Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kognitif

Dari segi perkembangan kognitif diantara Ainaa Farhanah (Individu Atrofi Otot Spina) dengan Nur
Hannah (Individu Tipikal) sebenarnya tidak ada perbezaan yang signifikan. Dapat disimpulkan
bahawa, kanak-kanak dan remaja dengan Atrofi Otot Spina mempunyai kecerdasan dalam julat
normal. Perkembangan kemahiran dan pengetahuan kognitif adalah cara untuk mengimbangi
halangan yang mereka ada kerana kekurangan fizikal.

Konsep Perkembangan Kognitif

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga
kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan
mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget juga telah
mengenalpasti empat factor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran
individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan
keseimbangan.

Kematangan biologi merupakan proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka ataupun
genetik. Kemudian, interaksi individu dengan persekitaran pula merupakan komunikasi atau
interaksi antara individu dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku.
Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan Menyusun maklumat yang diperolehi. Seterusnya
ialah pengalaman sosial iaitu pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran seperti ibu
bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya. Faktor terakhir ialah keseimbangan yang merupakan
salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru
dialami.

Menurut Vygotsky pula, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu,
peringkat sosial dan peringkat individu. Pada peringkat sosial, maklumat dan pengetahuan individu
diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa,
adik beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat dan jiran. Peringkat individu pula ialah
kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial
kepada kefahaman individu. Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

Ciri-ciri Perubahan Kognitif Kanak-kanak

Terdapat empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu peringkat Sensorimotor, peringkat Pra
Operasi, peringkat Operasi Konkrit, dan peringkat Operasi Formal, menurut Piaget.

Pada peringkat Sensorimotor iaitu bayi berumur bawah 2 tahun, bayi menggunakan deria dan
pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Pada peringkat ini, bayi akan
menggunakan mulut untuk merasa sesuatu objek dan mengkoordinasi mata dan tangan bagi
mencapai sesuatu objek. Sebagai contoh, bayi akan memasukkan jari dan merasa puas apabila dapat
merasa dan menghisap jarinya. Kepuasan ini akan menyebabkan mereka melakukan perbuatan ini
berulang kali. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini akan mula menunjukkan permulaan
pemikiran logik. Sebagai contoh, kanak-kanak ini akan dapat mengatur skema-skema yang mudah
dan logik seperti mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang tertutup, atau boleh
mengambil barang yang jauh.
Seterusnya, pada peringkat Pra Operasi iaitu kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak
telah mula menggunakan minda bagi membentuk skema-skema baru. Kanak-kanak telah
menggambarkan dan merancang pergerakan ataupun aktiviti mereka dengan menggunakan minda
untuk membentuk skema. Perubahan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam peringkat ini ialah
mereka dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya.
Kanak-kanak menggunakan simbol ini untuk menyatakan sesuatu objek, orang atau peristiwa yang
dialami oleh mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak mewakili imej sebenar buku dengan perkataan
‘buku’ ataupun dengan menggunakan gambar. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak berumur 2-3
tahun boleh menceritakan pengalamannya ataupun peristiwa yang telah berlaku. Pemikiran kanak-
kanak pada peringkat Pra Operasi juga bersifat intuitif iaitu pemahaman mereka tentang objek
bergantung pada ciri-ciri yang bersifat nyata. Mereka tidak mampu lagi untuk berfikir secara logik
dan rasional. Sebagai contoh, sepuluh keping kad sama saiz diletakkan secara dua baris, iaitu lima
keping kad setiap baris, dan satu kad dipanjangkan. Kanak-kanak akan mengatakan baris yang lebih
panjang tersebut mempunyai lebih kad daripada baris yang pendek, walaupun kedua-dua baris
tersebut mempunyai bilangan kada yang serupa. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak telah
menunjukkan sifat egosentrik di mana mereka melihat dan memahami persekitaran melalui
perspektif mereka sendiri. Kanak-kanak menyangka semua orang mempunyai minat, perspektif,
perasaan dan reaksi yang sama dengan mereka, contohnya kanak-kanak yang suka dengan sesuatu
siri kartun, mereka akan beranggapan orang lain juga suka dengan siri kartun berkenaan.

Pada peringkat Operasi Konkrit iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun, kanak-kanak ini telah
boleh berfikir secara logik walaupun masih terikat dengan situasi konkrit. Pada peringkat ini juga,
kanak-kanak sudah boleh menguasai konsep pengekalan. Prinsip asas konsep ini adalah prinsip
identiti, prinsip ganti rugi, dan prinsip keterbalikan. Prinsip identiti adalah mereka sudah tahu jika
tiada penambahan atau pengurangan bilangan objek, maka bilangannya tetap sama walaupun
bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi pula adalah mereka tahu perubahan dari satu segi akan
ditukar oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. Manakala, prinsip keterbalikan pula mereka
boleh mengulang proses yang berlaku kepada keadaan asal Kembali. Contohnya, jika air di dalam
cawan, dituang ke dalam gelas yang lebih tinggi dan tirus, mereka dapat tahu bahawa kuantiti air
tersebut masih sama. Selain itu, kanak-kanak dalam peringkat ini juga dapat mengkategorikan objek
mengikut kumpulan masing-masing. Contohnya, mereka mengelaskan objek mengikut warna, saiz
dan sebagainya. Mereka juga boleh melakukan proses menyusun secara bersiri, iaitu susunan secara
menaik dan menurun. Sebagai contoh, mereka boleh membuat susunan logik seperti 1<2<3, 2>1.

