggap sebagai ransangan bukan semula jadi. Namun apabila anjing
tersebut diberikan daging, air liur anjing tersebut mengalir walaupun loceng tidak
dibunyikan. Fenomena ini menerangkan bahawa anjing tidak bertindak balas terhadap
ransangan bunyi loceng tetapi anjing bertindak balas terhadap daging yang diberikan.
Peringkat ini dikenali juga sebagai peringkat sebelum pelaziman.

5
Pada peringkat kedua penyelidikan atau peringkat pelaziman, Pavlov mengubah
strategi penyelidikannya. Beliau membunyikan loceng sambil menunjukkan daging kepada
anjing tersebut. Hasilnya, air liur anjing tersebut mengalir keluar kerana anjing tersebut
tertarik dengan daging yang menjadi sebahagian daripada makanan semulajadinya. Pavlov
meneruskan eksperimen tersebut dengan menyembunyikan loceng dan memberikan daging
kepada anjing. Beliau mengulangi percubaan menyembunyikan loceng dan memberi daging
kepada anjing beberapa kali. Beliau juga memastikan jarak masa antara loceng dan makanan
yang ditunjukkan itu tetap dan tekal. Hasil penyelidikan peringkat kedua ini menunjukkan air
liur anjing tersebut tetap keluar apabila loceng dibunyikan.

Pada peringkat selepas pelaziman, Pavlov pada mulanya menunjukkan daging kepada
anjing kajian. Seperti biasa anjing tersebut mengeluarkan air liurnya. Pavlov menukar strategi
dengan menyembunyikan loceng berkali-kali tanpa memberikan daging kepada anjing
tersebut. Kesannya, anjing kajian masih mengeluarkan air liurnya. Air liur anjing tetap
mengalir kerana pelaziman antara bunyi loceng dan daging iaitu bunyi loceng akan diikuti
dengan daging yang boleh dimakan oleh anjing tersebut. Seterusnya, Pavlov membunyikan
loceng tanpa memberikan daging. Bunyi loceng dibunyikan beberapa kali mengikut urutan
masa yang telah ditetapkan. Air liur anjing tersebut tetap mengalir keluar seperti biasa namun
berhenti juga pada akhirnya. Air liur itu berhenti mengalir kerana berlakunya kesan yang
dikenali sebagai penghapusan iaitu kesan pelaziman ke atas tingkah laku sudah terhakis dan
hilang akhirnya.

Pemulihan semerta berlaku apabila tindak balas terlazim berlaku semula selepas
beberapa waktu rehat diberikan kepada anjing tersebut. Anjing tersebut mengulangi
pengeluaran air liur selepas loceng dibunyikan. Namun begitu, fakta yang penting yang harus
dipelajari di sini adalah adalah apabila hanya loceng dibunyikan tanpa diikuti dengan
ransangan semula jadi, maka tindak balas yang biasanya dilakukan akan lenyap atau
terhapus. Proses pembelajaran semula berlaku apabila loceng dibunyikan dan diikuti dengan
pemberian daging. Anjing tersebut mengeluarkan air liur seperti biasa.

1.2.3 KONSEP TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV


Dalam teori pelaziman klasik yang dipelopori oleh Ivan Pavlov ini, terdapat beberapa konsep
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh beliau. Konsep
tersebut ialah:

6
i) Generalisasi
ii) Diskriminasi
iii) Penghapusan
iv) Pembelajaran semula

i) Generalisasi
Menurut Titin (2012), generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan
memberikan tindak balas yang sama. Generalisasi ini dapat dilihat menerusi eksperimen
Pavlov di mana ransangan iaitu loceng akan membuatkan anjing mengeluarkan air liur di
mana gerak balas ke atas makanan yang diinginkan. Sebagai contoh guru yang mengajar
memberikan soalan dan selepas itu melakukan latihan soalan dalam buku teks di papan
hitam. Jika penyelesaiannya betul maka guru akan tersenyum dan katakan “baik”. Ransangan
ini memberi makna kepada pelajar adalah benar.Ia akan menjadi berbeza jika pelajar sedang
mengusahakan untuk menjawab soalan dipapan hitam dan guru hanya tersenyum tanpa
mengatakan yang baik. Pelajar ini beranggapan jawapan yang dibuat adalah tidak betul.Jadi
pelajar akan secara selektif menafsirkan senyuman guru.

