Artikel

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bahagian ini memperihalkan keputusan analisis data yang diterima daripada responden yang

memberikan maklum balas melalui soal selidik bagi dapatan kedua mengenai objektif kedua
kajian iaitu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk
masyarakat berbilang kaum.

5.3.1 Masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat
berbilang kaum.

Masalah Kekerapan Peratusan (%)


Kekurangan sokongan 11 27.5
ibubapa
Kekerapan menggunakan 7 17.5
Bahasa ibunda masing-
masing
Kelemahan sistem 11 27.5
pendidikan
Kewujudan sekolah 11 27.5
vernakular
Jumlah 40 100

Jadual 12 : Masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang
kaum.

Jadual 12 menunjukkan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk
masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Para responden berpendapat bahawa masalah ini
disebabkan oleh kekurangan sokongan ibubapa, kelemahan sistem pendidikan dan kewujudan
sekolah vernakular dengan jumlah kekerapan yang sekata iaitu 11 orang dan 27.5% pada
setiap kategori. Manakala 7 orang responden ataupun 17.5% berpendapat bahawa kekerapan
menggunakan Bahasa ibunda masing-masing adalah masalah yang dihadapi oleh pihak
sekolah. Oleh itu, pihak KPM perlulah mengambil langkah yang serius dan pihak ibubapa
juga perlu memberikan sokongan yang lebih untuk menangani masalah ini.
5.3.2 Sebab masalah ini perlu diatasi.

Sebab Kekerapan Peratusan (%)


Untuk mengelakkan 21 55.3
perpecahan kaum
Untuk mengelakkan negara 12 31.6
menjadi mundur
Untuk mengelakkan 5 13.1
keselamatan negara tergugat
Jumlah 38 100

Jadual 13 : Sebab masalah ini perlu diatasi.

Jadual 13 menunjukkan sebab-sebab masalah perpaduan kaum perlu diatasi. Seramai 21


orang responden dengan peratusan 55.3% berpendapat bahawa ia perlu diatasi untuk
mengelakkan perpecahan kaum. Manakala seramai 12 orang berpendapat untuk mengelakkan
negara menjadi mundur dengan 31.6%. Selebihnya mengatakan untuk mengelakkan
keselamatan negara tergugat dengan 5 orang responden iaitu peratusan terkecil 13.1%.
Jelaslah bahawa masalah ini perlu diatasi untuk mengelakkan berlakunya perpecahan kaum.

5.3.3 Persetujuan supaya masalah ini diselesaikan bersama dengan pihak sekolah.

Saranan Kekerapan Peratusan (%)


Sangat setuju 16 40
Setuju 20 50
Tidak setuju 4 10
Sangat tidak setuju 0 0
Jumlah 40 100

Jadual 14 : Persetujuan supaya masalah ini diselesaikan bersama dengan pihak sekolah.
Jadual 14 menunjukkan persetujuan dari responden supaya masalah ini diselesaikan bersama
dengan pihak sekolah. Majoriti responden bersetuju dengan saranan ini iaitu sebanyak 20
orang responden dengan peratusan 50%. Seramai 16 orang sangat setuju dengan saranan ini
iaitu 40%. Selebihnya seramai 4 orang mengatakan tidak setuju iaitu minoriti dengan
peratusan sebanyak 10%. Walaubagaimanapun, tiada seorang yang mengatakan sangat tidak
setuju. Jadi, masalah ini wajar diselesaikan bersama dengan pihak sekolah kerana sekolah
adalah asas utama dalam membentuk generasi akan datang.

5.3.4 Cara terbaik yang disarankan bagi membantu pihak sekolah untuk mengatasi
masalah ini.

Cara Kekerapan Peratusan (%)


Berbincang Bersama PIBG 12 30
sekolah dan PPD
Membuat kempen-kempen 10 25
di sekolah
Menyediakan lebih banyak 18 45
aktiviti-aktiviti pelajar
sesama mereka
Jumlah 40 100

Jadual 15 : Cara terbaik yang disarankan bagi membantu pihak sekolah untuk mengatasi
masalah ini.

Jadual 15 menunjukkan saranan yang terbaik bagi membantu pihak sekolah untuk mengatasi
masalah ini. Majoriti responden berpendapat menyediakan lebih banyak aktiviti-aktiviti
sesama mereka dengan kekerapan 18 orang dan 45%. Seramai 12 orang responden iaitu pada
kadar 30% menyarankan perbincangan bersama PIBG sekolah dan PPD. Sebanyak 25%
berpendapat pelaksanaan kempen-kempen di sekolah iaitu seramai 10 orang responden. Jadi
wajarlah, pihak sekolah perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti sesama mereka supaya
mereka menjadi lebih akrab dan terlahir semangat perpaduan kaum.
5.3.5 Sebab masih ada sebilangan pihak kurang mengambil berat terhadap masalah
yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum.

Sebab Kekerapan Peratusan (%)


Tidak faham akan konsep 16 40
perpaduan kaum
Mereka menganggap ia 18 45
perkara kecil
Perbezaan agama 6 15
Jumlah 40 100

Jadual 16 : Sebab masih ada sebilangan pihak kurang mengambil berat terhadap masalah
yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat berbilang kaum.

Jadual 16 menunjukkan sebab-sebab mengapa masih ada sebilangan pihak kurang mengambil
berat terhadap masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memupuk masyarakat
berbilang kaum. 18 orang responden dengan 45% berpendapat bahawa segelintir pihak
menganggap isu ini adalah perkara kecil. Mereka juga mungkin tidak faham akan konsep
perpaduan kaum dengan undian sebanyak 16 orang responden iaitu 40%. Perbezaan agama
tidak menjadi sebab yang utama kerana hanya 15% yang mengundi iaitu seramai 6 orang
responden. Jelaslah bahawa segelintir pihak yang kurang mengambil berat ini tidak faham
akan konsep perpaduan kaum yang hendak dipupuk dalam masyarakat.

5.3.6 persetujuan jika masalah ini diselesaikan dengan cara bertoleransi dan
bersefahaman ia mampu memupuk masyarakat berbilang kaum.

Saranan Kekerapan Peratusan (%)


Sangat setuju 14 35
Setuju 25 62.5
Tidak setuju 1 2.5
Sangat tidak setuju 0 0
Jumlah 40 100
Jadual 17 : persetujuan jika masalah ini diselesaikan dengan cara bertoleransi dan
bersefahaman ia mampu memupuk masyarakat berbilang kaum.

Jadual 17 menunjukkan persetujuan responden jika masalah ini diselesaikan dengan cara
bertoleransi dan bersefahaman ia mampu memupuk masyarakat yang berbilang kaum.
Majoriti responden bersetuju dengan cadangan ini dengan 25 orang mengundi setuju dengan
kadar peratusan 62.5%. Seramai 14 orang berpendapat sangat setuju dengan jumlah peratusan
35%. Hanya seorang responden yang tidak setuju dengan cadangan ini iaitu 2.5%.
Walaubagaimanapun, tidak ada orang yang mengundi sangat tidak setuju. Jadi, sikap
toleransi dan bersefahaman ia mampu memupuk masyarakat berbilang kaum harus dipupuk
dalam masyarakat supaya ia menular dan mewujudkan kekukuhan nilai perpaduan kaum.

You might also like