Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

GGGB1053

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

SEMESTER 1 SESI 2020/2021

SOALAN TERBUKA

Nama : MUHAMMAD IZZUL BIN RAZLAN

Matrik : A184319

Fakulti : FAKULTI PENDIDIKAN

Kursus : SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN


(PENDIDIKAN KHAS)

Pensyarah : DR. ALIZA ALIAS

DR. KHAIRUL FARHAH KHAIRUDDIN


Soalan terbuka GGGB1053

1) Terangkan apa itu Pendidikan Khas? (4 markah)


“Pendidikan khas” ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di
suatu sekolah khas, atau di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan
khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif, pada peringkat pendidikan
prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah atau pendidikan lepas
menengah. Ia juga bermaksud pengajaran yang khusus untuk memenuhi
keperluan unik seseorang kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai
exceptional. Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang
disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain
itu, pendidikan khas juga boleh didefinisikan sebagai program pendidikan yang
menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan
perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang
berkeperluan khas, iaitu individu yang mengalami pelbagai kecacatan atau
kurang upaya atau yang pintar cerdas (gifted). Kementerian Pelajaran Malaysia
menyenaraikan empat kategori murid berkeperluan khas yang merangkumi
bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan, bermasalah pembelajaran
atau murid pintar/berbakat.

2) Mengapakah perkhidmatan Pendidikan Khas ini penting? (4 markah)


 Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
 Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar tipikal.
 Menjadi platform kepada pelajar tipikal untuk mencurahkan bakti kepada
pelajar khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing.
 Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
masyarakat setempat.
 Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan
memperolehi peluang pekerjaan.
 Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang
memberansangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku, komunikasi dan
pencapaian akademik.
3) Bandingkan antara ketidakupayaan fizikal, pembelajaran dan sensori? (6
markah)

Ketidakupayaan fizikal ialah kecacatan badan sama ada kehilangan atau tiada
suatu anggota badan, kecederaan spinal (spinal injury), lumpuh seluruh atau
sebahagian badan yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti
asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan.
Kecacatan anggota badan disebabkan penyakit seperti polio, kudung, muscular
dystrophy (masalah otot), myopathy, neuropathy(saraf), kerdil, osteogenesis
imperfecta dan sebagainya.

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih


daripada proses asas psikologi yang melibatkan pemahaman atau penggunaan
bahasa samada pertuturan atau penulisan dimana masalah yang dihadapi
mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir dan membaca yang tidak
sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat
daripada ketidakupayaan penglihatan dan motor, kerencatan akal, gangguan
emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya, atau ekonomi. Kategori
murid-murid masalah pembelajaran seperti Disleksia, Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD), Slow Learner, Autisme, Sindrom Down terencat
akal ringan.

Ketidakupayaan sensori terbahagi kepada tiga iaitu, Ketidakupayaan Penglihatan


(BL), Ketidakupayaan Pendengaran (BD), dan Ketidakupayaan Pertuturan.
Ketidakupayaan penglihatan bermaksud tidak dapat melihat atau mengalami
penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan
alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. Ketidakupayaan
pendengaran ialah ketidakupayaan secara separa atau sepenuhnya untuk
mendengar bunyi dan maklumat. Masalah ini boleh terjadi pada salah satu
telinga atau kedua-duanya sekali. Masalah pendengaran boleh dikategorikan
berdasarkan jenis, tahap dan konfigurasi ambang pendengaran. Ketidakupayaan
pertuturan seseorang kanak-kanak dikira tidak berupaya jika ia adalah tidak jelas,
nyata dan tidak difahami, menyalahgunakan mekanisma percakapan, atau tidak
di terima sebagai normal dalam masyarakat tertentu.
4) Pilih 2 kategori ketidakupayaan sindrom dan terangkan kesan ciri ini kepada
perkembangan fizikal, kognitif dan sosial mereka. (12 markah)

 Sindrom Autisme

Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Autisme


memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan
anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti
kanak-kanak tipikal. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalaminya adalah 4
kali ganda daripada perempuan. Mereka mengalami keterlambatan dalam
perkembangan fizikal. Ciri-ciri yang ditunjukkan ialah mereka tidak bermain
olok-olok, tiada hubungan mata, dan tidak menunjukkan minat. Selain itu,
mereka mempunyai daya kognitif yang lemah atau tinggi, atau bakat yang
mengkagumkan seperti melukis. Tumpuan mereka adalah singkat, tetapi
memberi tumpuan yang berlebihan kepada perkara yang disukai seperti
warna merah pada alat permainan. Dari segi perkembangan sosial, mereka
mempunyai kesukaran dalam tingkah laku bukan lisan seperti sukar
berhubungan atau bertentangan mata, ekspresi muka yang kaku, gerak-geri
badan yang keras, dan tiada isyarat interaksi sosial seperti bersalaman.
Mereka juga kurang memberi respon atau balasan sosial dan emosional
seperti bermain dan berkongsi kegembiraan.