ii) Diskriminasi
Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang
tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati
anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak
pada bunyi lain daripada loceng. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak menunjukkan tindak
balas yang takut kepada anjing yang garang tetapi mungkin tidak menunjukkan ketakutan
apabila anjing tersebut terikat atau terkurung di dalam sangkar.

iii) Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan
tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan dengan ransangan tidak
terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang
anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus. Dalam
pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna,
sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu
mungkin terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta merta juga dapat membantu
seorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran

7
2.0 APLIKASI TEORI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
2.1 SITUASI PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS
Berdasarkan teori pembelajaran yang telah diulas pada bahagian awal penulisan ini, Teori
Pembelajaran Pavlov secara keseluruhannya berkesimpulan bahawa gerak balas boleh
dipelajari dan boleh berubah melalui rangsangan dan latihan yang berulang-ulang sehingga
gerak balas tersebut dilazimkan dan kekal. Gerak balas yang berlaku merupakan hasil
pembelajaran yang telah dilazimkan. Demikian juga dalam proses pembelajaran pelajar
Pendidikan Khas yang menekankan penggunaan rangsangan untuk mencapai objektif
pembelajaran. Pembelajaran dinilai berdasarkan gerak balas yang diberikan oleh pelajar yang
boleh menjadi jawapan lisan, bertulis atau tingkah laku.

Antara situasi yang sering menggangu proses pembelajaran pelajar Pendidikan Khas ialah
masalah tumpuan pelajar dan kaedah pengajaran guru. Berdasarkan kajian rintis yang
dijalankan oleh Mohd Rizal dan Muallimah 2008, Guru menghadapi masalah untuk
mengkalkan tumpuan pelajar sewaktu pengajaran dan pembelajaran dan semasa membuat
latihan-latihan selepas pengajaran teori. Hal ini mungkin didorong oleh beberapa faktor
seperti guru itu sendiri. Tidak dinafikan guru memberikan perhatian yang penuh ke atas
setiap individu di dalam kelas tersebut namun keperluan individu adalah berbeza. Oleh itu
guru perlu menyediakan rangsangan yang bersesuai kepada pelajar untuk mendapatkan
tumpuan dan minat pelajar Pendidikan Khas sekaligus mengekalkan fokus sepanjang sesi
pembelajaran melalui kaedah yang menyeronokkan. Pendapat ini sejajar dengan pendapat
Abu Zahari (1992), iaitu suasana yang riang dan selesa serta bersih menjadi dorongan kepada
pelajar-pelajar untuk mengekalkan penumpuan terhadap pembelajaran bilik darjah.

Mohd Rizal dan Muallimah 2008 juga mendapati bahawa peratus keseluruhan guru
yang menghadapi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran berkaitan teori pengajaran
dan kemahiran amali adalah tinggi. Guru perlu berusaha mencuba teknik pengajaran yang
baru agar dapat mencapai objektif pengajaran-pembelajaran. Teknik pengajaran yang
membolehkan pelajar mengikuti sesuatu pelajaran dengan mudah serta menyeronokkan
merupakan teknik yang sangat diharapkan oleh pelajar seperti dalam Teori Pembelajaran
Pavlov yang mementingkan rangsangan yang akan menarik perhatian pelajar untuk kekal
fokus dalam sesi pembelajaran. Kepelbagaian teknik pengajaran ini boleh memberikan kesan
yang positif dalam diri pelajar. Pendapty ini setara dengan Abu Zahari 1992, yang
menyatakan bahawa kepelbagaian kaedah pengajaran guru boleh memberi kesan positif

8
kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah memastikan pelajar dapat
mengekalkan penumpuan bagi membentuk konsep yang betul. Kefahaman teori yang salah
akan terbentuk jika guru sahaja yang bercakap secara kuliah tanpa melibatkan penyertaan
pelajar dalam pembelajaran tanpa menggunakan media pengajaran (Abu Zahari 1987).

Oleh itu, guru Pendidikan Khas wajar untuk menggunakan teori pembelajaran
sebagai panduan dalam usaha mencapai hasil pembelajaran yang digariskan dalam rancangan
pembelajaran.