Seterusnya, ialah peringkat Operasi Formal iaitu kanak-kanak berumur 11 tahun ke atas. Pada
peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan andaian dan jangkaan berdasarkan fakta. Pemikiran
mereka juga tidak lagi bertumpu kepada objek konkrit semata-mata, namun boleh memikirkan idea
secara abstrak dan membuat hipotesis. Sebagai contoh, mereka boleh memberi idea kepada punca
kemalangan jalanraya. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh berfikir secara abstrak, iaitu
menyelesaikan masalah matematik di mana melibatkan perwakilan abstrak. Contohnya, 2y + 3y = 20.
Apakah nilai y? Mereka juga boleh berfikir secara sistematik, iaitu memberi beberapa kemungkinan
penyelesaian. Contohnya, sekiranya anda pergi ke perkhemahan, anda membawa 4 helai t-shirt, 4
helai seluar track dan 4 helai jaket, berapa kombinasi pakaian yang akan anda perolehi? Selain itu,
kanak-kanak juga telah berupaya untuk melakukan hipotesis dan mencari alternatif untuk
menyelesaikan masalah. Mereka sudah boleh menaakul secara induktif dan deduktif. Pemikiran
secara induktif merupakan berfikir aspek yang khusus kepada yang lebih umum. Contohnya, mereka
dapat memberikan kesan pencemaran sungai yang ada pada masa sekarang. Seterusnya, pada
peringkat ini juga, egosentrik remaja juga telah timbul. Mereka lebih fokus kepada idea dan
pemikiran mereka sendiri dan susah menerima pendapat orang lain.
Cara-cara Guru Membantu Murid Mencapai Perkembangan Kognitif Yang Optimum

Sebagai seorang guru, kita mestilah membantu murid agar dapat mencapai perkembangan kognitif
yang optimum. Jadi guru mestilah merancang pengajarannya agar dapat merealisasikan hasrat ini.
Guru mestilah menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk memudahkan pemahaman
murid. Sebagai contoh, jika murid diajar kemahiran menambah dan menolak, guru boleh
menggunakan bahan-bahan konkrit yang berada di sekelilingnya seperti ranting kayu, batu, daun
dan lain-lain. Pendekatan ini sesuai untuk kanak-kanak pada peringkat Pra Operasi, iaitu berumur 2
hingga 7 tahun. Selain itu, guru boleh menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar
dalam mempelajari kemahiran yang baru. Bahan-bahan ini mestilah menarik dan bersesuaian
dengan pelajaran yang ingin diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, guru boleh
menggunakan model-model tiga dimensi seperti haiwan, tumbuhan, dan mainan untuk mewakili
objek yang dipelajari oleh mereka. Pendekatan ini boleh dipraktikkan untuk kanak-kanak di peringkat
operasi konkrit, iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun.

Seterusnya, guru harus memberi arahan dengan menggunakan ayat yang pendek dan disertai
dengan contoh agar mudah difahami oleh murid. Contohnya, arahan untuk murid mengutip sampah
yang berada di sekeliling mereka, diberi dengan menggunakan ayat mudah dan jelas. Arahan yang
pendek serta jelas ini akan memudahkan murid untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru.
Selain itu, guru juga patut memberi peluang kepada murid melakukan ‘hands-on’ terhadap sesuatu
kemahiran. Sebagai contoh, murid diberi peluang untuk membentuk perkataan daripada potongan-
potongan huruf. Dengan kaedah ini, murid akan dapat meningkatkan lagi keyakinan terhadap diri
mereka. Guru juga boleh menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kanak-kanak tidak
semestinya belajar dalam bilik darjah sahaja. Berikan mereka peluang untuk merasa sendiri
pengalaman di luar bilik darjah untuk memperkaya ingatan dan fikiran mereka kepada flora dan
fauna. Contohnya, guru membuat lawatan ke Zoo Negara, taman yang berada di sekolah, dan
sebagainya. Menerusi pengalaman ini, mereka akan dapat membuka minda dan dapat menikmati
sendiri pengalaman tersebut.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam mencapai
perkembangan kognitif yang optimum. Jadi guru mestilah merancang aktiviti untuk murid-murid
dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan. Selain itu, guru perlulah membimbing murid-
murid dengan sebaiknya untuk mencapai perkembangan kognitif ini. Tahap pemikiran murid
mungkin berbeza-beza, jadi guru perlulah cakna dengan perkembangan kognitif murid untuk
merealisasikan hasrat ini.

You might also like