Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

TATACARA PENDERMAAN ORGAN - DIALOG ANTARA DOKTOR DAN

PENDERMA

PERSONALIA DIALOG

Penderma Assalamualaikum doktor.

Doktor Waalaikumsalam. Silakan duduk.

Penderma Terima kasih. Seperti yang dimaklumkan dalam maklumat temu janji saya
dengan doktor pada hari ini, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut
berkenaan pendermaan organ. Baru-baru ini, saya telah mendaftar sebagai
penderma organ di portal MySejahtera jadi saya yakin informasi yang lebih
mendalam perlu saya ketahui akan konsep dan tatacara pendermaan
organ.

Doktor Baiklah. Pertama sekali, apakah organ yang puan bercadang untuk
didermakan?

Penderma Saya bercadang ingin mendermakan buah pinggang. Setakat pengetahuan


saya, seorang penderma yang masih hidup hanya boleh mendermakan
sebahagian hati dan salah satu buah pinggang sahaja. Adakah mereka
juga boleh mendermakan organ-organ yang lain?

Doktor Benar apa yang puan katakan. Kami mempunyai rekod penderma hidup
yang mendermakan organ selain daripada hati dan buah pinggang. Namun
hal yang demikian mempunyai kadar kematian yang tinggi, tidak seperti
pendermaan hati atau buah pinggang yang mempunyai risiko yang lebih
rendah.

Penderma Adakah terdapatnya risiko pendermaan organ semasa hidup. Adakah


perkara tersebut akan menjejaskan aktiviti seharian saya?

Doktor Ya, terdapat risiko terdapat penderma organ tetapi kebarangkaliannya


adalah rendah, bergantung kepada individu yang menderma dan organ
yang didermakan. Namun yang demikian, aktiviti seharian puan tidak akan
terjejas sekiranya puan pulih sepenuhnya seperti kebanyakan penderma
lain, yakni dengan mengikuti prosedur dan nasihat pakar secara sempurna.

Penderma Boleh doktor maklumkan sebarang kemungkinan atau risiko yang berlaku
kepada penderma hati dan buah pinggang?

Doktor Puan mungkin akan mengalami kesan sampingan selepas pembedahan.


Antaranya ialah rasa sakit dan kebas di sekitar luka pembedahan. Selain
itu, pendarahan kadang kala boleh berlaku. Sekiranya pendarahan berlaku,
puan mungkin perlu mendapatkan transfusi darah. Oleh itu, puan perlu
memahami risiko transfusi darah. Tidak hanya itu, Hernia , iaitu angin
pasang dijangkakan di kawasan luka pembedahan. Doktor akan menasihati
untuk tidak mengangkat benda-benda berat selama 4 hingga 6 minggu
selepas pembedahan dijalankan

Penderma Saya pernah terbaca suatu artikel yang menyatakan bahawa terdapat risiko
kematian bagi setiap pendermaan hati atau buah pinggang. Benarkah fakta
tersebut?

Doktor Berdasarkan “Kematian Perioperatif dan Kemandirian Jangka Panjang


Selepas Menderma Buah Pinggang Secara Langsung” dalam Jurnal
Persatuan Perubatan Amerika pada tahun 2010, pendermaan buah
pinggang mencatatkan kematian yang paling rendah iaitu 3.1 dalam setiap
10 000 pendermaan organ. Bagi pendermaan hati, seperti yang dicatatkan
dalam "Pemindahan Hati Penderma Secara Langsung" dalam Jurnal
Pemindahan Hati tahun 2006, terdapat 1 kematian dalam setiap 200
pendermaan bahagian kanan hati dan 1 kematian dalam setiap 1000
pendermaan bahagian kiri.

Namun puan tidak perlu risau. Jika puan mengamalkan saranan yang diberi
oleh doktor dan menjalani pembedahan dengan doktor pakar yang diiktiraf,
tiada risiko yang berbahaya terhadap keselamatan dan kesihatan puan.

Penderma Bagaimana pula dengan individu yang mendermakan organ selain daripada
itu?

Doktor Pendermaan organ semasa hidup amat tidak digalakkan. Risiko kematian
adalah sangat tinggi.

Penderma Kepada siapakah saya boleh mendermakan organ?

Doktor Kebiasaannya, organ akan didermakan kepada ahli keluarga atau


pasangan sekiranya sesuai.

Penderma Informasi yang doktor baru sangat membuka mata saya terhadap
pendermaan organ. Terima kasih.

Doktor Sama-sama. Sesungguhnya menderma organ sangat membantu mereka


yang memerlukan untuk meneruskan hidup.

You might also like