2.2 BRAIN BOOSTER GAME DALAM PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS


Salah satu rangsangan yang boleh digunakan oleh tenaga pengajar kepada pelajar Pendidikan
Khas adalah Brain Booster Game yang secara umumnya boleh membantu guru untuk
mengaktifkan pelajaran pada awal pembelajaran dan menarik perhatian mereka untuk
mengikuti pembelajaran. Rangsangan dalam strategi ini adalah Brain Booster Game yang
merupakan permainan yang mampu mendorong pelajar untuk aktif sepanjang pembelajaran
seperti Brain Gym, kuiz spontan, kuiz berasakan media digital seperti cari kata dan mencari
benda tersembunyi, permainan didik hibur seperti Musical Chair, nyanyian dan tarian.
Aktiviti tersebut akan merangsang pelajar untuk berfikir dan bergerak secara pantas serta
mengekalkan emosi ceria sepanjang pembelajaran. Gerak balas yang diharapkan selepas
ransangan tersebut diberikan adalah penglibatan aktif pelajar sepanjang pembelajaran.
Tingkah laku pelajar merupakan hasil pembelajaran terhadap rangsangan yang diberikan.

Kaedah Brain Booster Game boleh dilaksanakan pada setiap kali sebelum sesi
pembelajaran bermula. Pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis pemainan yang
mengaktifkan minda bagi melatih tumpuan dan mengawal pelajar melalui pendekatan yang
menyeronokkan. Suasana dan keadaan kelas berkemungkinan bising dan tidak terkawal pada
awal pembelajaran, namun guru akan dapat menrik perhatian pelajar secara perlahan-lahan
dan membawa pelajar mengikut rentak guru. Pada tahap tersebut, keadaan dan tingkah laku
pelajar cenderung untuk berubah ke arah yang lebih tenang dan mudah dikawal. Keadaan
tersebut akan memudahkan guru untuk meneruskan sesi pembelajaran ke tahap yang
berikutnya. Jika kaedah ini terus diaplikasikan dalam sesi pembelajaran dengan cara yang
menarik, pelajar akan sentiasa menanti rangsangan yang diberikan kerana pelajar telah
mengalami sendiri kesan positif hasil daripada rangsangan tersebut. Dalam jangka masa yang
lama, pelajar akan terus bertingkah laku aktif dan fokus dalam pembelajaran walaupun

9
rangsangan diberikan pada tahap yang minimum. Jika gerak balas pelajar adalah sedemikian,
maka pembelajaran berkesan telah berlaku melalui pelaziman yang berasaskan pengalaman
pembelajaran.

3.0 LANGKAH-LANGKAH STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


Pengajaran yang berkesan adalah merupakan perkara yang amat penting untuk diberi
perhatian apabila berada dalam bidang perguruan. Kredibiliti guru adalah ditentukan dalam
perancangan dan pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian (Mohd Sahandri Gani dan
Saifuddin Kumar, 2007). Untuk memastikan proses PdPc berjalan dengan lancar, guru perlu
memikirkan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan mengambil kira keperluan
murid apabila mengajar (Noriati, Boo, & Wong, 2010).

Untuk menyampaikan pembelajaran bagi kelas pendidikan khas, guru perlu bijak
memilih strategi pengajaran dan kaedah pengajaran melalui teknik pengajaran yang
bersesuaian dengan keperluan murid. Strategi pengajaran adalah merujuk kepada cara-cara
bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan
tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja untk mencapai matlamat khusus
dalam proses pembelajaran.

Kaedah pengajaran adalah satu kemahiran yang digunakan untuk mengelola dan
menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif
pengajaran. Manakala teknik pengajaran pula adalah satu kemahiran atau cara penyampaian
bahan atau apa yang ingin diajar kepada murid. Bagi meningkatkan keberkesan strategi yang
dipilih oleh guru, guru perlu memastikan pemilihan kaedah dan teknik yang bersesuaian
dengan keperluan murid berkeperluan khas berdasarkan matlamat pengajaran yang hendak
disampaikan.