 Sindrom Angelman

Sindrom Angelman ialah kelainan genetik yang mempengaruhi sistem saraf


yang menyebabkan gangguan perkembangan, termasuk pergerakan,
keseimbangan, dan kemampuan bicara. Keadaan ini hanya muncul pada
1:12000 orang. Ciri-ciri individu ini ialah kepala yang kecil, mulut besar, gigi
jarang, bibir sepet atau kecil, mata sepet, dan sebagainya. Dari sudut
perkembangan fizikal, mereka sering mengalami sawan. Mereka juga sukar
untuk mengimbangkan badan mereka dan sukar untuk berjalan. Selain itu,
perkembangan kognitif mereka juga terjejas kerana mengalami tumbesaran
yang lambat. Mereka sukar untuk mengikut sesuatu arahan walaupun hanya
arahan yang mudah. Seterusnya, dari sudut perkembangan sosial, mereka
mengalami kesukaran dalam berkomunikasi dengan orang yang berada di
sekeliling mereka. Hal ini terjadi kerana, mereka tidak mampu untuk
menguasai perkembangan bahasa yang sepatutnya dikuasai kerana
keterbatasan mereka.

5) Apakah yang perlu dilakukan apabila anda dapati anak rakan/saudara anda
menunjukkan ciri-ciri berkeperluan khas? Terangkan mengapa anda perlu
bertindak sedemikian. (10 markah)

Saya akan menyuruh mereka membawa anak mereka melakukan pemeriksaan


lanjut di hospital supaya dapat mengenalpasti jenis keperluan khas yang dialami
dan program intervensi awal dapat diberikan serta memperoleh hasil yang lebih
baik. Hal ini untuk memudahkan rawatan diberikan kepada anak mereka dan
mampu menghalang perkara ini dari terus berlanjutan. Kadang-kadang ada ibu
bapa yang tidak mahu membuat pemeriksaan lanjut kerana menganggap anak
mereka normal dan mereka juga malu jika perkara ini diketahui oleh orang
sekeliling.

Selain itu, saya akan memberikan kata-kata semangat kepada mereka supaya
mereka mampu untuk membesarkan anak mereka dengan kasih sayang yang
sepenuhnya. Mereka semestinya terkejut dengan keadaan ini dan boleh
mengakibatkan berlakunya perkara negatif yang tidak diingini. Mereka juga tidak
boleh berputus asa dalam membesarkan anak-anak mereka.

Di samping itu, saya akan membantu mereka dalam memberikan pendidikan


yang sempurna kepada anak mereka. Mereka semestinya tidak mempunyai
pengalaman untuk menghadapi perkara seperti ini. Jadi, pendidikan yang sesuai
perlu disarankan kepada mereka supaya anak mereka tidak tercicir. Anak
mereka juga mampu untuk bergaul dengan masyarakat sekitar seperti kanak-
kanak tipikal yang lain.
Seterusnya, saya akan memberikan mereka saranan dalam mendidik anak
mereka dirumah. Mereka perlu memberikan layanan yang berbeza daripada
kanak-kanak tipikal, contohnya mereka perlu memberikan arahan yang mudah
dan tidak memarahi anak mereka. Perkara ini perlu diberi perhatian supaya
perkembangan anak mereka adalah selari dengan peningkatan umur.

Akhir sekali, saya akan memberitahu ahli keluarga yang lain untuk menjaga
sensitiviti dalam percakapan. Pertanyaan yang tidak sepatutnya tidak perlu
ditanya supaya perasaan mereka tidak terguris. Perkara ini juga sudah menjadi
tidak asing lagi di dalam masyarakat. Sesiapa sahaja mampu memperolehi anak
yang berkeperluan khas.

6) Bagaimanakah seseorang boleh membantu individu berkeperluan khas dalam


aspek pendidikan? (4 markah)

Seseorang boleh membantu individu ini dalam aspek pendidikan dengan menarik
minat mereka untuk belajar. Gunakan bahan bantu mengajar yang menarik
supaya mereka tertarik dengan apa yang diajar. Selain itu, kita perlu
menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh mereka. Mereka perlu
dianggap seperti bayi yang sedang belajar bercakap. Seterusnya, sediakan
persekitaran yang kondusif dan selesa supaya mereka tidak tertekan semasa
belajar. Di samping itu, jangan memberikan mereka tekanan dalam belajar
seperti menyuruh mereka berfikir perkara-perkara yang sukar.

You might also like