Berikut merupakan tiga langkah-langkah yang dicadangkan bagi meningkatkan


keberkesanan strategi pengajaran yang dipilih berdasarkan pengplikasian Teori Behaviorisme
iaitu strategi berpusatkan murid ;

10
MERANCANG MELAKSANAKA PENILAIAN
PENGAJARAN N PENGAJARAN PENGAJARAN

Langkah Langkah Langkah


1 2 3

Rajah 1 : Aliran Langkah-langkah meningkatkan keberkesanan strategi pengajaran mengikut


Teori Behaviorisme

3.1 MERANCANG PENGAJARAN


Berdasarkan pada Rajah 1 di atas, langkah pertama adalah menyediakan perancangan
pengajaran. Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran
merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai
pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun
pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan
juga pelajar (Cruickshank, 1995). Sebelum memulakan sesi PdPc, guru perlulah mengenal
pasti matlamat yang hendak dicapai daripada murid tersebut dan bentuk-bentuk penekanan
yang perlu dititikberatkan.

Di bawah langkah perancangan pengajaran ini, guru akan mengenal pasti objektif
dengan melihat kepada penerimaan pelajar terhadap matlamat yang dicadangkan. Selain
merancang matlamat, bentuk penekanan dan objektif, pemilihan penggunaan bahan bantu
mengajar yang bersesuaian dan menyeronokkan perlu disediakan. Pemilihan bahan bantu
mengajar yang menarik dan bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan serta aktiviti yang dipilih. Pemilihan bahan bantu mengajar yang berkesan akan
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini disokong oleh
dapatan kajian oleh Yahya (2009) yang melaporkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan antara murid mengikuti pengajaran pemahaman bacaan menggunakan aplikasi
computer secara interaktif dengan murid-murid mengikuti pengajaran menggunakan kaedah
tradisional.
Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada
pembelajaran murid khususnya terhdapa murid berkepeluan khas. Melalui perancangan
pengajaran, guru akan dapat menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian dengan

11
isi pelajaran mengikut minat dan keperluan serta kebolehan murid berkeperluan khas. Selain
itu, guru juga akan dapat menentukan strategi pendidikan, pemulihan dan pengajaran secara
tersusun dan bersistem. Melalui perancangan pengajaran, objektif pengajaran akan dapat
dicapai dan sasaran untuk penyampaian pengajaran dapat dikenal pasti untuk memastikan
penyampaian pengajaran dapat disampaikan pada sasaran.

3.2 MELAKSANAKAN PENGAJARAN


Setelah perancangan pengajaran disediakan, langkah kedua adalah perlaksanaan rancangan
pengajaran. Strategi pengajaran berpusatkan murid menggunakan teori behaviorisme dapat
ditingkatkan dengan pengaplikasian langkah-langkah berikut dalam perlaksanaan pengajaran
seperti yang telah dirancang, iaitu;

i. Guru perlu menarik perhatian murid dengan menjalankan set induksi


Dalam konteks kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan dalam penulisan ini iaitu
kaedah demonstrasi dan bermain, guru boleh menarik perhatian murid dengan memulakan
proses PdPc dengan memasukkan beberapa unsur-unsur grafik yang menarik dan bersesuaian
dalam persembahan multimedia ataupun Brain Booster Game yang bertujuan untuk menarik
perhatian murid berkeperluan khas.

ii. Menyatakan objektif pengajaran pembelajaran.


Menurut Gangne, pernyataan objektif merupakan satu motivasi untuk murid mengetahui
apakah tugasan pembelajaran yang herus dicapai. Pernyataan objektif boleh disampaikan
dengan beberapa cara yang menarik iaitu samada dengan menggunakan teks ataupun dalam
bentuk animasi yang menarik berbantukan alat ICT. Keadaan ini akan memberi rangsangan
kepada murid berkeperluan khas untuk terus mengikuti proses PdP hingga akhir pengajaran.

iii. Perkembangan Isi Pengajaran


Menurut Alsagoff, (1983) pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat
membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diingini di mana ianya melibatkan
corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi
pelajaran.

Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memuaskan
murid sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Berdasarkan pendekatan

12
teori pembelajaran behaviorisme, setiap rangsangan yang diberikan perlu menimbulkan
tindak balas. Perhubungan antara rangsangan dan gerak balas ini akan menghasilkan satu
pembelajaran. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan
mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contoh kaedah yang
digunakan dalam penulisan ini adalah kaedah demonstrasi bagi mengajar murid-murid
berkeperluan khas dalam tarian.

Dalam kaedah rangsangan yang pertama ialah klip video yang mrupakan salah satu
Brain Booster Game dan demonstrasi guru dan rangsangan kedua ialah musik. Oleh kerana
perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif.
Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan iaitu pelajar akan terus memberikan
perhatian kepada media yang ditayangkan dan demonstrasi cara menjawab oleh guru apabila
media dimainkan. Murid berkeperluan khas akan menjawab soalan mengikut demonstrasi
yang ditunjukkan oleh guru dan cenderung melakukan pengulangan. Apabila rangsangan
pertama iaitu demontrasi guru dan klip video ditarik, murid berkeperluan khas masih boleh
menari dengan hanya mendengar music yang sama. Ini merupakan satu contoh gerak balas
terlazim yang wujud melalui konsep peniruan dan pengulangan. Tumpuan pembelajaran
adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan.

Guru mesti melaksanakan pengajaran dengan sepenuhnya mengikut perancangan


yang disediakan. Peringkat perlaksanaan pengajaran merupakan peringkat yang paling
penting dan kritikal kerana dalam peringkat inilah kejayaan setiap perancangan dapat
ditentukan.

3.3 PENILAIAN PENGAJARAN


Langkah yang ketiga dalam meningkatkan keberkesanan strategi berpusatkan murid ini
adalah dengan membuat penilaian dan peneguhan. Peneguhan boleh berupa positif atau
negatif. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian
berulangnya sesuatu tingkah laku operan seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan
sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Dalam konteks kaedah
demonstrasi bagi mengajar tarian kepada murid berkeperluan khas ini, apabila murid boleh
menguasai langkah tari dan lentok gaya yang betul, guru boleh memberi peneguhan positif
iaitu seperti memberi pujian. Sekiranya murid bersikap tidak berdisiplin dan suka bermain-
main, guru boleh memberi penguhan negatif iaitu berupa dendaan. Apabila murid ini

13
dikenakan hukuman, murid akan belajar bersungguh dan berubah sikap daripada tidak
berdisiplin kepada lebih fokus kerana tidak ingin didenda.

Peneguhan tidak semesti dijalankan pada waktu penilaian, malah konsep peneguhan
ini boleh juga dilakukan pada langkah perlaksanaan pengajaran. Dalam langkah ini, guru
boleh menilai pencapaian murid untuk sessi pengajaran waktu tersebut. Sekiranya prestasi
murid tidak mencapai matlamat atau objektif pengajaran sesi tersebut, guru boleh membuat
pengulangan dengan menjalankan latih tubi iaitu pratikal tarian. Melalui pengulangan ini
pelaziman akan berlaku. Dan apabila guru menarik rangsangan iaitu klip video dan
demonstrasi guru, murid akan dapat menari dengan langkah dan lengok tari yang betul akibat
pelaziman yang wujud.

Pada akhir setiap sesi pengajaran, guru perlu membuat refleksi sebagai suatu proses
untuk membangunkan diri. Amalan refleksi merupakan satu proses pemikiran kendiri
berkenaan pengalaman yang dilaksanakan secara berterusan (Chuah, et.al, 2013). Dengan
membuat refleksi pengajaran, guru akan dapat memperbaiki mutu pengajaran dengan lebih
berkesan lagi.

Berdasarkan penerangan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi


meningkatkan strategi pengajaran berpusatkan murid ini dapat dirumuskan bahawa untuk
melaksanakan peningkatan strategi pengajaran yang dipilih, guru perlulah kreatif dan
berinisiatif dalam merancang. mengembangkan ilmu dan akhir sekali membuat penialaian
serta penambahbaikan pada sesi pengajaran yang seterusnya.

4.0 KEBERKESANAN TEORI PAVLOV DALAM PEMBELAJARAN


Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang
telah diterima oleh seseorang. Berpandukan teori ini, guru perlu sedar bahawa kaitan
rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari. Ia juga boleh diperkukuhkan
melalui latihan yang berterusan. Semakin kerap rangsangan diberikan, semakin kukuh gerak
balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali
murid menunjukkan tingkah laku yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (tingkah
laku yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Justeru itu,
rangsangan perlu diberikan dengan kerap oleh guru untuk memperkukuhkan gerak balas
terlazim.

14
Guru juga boleh menggunakan ganjaran untuk memotivasikan muridnya supaya dapat
membentuk tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara ganjaran yang boleh diberikan untuk membentuk tingkah laku yang diingini ialah
pujian, hadiah dan kata-kata perangsang. Selain itu, suasana pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan juga amat penting untuk meningkatkan motivasi murid-murid dalam
pembelajaran. Oleh itu, guru boleh memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set
induksi yang dapat menarik perhatian murid.

Guru perlu melibatkan murid-murid dalam proses pengajaran. Penglibatan murid


boleh dilakukan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, dan projek. Melalui aktiviti
seperti ini, murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana memperoleh latihan,
kebiasaan dan pengalaman dalam aktiviti tersebut. Generalisasi boleh diaplikasikan dalam
proses pembelajaran di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi
yang berbeza. Contohnya, guru memberitahu murid bahawa tajuk wang yang dipelajari di
kelas boleh digunakan ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah.

Berdasarkan teori pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak


diberikan. Hal ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui
ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang guru
berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya juga akan merosot. Oleh sebab itu, konsep
peneguhan dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya.

5.0 IMPAK TEORI PAVLOV DALAM PEMBELAJARAN


5.1 RANGSANGAN DAN GERAK BALAS DILAZIMKAN
Rangsangan perlu diwujudkan bagi mempelajari tingkah laku. Guru perlu mementingkan
proses pembiasaan supaya tingkah laku yang dikehendaki dilazimkan. Pembelajaran juga
lebih mudah berlaku apabila rangsangan dan gerak balas dilazimkan. Untuk mengajar murid
bermasalah pembelajaran menyebut perkataan “buku”, kad yang bertulis perkataan buku
perlu ditunjukkan diikuti dengan menunjukkan sebuah buku untuk mendapatkan gerak balas.
Aktiviti ini diulang beberapa kali sehingga murid dapat menyebut perkataan buku apabila kad
perkataan buku sahaja ditunjukkan. Dalam pembelajaran ini, perubahan tingkah laku berlaku
kerana proses pembiasaan. Contoh yang lain adalah seperti memberi salam atau
mengucapkan “selamat pagi cikgu” setiap kali guru masuk ke dalam bilik darjah.

15
5.2 RANGSANGAN DAN GERAK BALAS DILAKUKAN MELALUI LATIHAN
Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya diikuti oleh
latihan yang bersesuaian. Sesuatu rangsangan perlu diulangi beberapa kali untuk
mendapatkan gerak balas yang positif. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan gerak
balas, maka semakin kukuh gerak balas tersebut akan terlazim. Sebagai contoh, murid yang
mengulangkaji rumusan sifir akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah.

5.3 MENGGUNAKAN KONSEP PENGHAPUSAN


Konsep penghapusan digunakan untuk mengikis tingkah laku murid yang tidak dikehendaki
di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, apabila guru melihat seorang murid hiperaktif cuba
menolak rakannya maka guru perlu memanggil murid tersebut disusuli dengan pergerakan
menggeleng kepala untuk memberitahu murid bahawa tingkah laku tersebut adalah tidak baik
dan perlu diubah atau diperbetulkan atau ditinggalkan.

5.4 MENGGUNAKAN PENEGUHAN POSITIF


Peneguhan positif biasanya digunakan untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini.
Pemberian sesuatu ganjaran akan menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan.
Ganjaran boleh diberi sama ada dalam bentuk pujian, hadiah, bintang, poin, gula-gula, dan
sebagainya. Sebagai contoh, apabila murid membuat kerja matematik dengan baik, maka
guru memberi peneguhan positif dalam bentuk pujian, senyuman atau hadiah. Hal ini secara
tidak langsung akan merangsang dan memotivasi murid untuk terus membuat kerja dengan
baik. Peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin berulangnya tingkah laku yang
positif. Pemberian peneguhan positif juga menyebabkan pembelajaran menjadi lebih
menyeronokkan dan seterusnya akan mendorong murid untuk terus belajar dan mendapat
pencapaian yang lebih baik. Oleh sebab itu, guru haruslah menyediakan pelbagai jenis
ganjaran bagi meneguhkan pembelajaran murid.

5.5 KESEDIAAN MURID


Guru perlu sentiasa menilai kesediaan murid. Jika murid bersedia untuk belajar, maka
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan memuaskan. Manakala jika murid belum
bersedia untuk belajar atau dipaksa belajar (tanpa rangsangan), maka pembelajaran akan
menjadi tidak berkesan. Oleh sebab itu, guru perlu memastikan bahawa murid bersedia
daripada aspek kognitif, fizikal dan efektif. Selain itu, suasana kelas yang kondusif serta

16
keadaan fizikal kelas yang baik juga turut mempengaruhi kesediaan murid untuk belajar. Di
samping itu, guru perlu peka dengan keadaan dan susun atur murid di dalam kelas. Sebagai
contoh, murid hiperaktif hendaklah ditempatkan jauh dari kawasan atau lokasi yang boleh
mengganggu penumpuan murid seperti di tepi pintu atau tingkap. Keadaan ini akan
menjadikan murid itu tidak bersedia untuk belajar kerana murid terganggu dengan
persekitaran luar yang mungkin lebih menarik minatnya. Justeru, guru perlu melihat aspek
kesediaan murid di dalam bilik darjah bagi memastikan pengajaran berlangsung dengan
berkesan.

6.0 KESIMPULAN
Pemahaman tentang cara belajar dapat membantu guru merancang dan menjalankan proses
pembelajaran dengan lebih efektif, efisien dan produktif. Teori pembelajaran dapat
membantu guru untuk memahami keperluan pelajar untuk belajar. Teori pembelajaran juga
dapat dijadikan panduan guru untuk mengelola kelas, menilai proses pembelajaran, tingkah
laku pelajar serta hasil pembelajaran yang telah dicapai oleh pelajar. Justeru itu, guru perlu
memahami tentang teori pembelajaran agar dapat membantu guru dalam memberikan
bimbingan kepada pelajar sehingga dapat mencapai prestasi maksimum. Menurut Sani,
(2013), perkara yang perlu difahami dalam teori pembelajaran ialah:
i. Konsep asas teori, ciri-ciri, dan keperluannya
ii. Apakah peranan guru jika teori diterapkan dalam proses pembelajaran
iii. Apakah faktor persekitaran yang diperlukan dalam usaha untuk menggalakkan proses
pembelajaran
iv. Apakah yang perlu dilakukan oleh guru sewaktu menlaksanakan proses pembelajaran
tersebut
v. Apakah peranan pelajar dalam proses pembelajaran

Teori behaviorisme melihat pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang dapat
diperhatikan dan ia disebabkan oleh rangsangan luar (Wijaya, 2012). Teori ini melihat minda
sebagai "kotak hitam", tindak balas kepada rangsangan boleh dilihat secara kuantitatif, tanpa
mengambil kira pengaruh proses pemikiran yang berlaku dalam minda. Teori behaviorisme
adalah salah satu teori klasik utama yang berfungsi sebagai asas untuk kanak-kanak
pendidikan khas (Strain et al., 1992). Teori utama behaviorisme ialah, sesuatu tingkah laku
terhasil daripada persekitaran mereka. Teori Pelaziman Klasik Pavlov digunakan dalam
terapi tingkah laku dan sebagai asas untuk pendidikan awal kanak-kanak khas.

17
Kajian berkenaan teori pembelajaran sering menyediakan maklumat mengenai
hubungan antara komponen pengajaran dan reka bentuk arahan, menunjukkan teknik atau
strategi tertentu yang paling sesuai dengan konteks dan pelajar tertentu. Teori behaviorisme
menyatakan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku dalam bentuk atau kekerapan
prestasi yang boleh dilihat (Ertmer dan Newby, 1993). Pembelajaran dicapai apabila tindak
balas yang tepat ditunjukkan selepas penyampaian rangsangan alam sekitar tertentu. Unsur-
unsur penting dalam teori behaviorisme ialah rangsangan dan tindak balas. Kebimbangan
utama dalam teori behaviorisme ialah bagaimana hubungan antara rangsangan dan tindak
balas dibuat, diperkukuhkan, dan dikekalkan. Namun begitu, teori behaviorisme menganggap
tingkah laku yang diikuti oleh pengukuhan lebih cenderung untuk berulang pada masa depan.
Prinsip utama teori behaviorisme bergantung kepada analisis tingkah laku manusia dalam
hubungan rangsangan-gerak balas (Demirezen, 1988)

18
RUJUKAN

Abu Zahari Abu Bakar .1987. Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya : Fajar
Bakti Sdn Bhd.

Abu Zahari .1992. Psikologi Pendidikan Untuk Guru, Petaling Jaya: Pustaka Delta Pelajaran
Sdn Bhd.

Azizi Yahaya, Rosnani Mohd Nor, Sharifuddin Ismail, Amir Hamzah.2010. Keberkesanan
Pengajaran dan Pembelajaran di kalangan guru Mata pelajaran Teknikal. Dicapai
melalui http://eprints.utm.my/10557/

Burden, P.R. and Byrd, D.M. 1999. Methods for Effective Teaching. Second ed.
Massachusets: Allyn & Bacon A Viacon Company

Chuah Boon Keat, Wan Rozali Wan Hussin, Joseph Anjuman. 2013. Isu Pengajaran
Pembelajaran Geografi dan Amalan Refleksi Kendiri Dalam Kalangan Guru Pelatih
Institut Pendidikan Guru Malaysia. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013
(UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
Cruickshank, Donald R. (1995). “ The Art of Teaching.”New York: Mcgrow-Hill.

Demirezen, M. 1988. Behaviorist theory and language learning. Hacettepe Üniversitesi


Eğitim Fakültesi Dergisi, 3(3).

Ertmer, P. A., & Newby, T. J. 1993. Behaviorism, cognitivism, constructivism: Comparing


critical features from an instructional design perspective. Performance improvement
quarterly, 6(4), 50-72.

Izzatul Rusuli. 2014. Refleksi teori belajar behavioristik dalam perspektif islam. Jurnal
Pencerahan. 8(1): 38-54

Mahmood Nazar Mohamed .1990. Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohd Rizal B. Mohd Said & Muallimah Bt Arshad . 2008. Masalah guru pendidikan khas
program integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup di sekolah
menengah , daerah Kota Tinggi, Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia

Mohd Sahandri Gani Hamzah & Saifuddin Kumar Abdullah (2007). Modelprestasi kerja
dalam kalangan penjawat awam teknologi pendidikan : Satu penerokaan analitik.
Putrajaya: Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. 2012. Kaedah Dan Strategi Pengajaran Kanak
kanak Berkeperluan Khas. Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.

Noriati A. Rashid, Boo, P. Y., &Wong, K. W. (2010). Asas kepimpinan dan perkembangan
professional guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nowi Irwan Nahar. 2016. Penerapan teori belajar behavioristik dalam proses pembelajaran.

19
Jurnal Ilmu Pengetahuan Sosial. 1(1): 68-74

Pavlov, I. P. (1941). Lectures on conditioned reflexes. Vol. II. Conditioned reflexes and
psychiatry.

Peter Cole & Lorna Chan. 1990. Methods And Strategies For Special Education. Prentice
Hall: Australia Slavin, R.E. 2000. Educational Psychology: Theory and Practice.
Massachusetts: Allyn and Bacon

Sani, R. A. .2013. Inovasi pembelajaran. Jakarta: Bumi Aksara.

Slavin, R.E. 2000. Educational Psychology: Theory and Practice. Massachusetts: Allyn
and Bacon

Titin Nurhidayati. 2012. Implementasi teori belajar Ivan Petrovich Pavlov (classical
conditioning ) dalam pendidikan. Jurnal Falasifa. 30(1) :24-43

Wijaya, M. (2012). Pengembangan model pembelajaran e-learning berbasis web dengan


prinsip e-Pedagogy dalam meningkatkan hasil belajar. Jurnal Pendidikan Penabur,
11(19), 20-27.

Yahya Othman. (2009). Kesan pendekatan holistik ke atas penguasaan pemahaman teks
dalam kalangan murid berpencapaian rendah dan sederhana. Journal of Applied
Research in Education, 13:84-98.

20

You might also like